Chapter 13 Masalah

Drama Completed 32729

Raihana mengusap perutnya yang kempis. Kosong.. Anak dia dah tiada dalam rahim dia. Anak dia dah meninggal. Air matanya mengalir perlahan, semakin lama menjadi semakin deras. Hinaan bertalu- talu yang diberi Adam tadi telah menghiris hatinya. Kotak fikirannya masih takmampu membuang kejadian tadi dari kepalanya. +

Flashback
"Macam mana kau boleh pregnant?" Adam mencengkam pipi Raihana kuat. Raihana cuba menepis pegangan Adam namun gagal. Dia lemah. Dia perlukan rehat tapi kenapa suaminya itu taknak benarkan? Takkan takfaham yang dia baru keguguran? "Sa.. saya taktahu.." balasnya lemah. Adam mendengus geram, bosan dengan jawapan bodoh Raihana. 3
Kepala isterinya itu ditunjal berkali- kali. "Aku suruh makan pil cegah hamil tu on time kan? Kau makan tak?" soalnya lagi. Raihana mengangguk, dibiarkan sahaja perlakuan Adam ke atasnya. "Sumpah, saya makan pil tu on time. Sekali pun takpernah tinggal." Adam tersenyum sinis. Rambut Raihana direntap. "Kalau kau makan, macam mana kau boleh pregnant, sial?" Raihana mengerang kesakitan. "Taktahu.. sakit, Adam.. lepas.." rayunya. 2

Adam mendengus. Rambutnya diserabaikan. "Kau takboleh pregnant. Aku tak izinkan. Make sure this will be the last time. Kau.. patut bersyukur budak tu mati." luahnya. Dada Raihana berombak, terkejut dengan kata- kata Adam. "Adam, yang meninggal tu anak kita! Macam mana awak tergamak cakap macam tu?" soalnya. Lengan Adam dipukul berkali- kali. Adam menggenggam kedua tangan Raihana, menghalang gadis itu daripada terus memukulnya. 10

"Iyake tu anak aku? Entah berapa ramai jantan kau angkut bila aku keluar. Entah berapa..,"

"Adam! Saya taksemurah tu. Saya ada maruah."

"Oh ya? Habis tu siapa jantan yang kau angkut haritu?"

"Sa.. saya takfaham.."

"Sial! Jangan tipulah. Jantan tu bapa budak ni kan? Kau dah sedap- sedap 'tidur' dengan dia, tapi nak suruh aku yang..,"

"Sudah! Saya bukan macamtu. Ni anak awak. Zuriat awak!"

"Dia bukan anak aku! Dia taklayak!" meja kecil yang terletak di sebelah katil Raihana dihentak kuat. Urat lehernya kelihatan, tanda dia sedang menahan marah. "Kau pun sebenarnya tak layak jadi wife aku. Sedar diri sikit. Kau tu cuma tempat aku nak puaskan nafsu aku jer." tanpa melihat reaksi Raihana, Adam terus keluar dari bilik wad itu. 4

EndFlashback
Raihana menggenggam cadar katilnya. Sakit hatinya setiap kali dia teringatkan peristiwa itu. Air matanya kembali mengalir. "Maafkan mama, sayang.. Mama takjaga awak baik- baik.. Mama jahat.. Maaf sebab.. anak mama.. tiada papa yang boleh sayangkan.. anak mama ni.." bibirnya diketap kuat, cuba menahan tangisannya daripada menjadi semakin kuat. Ya Allah.., kenapa dia rasa lemah sangat ni?

Matanya memandang tepat ke banglo yang tersergam indah itu. Rambutnya diserabaikan. "Raihana.. Soon or later, you will be mine.. again." ucapnya sinis. Masih tersimpan kemas dalam kotak memorinya saat wanita yang dicintainya itu menghalaunya keluar, hanya kerana takmahu Adam tersalah faham. +

Penumbuknya digenggam kemas. Sakit hatinya bila mengingati bagaimana cemasnya Raihana ketika dia datang ke banglo itu tempoh hari. Masih juga dia ingati bagaimana gadis itu menyuruhnya pergi kerana mahu menjaga hati Adam. Cinta Raihana dah beralih arah ke? Damn it! 5

Dia takkan izinkan hal tu terjadi. Ya. Memang salah dia sebab dah 'serahkan' Raihana pada Adam. Tapi sekarang dia nekad. Dia nak wanita itu jadi miliknya kembali. Dan.. kalau dia takdapat Raihana, dia akan pastikan sesiapapun dapat gadis itu! Tapi, macam mana dia nak lawan lelaki sehebat Adam? Shit. Lantaklah apa pun nak jadi, Raihana tetap kena jadi milik dia!
*** 20
"Awak dah ok ke?" Irfan melabuhkan punggungnya di sisi katil Raihana. Gadis itu tersenyum nipis, namun jelas kelihatan itu hanyalah senyuman yang dibuat- buat. "Adam izinkan awak datang sini?" soalan Irfan dibalas dengan soalan. Irfan hanya menggeleng bagi menjawab pertanyaan Raihana. "Jangan risaukan saya. Saya boleh handle life saya. Awak tu.. tengah dalam pantangkan? Nak saya tolongke?"

Raihana tergelak kecil. Dahi Irfan berkerut. Kelakar ke soalan yang dia tanya? Tawa Raihana reda saat melihat wajah blur Irfan. "Awak tahu ke cara nak jaga perempuan dalam pantang?" soalnya. Irfan tersengih sebelum menggeleng lagi. Kepalanya yang takgatal digaru. "Jangan risaukan saya. Saya boleh handle life saya." kata- kata Irfan tadi diulang kembali. Lelaki itu tersenyum sebelum riak wajahnya bertukar sedih.

"Raihana.. Iam so sorry for what had happened that night. It was totally suck and I shouldn't thinking of ruining you.. Sa..,"

"Tak apalah.. Mungkin ini yang terbaik.. Lebih baik dia 'pergi' dengan cara ni daripada ayah dia sendiri yang bunuh dia."

Air mata Raihana kembali mengalir. Hati Irfan berkali- kali menyuruhnya agar menyeka air mata gadis itu namun akalnya mencegah. Dia hanya mendiamkan diri, membiarkan gadis itu meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Crying can makes you feel better, right?

"Mesti awak rasa jijik dengan sayakan? Mesti awak rasa saya kotorkan? Mesti awak rasa saya takde maruah kan?"

"Tak. Saya tak rasa macam tu langsung. Saya tahu, awak ni perempuan yang baik. Bukan macam perempuan yang En. Adam selalu 'langgan'. Jadi saya yakin, apa yang awak buat ni mesti ada sebabnya."

"Terima kasih, Irfan. You make me feel better."

"Iyake? Jadi tolong jangan menangis. Please?"

Raihana tersenyum. Air matanya diseka. Kalau boleh, memang dia nak bagitahu Irfan tentang hubungan dia dan Adam tapi dia takmampu. Sebab dia takut Adam marah. "Now you look beautiful again." ujar Irfan ikhlas. Jujur, dia suka tengok gadis itu tersenyum. Dan kalau boleh, dia nak buat gadis tu rasa bahagia selama- lamanya. Cuma ada satu benda yang menghalang iaitu.., Raihana milik Adam. Titik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience