Kini, sudah 3 hari berlalu selepas kejadian itu. Hubungan Raina dan Ashraff pula semakin renggang. Seorang ke utara dan seorang ke selatan. Ashraff dengan rajuknya, Raina dengan rasa bersalahnya.
Ada 2 hari lagi untuk mereka menghabiskan masa di Paris. Raina merancang untuk kembalikan sikap romantis suaminya sebelum pulang ke Malaysia. Dia tidak betah dengan Ashraff yang sekarang. Dia mahu suaminya yang dulu…
“ A….abang.”panggil Raina. Ashraff berpaling, jelas kelihatan Ashraff terkejut dengan panggilan yang baru keluar dari mulut Raina.
“Err…Abang, nak tak kita keluar pergi jalan-jalan. Ina bosan lah..Asyik terperat dalam bilik je.” Raina berpaling ke arah lain. Mukanya terasa panas.
Ashraff ternganga seketika sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Terasa hatinya berbunga-bunga mendengar Raina memanggilnya ‘abang’. Terus terbang rajuknya. Bayang-bayang Farhan yang memegang tangan Raina sudah melayang jauh.
‘Dia panggil aku abang tadi kan? Ke aku silap dengar? Raina panggil aku abang!’
Sebenarnya, dari malam di mana Raina bertindak memeluknya lagi hatinya telah sejuk kembali. Cuma dia saja nak bermanja, nak Raina pujuk dia.
“Jom!”ucap Ashraff dengan ceria. Raina melopong, tak sangka hanya dengan memanggil Ashraff, abang…rajuk lelaki itu terus hilang.
“Apa yang Ina menungkan tu?”Raina memandang Ashraff yang sudah siap memakai baju T-shirt berkolar dan berjalur hitam putih. Seluar jean yang dipakai juga bewarna hitam.
“Raina pakai baju ni ya?”Raina menyambut huluran Ashraff sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Baju blaus berjalur hitam putih dan skirt labuh bewarna hitam itu dipandang.
‘ Saja je suruh aku pakai baju ni…Konon-konon nak nampak seperti ‘lovely married’ lah tu…’
Raina memandang Ashraff yang ralit mengambil gambar Louvre Pyramid. Sekarang, mereka berada di Louvre Museum setelah penat berjalan di Notre Dame. Dari tadi Ashraff asyik ambil gambar je, Raina pula ditinggalkan terkebil-kebil dibelakangnya. Raina mendengus sambil memaling muka ke arah lain.
“Dari tadi tangkap gambar piramid je, bini kau yang tercegak kat tepi ni tak nak pulak kau ambil.Huh! Lebih baik ambil gambar aku daripada tangkap gambar benda tu.”bebel Raina seorang diri.
“Ina jugak yang tak sudi bergambar dengan abang. So abang ‘bergambar’ jelah dengan piramid ni. Haih! Orang lain ambil gambar dengan bini, kita jugak lah yang ambil dengan objek tak bergerak tu. Nasib, nasib.” gurau Ashraff. Terkejut Raina dibuatnya. Entah bila lah suaminya menapak ke arahnya… Raina diam, malu dengan Ashraff.
Klik!
“ Eee! Apa abang ni…”
“ Apa? Abang tangkap gambar isteri abang lah ni. Ya lah, tadi dia jugak cemburu sebab abang tak snapgambar dia..” Ashraff tersengih melihat Raina menjeling.
Bahu Raina dipeluk dan dia menangkap gambar mereka berdua. Raina terkedu. Pipinya dengan pipi Ashraff berlaga, kalau dia berpaling ni…hish!
“Raina…” Ashraff dengan Raina serentak berpaling ke hadapan. Berderu darah Ashraff apabila melihat lelaki tempoh hari berada betul-betul di hadapannya. Raina sudah gelabah.
‘Apahal mamat ni tegur kita orang ni? Aduh! Mampus aku, mesti Ashraff mengamuk.’Raina memandang tajam ke arah Farhan.
Farhan yang melihat pandangan Raina hanya membuat tidak nampak. Dia menghulur tangan sambil tersenyum untuk bersalam dengan Ashraff. Ashraff menyambut hambar.
“Farhan.”
“Ashraff” Ashraff menarik tangannya kembali. Kalau ikut kan hatinya, dia mahu lunyaikan si Farhan ni namun disabarkan juga hati. Raina yang melihat ketegangan antara dua lelaki itu terus memaut lengan Ashraff. Empat mata memandang Raina.
“Abang, jom lah balik hotel. Ina penat lah..”bisik Raina tapi tetap didengari Farhan.
“Habis tu,kawan sayang ni?”balas Ashraff. Farhan mengepal tangannya. Rasa sakit telinganya mendengar Raina dan Ashraff berabang dan bersayang.
“Biarlah dia…” Ashraff tersenyum, suka apabila Raina menunjuk sikap negatif terhadap Farhan.
“Ehem…Aku minta diri dulu ya..”
“Dah nak balik?”
“Ya. Lagipun aku dengan isteri aku dah lama kat sini.”perkataan isteri sengaja ditekan, biar Farhan sedar yang Raina hanya milik dia seorang.
“Pergi dulu ya…”Farhan mengangguk sambil matanya tak lepas memandang pasangan suami isteri itu berlalu. Raina pula terkial-kial mengikut langkah suaminya.
‘Ish! Kaki panjang betul lah dia ni. Langkah besar sedepa!’
“Awak, perlahan lah sikit. Penat saya berlari-lari anak tau!” Raina berhenti, begitu juga Ashraff.
“Ops!Sorry…Tak perasan pulak.”Ashraff tersengih. Pinggang Raina dipeluk supaya mereka berjalan beriringan.
“Nak pergi mana ni?”Ashraff berpaling.
“Balik hotel lah. Nak pergi mana lagi?”
“Alah, Ina belum puas lagi lah. Jom lah kita jalan-jalan dulu. Banyak lagi tempat yang
belum kita pergi. Kita pergi Paris River Cruise ya? Lepas tu pergi Château de Chambord. Emm malam ni pulak kita pergi Montparnasse Tower, boleh tengok bandar-bandar yang ada kat Paris ni. Esok pagi-pagi lagi kita pergi ke Palace of Versailles pulak. Aina cakap kalau nak pergi tengok taman Versailles, lebih baik pergi pagi. Nyaman udara kat sana, pasti cantik kan bunga-bunga yang ada kat taman tu….” Teruja Raina. Ashraff mengeleng kepala mendengar tempat-tempat yang disebut Raina.
‘ Aku pun tak tahu tempat-tempat kat sini. Ni mesti si Aina lah tu yang bagitahu…Haih! Sayang bini punya pasal, aku ikut je lah. Kan tak ikut takut panjang pulak muncung isterinya tu, boleh buat hanger lagi.’
“ Abang ikut je yang…Sayang sebut je mana sayang nak pergi, abang bawa kan. Tapi dengan syarat mesti bertemankan abang.” Hidung Raina dipicit tanpa sempat dia mengelak.
‘Gila romantik cik abang aku ni. Panggil aku ‘sayang-sayang’ lagi. Nak luluh jantung aku dibuatnya. Tangan dia pulak…Hish! Suka sangat cuit hidung aku, tahulah hidung aku mancung.Huh!’ desis Raina.
Share this novel