Bab 3

Romance Series 8464

" Tak apa saya belanja..." kata lelaki yang menumpahkan air kebaju Nur Qawi tadi.

"terima kasih.." balas Nur Qawi kemudian bersiap untuk beredar.

"apa nama awak?" soal Syima pada lelaki itu.

"Fahd" jawabnya ringkas sambil tersenyum.

Nur Qawi menjeling pada Syima yang tersengih-sengih keanak-anakkan. baru hendak beredar tiba-tiba dihalang langkahnya oleh Fahd.

"boleh saya dapatkan nombor awak? " soal Fahd dalam nada yang bergetar. menahan debar.

"awak bagi je lah nombor awak" balas Nur Qawi. dengan cepat Fahd menulis nombor telefonnya di buku notanya kemudian dikoyaknya. dihulur sekeping kertas terpapar nombor telefon miliknya.

selepas kertas yang dihulur Fahd diambilnya tanpa berlengah lagi Nur Qawi terus melangkah menuju ke kereta dengan pantas tanpa menoleh lagi ke belakang. Syima tersenyum-senyum melihat gelagat rakannya itu yang mencuit hatinya.

******

malam itu Nur Qawi menginap di rumah keluarga Syima. bagi keluarga syima mereka sudah terbiasa dengan kehadiran Nur Qawi bahkan dia juga dianggap sebahagian dari keluarga itu.

"kau nak contac dia tak?" soal Syima memecahkan kesepian.

"tengok dulu kalau berminat." jawab dengan nada tidak minat. cuba menyembunyikan debar.

"aku tengok lelaki tu macam naif.. lurus bendul... kalau aku lah kan kena marah macam tu dah lama aku berhenti kerja." Syima membuat andaian.

"apa kau cakap dia macam tu kesian lah" bela Nur Qawi

" kau pun satu asal dari tadi kau bela Mamat tu?" soalan Syima hanya di balas dengan dengusan nafas yang kuat dari Nur Qawi.

merah padam muka Nur Qawi menyembunyikan rasa debar di dada. entah kenapa kejadian tadi membawa rasa senang dihatinya. tanpa disedari dirinya telah diulit mimpi indah..

*******

"kau pergi mana semalam?!" bergema suara Datin Roziah memarahi Nur Qawi pagi itu apabila dia baru sahaja terlihat kelibat anaknya itu memasuki rumah.

"Qawi pergi rumah kawan.. Syima ibu.. Qawi bermalam di rumah Syima" jawab Nur Qawi tersekat-sekat kerana terkejut di tengking ibunya. langkahnya terhenti disitu betul-betul diruang tamu rumah.

"ye ke? ke kau bermalam di rumah jantan lain?" ada suara lain menyampuk dengan nada sindiran. cuba mengapikan lagi hati Datin Roziah yang sedang marah.

lantas Nur Qawi menggelengkan kepalanya berkali-kali dengan wajah yang cuak "tak mak angah" Nur Qawi membela diri.

"ibu.. percayalah.. semalaman Qawi cuma ada dengan Syima je. hari ni Qawi balik sendiri sebab Syima tak dapat hantar ada hal penting.." jelas Nur Qawi.

"cukup lah kau menipu tu! aku bukan tak tahu sikap kau yang suka merayau entah kemana dengan siapa! memang patut ibu dan ayah kau tak nak kau sambung belajar nanti entah apa lagi yang kau buat!" Ramiza adik Datin Roziah menghasut lagi.

"mak angah jangan melampau tuduh Qawi sampai tahap tu!" marah Nur Qawi.

tak semena-mena satu tamparan kuat hinggap di pipinya membuatkan tubuhnya terjelepok ke lantai. di usap pipinya yang agak perit sakit dek tamparan kuat itu.

air mata mulai membasahi pipi. tangisannya bukan kerana sakit. tapi kerana kecewa dengan sikap ibunya yang langsung tidak mempercayainya!

"ibu! kenapa buat macam tu pada kakak?!" soal Maisarah dengan nada marah. entah dari mana dia muncul.

Maisarah berlari mendekati kakaknya dan lantas membantu kakaknya untuk berdiri. di periksa pipi milik Nur Qawi dan nampak agak merah dek tamparan yang baru di terimanya tadi.

"kenapa sampai macam ni ibu buat pada kakak?" soal Maisarah dengan nada menahan sebak. namun hanya dibalas dengan jelingan tajam oleh dua orang insan yang dia hormati.

"memang patut dia kena! sebab kurang ajar!" Ramiza mencelah lagi.

"Mak ngah sebenarnya tak perlu pun masuk campur urusan kami anak-beranak.. lebih baik mak ngah jaga anak-anak mak ngah dari sibuk hal orang." nasihat Maisarah dengan tegas.

Ramiza menjeling lagi dan mendengus kuat! 'kalau bukan kau tu anak kesayangan dah lama aku kerjakan kau Mai!' tegus hati kecilnya geram!

"Mai tahu kakak pergi mana.." Maisarah menyambung lagi ayatnya namun dihalang oleh Nur Qawi dari terus membela dirinya.

"tak apa Mai.. kakak sedar kakak bukan siapa-siapa.. kakak bukan anak mulia.. kakak bukan anak harapan.. tapi ibu.. kenapa sampai macam ni ibu buat pada Qawi? Apa salah Qawi dari dulu sampai sekarang ibu buat Qawi macam ni? Qawi tak faham.. apa kurang Qawi dalam menjadi anak ibu? tak layak kah Qawi menagih kasih ibu?" soal Nur Qawi bertalu-talu dalam sedu.
namun soalannya seperti biasa. soalan itu tidak pernah dijawab walau sekalipun. malah Datin Roziah hanya berlalu dari situ meninggalkan mereka. dengan reaksi yang diberikan oleh ibunya tangisan Nur Qawi mula memenuhi ruang itu. sedih! dengan apa yang di laluinya. manakala Maisarah cuba meredakan tangisan itu.

ayahnya Dato Mizan yang dari tadi melihat perbalahan mereka seperti biasa hanya diam membisu. anaknya diperlakukan sebegitu dari dulu hingga sekarang, tidak pernah sekalipun dia cuba membela anak sulungnya itu. Qawi hanya akan dibiar meredakan dirinya dan mengubati diri sendiri.

********

26 tahun yang lalu,

Roziah perlahan-lahan memandu kereta yang dipinjam dari kawannya cuba mengekori kereta milik suaminya. entah kenapa dia rasa tidak sedap hati dengan suaminya baru-baru ini. Mizan seperti menyembunyikan sesuatu darinya lalu dia mengambil keputusan untuk mengekori suaminya diam-diam.

setelah beberapa lama dia mengekori suaminya tidak lama selepas itu kereta Mizan mula berhenti di suatu tempat. lantas Roziah juga memberhatikan kereta yang dipandunya tapi agak jauh sedikit dari Mizan agar kehadirannya tidak disedari Mizan.

apabila Mizan mula memasuki ke sebuah hotel membuatkan hati Roziah mula berdegup kencang ' apa suaminya mencuranginya?' soalan itu bermain dibenak hatinya namun disedapkan hatinya dengan membuat andaian yang Mizan disitu hanya untuk bertemu rakan kerja disitu. tanpa berlengah lagi Roziah mengikut jejak suaminya.

tiba-tiba langkahnya mati apabila ada seorang wanita yang menyapa suaminya dengan mesra mengucup leher milik Mizan dengan manja. kemudian dibalas dengan pelukan manja dari mizan. tindakan tidak senonoh itu membuat Roziah mahu rebah! namun dikuatkan hatinya.

Roziah mahukan penjelasan apa sebenarnya yang suaminya lakukan di belakangnya? dengan langkah yang pantas Roziah menggapai tangan Mizan.

"abang buat apa di sini?" soal Roziah bersahaja.

kemunculan Roziah yang tiba-tiba mengejutkan Mizan dari suasana romantiknya. lantas dia melepaskan pelukannya serta merta. wajahnya yang tadinya berseri-seri kini bertukar pucat terkejut bukan kepalang.

bukan Mizan sahaja yang terperanjat malah wanita disisinya juga turut sama. sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. temberang Mereka sudah pecah! Semua agenda mesranya tadi sudah pasti dilihat oleh Roziah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience