bab 8

Romance Series 4352

seminggu sudahpun berlalu, kini, masa yang ditunggu-tunggu oleh fendy dan dania

"dah berlatih? "tanya fendy setelah meletakkan begnya ke dalam kelas, begnya diletakkan di sebelah kanan dania manakala Adam pula di sebelah kiri dania

"berlatih? for what? "tanya dania pelik

"joget depan tapak perhimpunan? "jawab fendy sambil gelak terbahak-bahak

"joget? joget apa ni? "tanya Adam yang dari tadi pelik melihat gelagat mereka berdua

"tak de pape, btw,myza! kau tau tak apa jawapan ni? "tanya dania kepada myza yang duduk dihadapannya

"aduh, ni aku confuse ni, aku pun tak tau"

"meh aku ajar" kata Adam dan fendy serentak

"o.. okay, myza, kau suruh fendy ajar kau, aku boleh tanya Adam"kata dania sedikit pelik
"haip, mana boleh, aku kena ajar kau, lagipun kita kan serumah" kata fendy bengang

"sebab kita serumah lah aku nak tanya Adam, setakat kau ni tanya kat rumah pun boleh"kata dania mengelak

"hish! " fendy mendengus sambil melihat Adam dan dania yang begitu mesra, lagi panas lah hatinya!

"fendy, ni macam mana ni? "tanya myza

"KAU BUAT SENDIRI! AKU MALAS NAK AJAR KAU! " kata fendy lalu keluar dari kelas

"myza, awak okay? "tanya dania setelah melihat myza yang kini sedikit sedih, mana taknya? 4 tahun berturut-turut dia jatuh hati dengan lelaki yang sorang tu, kini, bukan sahaja cintanya ditolak, malah di tengkingnya lagi!

"myza, jom belajar sekali dengan kitorang? " ajak adam

"boleh ke? "tanya myza

"apa yang tak boleh nya? we are friend right? "kata dania lalu menarik myza ke meja adam

-
- -

akhirnya, seminggu berlalu, tak sabarnya nak tengok result! siapa yang akan tewas rasanya?

dania P.O.V

"aku yakin harini aku akan dapat markah tertinggi! kau tengok lah fendy! kau akan jadi kuli aku selama 3 hari! hahaha!!!" kataku dalam hati

sesampainya di sekolah, aku terus melihat ke papan kenyataan, aku terkejut gembira kerana bukan aku yang memegang rekod tertinggi malahan myza! tidak disangka-sangka! aku pula mendapat tempat kedua manakala adam mendapat tempat ketiga, fendy? hahaha! aku tak tau nak cakap apa, budak top 3 dapat tempat ke 14! biar betul? ya, kenyataan! hahaha!

sesampainya di kelas, aku melihat fendy sedang menutup mukanya menggunakan buku, buku dah lah terbalik! kantoi mengelak!

"ehem ehem"kataku lalu mengambil buku itu

"kau nak apa? "tanya fendy pura-pura tak tahu

"hai budak top 3,amacam harini?ready nak jadi kuli?"

"kau merepek apa kuli-kuli ni? "tanya fendy lagi

"kau jangan ingat aku lupa eh janji kau yang 2 minggu lepas tu! firstly, aku nak suruh kau mintak maaf kat myza! "

"ha?! "tanya myza pelik

"jangan risau, dia akan ikut"kataku yakin

"sorry myza"katanya sambil memandang ke arah tingkap

"seikhlas hati! tenung mata dia! "kataku lagi

"myza, saya mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya banyak lukakan hati awak kebelakangan ni, saya mintak maaf sangat-sangat! "kata fendy bengang

"okay, ni gempak"kataku sambil merakamnya dari jauh

"woi! kau buat apa?! "tanya fendy

"aku nak masukkan dalam instagram dan letak caption ' budak hot sekolah mintak maaf kat bestfriend aku sebab dah lukakan hati dia, dah alang-alang couple je lah sekali kan? ' pergh! gempak niyh! confirm heboh satu sekolah! "

"bagi balik telefon kau tu kat aku! "kata fendy bengang namun dengan sekali tekan, harapannya musnah

"ops! terupload! sorry weh, jari ni ha gatal sangat nak send, bye!"kataku lalu berjalan keluar dari kelas, baru sahaja aku mahu keluar, aku terasa seperti dipeluk dari belakang

"fendy, apa kau buat ni? lepas lah siak! "

"padam dulu! "kata fendy

"hish! aku tipu je lah! mana ada aku rakam! "kataku sedaya upaya melepaskan diri

"wow! 67 like & 45 comment, tak sampai seminit eh"kata adam pula

"ADAM! "jeritku bengang

"sekarang kau dah tak de alasan dah nak bagi kan? buang gambar tu sekarang! "kata fendy lagi

"okay fine! lepaskan dulu! "kataku lagi, setelah fendy melepaskanku, aku terus berlari keluar dari kelas, nahaslah aku balik nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience