8. Sedar

Drama Series 1823

30 MINIT SEBELUM BERTEMU FAUZI

Zett membaca kad jemputan pre-weddingnya sambil berjalan keluar dari kedai. Diteliti setiap perkataan dan disemak peta dengan bersungguh-sungguh tanpa sedar dia terlanggar seorang wanita. Kad ditangan jatuh ke lantai. Wanita yang dilanggar membongkok mengutip kad tersebut.

“Sorry… I tak tengok jalan” beritahu Zett jujur. Dia menunggu wanita itu memulangkan kad tersebut tapi tidak wanita itu membaca kemudian tersenyum sinis.

“Are sure… you nak berkahwin dengan Tuan Muda Danish?”

“Tuan Muda?... you kenal ke?”

“Ya… Danish who gay for his pet…” beritahu wanita itu.

“Pet?... you salah orang. Danish tak suka bela binatang” bidas Zett

“Not all pet is animal… Ok… here you are” perlahan sahaja suara wanita berbicara tapi masih dapat ditangkap oleh pendengaran Zett.

Zett menyambut kad tersebut. Kemudian wanita itu berlalu.

“Sorry miss… you siapa?” Zett menahan wanita itu sekejap.

“Call me Emely… “

-------------------------------------------------------

Kelihatan Fauzi berdiri tegak menunggu ketibaan Zett di hadapan lobi. Sekejap dia lihat kanan sekejap lihat kiri mencari Zett. Katanya tidak perlu ke kedai cuma tunggu di lobi.

“Fauzi… jom“ satu suara menegurnya dari depan. Zett dihadapannya berserta handbag ditangan dan barang shopping yang lain.

“Ah… Cik Muda… jom… Fauzi parking luar”

Mereka berdua beriringan menuju ke kereta. Fauzi menghidupkan enjin kereta setelah menyimpan barang belian Zett didalam bonet belakang. Dia lalu terus memulakan perjalanan pulang ke Vila Besar.

“Cik Muda preparation macamana?” soal Fauzi sambil memandang cermin belakang untuk meliht Zett yang duduk dibahagian belakang.

“Everything goes well so far… it must… mesti berjalan lancar. Ini sahaja peluang I untuk larikan dirikan Fauzi… “

“Hmm?” pelik Fauzi.

“Family issue… “

“O..ooo… Tuan Muda side juga berjalan dengan bagus. Semua barang dah beli. “ Fauzi tidak mahu bertanya banyak. Kalau ikutkan pengetahuan ceteknya, keluarga Cik Muda Zett adalah keluarga yang mengamalkan adat keluarga. Adat apa dia tidak tahu. Biarlah.

Dia memperlahan kereta apabila menghampiri Vila Besar.

“Fauzi… i just nak confirm sahaja. Danish ada bela pet ke?” soal Zett ingin tahu.

“Er… tak… tak… tak ada. Dah sampai Cik Muda. Nanti barang belakang I keluarkan. Cik Muda masuk dalam Vila dulu. “ Fauzi cuba melarikan topik perbualan mereka.

Dia keluar dari perut kereta. Sementara Zett membetulkan make-up di muka sebelum bertemu dengan keluarga mertuanya. Zett terkejut apabila merasa kereta bergoyang kuat dari belakang. Dia segera keluar dari tempat duduk belakang.

----------------------------------------------------------

“Oh my god… Danish” terkejut Zett apabila melihat Danish yang hanya bertuala sedang mencekik Fauzi. Ini bukan kali pertama dia melihat Danish berkelakuan begini. Pertama dia melihat di bilik Danish. Tapi… sekarang diluar… ya diluar vila.

“Zett… “ terkejut Danish apabila melihat Zett berada di vila. Setahu dia tak mengajak Zett hari ini.

“Apa ni?” soal Zett keliru. Danish perlahan-lahan melepaskan tangan dari leher Fauzi. Fauzi batuk berkali-kali ambil meraba lehernya, sakit kerana kuku Danish menusuk ke kulitnya.

“Zett apa you buat disini?” Danish cuba mengalih perbualan mereka.

“Answer me first Danish. Ini kali kedua I nampak you… “Zett bertegas.

“Nothing Zett… “ Danish masih cuba mengelak.

“Okay… Fauzi kenapa ni?... You baru balik pick-up I tiba-tiba Danish kasar dengan you… look serious… answer me?” Zett cuba mendapatkan jawapan dari Fauzi.

“Do not answer her… “ arah Danish

“Owh… why?” Zett mencuba lagi.

“His mine… “ balas Danish. Ditarik Fauzi masuk ke dalam Vila. Zett pula mengikut sambil cuba… dan cuba mendapatkan jawapan.

“Danish… better you tell me… “ Zett meninggikan suara menyebabkan orang dalam rumah keluar termasuk Tuan Danial dan Puan Demi.

Danish dan Fauzi melepasi Tuan Danial dan Puan Demi menuju ke tangga untuk ke bilik. Tapi langkah mereka mati apabila Tuan Danial bersuara.

“Fauzi… you stop… panggil Matahari, Amoi..” arah Tuan Danial.

Tapi Danish tidak peduli dengan arahan ayahnya. Dia meneruskan perjalanan sambil menarik Fauzi kasar menaiki tangga.

“Danish!” geram Tuan Danial.

-------------------------------------------

Danish memaksa Fauzi duduk diatas katil. Kemudian dia berjalan kekiri kekanan tanpa henti. Tuala masih tergantung kemas pada badannya, rasa sejuk diendahkan. Fauzi pula diam membantu. Dia membetulkan baju yang sudah suku koyak. Dia tidak mahu bertindak apa-apa buat masa ini. Dibiarkan Danish menyusun semula fikiran dan ingatannya.

“Fauzi… please… jangan buat macamni… “ tiba-tiba Danish duduk bersila seperti merayu dihadapan Fauzi. Fauzi kaget. Siapa yang perlu merayu sebenarnya. Aku yang mangsa.

“Tuan Muda nak apa sebenarnya?” tanya Fauzi.

“Aku tak suka kalau kau ada lelaki lain… aku rasa annoying… aku… engkau ada aku sahaja. Cukuplah ada aku sahaja, Fauzi” Danish meluahkan apa yang dia rasa sepanjang masa ini.

“Aku mana ada lelaki lain Tuan Muda… “ jelas Fauzi.

“Bohong!... aku dengar semuanya Fauzi. Semalam engkau tidur dengan lelaki lain kan!” marah Danish. Danish berubah angin.

“Kenapa?... do you love me?” soalan yang jauh diluar jangkaan mereka berdua keluar dari mulut Fauzi.

“Huh… haha.. Ha.. ha… Out… get out now!” marah, arah Danish kepada Fauzi setelah mendengar pertanyaan lucu dari Fauzi.

----------------------------------------------------

Tuan Danial, Puan Demi dan Zett duduk diruang tamu sementara menunggu Danish dan Fauzi menyelesaikan masalah mereka berdua. Matahari mengelap peluh didahi apabila dirinya dipanggil oleh Tuan Danial, dia berlari dari vila kecil ke vila besar. Tanpa tahu apa yang berlaku dia menunggu sahaja diruang tamu membisu.

Kesepian pecah apabila ternampak Fauzi turun dari tangga.

“FAUZI!” panggil Tuan Danial. Fauzi tanpa membantah mendekati mereka diruang tamu.

“Explain… “ arah Tuan Danial dengan jelas.

“Err… its nothing”

“Fauzi… its something to us… “ pujuk Puan Demi pula.

“Sebenarnya… Tuan Muda marah sebab saya sambung belajar” bohong Fauzi. Takkan dia nak beritahu Danish menggila sebab dia ada lelaki lain.

“It is right Danish?” soal Tuan Danial kepada Danish yang baru sahaja tiba diruang tamu.

“Yes dad… you know that I how much I love him” beritahu Danish sarkastik sambil merangkul Fauzi dari belakang dihadapan semua orang.

“Danish… behave!... Zett here” tegur Puan Demi melihat kelakuan anak lelakinya, bukan dia tidak biasa, selalu dia melihat Danish memeluk Fauzi tapi bukan dihadapan bakal menantunya. Geram Puan Demi.

“Dah… sudah. Fauzi, Matahari bawa keluar semua barang-barang pre-wedding. Jangan lupa list of the guest too Fauzi, ambil di bilik bacaan. Danish sit here… “ beritahu Tuan Danial.

------------------------------------------

Zett seperti tidak boleh menerima alasan Danish. Perlukah mencekik Fauzi sampai nak mati disebabkan dia nak sambung belajar. Bukannya Fauzi pergi mana-mana pun, masih boleh berjumpa bila-bila dan dimana kalau berjanji. Mesti ada sesuatu ni. Syak Zett.

------------------------------------------

Puan Demi rasa gelisah. Baginya Danish berkelakuan pelik. Danish sepatutnya lebih compose dihadapan orang luar. Dia tidak akan buat kelakuan mesra dengan Fauzi dihadapan sesiapun kecuali keluarga mereka. Lagi-lagi dihadapan Zett.

------------------------------------------

Matahari seperti hendak terbeliak matanya apabila melihat Danish memeluk Fauzi sebentar tadi. Adakah Danish akan memeluknya apabila Fauzi sambung belajar nanti?. Dia menelan air liur. Tapi, semalam lagi pelik. Kenapa Danish perlu bengang kalau Fauzi tidur bersama dia. Matahari memerhati sahaja kelakuan Fauzi. Hendak bertanya dia takut kacau privacy pula.

-------------------------------------------

Emely berpuas hati dengan umpan yang baru sahaja dia campak. Tadi dia sengaja melanggar Zett di mall. Satu garis senyuman terukir dimukanya. Tanpa lengahkan masa dia menyalin baju dan tukar ke baju lain. Hari ini dia night shift lagi di kelab Leopard. Kemudian keluar menunggu seseorang di bus stop.

Ya seseorang yang untuk dikikis duit lagi. Kelihatan sebuah kereta mewah menghampiri bus stop. Dia mulakan lakonannya. Malam ini mesti ramai pelanggan kerana hari ini hari minggu.

Diandra memerhati kelakuan Emely dari jauh. Dalam diam dia mengekori kakaknya dari belakang. Skuter yang dia pinjam dari Adam ditunggang mengikut kelajuan kereta yang baru sahaja Emely naik. Niatnya hendak tahu dimana kakaknya mencari duit untuk mereka berdua. Kalau boleh dia hendak mengumpul semua maklumat sebelum bertemu dengan Fauzi.  

-------------------------------------------

Minggu baru bermula seperti biasa. Seperti biasa Danish akan pejabat cuma yang memandu adalah Matahari, bukan Fauzi lagi. Tidak banyak disembangkan mereka dalam kereta. Cuma sekadar menukar hi. Sampai sahaja pejabat Danish terus masuk ke pejabat. Tapi dalam diam dia sempat mencari Fauzi dimejanya. Tiada. Mana?

“Diana, Fauzi mana?”

“Jumpa client… “

“Awalnya… siapa?”

“Puan Yuan”

“Nanti minta Fauzi masuk jumpa I”

“Baik..” balas Diana. Sebaik sahaja mendapat jawapan daripada Diana, Danish terus masuk kedalam pejabat dengan sedikit tenang. Kerana dia tahu dimana keberadaan Fauzi.

Di Vila dia akan pastikan Fauzi tidur dibilik di Vila Besar bukan di Vila Kecil bersama Matahari. Dia tidak mahu sesiapa pun menyentuh Fauzi. Walaupun mereka berdua seperti bergaduh tanpa punca yang jelas.

--------------------------------------------

Fauzi kaget apabila mendapat pesanan dari Diana menyatakan Danish hendak berjumpa dengan dia. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa walau bilik berhadapan. Fauzi pelik. Tapi dia mengetuk juga pintu pejabat Danish.

“Tuan Muda… kenapa cari saya?” Fauzi masuk setelah disuruh masuk oleh Danish dari dalam.

Danish diam. Dibiarkan Fauzi berdiri tegak ditengah-tengah pejabat, sehinggalah waktu lunch. Danish bangun dari kerusi bersiap untuk lunch. Fauzi teragak-agak hendak ikut atau tidak. Tapi dia mengambil keputusan untuk tidak mengikut Danish dia terus berdiri sehinggalah Danish keluar dari pejabat. Sebaik sahaja kelibat Danish hilang Fauzi terus mencari sofa, duduk menghilangkan lenguh dikaki.

‘Kenapa?’ monolog Fauzi sambil mengurut kakinya. Tapi dia biarkan persoalan itu tanpa jawapan. Dia keluar dari pejabat Danish terus ke meja kerjanya. Dia terpaksa skip lunch memandangkan kerja dia tertangguh kerana ‘berdiri’.

Dia balik lambat malam ini. Pukul 2 pagi baru sampai rumah. Itu pun dia berjalan kaki sahaja.

-----------------------------------------

Esok. Jam 10 pagi… Fauzi berdiri lagi sehingga lunch… Dia balik lewat malam lagi.

-----------------------------------------

Esok. Jam 9 pagi… Fauzi berdiri lagi sehingga lunch… Dia balik lewat malam lagi.

-----------------------------------------

Esok. Masuk kerja… Fauzi berdiri lagi sehingga lunch… Dia balik lewat malam lagi.

-----------------------------------------

Hari ini Jumaat, kerja separuh hari. Fauzi masih berdiri ditengah-tengah bilik Danish. Sementara Danish meneruskan kerjanya. Dia perasan kadang-kadang Fauzi bergerak kiri ke kanan, tapi dibiarkan sahaja. Janji Fauzi didepannya. Hampir seminggu mereka begini. Fauzi tidak bersuara dan Danish tidak berkata apa-apa. Masing-masing tak mendengarkan suara. Tiba-tiba handphone Fauzi berbunyi kuat, seseorang menelefonnya. Fauzi dan Danish sedikit terkejut. Mata mereka bertembung. Fauzi menyeluk handphone dari poket seluarnya melihat siapa yang mendail.

Razak… Fauzi tekan ‘cancel’.... Berdering lagi… Razak… cancel… berdering lagi… Razak…

“Angkat.. loudspeaker “ Belum sempat Fauzi cancel, Danish mencelah. Fauzi menelan air liur… kenapa loudspeaker?. Fauzi menggeleng laju. Pantas dia menekan butang cancel.

‘Lelaki?’ Danish syak sesuatu. Dia bangun dari kerusi menuju kearah Fauzi.

Berdering lagi… Danish merampas handphone dari tangan Fauzi. Lalu diangkat panggilan tersebut disetting loudspeaker. ‘Jawab’ arah Danish tanpa mengeluarkan bunyi.

“Hello… “ Fauzi menjawab panggilan Razak terpaksa.

“Jiya!... engkau dah ada suara ke?... waa… rindu suara kau… “ jerit Razak dihujung panggilan. Fauzi mengetip bibirnya.

“Ha.. ha… Razak… aku busy ni… “ Fauzi cuba menamatkan perbualan mereka.

“Bebe… aku dah jumpa atuk kembar… kitaorang cerita semuanya… bebe… bebe… dengar tak?... Jiya?... jumpa malam ni“ panggil Razak apabila tidak mendengar suara Fauzi sebaliknya perbualan mereka terputus.

Danish mematikan perbualan Fauzi dan Razak. ‘Rindu?’

“Siapa?” soal Danish sambil menggenggam kuat handphone Fauzi. Fauzi diam dia menelan air liur sebelum menjawab soalan Danish.

“Kawan.. “ jujur Fauzi.

“Bohong… fine… no phone until i bed you tonight… keluar” marah Danish.

-------------------------------------------------------

Fauzi teragak-agak hendak pulang ke vila. Dia berdiri betul depan pagar vila. Matanya berkira hendak ke vila kecil atau vila besar. Apek dari jauh pun merasa pelik dengan kelakuan Fauzi. Dihampiri Fauzi.

“Fauzi masuk lah. Nak hujan ni. “ ajak Apek.

“Apek… kalau Fauzi lari dari vila ada orang tahu tak?” soal Fauzi ingin tahu.

“Er… kalau Fauzi hilang… Apek tahu lah. “ terkejut Apek dengan pertanyaan Fauzi. Mestilah semua orang akan tahu. Lagi-lagi Danish.

“Kenapa?” soal Apek pula.

“Kalau Fauzi sakit… ada orang ambil tahu tak?”

“Ish… kenapa kamu ni Fauzi?”

“Pertama kali Fauzi rasa takut nak balik Vila” mengaku Fauzi kepada Apek. Terniang-niang dalam kepala otaknya ‘i bed you tonight’.

Terangkat kening Apek apabila mendengar pengakuan jujur Fauzi. Pada yang sama tiba-tiba hujan lebat turun. Apek menarik tangan Fauzi, tapi Fauzi tak bergerak.

“Fauzi.. Hujan ni… malam ni… sejuk nanti sakit” jerit Apek sambil berusaha menarik Fauzi.

“Fauzi tak nak masuk Vila… Fauzi nak sakit Apek.” beritahu Fauzi sambil meleraikan genggaman Apek, disuruh Apek berteduh di dalam pondok. Biarkan dia bermandi hujan.

Apek risau. Dia cuba mendail vila kecil dengan harapan Matahari mengangkat talipon. Dan dia faham bahawa Fauzi cuba mengelak dari seseorang di vila besar. Tapi tiada sesiapa pun menjawab panggilannya. Dia cuba menelefon phone Matahari pula.

Fauzi pula dengan selamba bersila dihadapan pagar. Nekad hendak sakit. Dibiarkan hujan lebat membasahi badannya selencun yang boleh. 20 minit berlalu, Fauzi menggigil, tapi masih tidak meruntuh niatnya untuk sakit.  

---------------------------------------------------------

Danish menjerit seperti orang gila memanggil Amoi. kakinya laju menuruni tangga dari bilik. Terkejut dia apabila menerima panggilan Apek dari pondok luar menyatakan Fauzi ermandikan hujan.

“Amoi!... Amoi!... “

“Ya Tuan Muda “ jawab Amoi

“Mana payung?... cepat!... “ tinggi suara Danish.

Amoi gegas ke pintu masuk vila mendapat payung yang memang di letak didalam pasu payung. Kemudian diserahkan ke Danish yang mengekor dia dari belakang dan terus meredah hujan lebat menuju ke pagar vila.

Tak lama kemudian Danish pulang sambil mengendong Fauzi yang menggigil kesejukkan sehingga ke bilik tidur. Basah lantai tidak diendahkan. Dia terlalu geram dengan Fauzi. Sampai sahaja bilik dia terus kebilik air, dicampak Fauzi dalam tub mandi air panas segera dibuka beserta shower.

“Mandi!” Marah Danish. Dijirus air panas ke tubuh Fauzi. Fauzi tidak bertenaga, tapi matanya tetap celik.

“Bukak baju… “ arah Danish sambil cuba mengoyak baju Fauzi. Tapi tangan Fauzi pantas menepis tangan Danish. Danish cuba lagi. Tapi kali ini Fauzi mengenggam kedua-dua belah tangan Danish. Mata mereka bertembung.

“Danish… please… please… jangan bagi aku trauma lagi… “ rayu Fauzi. Dan mengalir air matanya. Laju. tapi tak kelihatan kerana air shower mengalir dari atas.

Danish terkedu. Fauzi ‘trauma’?... perlahan-lahan dia melonggarkan tangannya dari genggaman Fauzi.

“Fine… settle yourself… aku tunggu luar… baju… nanti aku bagi baju”

Danish menyandar ditepi katil setelah memberi baju kepada Fauzi, lalu dilabuhkan punggung diatas lantai. Dirinya basah dilupakan, sejuk aircond juga dilupakan. Dia diam membisu. Hanya kedengaran air dari bilik air, Fauzi sedang membersihkan diri. Matanya tak beralih dari pintu bilik air. Seperti menanti kemunculan Fauzi dari dalam. Tapi hati dan mindanya sedih, Fauzi ‘trauma’.... Kerana dia?

-----------------------------------------------

Sebaik sahaja Danish selesai membersihkan diri dia keluar dari bilik air. Kosong. Fauzi tiada dalam biliknya. Kemana. Tanpa fikir panjang Danish keluar dari biliknya menuju ke bilik Fauzi hanya dengan bertuala sahaja. Dipulas tombol pintu. Kunci. Diketuk pintu. Tidak berjawab. Danish cemas. Pengsan ke?. Dia berlari turun ke bawah mendapatkan phone rumah, ditalipon Apek di pondok jaga.

“Apek… bawa kunci bilik Fauzi!”

“Tuan Muda hujan lagi ni… “

“Sekarang… I hantar Amoi bawak payung…” arah Danish.

20 minit kemudian Apek sampai membawa kunci pendua bilik Fauzi. Pintu terbuka.

-------------------------------------------------

Danish segera masuk kebilik Fauzi. Gelap dan hangat seperti penghawa dingin sengaja tidak dibuka. Kelihatan Fauzi terbaring lena diatas katil dan tidak sedar akan kehadiran Danish. Danish merangkak atas katil mengambil tempat sebelah Fauzi kepala dikalih memandang Fauzi disebelahnya.

‘Trauma?... kenapa?’ monolog Danish.

Danish merapatkan lagi badan mereka berdua. Ditarik Fauzi dalam dakapannya. Terasa pilu Danish didada. Fauzi memang sudah tidur mati, mungkin penat dan sejuk.

“Fauzi… Apek beritahu segalanya… engkau nak sakit… kenapa?... engkau trauma apa?... hmmm?... “ bisik Danish sambil memperkemaskan kepala Fauzi dibahunya.

“Sebab aku buat engkau berdiri lama ke?...”

“Aku buat macamtu sebab aku nak train engkau semula… its like you have another master… “ bisik Danish lagi.

Fauzi yang lentok dibahunya bergerak sedikit mencari keselesaan. Padahal Fauzi mendengar semuanya. Dia terjaga apabila terasa ada seseorang merangkak atas katil. Dan dia yakin orang itu Danish. Dia biarkan sahaja Danish hendak buat apa malam ini dengan dirinya.

Danish mandikan dia,

Danish tidurkan dia

Danish mengaku kesalahan diri sendiri.

DAN

‘Aku tahu aku pet, its okay aku misbehave, tapi aku tak pernah niat hendak khianat master aku’ minda Fauzi berbicara sedangka matanya tutup rapat mendengar segala bisikkan bebel Danish.

“Fauzi… jujur… walaupun engkau depan mata aku... I miss you daily... and I think... I love you... so please jangan fikir sakit lagi“

DAN... Danish mengaku perasaan sebenarnya kepada dia

“I love you more than anything… Fauzi... I will do better" tambah Danish sambil tangannya mengusap kepala Fauzi, mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience