Bab 45

Romance Series 80702

TERKESIMA yang berpanjangan itu tidak langsung membuatkan mereka memikirkan masa yang terus berdetik laju. Mereka di dalam dunia sendiri.

"Huh nasib baik tak hangit..." Suara Puan Diana kedengaran menuju ke arah mereka di balik langsir sedang menutup pintu bilik ruangan solat itu lantas membuatkan Nurjihan menarik tangannya dari gengaman Tuan Syed Iqwal.

Ehem !
Tuan Syed Iqwal berdehem menghilangkan rasa gugup. Hampir sahaja tingkah mereka berdua itu di tangkap oleh Puan Diana.

"Eh, laaa kenapa dua-dua orang ni tak bergerak lagi keluar ni ? nak sambung solat istikarah ke ?".

Gurauan Puan Diana membahangkan wajah Nurjihan yang menahan malu dan dia membuka perlahan telekungnya dan melipat.

"Ralit pulak tadi bersembang dengan anak aunty ni." Balas Nurjihan menghentikan salah faham Puan Diana.

"Hishh Iq ni..kalau nak berbual pun sambung la dekat meja makan nanti, entah lapar dah Jihan tu nak makan Iq pulak ajak berbual. Jom makan dulu la." Celah Puan Diana.

"Err... Iq tunggu dekat meja makan dulu ami." Laju Tuan Syed Iqwal menghayun langkah.

****

Puan Diana mengorak langkah mendekati anaknya yang sedang tekun menonton televisyen di ruang tamu itu.

"Iq...." Panggil Puan Diana.

"Ye ami ?"

"Dah lewat ni, pukul berapa Iq nak balik ?". Matanya di kerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Iq rasa macam malas pula nak balik. Tido sini boleh ami ?".

"Hmm ami dah agak. Nah ni towel baru untuk Iq pakai. Pergilah tidur esok kerja kan ?."

"Haah kerja..Iq masuk bilik dulu la ami."

Puan Diana mengganguk dan tersenyum.

"Iq...Iq... dah ada bini pun nak tidur rumah ami lagi." Gumam Puan Diana perlahan.

DIRINYA ketakutan bila tidak terdaya untuk berbuat apa-apa serta melawan lelaki durjana yang sedang gelak besar di hadapannya sambil mengasah parang.

"Lepaskan aku la bodoh !"
Jerit Nurjihan memberontak ingin melepaskan diri dari di ikat di kerusi tersebut.

"Kau ingat tebusan mahal macam kau ni senang-senang je aku nak lepaskan ? rugilah nanti... haish."
Balas Zabidi yang matanya ralit mengelap parang yang telah di asah tajam itu.

"Orang tamak haloba macam kau ni...bagi duit banyak mana pun takkan cukup !"

"Harta laki kau yang banyak-bayak tu nak simpan buat apa ? baik bagi aku sikit...tak luak pun la."
Zabidi bergerak setapak demi setapak mendekati Nurjihan.

"Pergi mampos la kau ! ". Lalu kepalanya di tanduk ke arah perut Zabidi dan dia terjatuh ke balakang.

"Memang meminta la kau ni !!". Zabidi mencapai parang itu laju dan di hayunkan ke arah perut Nurjihan.

Arghhh !!! jangan...... jerit Nurjihan.

"Adoih ! arghh my nose." adu sakit Tuan Syed Iqwal setelah mukanya di tolak kasar oleh Nurjihan sehingga dia jatuh terbaring ke lantai bilik.

Laju matanya terbuka bila mendengarkan suara jeritan kecil dari seseorang.

Tuan Syed ! Apa aku dah buat ?

"Tuan Syed..Tuan Syed, kenapa ni ?". Tanya Nurjihan cemas.

"Hidung saya...awak la tolak kuat sangat."

"Hah ? saya ?". Bingung Nurjihan jadinya.

"Yes..you ! awak meracau-racau tadi masa tidur."

Ya Allah ! mimpi rupanya.

Wajahnya di raup kasar. Astagfirullahaladzim.. ngerinya mimpi...lalu di pegang lembut perutnya. Terasa ngilu ibarat di tikam betul-betul oleh Zabidi.

"Tuan Syed buat apa dalam bilik ni. Kalau mak Tuan Syed nampak macam mana ?."

"Awak la..mengingau-ngigau tidur..saya masuk la tengok.."

Heh alasan !

"Kaki dah basuh belum ?". Laju tangannya menyelak sedikit kain batik yang di pakai oleh Nurjihan untuk melihat tapak kaki isterinya itu.

Pap ! tangan Tuan Syed Iqwal di pukul kecil oleh Nurjihan.

"Ish..apa selak-selak ni ?".

"Hmm...nak tengok kaki tu dah basuh belum. Terok sangat mengingau tu." Balas Tuan Syed Iqwal selamba.

"Ishhh mengada !." Di jeling si suami dari ekor mata.

"Eleh kata dekat saya mengada..awak tu yang mengada tau tidur nak mengingau-ngigau bagai. Cakap la nak saya temankan." Dia tersenyum gatal.

"Eh eh...lelaki semua memang miang eh ?" Perli Nurjihan.

"Haah... kalau dengan bini sendiri automatik jadi miang."

Wajahnya di dekatkan pada Nurjihan.

"Eeeii Tuan Syed keluar la..nanti mak Tuan Syed nampak kita dalam bilik ni macam mana ?"

Lima jarinya di tekapkan pada wajah lelaki itu untuk menolak perlahan menjauhi wajahnya.

Tuan Syed Iqwal mencebik.

"Nak kiss sikit pun tak boleh."

"Biar la ami tahu. Tak perlu nak sorok-sorok dah nanti..senang . Saya ni tak boleh lena tau kalau awak tak ada sebelah. Bagi saya tidur sini please ?". Rayu Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan selalu kalah pada renungan mata Tuan Syed Iqwal padanya.

"Yelah, tapi make sure sebelum subuh Tuan Syed kena keluar dari bilik ni and... jangan buat apa-apa ! " Jarinya di berikan amaran pada si suami.

"promise !". tapak tangan di angkat di hadapan Nurjihan.

MAJLIS pembukaan pelancaran gilang-gemilang untuk projek perumahan baru yang siap sepenuhnya di kelola oleh Syarikat Samudera Biru Holdings itu bergema dengan tepukan gemuruh oleh tetamu yang hadir di Hotel Saputra.

Namun, matanya tidak terlepas dari memandang ke arah seorang jejaka yang selalu mencuri tumpuannya sejak dari dahulu lagi.

Setelah melihat para tetamu yang bergerak ke arah meja yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman itu, dengan berhati-hati dia melangkah untuk mengurang bunyi kasut tinggi yang menapak di lantai berkarpet nipis itu.

"Sikit je makan ?". Tegur Puteri Qisya.

"Eh..you....?". Dia cuba untuk mengingat kembali siapakah wanita yang menegurnya ini.

"You tak kenal i ... tapi i kenal sangat dengan you.."

Tersenyum gembira dia bila dapat berbual dengan lelaki idaman.

"Ouh really ?."

"Yup ! siapa yang tak kenal dengan Syed Iqwal from Syediq Group ? Ouh Come on.. I'm Puteri Qisya. From MR Holdings."
Jawab Puteri Qisya sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki itu.

"Ouh Hi...Nice to meet you "

"Bukan ke company kita ada uruskan projek sama-sama ? Why i tak pernah nampak you ?" Tanya Tuan Syed Iqwal ramah.

"Projek Genting...yes, my brother yang handle ganti papa not me. Same as you kan ? bukan you jugak yang handle kan? "

"Definitely. Karlisa yang handle. You kenal kan?"

"Yes of course your cousin kan? she's such a nice person." Puji Puteri Qisya teringatkan Karlisa.

"So this my card, i hope to see you again ? kalau free-free tu nak ajak i coffee ke apa i on je." Matanya di kedipkan pada Tuan Syed Iqwal.

Tuan Syed Iqwal hanya tersenyum kecil.

"Got it. I nak ke depan sekejap. Jumpa lagi." Balas Tuan Syed Iqwal bersahaja dan menayangkan sekali kad nama itu di hadapan Puteri Qisya sebelum berlalu pergi.

Hmm, he always being a hot stuff !

Kedua-dua keningnya terangkat mengiakan kata-katanya sendiri berserta pandangan mata yang tidak mampu untuk di alihkan dari melihat lelaki itu.

"SOPHIA !! SOPHIA.!!"

Suara yang memanggilnya dari arah belakang itu tidak di hiraukan. Kakinya menghayun laju selajunya untuk menjauhi Farid yang mengejar langkahnya.

Apa lagi yang dia nak ? Sebal rasa di hati. Bukan sahaja di luar. Malahan di media sosial juga farid terus menggangunya sejak dari hari dia nekad untuk menjauhi lelaki itu.

Buk !

"Hoii ingat tiang ke nak langgar-langgar ?". Marah Lelaki itu ke arah gadis yang merempuhnya.

Bahu di gosok kuat dan kepalanya di angkat sedikit melihat gerangan yang bersalah.

"Pia ? eheiii Pia ." Panggil seseorang wajahnya kelihatan teruja sekali.

Mata Pia juga membulat melihat orang yang di langgar itu. memang salahnya..Tak perlu dia menuduh lelaki itu yang buta tidak pakai mata untuk melihat ke hadapan.

Hakimi ? Desis hatinya.

Yes ! finally someone yang dia kenal muncul di saat gawat ini. Dengan pantas Pia bersembunyi di belakang Hakimi.

Eh ? hairan jadinya hakimi melihat tingkah Pia itu.

Eh ..eh.. aku tengah cakap dengan dia boleh pulak main pusing-pusing ?

Bahasa isyarat Pia : Awak kena tolong saya ?

Hakimi menggaru kepalanya melihat pesanan isyarat yang di lakukan oleh Pia itu.

To-lo-ng ? ke-na ? Aish tak faham.

"Hei slow-slow la..aku tak faham kau cakap apa ni..aku ni beginner tau..baru nak belajar bercakap guna bahasa isyarat kau.. kalau kau laju macam ni..macam mana aku nak.....".

Belum sempat ayatnya di habiskan dia terkesima bila lengannya di paut oleh Pia.

Erk ? oii oii apa ni...batal air sembahyang aku !

Terbuntang matanya melihat lengannya yang di paut oleh Pia secara tiba-tiba itu.

Pia menghulurkan telefon bimbitnya ke hadapan muka Hakimi.

AWAK KENA TOLONG SAYA. MENYAMAR JADI BOYFRIEND SAYA !!

Kepalanya makin kusut. apa ni ? tiba-tiba ni ?

"Sophia...awak dengar dulu apa saya nak cakap.. kalau awak terus lari macam ni, susah saya nak explain."

Termengah-mengah Farid di hadapan mereka. Tumpuannya hanya pada Pia dan tidak di hiraukan akan kehadiran Hakimi di situ.

Pia menggeleng laju. Sungguh dia takut untuk dekat dengan Farid bila terkenangkan minggu lepas tunang lelaki itu datang dan menyerangnya di tempat kerja. Katanya dia terlihat gambar Pia bersama Farid yang mesra berbual di sekolah dahulu di jadikan wallpaper di telefon Farid.

Siapakah Pia pada Farid sedangkan dia sudah mempunyai tunang ?

Pia menggeleng laju. Di tutup kedua-dua belah telinganya untuk tidak mahu mendengarkan apa pun yang di katakan oleh Farid lagi.

"Bro.. relaks..apa kes ?". Tanya Hakimi menenangkan keadaan Farid.

"Kejap ye saya nak bercakap dengan Sophia." Balas Farid cuba untuk mendekati Pia.

"Sophia...saya minta maaf saya tak tahu dia cari awak sampai dekat tempat kerja. Saya minta maaf sangat-sangat. Awak marah la saya. Tak apa saya terima." Farid bersungguh memujuk Pia.

"Ehem ! hem !!! bro..apahal cari girlfriend saya ye?"

Akhirnya Hakimi bersuara mempertahankan Pia dari terus di asak Farid setelah terkejut pinggangnya di cubit kasar oleh Pia di belakangnya.

"Girlfriend ?" Tanya Farid hairan lantas mencari wajah Pia yang berselindung rapat di belakang Hakimi.

"Haah girlfriend..Pia tak bagitahu ke ?"

Soalan dari Hakimi itu membisukan Farid. Dia tidak percaya.

"Takkan la.."

"Ye..betul..Kan sayang?" Hakimi menarik rapat tangan Pia yang memeluk lengannya itu supaya jelas di mata Farid.

Pia mengganguk laju. mengiakan kata-katanya Hakimi.

Bahasa isyarat Pia : Sudah la Farid. Awak dah ada tunang. Pergilah pada tunang awak. Jangan ganggu saya lagi.

Farid akur lalu dia mengganguk perlahan dan berjalan pergi dari situ.

Saya tak janji Pia...tapi buat masa sekarang saya akan pergi dulu. Katanya Farid terdengar jelas pada diri sendiri.

Selepas itu....

Laju Pia menarik tangannya dari memeluk lengan Hakimi. Drama dah habis !

"Eleh, nak lari dari secret admirer....suruh kita berlakon bagai. Eh belanja la minum ke apa ke !" Perli Hakimi mengekori langkah Pia yang membahang wajahnya terpaksa meminta tolong dari 'stranger'.

FINE. JOM !

Tersenyum gembira Hakimi bila Pia akhirnya bersetuju.

Sudah di tolong haruslah membayar upah ye dak ?

SUDAH naik kebas kaki mereka berdiri di hadapan penghadang besi sambil menunggu seseorang yang bakal tiba di KLIA itu.

"Mana kawan kau ni Jihan ? 1 jam lebih dah ni tunggu tak sampai-sampai lagi..aku lapar dah ni."

Rungut Hawa memerhati Nurjihan yang masih teruja meninjau-ninjau kepalanya di sekeliling kawasan ketibaan lapangan terbang itu.

"Sabar la sikit lagi beb. Flight dia lambat sikit kot. delay ke kan. Sabar tau.."

Pujuk Nurjihan supaya Hawa tetap bertahan menemaninya di sisi. Sungguh dia rimas berada di samping orang-orang awam yang bersesak-sesak masing-masing menunggu ketibaan keluarga atau kawan-kawan mungkin ?

Di lihat telefon bimbitnya dan tiada balasan pesanan melalui aplikasi Instagram.

Mana dia ni ? takkan tak jadi datang kot ?

Nurjihan mula berasa ragu.

Bagasi di heret mengiringi langkahnya yang melontar ke arah pintu ketibaan. Matanya melilau mencari kelibat seseorang yang ingin menjemputnya datang ke negara jiran ini. Hatinya berdebar hebat ingin berjumpa dengan blogger dambaan.

Kini matanya tertancap pada seseorang yang memegang kertas A4 yang mencetak nama samarannya. 'WHITE JASMINE'

Kaca mata hitam di buka, dia tersenyum lebar dan bergerak laju ke arah gadis cantik yang menunggunya itu.

"Hai... I'm White Jasmine. Then you must be..." Jarinya telunjuknya di halakan pada Nurjihan.

"Senorita r !!"

Nurjihan melompat suka dan terus memeluk wanita cantik persis model itu. Sungguh dia tidak kekok berhadapan dengan wanita itu meskipun baru pertama kali berjumpa. Seperti ada chemistry di antara mereka yang menghilangkan rasa janggal itu.

p/s : dia datang....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience