Bab 38

Romance Completed 15358

"Awak dah kenapa pandang saya macam tu? Ke tepilah. Saya nak masuk studio. What are you doing here?" Soalnya. Aku tersedar.
"Onii, I'll call you back." Kataku pada abang.
"Okay." Jawab abang sepatah lalu talian dimatikan.
"Tepi, saya nak masuk studio. Awak buat apa kat sini?" Soalnya lagi. Nak tak nak kenalah aku jawab kalau nak nyawa aku itu selamat daripada dibaca oleh sesiapa.
"Sa-saya..nak ambil barang. Tertinggal barang dalam ni." Jawabku menunduk. Langsung tidak memandang dia. Takut aku.
"Tertinggal barang lagi? Hish, menyusahkan betul." Katanya membuka pintu studio. Dia mengambil barangnya lalu keluar semula. Aku hanya bersabar. Selama ni, tak pernah sekali pun dia keluarkan perkataan yang boleh buat aku terasa, walaupun sekali.
"Ambillah cepat, lepas tu, balik sekali. Payung tak bawa, baju dah basah." Katanya lalu menggeleng-geleng. Aku tak sukalah tengok dia asyik nak marah aku macam ni.
Aku masuk ke dalam studio lalu menyimpan rapi diariku di dalam beg.
"Saya tertinggal payung tadi." Ujarku.
"Ya, ya, saya tahu. Alyn beritahu saya tadi." Katanya.
"Awak datang sini balik buat apa?" Soalku.
"Nak ambil barang dan cari awak. Kalau awak hilang siapa yang susah? Mama juga yang akan susah hati, kan?" Soalnya. Aku mendiam.
"Tahu pun nak diam. Membebel sahaja. Dah ambil belum barangnya?" Soalnya.
"Sudah. Kerja awak asyik nak marah saya sahaja. Saya balik sendiri. Penat duduk dengan orang yang ada aura asyik nak marah macam awak ni." Balasku. Aku berjalan di dalam hujan itu.
"Hei, tunggu sayalah!" Jeritnya. Dia mengunci semula pintu studio itu. Aku tidak pedulikan dia malah, aku hanya menangis sedang aku berjalan itu. Aku tak suka orang yang baran, yang mempunyai sifat amarah yang kuat dalam dirinya. Aku tak suka dimarahi dan mendekati aura kemarahan yang dikeluarkan oleh seseorang.
Aku teruskan berjalan dengan laju di dalam kehujanan itu tanpa mengendahkan dia lalu terus melintas jalan untuk ke stesen keretapi.
Seseorang mendakap aku secara tiba-tiba, "Sakina-chan!" Aku tersentak. Bukan kerana dia mendakap aku tetapi, kerana nama itu. Aku tidak pernah beritahu dia nama aku setelah dia sedar dari koma apatah lagi nak panggil aku dengan panggilan '-chan'.
"Kalau jatuh lepas tu kena langgar dengan motor tadi macam mana?! Nampak tak ada lopak kat depan tu?! Nampak tak motor tadi lalu dengan laju?!" Marahnya kerisauan sambil memayungkan kami berdua. Aku hanya mendiam.
"Tak payah pegang-pegang saya." Ujarku dingin melepaskan diri dari dakapannya. Aku terus berlari ke stesen keretapi.
Setibanya aku di rumah, obaa-san, Alyn dan Dini berada di ruang tamu. Betapa terkejutnya aku melihat Haruka bersama mereka.
"Tadaima." Ucapku.
"Okaeri." Alyn, Dini dan Obaa-san menyambut aku pulang.
"Sakina-chan, you are wet. Go take a bath before you get cold." Kata obaa-san merisaukan aku.
"Okay." Aku hanya membalas tersenyum.
"Weh, korang berdua, ni kenapa perempuan ni di sini?" Soalku sambil membuka kasut.
"Ni? Perempuan ni? Entahlah. Tiba-tiba sahaja dia terjah rumah ni tadi. Katanya tunggu Ryoga tak balik-balik." Balas Alyn.
"Pftt..hahaha! Macamlah Ryoga tu nak sangat balik jumpa kau." Ujarku sambil menyusun kasutku. Kami ketawa bertiga. Obaa-san dan Haruka pelik melihat kami ketawa.
Baru sahaja hendak melangkah ke bilik air, seseorang melangkah masuk.
"Tadaima." Ucapnya dengan nada yang dingin. Mungkin marahkan aku.
"Okaeri." Jawab mereka.
Aku memandang dia yang berada di belakangku.
"Lepas ni, jangan haraplah saya nak cari awak lagi. Balik sendiri." Katanya. Mula aku nak menjawab ni.
"Ha, baguslah. Saya pun memang suka balik sorang-sorang ni. Saya tak perlukan awak pun untuk jadi bodyguard saya setiap masa." Jawabku.
"Lepas tu, kalau awak jatuh dan kena langgar tadi, siapa yang susah?" Katanya pula.
"Awak tak kisahkan saya, kan? Biar jelah saya kena langgar ke jatuh ke, buat apa nak rasa terbeban. Awak juga yang suruh saya balik sendiri lepas ni." Balasku.
"Tapi, kalau awak hilang, bergegar satu Jepun ni tahu?" Katanya.
"Ya ke? Tak tahu pula saya." Ujarku lagi.
"Dah tak tahu tu lain kali, jangan mengada-ada nak lari lagi." Katanya.
"Tak, yang awak kisahkan saya sangat ni kenapa? Awak benci saya, kan? Buat apa kisah saya nak kemana ke, hilang ke, sesat ke. Tak ada kena-mengena dengan awak pun." Balasku.
"Awak tu-" Belum sempat hendak sambung bergaduh, Alyn dan Dini menuju ke arah kami.
"Eh, sudahlah. Bergaduh pula korang ni." Kata Alyn.
"Dia tu yang mula dulu. Kisahkan aku sangat apa hal? Dah suruh aku balik sendiri, lepas tu, marah-marah pula aku balik seorang diri." Ujarku.
"Awak yang lari tadi, memang lah saya marah. Cuba awak ikut je cakap saya tadi. Selesai masalah." Katanya.
"Saya lari sebab saya penat nak dengar awak asyik marah sahaja. Awak ni memang tak reti nak layan orang, kan? Saya benci awak." Balasku.
"Bencilah, ada saya kisah?" Balasnya pula.
"Saya pun tak kisah tentang awak jugalah." Masih tidak mahu kalah untuk membalas.
"Sudah!" Bergema suara Alyn dan Dini memenuhi ruang tamu itu.
"Korang ni, dulu tak macam ni pun. Dulu bukan main mesra lagi. Sekarang, dah macam anjing dengan kucing. Gaduh je seharian. Tak rasa korang berdua ni penting ke untuk masing-masing?" Kata Dini.
"Aku pentingkan dia? Memang taklah." Kata Ryoga.
"Awak pun tak penting bagi saya." Balasku.
"Korang ni, boleh tak, bawa bersabar, bertenang dan berbincang. Ini tidak. Marah, bergaduh. Berkelahi hari-hari. Don't be childish, guys. Tak penat ke?" Kata Alyn pula.
"Tak!" Jawab aku dan Ryoga serentak.
"Ni, nak bawa berbincang dengan lelaki macam dia ni? Memang tidaklah." Balasku.
"Saya benci awak! So much!" Kataku lalu terus melangkah ke bilik.
Aku sempat memandang Ryoga turut hendak membuat perkara yang sama.
"Ryoga-kun, I bring you some-" Kata-kata Haruka dihentikan oleh tangan Ryoga.
"Talk to my hand. I'm not in mood." Kata Ryoga. Aku menahan ketawa melihat Haruka dilayan sebegitu.
Aku pergi menukar baju dan bersiap untuk berbuka.
*******
__Malam itu__
"Haha! Aku gelak sahaja tengok Haruka kena dengan Ryoga macam tu tadi." Kataku lalu kami ketawa berdekah-dekah.
"Ya, weh, macam apa je muka dia tadi. Kalau rakam dan tengok berulang-kali boleh menangis keluar air mata 5 baldi." Kata Dini. Kami ketawa lagi.
"Kau rasa betul ke si Ryoga itu nak kahwin dengan Haruka? Aku rasa macam berita palsu pun ada." Ujarku.
"Entahlah, weh. Cakap sahajalah kau tak benci dia pun sebenarnya. Itu hanya perkataan dari mulut kau semata-mata." Kata Alyn.
"Memanglah, tapi, kalau dia tu dah minta gaduh macam tu, aku menderhakalah sekejap dengan menjawab." Balasku.
"Derhaka? Tak elok. Syurga bawah tapak kaki dia." Kata Dini.
"Kau merepek apa? Bukannya dia itu suami aku pun. Dah sampai ke syurga dah kenapa?" Soalku. Kami ketawa lagi.
'Tok tok tok'
Pintu bilik kami diketuk.
"Kejap, biar aku buka." Kataku. Mereka mengangguk. Aku membuka pintu bilik kami itu.
"Eh, tiada oranglah pula. Agak-agaklah kalau tak puas hati pun." Ujarku lalu menggeleng-geleng. Aku masuk dan menutup pintu dengan rapi semula.
"Siapa?" Soal Alyn.
"Entah." Jawabku sepatah.
(Ryoga POV)
"Kenapa aku rasa berdebar sahaja bila dengan dia, hah?" Soalku sendiri di dalam bilik.
"Betul cakap dia, semua perkataan yang aku lontarkan pada dia tadi menunjukkan aku ni memang terlalu risaukan dia sampaikan Haruka pun aku tak pandang dah." Ujarku sendiri lagi.
"Aku rasa ada something antara aku dengan dia. Tapi, apa?" Aku berfikir. Semakin lama, rasa bersalah menyelubungi hatiku. Aku terfikir saat aku marahkan dia pada mula-mula aku jumpa dia di hospital hari tu. Dahlah aku pecahkan glob kesayangan dia. Aku marah-marah dia lagi.
Aku teringin mahu meminta maaf. Menolak tepi ego yang sentiasa menguasai diri ini.
Aku berada di hadapan pintu bilik dia, Alyn dan Dini.
"Nak ketuk, ke tak nak?" Soalku sendiri.
"Nak ketuk, ke tak nak?" Soalku lagi.
"Ahh, ketuk je lah." Ujarku.
'Tok tok tok'
Aku mengetuk pintu bilik mereka.
"Alamak, betul-betul aku ketuk lah pula. Eih, seram pula aku dengan perempuan seorang ini. Buatnya dia yang buka pintu, mati aku. Jatuh saham aku." Kataku lalu cepat-cepat berlari ke bilik.
"Eh, tak ada oranglah pula. Agak-agaklah kalau tak puas hati pun." Katanya menggeleng-geleng memandang kiri dan kanan lalu masuk semula. Aku menghela nafas lega.
"Ah, nanti-nanti sahajalah nak minta maaf ke apa dengan budak nakal itu." Kataku lalu masuk ke bilik.
__Keesokan paginya__
Aku melalui sebuah kawasan, sebuah kafe dan sebuah kedai menjual barangan pakaian sejuk.
'Ke-kenapa macam pernah terjadi sesuatu kat tempat ni?' Soalku sendiri di dalam hati sambil memandang sekeliling. Sekarang ini, aku sedang melalui kawasan pokok-pokok kecil yang disimen.
Ada bayangan sekilas di dalam mindaku.
"Nani kore?" Soalku sambil menahan kesakitan di kepalaku. Aku ternampak dalam bayanganku itu aku menyelamatkan seorang perempuan yang hampir jatuh di situ. Aku cuba untuk mengecam muka perempuan itu, malang sekali tidak boleh. Aku rasa, aku macam rapat dengan perempuan itu.
Lama aku menahan, akhirnya aku rebah dan tidak berdaya.
"Sakina-chan." Ujarku sebelum pandangan aku menjadi hitam.
(Sakinah POV)
Aku pergi ke tempat pertama kali aku dan Ryoga berjumpa. Betapa sukanya aku pada waktu itu dapat jumpa seorang Jepun yang sangat mesra dan baik. Walaupun, mula-mula aku tak tahu itu Ryoga Funatsu yang aku minat selama ini, tapi, aku tetap suka dia.
Kami ditakdirkan berjumpa dengan cara dia menyelamatkan aku daripada jatuh pada simen di situ. Aku ingat lagi pada waktu itu, aku ingatkan aku terbang kerana tak jatuh-jatuh. Bila aku sedar daripada pemikiran aku yang pelik-pelik itu, ada tangan yang memegang aku erat. Betapa terkejutnya aku diselamatkan dan disentuh oleh seorang lelaki yang bukan mahram aku. Nak pengsan sahaja rasa.
Aku melalui kawasan pokok-pokok kecil yang disimen itu. Alah, simen maut itu. Aku melihat ada seseorang yang..aku macam kenal sahaja baru jatuh rebah.
"Tak kut." Aku terus berjalan. Tapi, hati aku kuat mengatakan aku kenal orang yang terbaring itu. Aku kembali mengundur.
"G-Shock purple?" Aku melihat jamnya dari jauh dan aku melihat ke arah jamku.
"Kejap! Ryoga ke..Ryoga-san!" Aku dengan paniknya terus berlari menuju ke arah Ryoga yang terbaring. Aku cuba mengejut dia.
"Ha, okey, sekarang aku nak buat apa?" Soalku sendiri. Aku mengeluarkan telefon pintarku.
"Okey, ha, telefon. Okey, nak telefon siapa? Aku kat mana sekarang?" Soalku lagi sambil memandang sekeliling. Aku menjadi semakin panik.
"Nak telefon..Takuya! Ya, Takuya." Aku mencari nama Takuya di kenalan. Nama Takuya sahaja yang terlintas difikiranku.
"Ha! Takuya! Jumpa!" Baru sahaja aku nak menekan nama Takuya itu, ada panggilan masuk. Dan panggilan itu kebetulan daripada Takuya.
"Takuya-kun!"
"Ha, Sakina-chan. I've asked Hana-chan about you. She said that you just around here. Where are you? Koichi is looking for you." Kata Takuya.
"Oh, ha. I'm infront of a cafe that's not too far from studio." Balasku.
"Okay, I'm coming. Then, I will bring you to studio."
"Okay, but, could you please be faster?" Pintaku.
"Ha, why?" Soalnya.
"Ryoga. I found him unconscious here." Jawabku memandang Ryoga yang tidak sedarkan diri di situ.
"Ry-Ryoga?! Okay, I will be there as fast as I can." Katanya terus mematikan panggilan. Aku menyimpan telefonku.
"Haih, awak ni sengaja buat saya risau. Macam manalah awak boleh pengsan kat sini?" Ujarku duduk disisinya. Semua orang pelik melihat aku. Biarlah, bukan mereka tahu pun.
Beberapa minit telahpun berlalu, Takuya sudah tiba di situ, "Sakina-chan!" Takuya memanggilku.
Aku berdiri, "Takuya-kun!"
"How can be like this?" Soal Takuya.
"I don't know. I didn't expect that I can found him here. I just walked around here alone." Ujarku.
"Okay, now, we have to carry him to my car." Kata Takuya. Aku hanya mengangguk.
Takuya membaringkan dia di tempat duduk belakang. Takuya duduk di bahagian pemandu dengan aku disebelahnya.
"Why onii is looking for me?" Soalku.
"I don't know. He just said that he wants to meet you." Jawab Takuya.
"Oh." Aku hanya mengangguk sambil membuang pandangan ke luar tingkap.
"Do you miss him?" Soal Takuya tiba-tiba.
"Hm? Him? Who?" Soalku. Abang ke?
"The old Ryoga." Jawabnya. Haih, Sakinah, fikiran kau selalu jauh sangat melencong.
"Hm, tabun. (Hm, mungkin.) A bit. No. A lot. I miss him so much." Jawabku.
"Don't be sad. We'll always be with you." Ujarnya tersenyum. Aku turut tersenyum.
"Baby." Aku macam kenal panggilan itu.
Aku dan Takuya memandang sesama sendiri lalu memandang tempat duduk belakang. Kami hanya melihat Ryoga yang terbaring sepi.
"Am I misheard?" Soalku.
"I don't think so. Is he called you just now?" Soal Takuya.
"I don't know." Jawabku pelik.
"Sakina-chan." Suara itu berbunyi lagi.
"Did he remember me? He don't even know my name after he conscious from his coma." Soalku.
"I don't even know." Jawabnya.
Setibanya kami di hospital, semua sedang menunggu di luar hospital itu. Mereka membawa Ryoga masuk ke dalam.
"Abang!" Aku keluar sahaja dari kereta, aku terus menuju ke arah Abang Koichi.
"Aby, macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Koichi dengan panik.
"Tak tahu. Adik jumpa dia waktu adik tengah jalan-jalan. Jumpa dia pun, dia dah tak sedarkan diri." Jawabku.
Abang Koichi terus mengajak aku mengekori Ryoga yang ditolak oleh jururawat.
Setelah beberapa lama kami menunggu doktor memeriksa keadaan Ryoga, seorang doktor keluar dari bilik itu. Doktor bercakap sesuatu dengan mereka, tetapi, memang terang lagikan bersuluhlah aku tak faham. Dahlah cakap laju macam keretapi. Aku hanya duduk di situ dan tunggu sehingga apa yang doktor itu cakap diterjemahkan kepada aku oleh mereka.
"Aby, sini." Panggil Koichi. Aku berdiri dan datang ke arah dia.
"Kimi wa Sakinah? (Awak Sakinah?)" Soal doktor itu.
"Aa, hai'. Doushite no, sensei? (Aa, ya. Kenapa, doktor?)" Soalku pula.
"Hm, I think you are the one that have to accompany him here." Kata doktor itu.
"But, why?" Soalku. Apa kaitan dia dengan aku?
"Because he's keep calling your name. Sakinah, deshou? (Sakinah, right?)" Soalnya. Aku hanya mengangguk.
"Shikashi, Baby wa dare? (Tapi, siapa Baby?)" Soal doktor itu.
"Baby is also me." Jawabku. Doktor itu mengangguk seperti memang sah aku yang kena teman dia di situ.
Kemudian, dia kembali bersembang dengan yang lain lalu doktor itu pergi.
"Do you want to stay here, Sakina-chan?" Soal Yusuke. Aku berfikir. Nak jaga dia ke tak? Entah entah kalau aku jaga dia, dia sedar, dia marah dan menyampah pula tengok muka aku.
"Yes. I will take care of him." Kataku.
"Okey, aby tunggu sini je tahu. Jangan pergi mana-mana. Kitorang ada kerja sikit ni." Ujar onii. Aku mengangguk. Mereka berenam hilang dari pandanganku.
Hm, sejak kebelakangan ni, Abang Koichi terlalu ambil berat tentang aku. Dia selalu ambil tahu aku di mana, buat apa, dengan siapa. Hm, yang penting aku tahu dia sayang aku sebagai adik angkat dia. Keluarga aku pun sayang dia walaupun dia bukan darah daging kitorang pun.
"Ehh, berhentilah fikir macam-macam, berangan macam-macam, Sakinah. Dahlah tengah-tengah jalan." Aku segera masuk ke dalam bilik Ryoga.
Aku duduk di sebuah kerusi disisi katil itu.
"Aish, sukalah tu buat saya risau macam ni. Macam tak ada kerja lain nak buat kan?" Aku memarahi dia.
(Ryoga POV)
"Baby, kenapa ni?" Soalku.
"Baby nak main dengan abang. Tak nak abang balik. Nanti abang balik baby tinggal sorang." Kata Baby dengan loghat bayinya. Aku faham sahaja. Dia ni kuat membebel. Cepat bercakap. Umur 2 tahun sudah petah berkata-kata.
"Nanti abang jumpalah baby lagi." Kataku memujuknya. Dia tak mahu melepaskan aku yang sedang mendukungnya.
"Abang janji, okey?" Pujukku lagi.
Dia teragak-agak dan mula mahu menangis.
"Eh, alah, janganlah nangis." Aku masih memujuknya. Dia menangis.
"Dah, jangan nangislah. Nanti abang datang ambil baby bawa balik rumah abang nak?" Soalku masih dalam misi memujuk. Aku mengesat air matanya.
"Hm." Dia hanya mengeluh lalu memelukku.
"Dah, tidurlah." Kataku.
Tak lama selepas itu, dia tidur di bahuku. Tiba-tiba sahaja, semuanya hilang. Hanya aku seorang.
"Baby, you have grown up." Kataku melihat Baby yang sudah besar di hadapanku.
"Not baby anymore. Sakinah." Jawabnya memberitahu namanya.
"Sakina-chan, awak ke tu?" Soalku.
"Awak dah janji yang awak takkan tinggalkan saya selamanya. You have to keep your promise." Ujarnya. Dia berjalan ke arah bertentangan.
"Sakina-chan, don't go." Ujarku.
"But, you want me to do that." Balasnya.
"No, saya tak pernah minta untuk awak buat macam tu." Balasku pula.
"Gomenasai." Balasnya lalu meninggalkanku.
"Baby! Sakina-chan!"
Aku terbangun. Mimpi sahaja ke? Apa yang aku sebut tadi? Entahlah, dah lupa.
Mimpi aku pun lupa dah. Apa benda entah.
Aku duduk dengan berhati-hati. Aku memandang sekeliling.
"Hospital?" Soalku sendiri.
Aku memandang di sebelah katilku terdapat seorang perempuan tertidur di kerusi itu dengan kepalanya di atas katilku.
Aku perhatikan dia. Mungkin dia penat jaga aku. Itu yang tertidur.
Tiba-tiba sahaja rasa bersalah semakin banyak berselubung di dalam hatiku. Selama ini, aku marah dia sebab dia mengaku aku ni kenal dia. Aku tak kenal dia, tapi dia mengaku aku ni kawan rapat dengan dialah bagai. Aku marah pada dia, sehingga aku menyampah tengok muka dia. Sehingga aku tak suka dan bencikan dia. Tapi, sekarang, aku rasa rapat dan dekat sangat dengan dia. Aku tak tahu kenapa.
Mesti dia memang betul-betul benci aku sekarang, kan? Sebab tak habis-habis nak marah dia sahaja kerja aku.
Aku melihat ke arah tangannya. Tangannya memegang sesuatu.
"Bear?" Soalku. Dua ekor beruang kecil. Aku macam pernah nampak beruang-beruang ni. Aku berfikir.
"Oh, glob salji tu." Ujarku. Sayang betul dia dengan glob itu. Aku bertekad nak belikan dia glob yang sebiji dengan glob yang aku buat pecah itu. Nantilah. Sekarang, aku kena minta maaf dengan dia dulu.
Dia terjaga lalu mengusap mukanya. Kenapa hari ni aku baru perasan yang dia itu sebenarnya comel?
Dia mengeliat, meregangkan tangan dan kakinya. Masih tidak perasan aku sudah terduduk di situ. Selesai dia mengeliat, dia menurunkan tangannya.
"Ehh?!!" Dia terkejut melihat aku. Sampai ke belakang kerusinya.
"Fuh, ingatkan siapa tadi." Ujarnya sendiri. Kami mendiam.
"Macam mana saya boleh ada kat sini?" Soalku perlahan.
"Saya jumpa awak di tengah jalan. Pengsan tak kena tempat." Jawabnya sedikit nada marah yang risau sambil jarinya laju bermain dengan telefonnya.
"Sanggup awak teman saya kat sini?" Soalku lagi.
"Taklah, tak sanggup. Sebab tu saya di rumah sekarang ni." Jawabnya acuh tak acuh. Hm, budak-budak.
"Stop being childish." Ujarku.
"Suka hati sayalah. Apa kaitannya dengan awak?" Balasnya.
"Sa-Saya.. nak minta maaf pada awak." Ujarku. Matanya terbeliak memandangku. Dia menutup telefonnya.
"Ha? Apa? Cuba cakap sekali lagi. Tiba-tiba telinga ni tak berfungsi pula." Balasnya.
"Saya cakap, saya minta maaf pada awak. Saya dah banyak buat salah pada awak." Kataku.
Dia hanya tersenyum.
"Kenapa senyum sahaja?" Soalku.
"He's coming back." Katanya.
"Siapa?" Soalku.
"The old one." Jawabnya. Ah, aku tak faham nak bayangkan imaginasi dia ni macam mana.
"By the way, saya Sakinah. Saya pun nak minta maaf juga." Ujarnya.
"Sakinah?" Soalku pelik.
"Ya, Sakinah. Kenapa?" Soalnya.
"Nothing." Jawabku sambil masih memikirkan di mana aku pernah dengar nama itu.
"Dahlah, saya nak keluar." Ujarnya.
"Awak nak kemana?" Aku menahan dia.
"Nak keluar." Jawabnya.
"Tak nak teman saya kat sini?" Soalku.
"Alahai, dah baik, mengada manjalah pula dia ni." Balasnya. Dia duduk semula.
"Haruka mana? Call lah dia suruh teman awak kat sini." Suruhnya.
"Tak nak saya." Balasku.
"Tak nak? Dah kenapa?" Soalnya.
"I want you to take care of me here. Saya tak nak dia yang jaga saya." Jawabku. Tersentak, terdiam terus budak itu.
"Kenapa saya?" Soalnya dingin.
"Because you are the one that found me earlier. Not her." Aku memberi alasan. Entahlah, aku tak tahu kenapa, tapi aku nak dia yang jaga aku.
"Aik? Macam tu pula? Hm, awak lagi pelik dari saya. Sekurang-kurangnya saya selalu cakap benda betul yang pernah terjadi." Balasnya.
"Aik? Saya pula kena balik?" Balasku.
"You will understand it one day." Katanya.
"Ryoga-kun!" Aku dengar suara macam Haruka. Dengar tapak kasut berbunyi, hm, lagilah. Siapa sahaja yang tak boleh nak cam bunyi kasut tumit tinggi setinggi 5 inci itu?
"Haruka-chan?" Aku agak terkejut.
"Hm, tu bakal isteri awak dah sampai." Sindirnya.
"Dia bukan bakal isteri sayalah." Jawabku.
"Sudahlah, tak perlu nak bersorok. Saya tahu. She's your fiancee, right?" Soalnya. Aku tahu soalan itu disengajakan dalam bahasa Inggeris. Aku tidak menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience