EPILOG

Short Story Series 3885

Setiap malam aku tidur bersendirian tanpa diganggu Noah.

Malam ini seperti biasa aku tidur bersendirian. Aku tidur awal kerana terasa penat. Entah kenapa. Sedang asyik terlena dibuai mimpi, aku terjaga disebabkan bunyi pintu dibuka agak kuat. Noah masuk ke dalam bilik dalam keadaan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

Dia menerpa aku seakan mahu memelukku. Aku bingkas bangun dari katil dan menjauhi Noah.

"Sophea.." Panggil Noah meleret.

Aku perhatikan dia yang sudah terbaring di atas katil. Noah dalam keadaan tidak terurus. Macam orang tak betul. Tangannya meraba sebelah seakan mencari sesuatu.

Kenapa dengan Noah ni? Aku pun pelik.

Sebelum apa-apa terjadi, baik aku blah. Semua pakaian aku masukkan dalam luggage. Aku tekad nak lari malam ni.

"Nak pergi mana?"

Kecut perut aku dengar suara Noah. Aku palingkan kepala ke arah dia. Noah yang tadinya terbaring sudah duduk tegak. Matanya sedikit merah.

Baru nak melangkah keluar dari bilik, tubuhku dipeluk dari belakang.

"I want you tonight." Bisik Noah.

Tangannya aku pegang sebelum gigit. Noah lepaskan pelukan.

"How dare you!"

Aku nampak pasu bunga atas meja solek. Aku capai pasu bunga dan hempuk pada kepala Noah sekuat hati. Dia mengerang kesakitan tapi tak pengsan. Ingatkan kepala besi tadi.

Aku cepat-cepat beredar dari situ. Sekejap sahaja sudah sampai ke tingkat bawah. Aku pergi ke dapur dahulu dan mengambil beberapa pek darah di dalam peti sejuk sebagai bekalan. Selepas itu barulah aku pergi ke arah pintu utama.

"Sophea!" Aku dengar suara Noah menjerit memanggil namaku.

Mampus!

Menggeletar tangan cuba tekan kod untuk buka pintu. Tapi tak berjaya. Aku sendiri tak tahu apa nombor yang Noah letak.

"You nak pergi mana?"

Terperanjat aku. Lambat-lambat aku menoleh. Ada seorang perempuan seksi sedang berdiri tidak jauh dari aku.

Tanpa segan silu, aku terpa dan pegang tangan dia.

"Awak nak Noah?" Soal aku.

Dia angguk.

"Awak tahu kod nombor dekat pintu tu?"

Sekali lagi dia mengangguk.

"Saya akan berikan Noah pada awak kalau awak tolong bukakan pintu untuk saya."

Dia tak cakap apa. Dia tarik tangan dia kembali, pergi dekat pintu dan tekan kod nombor. Pintu terbuka.

"Terima kasih." Ujarku sebelum keluar dari rumah itu.

Lega sangat boleh keluar dari rumah tu. Selama ni aku usaha nak keluar dengan macam-macam cara tapi tak berjaya. Nasib baik perempuan tadi tolong aku.

Goodbye Noah. Semoga kau bahagia. Ucapku perlahan.

Nasib sekeliling rumah dipasang lampu dan bulan terang malam ni. Tak adalah aku takut sangat.

Eh aku nak naik apa ni?

Lupa pula. Jalan kaki pun tak apa. Kau kan vampire takkan takut dengan hantu juga. Aku berkata pada diri sendiri.

???????

Awal pagi, aku, Melissa dan Suzy bertolak ke tempat aku sudah set untuk bercuti. Aku yakin Noah akan mencari aku di rumah keluarga, Suzy atau Melissa. Jadi aku rela menginap di sebuah hotel dan menghubungi mereka agar datang ke hotel tersebut.

Nak bernanah juga telinga aku mendengar bebelan mereka. Bukan aku sengaja tapi terpaksa. Nasib baiklah keluarga mereka tak cakap apa.

selepas menempuh perjalanan hampir 7 jam, kami sampai di sebuah pekan kecil. Pekan itulah tempat kami bercuti. Mereka berdua terpegun melihat pemandangan di situ. Tahu sangat mereka suka. Aku pernah pergi sekali semasa masih belajar. Memang pemandangan di situ cukup cantik.

Aku dah tak sabar nak lakukan macam-macam aktiviti bersama Suzy dan Melissa sepanjang berada di sana. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

??????

Sudah 3 hari kami tinggal di sini. Dalam masa 3 hari macam-macam kami lakukan. Suzy dan Melissa paling excited sekali. Aku biasa sahaja. Selalu rasa sedikit penat.

Aku terpaksa berpura-pura depan mereka. Makan dan minum seperti manusia lain. Setiap kali order menu, aku akan pilih rare steak. Suzy dan Melissa sudah pelik dengan perangai aku kerana sebelum ini aku akan pilih well done. Aku katakan pada mereka yang aku tukar selera. Aku sorok-sorok minum darah selepas mereka tidur. Terpaksalah kalau tidak badan aku lemah.

Kami keluar seharian dan akan balik pada waktu malam. Biasanya Suzy dan Melissa akan tidur selepas membersihkan diri. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Suzy sewaktu hari pertama kami sampai ke sini. Dia kata perut aku sedikit buncit dari kali terakhir kami berjumpa.

Aku pun perasan perubahan diriku. Aku mengandung ke? Kalau betul habislah. Takkan tumbesaran anak vampire agak cepat? Manusia kalau pregnant. Sebulan mana nampak lagi. Aku dah start pelik. Patut rasa penat semacam dan pek darah yang aku ambil dulu dah habis.

"Sophea." Tangan aku disentuh seseorang.

Aku tersentak dan menoleh. Suzy sedang memandang aku.

"Sejuk gila tangan kau."

Dia pegang tangan aku.

"Kau tak sihat ke?"

"Eh mana ada. Aku sihat je."

Aku tarik tangan kembali.

Melissa sibuk membaca majalah sambil makan kentang goreng. Aku terpandang arah lain. Ada 2 orang lelaki di situ sedang memerhatikan kami. Lagak mereka seperti samseng.

Mereka...mereka ada niat nak rompak kami.

"Weh, jomlah balik hotel. Aku penatlah." ajak Suzy.

"Relaks la. Habiskanlah makanan dulu."

"Tak selera. Aku fikir katil je sekarang ni."

Baru Suzy nak bangun, aku halang dia.

"Duduklah dulu. Aku rasa tak sedap hatilah."

Suzy mendengus. Dia letak kepala pada meja. Pandangan aku kembali pada 2 lelaki tadi. Masih di situ. Tak lepas dari memandang kami. Apa yang perlu aku buat? Call police? Kalau call, buatnya mereka tak mengaku naya pula. Tiba-tiba mereka bangun dan keluar dari restoran fast food itu. Hati aku sedikit lega. Mungkin niat mereka terbatal melihat kami masih tidak keluar dari restoran.

"Jomlah balik." Kali ini aku yang ajak mereka.

"Jom!" Laju sahaja Suzy berkata. Melissa pula cepat-cepat habiskan makanan sebab tak nak ketinggalan.

"Kau langsung tak makan Sophea. Tak lapar ke?" Soal Melissa.

Aku hanya tersenyum kemudian menggeleng. Tekak aku sebenarnya mahukan darah. Malam ni terpaksalah buat kerja kotor sikit.

Kami bertiga keluar dari restoran dan mahu balik ke hotel semula. Kalau ikut jalan biasa agak jauh memandangkan kami berjalan kaki. Jadi Suzy beri cadangan ikut jalan shorcut. Beria aku menolak dan sanggup nak bayar teksi kalau mereka tak nak jalan kaki tapi Suzy tetap nak ikut jalan shortcut tu. Melissa hanya mengikut sahaja.

Nak tak nak aku terpaksa akur tapi hati aku rasa tak sedap sangat. Ikut jalan shortcut kena lalu lorong tepi bangunan. Mesti sunyi dan agak gelap. Aku dapat rasa ada bahaya menunggu kami.

Ketika dalam perjalanan, kami dihalang 2 lelaki bertopeng dan menghunuskan pisau. Aku dapat rasakan yang mereka lelaki tadi. Tak sangka mereka menunggu kami . Seakan tahu sahaja kami melalui kawasan ini.

"Serahkan semua barang-barang berharga!"

Suzy dan Melissa dah ketakutan. Masing-masing pakat nak keluarkan barang-barang. Sempat aku menghalang mereka.

"Aku kira sampai 3, korang lari laju tinggalkan tempat ni."

"Kau?"

"Jangan risaukan aku. Aku kira dari sekarang."

"Satu."

Mereka mengundur ke belakang.

"dua, tiga!"

Suzy dan Melissa berlari sekuat hati. Salah seorang lelaki mahu mengejar mereka namun aku lebih tangkas menolak dia sehingga tercampak ke dinding.

Aku pandang tapak tangan aku. Boleh tahan superpower vampire ni. Baru nak bangga, aku diserang lelaki yang seorang lagi. Dia cuba cederakan aku dengan pisau, pantas aku mengelak dan menepis. Pisaunya terlepas dari tangan.

Dia cuba menumbuk aku tapi tak kena. Aku pandang lelaki seperti makanan sambil menjilat bibir. Lelaki itu terundur-undur ke belakang. Wajahnya bertukar pucat. Aku tarik tubuhnya dan terus menggigit leher lelaki itu. Dia meraung sekuat hati. Kawannya yang seorang lagi lari lintang pukang.

Selepas puas, aku berhenti. Lelaki itu sudah terkulai layu. Baru nak lap mulut, aku disuluh dari hadapan.

Aku pandang dan terkejut melihat Suzy, Melissa dan dua orang anggota polis.

Bahagian bibir sedikit comot dengan darah lelaki tadi. Aku cepat-cepat kesat. Wajah Suzy dan Melissa seakan mahukan penjelasan.

Belum sempat aku buka mulut, Melissa terlebih dahulu berkata.

"You're monster."

Kata-katanya menyentapkan hatiku.

"Aku.."

Melissa bawa Suzy pergi. Mereka beredar dari situ tanpa mendengar penjelasan aku terlebih dahulu. Dua polis tadi mahu menangkap aku namun aku sempat melarikan diri.

Tak tahu mana nak tuju. Suzy dan Melissa pasti takutkan aku dan tidak menganggap aku kawan lagi. Mungkin ini semua karma untuk aku sebab larikan diri dari Noah agaknya.

??????

Ingatkan semuanya akan okay bila siang menjelma. Malang bertimpa-timpa bila aku ditangkap sekumpulan lelaki. Salah seorang dari mereka penjenayah malam tadi.

Cuba untuk melawan namun tidak mampu. Tenagaku tidak sekuat malam tadi.

Aku dibawa ke sebuah gudang lama dan diikat dengan tangan ke atas. Aku pandang mereka semua dengan pandangan marah.

"Kita kena hapuskan vampire ni secepat mungkin! Berani betul dia masuk ke kawasan kita!" ucap salah seorang dari lelaki itu.

Seorang lelaki menghalang.

"Jangan bunuh lagi! Apa kata kita seksa dia?"

Aku fikirkan dia baik rupanya tidak.

"Setuju!"

Zapp! Aku meraung bila terkena satu libasan dari belakang. Sakit yang amat. Selepas itu ada yang menerpa dan menumbuk wajahku. Langsung tidak peduli yang aku ni perempuan walaupun aku vampire.

"T..tolong." Rayu aku.

"Tolong? Kau fikir kami nak tolong kau? Kau tu syaitan!" Dia ludah di muka aku sebelum menumbuk berkali-kali perutku.

Aku rasa sakit yang amat. Kalau aku mengandung, anak itu? Pasti sudah mati.

2 hari aku dibelasah dan didera teruk. Lunyai tubuh aku dikerjakan mereka. Tapi aku masih hidup. Aku berharap aku mati ketika ini kerana aku pasti tiada siapa yang datang menyelamatkan aku. percutian ke sini memberi aku mimpi ngeri.

Hari ini mereka datang sekali lagi. Datang membawa alatan tajam. Pandanganku samar-samar sahaja. Aku cuma mampu pasrah dan pejamkan mata. Sudah sampai ajalku agaknya.

Kenapa aku tak rasa sakit? Kenapa aku dengar jeritan mereka seakan meraung kesakitan. Aku yang sakit atau mereka. Cuba untuk buka mata tapi kenapa mata aku tak boleh buka?

"Sophea."

Terasa namaku dipanggil dan tubuhku dibaringkan. Aku rasa benda tajam dicucuk pada lengan.

"Wake up Sophea. Wake up!" Aku meneliti suara itu. Seperti suara Noah.

"Sophea.." Pipiku pula ditepuk-tepuk perlahan.

"Sayang..please bangun. I minta maaf. I tahu i banyak buat silap pada you. Tolong bagi i satu lagi peluang untuk perbetulkan semuanya."

Kenapa cakap sekarang? Terlambat! Kalau kau halang aku dulu dan kata pada aku yang kau cintakan aku, mungkin aku takkan jadi macam ni.

"Sophea!"

Kali ni Noah menggoncangkan tubuhku berharap agar aku bangun namun aku tak mampu.

Noah mula merintih sambil memeluk tubuhku. Namaku dipanggil-panggil berulang kali.

Kenapa aku tak boleh bangun? Aku kan vampire bukan manusia. Kalau mereka pancung kepalaku, barulah aku mati. Tapi sekarang.. aku tak mampu bangun kembali.

Suara Noah mula kedengaran sayup-sayup sahaja. Makin lama makin tak jelas.

Noah..jaga diri baik-baik. Awak pergilah cari kebahagiaan awak sendiri. Mungkin bukan dengan saya tapi dengan orang lain. Hargailah perempuan tu kalau awak tak nak kehilangan dia macam apa yang awak buat pada saya.

Saya..saya nak rehat dulu. Saya penat. Saya tidur dulu ya.

Dari jauh aku nampak Noah. Aku menangis saat aku melihat jasadku yang berada dalam dakapan Noah mula menjadi abu. Noah turut meraung.

Aku tak mampu berbuat apa-apa selain mengucapkan selamat tinggal.

Selamat tinggal Noah. Selamat tinggal semuanya.


TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience