“Ke kau ingat isteri kau?” soal Hisyam serkap jarang.
Haris sekadar mendengus. Malas mahu melayan serkap jarang temannya. Dia bukannya teringatkan Syuhada.
Buat apa nak ingatkan Syuhada, gadis itu tidak pernah menganggapnya dirinya isteri aku! Bentak hati kecil Haris.
Syuhada? tak kuasa aku nak ingat perempuan tu. Dapat bebas dari dia beberapa hari ni pun dah kira satu rahmat buat dirinya. Kalau tak, bosan asyik nak kena beralah je dengan dia.
Tidur pun kena tidur dekat lantai. Dia ingat best ke tidur dekat lantai tu, sejuk la! Tapi kesian juga bila tengok keluarga Syuhada. Timbul keinginan untuk membantu mereka tapi dia tidak berdaya.
Kalau dia dah kerja tu lainlah. Adik-adik Syuhada masih kecil dan semuanya bersekolah, pasti berat beban ayah nak tanggung mereka. Patutlah, Syuhada buat part time dekat café dulu.
Haris mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mengirimkan satu Whatsapp buat Syuhada.
‘Abang dekat Pulau Perhentian ni. Syuhada tak payahlah nak risaukan abang’
Kiriman Whatsapp itu di hantar ke nombor telefon Syuhada. Entah kenapa tergerak hatinya mahu menghantarkan pesanan itu kepada Syuhada padahal belum tentu Syuhada merisaukannya.
Kenapa aku harus ingatkan Syuhada? Sedangkan aku tidak menyintai gadis itu. yang aku cintai adalah Kamilia! Grab your sense Haris! marah Haris kepada dirinya sendiri.
Share this novel