25 - Gurauan

Romance Completed 45760

“Seronoklah tengok Tuan gelak macam ni...” Ayat itu mula terpacul pada bibir Hanis.

Sepanjang perbualan mereka, sering kali dia mendengar lelaki itu melepaskan tawa. Entah apa yang seronok sangat, dia pun tidak tahu. Tetapi, dia suka. Senyuman yang terbit di bibir seorang Haiqal Jason mampu memikat seribu wanita diluar sana. Termasuklah dirinya sendiri. Ya, dia terpikat melihat senyuman itu.

“Kau suka?” tanya Jason. Hanis membalas dengan sebuah anggukan.

“That's great. Lepas ni, aku gelak ajelah terus. Tak kisahlah orang gelar aku gila sekalipun...” ujarnya lagi sebelum melepaskan tawa di dalam kereta itu.

Betul apa yang dikatakan oleh Hanis. Dia juga merasakan dirinya banyak tergelak dan tersenyum apabila bersama wanita itu. Entah kenapa dia begitu seronok saat berada disamping wanita tersebut. Mungkin kerana tutur bicara dan layanan yang dapat mencuri perhatian dirinya.

Semakin mesra layanan wanita ini, semakin besar rasa ketakutan melanda dirinya sendiri. Bukan apa, dia mahu layanan itu hanya diberikan kepadanya seorang. Bukan kepada lelaki lain. Mujurlah, sampai saat ini dia belum pernah melihat wanita itu mesra dengan lelaki lain. Bahkan, dia tidak pernah melihat mana-mana lelaki menghantar atau menjemput wanita itu melainkan dirinya sendiri. Tenang hatinya.

Jap... jap... aku jatuh hati ke? Entahlah. Tapi, takut kehilangan itu tumbuh dengan subur dalam dirinya.

“Kalau tak ada yang lucu tak payahlah gelak... Saya sendiri pun takut kalau tiba-tiba tuan gelak. Seram tu...” balas Hanis sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Jason memandangnya seketika sebelum tergelak kecil. Kebetulan lampu isyarat masih belum bertukar hijau.

Hari ini, Jason membawa Hanis berkunjung ke kebun setelah hampir sebulan mereka tidak datang. Menurut pakcik Karim, iaitu orang yang diupah untuk memotong buah kelapa sawit, telah memberitahu Jason bahawa buah-buahan dikebun telah masak. Justeru, Jason bergegas ke sana kerana dia yakin, beberapa ekor monyet pasti akan datang di kebun itu.

“Hujung minggu nanti aku akan tinggalkan Malaysia buat sementara waktu. Maybe around one month kut...” kata Jason setelah lama berdiam diri. Dari tadi dia menunggu masa yang sesuai untuk disampaikan kepada wanita itu. Hanis memandang dengan wajah sedikit berkerut. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja lelaki itu mahu tinggalkan Malaysia. Bukan lagi seminggu, sebulan pula tu.

“Tuan nak buat apa pula tinggalkan Malaysia? Tuan nak kahwin dekat sana ke? Alaa... tak dapat nak tengok tuan duduk pelamin depan mata,” tanya Hanis berserta gurauannya. Semakin hari semakin berani untuk mengusik majikan bermuka agak dingin itu.

Jason berdecit, geram. “Nonsense! Buat apa aku nak kahwin jauh-jauh, kalau bakal isteri aku ada dekat sebelah ni?” giliran Jason pula mengenakan wanita tersebut. Ha... main-main lagi!

“Eh? Tuan ni... betul-betullah,” balasnya. Pipinya mula kemerahan mendengar kata-kata Jason tadi. Mahu saja dia menjerit saat itu. Namun, cuba dikawal. Dia tidak mahu lelaki itu menyedari tingkah lakunya. Terasa getaran hebat yang bermain dilubuk hatinya. Adakah itu getaran cinta?

Jika benar, maka misi untuk tidak jatuh cinta dengan mana-mana lelaki telah gagal. Sebelum ini, dia telah memutuskan untuk hidup tanpa ada kata cinta dalam hidupnya. Padam ajelah kata cinta kau untuk seorang Haiqal Jason, Hanis. Lelaki sempurna seperti dia mana pandang perempuan tak berupa dan berharta macam kau. Desisnya.

“Salah ke kalau aku kahwin dengan kau?” Soalan Jason kali ini membuat Hanis sedikit tergamam. Ingatkan lelaki itu akan merubah topik perbualan mereka. Rupanya tidak!

“It's okay kalau tak nak jawab. Aku faham,” tambah Jason lagi setelah tidak mendapat apa-apa balasan dari wanita itu. Dari sudut hati, dia sangat menginginkan jawapan itu.

Hanis hanya tersengih. Entah apa yang difahami oleh lelaki itu, dia sendiri tidak tahu. Rasa bersalah pula tidak menjawab pertanyaan majikannya, tetapi jawapan apa yang patut dia berikan? Otaknya masih buntu untuk memikirkan jawapan paling tepat.

“Er, tuan buat apa pergi luar negara? Bercuti?” tanya Hanis, cepat-cepat memecahkan ruang kesunyian yang tercipta sebentar tadi.

“Aku akan buka cawangan Cafe aku dekat Vietnam. Aku kena ke sana untuk merasmikan pembukaan Cafe tu...”

“Wow... Tuan ni hebatlah. Kagum saya dibuatnya...”

“Tak mudah urusan dia nak buka Cafe ni lagi-lagi dekat luar negara. Otak aku hampir pecah nak fikir benda ni. Hampir setahun lamanya...”

“Tapi, tuan dah berjaya menempuhi laluan-laluan yang sempit. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...” balas Hanis dengan pepatah Melayunya. Itu juga salah satu sebab dia menyukai lelaki ini, dia rajin dan pantang menyerah.

Jason tersenyum lagi. “Kau tak nak ikut hantar aku ke airport nanti?” tanya Jason dengan penuh harapan.

“Nak. Bagitahu aje tuan nak gerak pukul berapa, okay?”

Jason mengangguk dengan penuh semangat. Perbualan mereka terhenti di situ. Masing-masing tidak tahu ingin berborak apa lagi. Hanis mula membuang pandangan ke luar tingkap. Terlihat mereka telah memasuki sebuah persimpangan dan telah melintasi sebuah jambatan yang terbina kukuh untuk ke seberang jalan.

“Hanis, kalau aku nak tanya sesuatu boleh?” Jason mula bersuara lagi. Hanis mengalihkan pandangan ke arah Jason dan mengangguk perlahan.

“Tapi... soalan ni rumit sikit... kalau rasa tak nak jawab pun tak pe. Sebelum tu aku minta maaf. Aku just nak tanya,” tambahnya lagi diselangi dengan sengihan dihujung ayat.

“Macam rumit je soalan tuan ni. Berdebar dibuatnya...”

“Er... kenapa tak cari pengganti ex-husband kau? Yelah, kau tak payahlah susah-susah nak kerja, kan?”

Hanis tersenyum mendengar pertanyaan majikannya. Dia menarik nafas sedalam yang mengkin sebelum dilepaskan. “Saya masih berfikir tentang tu, tuan. Nak pilih lelaki untuk dijadikan kepala rumah tangga ni, sangat sukar bagi saya...”

“Sukar? Kau masih ragu-ragu ke dengan lelaki?” tanya Jason lagi.

Hanis tidak memberi sebarang respon. Betul apa yang dikatakan oleh Jason. Dia masih meragui dan masih kurang percaya terhadap lelaki. Dia takut jikalau kebahagiaan hanya datang sekejap saja.

“Tak semua lelaki macam tu. Lelaki ni, kalau dia sayang, dia akan sayang sampai mati. Tak kiralah hujan ribut badai semua tu melanda. Dia tetap akan sayang kau,” balas Jason dengan kata-kata yang spontan keluar dari mulutnya.

“Ye ke?” dia memandang dengan pandangan yang kurang percaya.

“Betul... aku tak tipu,” ucapnya sungguh-sungguh.

“Yelah... Ha, tuan tu bila nak kahwin? Senanglah nanti balik kerja, ada yang masakkan.”

“Dua bulan dari sekarang. Kau tahu? Aku dah jatuh hati dengan seorang wanita. Dia cantik tau, sopan, rajin dan pandai ambil hati orang. Tapi...” sengaja dia menggantungkan ayat disitu.

“Kenapa?” tanya Hanis tidak puas hati. Bukan apa, boleh aje kut sambung cerita.

“Dia tak tahu pun aku suka dia. Bahkan, dia tak sedar langsung...”

“Kalau macam tu, tuan kena bagitahulah. Jadi gentleman sikit. Rugi kalau orang lain rembat,” ujarnya sebelum tergelak menghibur diri. Entahlah, tiba-tiba saja dirinya rasa sedikit kecewa.

Kereta yang dipandu mula berhenti di destinasi. “Lepas aku balik dari Vietnam nanti, aku bagitahulah. Dia suka atau tidak, dia kena terima aku.” Dia memandang Hanis dengan senyuman sedikit nakal.

“Saya doakan, semoga wanita tu terima tuan. Aamiin. Saya turun dahulu, tengok buah rambutan itu dah masak. Saya minta sebiji, ya tuan?” ujarnya sambil tergelak.

Selang beberapa saat Hanis mula turun dari perut kereta itu. Malu jika ditatap oleh lelaki itu lama-lama. Lagipula, dia harus menjaga hati wanita yang telah berjaya meraih cinta Haiqal Jason walaupun, dia tidak kenal dan tidak tahu gerangan wanita itu. Tahniah...

****

Maaf lambat . Agak² siapa wanita pilihan Jason? huhu HAPPY READING SEMUA <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience