bab 2

Drama Series 9417

*kediaman zafril asyraf

"Zaf pergi mana tadi? Lambat balik." tanya Puan Aima iaitu mama kepada zafril.

"Zaf pergi jumpa penjual nasi lemak yang sedap tu." jawab zaf dengan jujur supaya mamanya tidak mengesyaki bukan bukan.

"Ohh yeke. Kenapa zaf tak ajak mama?! Mama pun nak jumpa orang tu hishhh zaf ni suka buat sesuatu taknak bincang lahhh." merajuk Puan Aima kepada anak sulungnya.

"Alahhh mama jangan lah merajuk. Sorry okay pasni anything zaf disscuss ngan mama promise."

"Ingat mama budak kecik ke nak promise bagai. Ni zaf dah solat isyak belum ni?"

"Dah masa on the way tadi singgah masjid sekejap. Papa balik bila ma?" soal zaf pada mamanya.

"Esok petang insyaallah. Okay lah zaf mama nak naik tidur. Zaf jangan tidur lambat pulak."

"Okay ma. Ehh mama, mana zahir ngan zarah?" zafril pelik melihatkan rumah yang sunyi dengan ketiadaan suara adik adiknya.

"Zahir dalam bilik main game kot. Zarah tido laa kot penat baru balik tuisyen. Okay mama naik dulu."

"Okay ma, goodnight muahh." sempat dia melayangkan flying kiss kepada mamanya tapi tak dilayan.

Zafril terus merebahkan badannya ke atas katil setelah membersihkan dirinya. Seketika terbayang wajah dhia, gadis yang telah mencuri hatinya.

"Sopan je dia bercakap." Seketika zafril mengelamun sebelum dia kembali sedar yang dia sedang memikirkan seorang anak gadis yang mahram baginya.

"Kau jangan macam macam ye zaf. tumbuk kau kang astaghfirullah. Dahla tido esok kau ada meeting zaf. " bercakap zaf kepada dirinya.

*keesokan harinya

"Dhia, dah siap belum ni? Kak nia tunggu lama dah kat bawah tu." panggil mak leha kepada anak bongsunya yang masih belum keluar dari biliknya.

"Ye mak. Dah siap dah ni." balas dhia sebelum keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.

"Hahh lama nau kau ni dik. Cepat salam mak." arah kak nia kepada adiknya.

"Mak dhia nak gerak dah. Mak jaga diri ye. Nanti dhia datang tengok mak yeee. Mak jangan tak makan pulak tau. Nanti anything dhia call mak tau." perasaan sayu mula hadir kerana dhia begitu risau hendak meninggalkan maknya seorang diri di kampung.

"Insyaallah. Dhia jaga diri kat sana yee. Ingat jaga batas pergaulan jangan tinggal solat. Mak sayang dhia. Nia bawak kereta hati hati."

selesai bersalaman dengan mak leha, dhia dan kakaknya memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. tujuan mereka ke KL adalah kerana dhia menerima tawaran bekerja yang diberikan oleh zafril asyraf di sebuah syarikat. itupun selepas dipujuk oleh mak leha jika tidak dhia tidak mahu meninggalkan maknya di kampung seorang diri.

Kak nia memandang adiknya yang sedang nyenyak di sebelahnya. Kak nia boleh menghantar dhia ke KL kerana dia sedang cuti sekolah. Dia juga mengajak dhia untuk tinggal dengannya di rumahnya.

"Dhia, bangun dah sampai dah ni." kejut nia kepada adiknya.

Menggeliat dhia setelah bangun dari tidur.
"Thank you kak. Nanti dhia call akak bila dah settle semua ye." tangan dihulurkan untuk bersalam dengan kakaknya.

"Jaga diri dik. Nanti kalau ada yang gatal ngan kau, kau belasah je keluarkan semua ilmu yang ada tau." gurau kak nia sebelum berlalu meninggalkan dhia di pintu syarikat yang besar.

Dhia memasuki syarikat yang sangat besar sambil mengagumi kecantikan serta keluasan bangunan tersebut. Hisham Holding terpampang besar di suatu sudut bangunan. Seketika dhia berasa jakun tetapi dibuang serta merta perasaan itu.

Dhia melaporkan diri kepada kerani di bahagian lobi bahawa dia datang untuk menghadiri interview. Kerani wanita berusia 30-an tersebut kagum melihat dhia yang hanya berbaju kurung serta mengenakan tudung bawal. Kerani tersebut tersenyum kepada dhia dan meminta dhia duduk sebentar di kawasan menunggu.

beberapa minit kemudian kerani tersebut membawa dhia pergi ke tingkat 36 dengan menaiki lif dan menuju ke bilik yang terpampang perkataan CEO. Kecut perut dhia melihat nama yang tertera di pintu tersebut iaitu Zafril Asyraf Bin Dato' Hisham.

Kerani tersebut mengarahkan dhia untuk masuk ke dalam bilik tersebut sambil tersenyum kepadanya sebelum meminta diri.

"Assalamualaikum." salam diberi sebaik sahaja dhia menjejakkan kaki kedalam bilik tersebut.

"Waalaikum... mussalam...." zafril terpana melihat dhia berdiri di hadapannya dengan berbaju kurung maroon dipadankan dengan bawal peach. Sangat simple hingga menyerlahkan keayuan dan kesopanan gadis itu.

"Come have a sit." arah zafril sedikit gugup kerana tidak menjangkakan gadis itu menerima tawarannya untuk bekerja. "So can you introduce yourself?"

"Err my name is dhia adlina binti rahman. I'm from cheras. I'm living with my mom and my older sister. My dad passed away three years ago. After SPM i didn't further my study because i just want to take care of my mom while help her sell nasi lemak." walaupun terdapat sedikit nervous di dalam percakapannya tetapi tetap lancar penceritaannya.

"Ohhh i see. I think i don't want to waste many time. So i accept you to work in this company. " kata zafril kepada dhia.

"Betul ke ni encik?" tanya dhia untuk mendapatkan kepastian.

"Yes miss dhia adlina." balas zafril sambil tersenyum manis kepada dhia.

"Alhamdulillah. Tapi saya kerja sebagai apa ye?"

"Ohh yaa i forgot. you will be my personal assistant from now. Is it okay?"

"Okay boleh je. InsyaAllah saya akan lakukan tugas saya dengan bagus." jawab dhia dengan meyakinkan zafril.

"And your month salary, I'll pay you RM6800."

"Huhh banyaknya. Banyak sangat lah encik lagipun saya masih baru lagi." serba salah dhia hendak menolak tapi hakikatnya bayaran yang diberikan sebulan itu sangat mengejutkan dia.

"Its okay dhia. I'm your boss just listen to me." balas zafril dengan senyuman dibibirnya.

"Baiklah, terima kasih boss. Errr bila saya boleh mula start kerja?"

"You may start now or tomorrow. you can choose between these."

"Saya nak start sekarang boleh?"

"Yes sure." zafril bangun dari kerusinya dan bergerak ke muka pintu. "come follow me. I'll introduce you to others."

"Attention semua. Here is dhia adlina and dhia akan bekerja sebagai personal assistant saya menggantikan kak siti yang dinaikkan pangkat sebagai accounting manager." zafril memperkenalkan dhia kepada semua pekerjanya sebelum memberikan aluan kepada dhia untuk memberikan ucapan.

"Assalamualaikum, saya harap awak semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya and saya akan melakukan tugas saya dengan bagus insyaallah." senyum dhia kepada pekerja di dalam pejabat ini walaupun terdapat segelintir yang tidak sukakan dhia.

"Okay, now continue do your tasks everyone. Sherry, you know what have to do right? Tunjukkan meja dhia and do some office tour. I need to settle some important report now so i gotta go." zafril kembali ke pejabatnya setelah menyerahkan tugasan kepada Sherry, seorang pekerja cemerlang di Hisham Holding.

"Come dhia, akak tunjukkan tempat dhia dulu then kita buat office tour. Dhia umur berapa?" senyum sherry berkata kepada gadis yang sangat sopan dan comel dihadapannya.

"Dhia dah 20 tahun. Sorry kak sherry sebab dhia ambil masa akak." serba salah dhia kerana sherry perlu meninggalkan kerjanya sementara membawa dia mengenali latar belakang Hisham Holding.

"Ehhh takpe lah dhia. Akak lagi suka dapat mengelat sekejap heheh. Jom." sherry menarik lengan dhia untuk mengikutnya masuk ke dalam lif.

"Ni meja dhia. Sebelah tu namanya aufa, kalau dhia ada problem or anything boleh tanya je dia ni." sherry memperkenalkan aufa iaitu rakan semeja dhia.

"Hi dhia, just call me aufa. If dhia ada nak tanya or tak faham anything tanya je aufa tau. Ni meja dhia nanti aufa tolong dhia decorate heheh." senyum aufa berkata sebegitu kepada dhia.

"Okay aufa." balas dhia sambil tersenyum manis kepada dhia.

"Dhia, sebelah kiri ni bilik boss, i mean encik zafril. Anything untuk signing or nak bagitahu jadual boss, dhia direct masuk je bilik ni. Don't worry boss tak garang cuma dia tegas sikit je lahhh." kata sherry kepada dhia.

"Haaa lagi satu jangan salah hantar report." seloroh aufa kepada dhia yang masih keliru.

"Okay done. Now kita turun dulu nanti akak cerita tentang company ni." sherry berkata kepada dhia sebelum beredar dari meja dhia.

*rumah kak nia

"Haaa dhia amacam? Mind to share with me sis? Happy semacam kau ni dik." pelik kak nia melihat adiknya yang tersenyum sahaja dari tadi.

"Takdelah. Tadi boss ada perkenalkan dhia kat semua orang dalam office tu..." belum sempat dhia menghabiskan ayatnya, kak nia terlebih dahulu memotong.

"Then sebab tu je ke kau tersengih macam kerang busuk ni?"

"Sabarlah orang tak habis cakap lagi ni kak!" marah dhia kepada kakaknya.

"Ohh okay okay heheheh sambung sambung." sengih kak nia kepada adiknya.

"Dhia happy sebab ada yang boleh terima dhia." terharu dhia apabila teringatkan suasana di office tadi.

"Ohh mesti lah diorang terima dhia yang cantik ni. Berani diorang nak halau dhia makan penampar sulung akak kang. Dah bagitahu mak belum?" tanya kak nia kepada dhia.

"Dah lepas isyak terus call tadi. Okay lah kak esok dhia dah kena masuk kerja. Akak hantarkan ehh hiihihi. Bye goodnight kak love you muah!!!" sengaja dhia berkata begitu sambil menuju ke biliknya.

"Haihh adik sape lah ni....." senyum kak nia melihatkan satu satunya adiknya gembira.

here

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience