MAB 11: INSTINCT IBU*

Romance Completed 902165

ZAHRAN bergabung dengan TS Zahari dan Zahrin yang berdiri di lobi, menunggu kedatangan Timbalan Menteri Pelancongan yang akan merasmikan pelancaran besar-besaran hotel itu.

Zahran menguap beberapa kali kerana kantuk yang masih bersisa.

"Mengantuk sangat apahal?" soal Zahrin.

"Tak puas tidur."

“Pelik. Bukan kau balik awal ke semalam?"

“Memang aku balik awal, tapi aku tak boleh tidur.”

“Kenapa? Takut?” Zahrin terkekeh.

“Mahu tak takut. Aku dengar ayam berkokok malam-malam.”

Bulat mata TS Zahari dan Zahrin memandang Zahran.

“Kuat betul bunyi ayam. Sampai tingkat 20 boleh dengar.” TS Zahari dan Zahrin sama-sama tergelak.

“Itulah. Seram.”

“Lain kali masuk bilik tu bagi salam dulu. Masuk dengan kaki kanan, baca Bismillah. Hotel baru kan, faham-fahamlah,” kata TS Zahari.

“Ayah tak kena kacau?” tanya Zahran.

“Ayah bawak ibu, hantu pun tak berani kacau,” jawab TS Zahari yang membuat mereka bertiga terbahak sehingga menarik perhatian beberapa pegawai kanan hotel yang turut berada di situ.

“Ibu seram…Dina lagi seram…” kata Zahrin yang membuat tawa mereka bertiga semakin meledak.

"Ooo..Ni geng-geng TB la ni. Takut bini," ujar Zahran dengan nada menyindir.

"Bukan TB tapi SB. Sayang bini," balas TS Zahari.

“Aku rasa kau kena kahwin la…Baru hantu tak berani kacau kau,” ujar Zahrin.

“Wives are scarier than the ghosts,” tambah TS Zahari.

“No doubt about it,” balas Zahrin.

Zahran hanya tertawa perlahan. Kahwin? Tunggu ayam jantan bertelur.

Perbualan mereka terhenti apabila kereta yang membawa Timbalan Menteri Pelancongan sampai di depan lobi.

TS Zahari mendahului Zahran dan Zahrin serta dua orang pengarah berjabat tangan dengan tetamu VVIP itu sebelum memulakan acara potong riben, simbolik daripada majlis pelancaran.

Selesai acara itu, TS Zahari membawa Datuk Zamri ke bilik acara. Zahran, Zahrin, serta yang lain mengekori dari belakang.

SEBELUM ucapan Datuk Zamri, TS Zahari memberi peluang kepada Zahran untuk berucap kerana Zahran yang lebih banyak tahu tentang selok-belok pembinaan hotel ini.

“The opening of this hotel is one of the steps forward for Imperial to open up the opportunity to become the world’s leading hotel by offering services company services in management, where services and hospitality are by standard and even as a gold standard industry among Malaysian hotels, and in the Asia region.”

“The goal of the Hotel Business is to meet customer satisfaction and it is very important that customers can do something unexpected to destroy a business. With this awareness, the Imperial Group is committed to gaining the trust and loyalty of guests by offering them a meaningful experience when using the services at Imperial because with a genuine and caring offer will make a stay at the Imperial Hotel something unforgettable with top comfort and service.”

TS Zahari tersenyum memandang Zahran di pentas. Anaknya itu cukup segala-galanya. Rupa, gaya, karisma, status, kerjaya, namun hanya satu yang kurang. Belum berkahwin. Jangan kata berkahwin, teman wanita pun tidak ada. Tidak dinafikan, terbit juga perasaan curiga jika anaknya bernaluri songsang. Namun Zahran sudah menafikan. Tidak berani dia mahu bertanya atau mempertikaikan lagi.

“On behalf of the Imperial Group, I would like to express my appreciation to Datuk Zamri, Deputy Minister of Tourism, for his willingness to attend the grand opening of Ayana Imperial Langkawi. Thank you.”

Tepukan gemuruh bergema memenuhi ruang bilik persidangan itu sebaik sahaja Zahran menyelesaikan ucapannya, sekaligus membuyarkan lamunan TS Zahari tentang anaknya itu.

“Nice speech. Karang sendiri ke suruh PA?” tanya TS Zahari sebaik sahaja Zahran melabuhkan duduk di sebelahnya. Disendengkan sedikit tubuhnya ke arah Zahran supaya bisikan itu tidak didengar oleh orang lain.

“Do you really want to know?” Zahran membalas dengan nada berbisik juga.

TS Zahari mengangguk.

“This is how I do it. I sit down in front of my Mac Book, tapping my finger at the keyboard, and I put one word after another until it’s done.”

TS Zahari memicingkan mata. “Jawab jelah karang sendiri. Why make it too complicated?”

“Life is always that hard you know.”

TS Zahari malas melayan lagi. Bercakap dengan Zahran kalau kurang kesabaran dan kecekalan, boleh naik darah.

SEMENTARA Arianna, melayan rasa bosannya dengan berbaring di sofa. TV terpasang namun matanya fokus pada skrin telefon, melayari akaun Instagram melihat dan menekan like untuk gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakannya.

Like sebagai tanda sapaan walaupun dia tidak membaca kapsyen yang ditulis. Gambar juga hanya dipandang sekali lalu kecuali jika benar-benar menarik perhatiannya.

Bosan melihat foto, dia beralih ke story pula. Entah kenapa dia tiba-tiba tertarik mahu melihat ‘story’ yang dikongsikan Aaron. Aaron jarang berkongsi apa-apa di akaun Instagramnya. Jika ada, tentu ia sesuatu yang memang pantas dikongsikan.

Video pertama yang dikongsikan Aaron adalah suasana di dalam Abelia Hall semalam. Melodi Vampire Waltz jelas kedengaran dengan beberapa pasangan yang memakai kostum dan topeng masing-masing menari mengikut irama. Jangan ditanya bagaimana detak jantung Arianna saat ini. Kencang berdegup seperti paluan gendang perang, bimbang jika kamera Aaron itu menangkap dia bersama Zahran.

Ah, mujurnya tidak ada.

Video kedua, kamera Aaron memfokus kepada satu pasangan yang menari bagai penari professional. Berputar di lantai tarian dengan lentik badan si wanita begitu lembut bergerak seiring dengan pasangannya yang gagah.

‘Zahrin or Zahran? I’m not sure. But he’s with a partner. Probably not Zahran. I guess.’ Begitu kapsyen yang ditulis Aaron pada video itu yang turut menyebut nama @Zahrin.Ashraff dan @Zahran.Ashfan.

Dahi Arianna berkerut dalam. Sebenarnya sejak semalam dia terfikir, adakah Aaron dan Zahran bersabahat baik sehingga bakal tunangnya itu dijemput ke majlis pelancaran Ayana Imperial? Dia tidak tahu siapa kawan-kawan Aaron kerana jika keluar, hanya mereka berdua. Tidak pernah mereka keluar lepak bersama kawan-kawan.

Arianna menekan ibu jarinya pada skrin, menghentikan video dan memerhatikan wajah pasangan itu. Agak sukar untuk mengecam kerana separuh wajah mereka ditutupi topeng. Namun, berdasarkan sebahagian wajah yang mendedahkan hidung ke bawah, lelaki di dalam video itu benar-benar mirip Zahran. Namun suit yang dipakainya berbeza dengan yang dikenakan oleh Zahran semalam. Zahran memakai suit serba hitam, sementara lelaki mirip Zahran di dalam video itu mengenakan kemeja putih dan blazer serta seluar hitam.

Arianna menekan nama @Zahrin.Ashraff lalu terpapar akaun Instagram milik Zahrin. Dia menekan gambar terbaru yang dimuat naik Zahrin seminggu lalu. Gambar lelaki itu yang sangat mirip dengan Zahran, bersama seorang wanita yang Arianna ingat sebagai isteri Zahran. Wanita yang kelihatan sombong, kaku, beku, sama persis perwatakan Zahran.

‘Happy birthday baby! Thank you for showering us with so much happiness, love and laughter. We are so blessed and grateful for all the sacrifices you make for the family. May Allah bless you always. I love you so so so much and looking forward for number four. Hahaha.’

Bulat mata Arianna membaca kapsyen yang ditulis Zahrin. Otak bijaknya tidak mengambil masa yang lama untuk mentafsir.

Dia menggeser skrin, melihat gambar-gambar lain yang dimuat naik Zahrin sehinggalah tangannya terhenti pada satu gambar. Gambar Zahrin dan Zahran bersama. Benar-benar mirip dan tidak dapat dibezakan. Malah Arianna tidak dapat mengecam yang mana Zahrin atau Zahran.

‘Only a few lucky one get twin brother who become the lifetime true friends. Happy birthday to us.’ Zahrin turut menyebut Zahran dalam kapsyennya itu.

Arianna menekan pautan akaun IG Zahran. Hanya ada satu video pada profile lelaki itu. Video flashmob pembukaan butik JC di Pavillion beberapa tahun lalu.

Arianna tiba-tiba teringat gambar yang ditemuinya di dalam laci bilik Zahran tempoh hari. Adakah itu gambar Zahrin bersama Irdina, atau Zahran? Apa motif pula Zahran menyimpan gambar Zahrin dan Irdina di rumahnya? Atau itu gambar Zahran bersama Irdina?

Arianna menggeleng. Pening. Namun, satu kesimpulan yang dia boleh buat, Irdina bukan isteri Zahran.

Dia ketap bibir. Jadi rupanya hidup-hidup dia ditipu.

"Tak guna punya orang."

Arianna mencampak telefonnya ke hujung kaki. Hatinya sudah benar-benar panas sekarang. Belum habis panas hati Zahran merakam dia berkokok, sekarang ditambah dengan fakta yang baru diketahuinya. Ah, lelaki itu benar-benar membuat darahnya mendidih.

MAJLIS pelancaran itu diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang membuat majlis yang sepatutnya tamat pada pukul satu, berlanjut-lanjut sehingga melewati pukul dua petang. Makan tengah hari yang berselang seli dengan perbualan ringan berkait politik, ekonomi dan isu semasa membuat Zahran turut terperangkap di meja itu. Ya, tidak mungkin dia meninggalkan majlis ketika tetamu VVIP masih belum pulang.

Mahu melirik jam juga dia tidak berani kerana perlakuan itu cukup tidak sopan dan dia pernah ditegur sekali oleh ayahnya. Katanya, tindakan itu seolah-olah menghalau tetamu.

Perbualan di meja makan itu hanya tamat apabila Datuk Zamri meminta diri kerana perlu menghadiri majlis di tempat lain pula.

Zahran menghembus nafas lega setelah kereta Datuk Zamri meninggalkan lobi Ayana Imperial.

“Dah terlepas feri,” katanya.

TS Zahari dan Zahrin sama-sama memandangnya dengan dahi berkerut.

“Kau drive?” tanya Zahrin.

Zahran sekadar angkat kening sebagai menjawab pertanyaan itu.

“Kenapa tak naik flight?” tanya TS Zahari.

“Gayat.”

TS Zahari dan Zahrin menyeringai sinis. Setelah hidup 35 tahun, entah berapa ratus kali sudah menaiki kapal terbang, tiba-tiba kali ini pula gayat.

“Did you hide something from us?” tanya Zahrin.

“Yes.”

“What is it?”

“Nama pun ‘hide something’. Of course it is something that sholuldn’t be exposed,” jawab Zahran.

“Jangan sorok apa-apa daripada ayah. Lambat-laun mesti ibu dapat tahu. Ibu tu bab menyiasat, interpol pun kalah,” kata TS Zahari. Risau pula dia dengan anaknya yang seorang ini. Semakin meningkat usia, semakin banyak pula kelakuan luar tabiat yang ditunjukkannya.

“And…I personally think that if you hide something, you’re inadvertently admitting it’s wrong,” tambah Zahrin.

TS Zahari memandang Zahrin sambil menggoyang-goyangkan telunjuknya.

“You got it right,” ujarnya sebelum dia memandang Zahran dengan mata sengaja dipicingkan. “Did you hide your gay partner in your room?”

“What?” Zahran menganga tidak percaya. Ayahnya tidak habis-habis dengan prasangka songsang itu. Dia masih normal dan dia sudah menegaskan berkali-kali. Bagaimana lagi harus dia membuktikan?

“You’re so suspicious…I…” TS Zahari tidak tahu bagaimana harus menjelaskan, tetapi kerisauannya memang bukan dibuat-buat. Dia cukup takut jika anak-anaknya terlibat dengan perkara songsang.

“Look…I’m not gay and I will never ever make other man’s junk as my treasure…Full stop!” kata Zahran dan terus berlalu meninggalkan ayahnya dan Zahrin di ruang depan lobi itu.

TS Zahari dan Zahrin hanya memandang belakang badan Zahran yang sudah menghilang di sebalik pintu lif.

“I will never ever make other man’s junk as my treasure…What does it mean?”

TS Zahari dan Zahrin cuba mencerna maksud kata-kata itu sehingga mereka akhirnya berpandangan dengan wajah mengernyit dalam.

“Eyeww…”

Zahrin tertawa. “Jangan tuduh dia macam tu lagi la ayah. Tengok dia dah merajuk.”

“Ayah cuma risau. Bayangkan lagi lima tahun nak masuk 40, masih tak ada girlfriend. Tak pelik ke?”

“Zaman sekarang tak ada yang pelik.”

“Tapi ibu kata dia pernah suka sorang perempuan dulu tapi dia tak bagitahu pulak siapa. Entah macam mana kesudahan dia dengan budak tu.”

Kata-kata ayahnya itu membuat Zahrin tiba-tiba kejung di tempatnya. Tidak perlu berteka-teki kerana dia tahu siapa perempuan yang dimaksudkan.

Apa Zahran masih menyimpan perasaan kepada Irdina sehingga dia menutup hatinya untuk perempuan lain?

ZAHRAN kembali ke bilik dan mendapati Arianna sedang bersantai di sofa sambil menatal skrin telefon.

“Pack your luggage. Flight kau pukul lapan malam ni,” kata Zahran. Dia sudah mengarahkan Hafiz menyewa sebuah pesawat peribadi untuk Arianna. Tidak mungkinlah dia mengarahkan Arianna yang sudah terbiasa dengan kemewahan itu menggunakan pesawat komersil. Entah gadis itu tahu atau tidak bagaimana mahu mendaftar masuk. Silap-silap anak Cina ini tersesat dalam lapangan terbang. Dan tidak mungkin juga dia bermalam satu malam lagi dengan Arianna kerana sudah terlepas feri hari ini. Entah malam ini bunyi apa pula yang keluar.

“How about you?” tanya Arianna lalu menegakkan tubuh dan bersila di atas sofa.

“Aku balik esok.”

“Why? Isteri you nak datang malam ni?” tanya Arianna, sengaja menduga. Mahu mendengar apa lagi pembohongan yang akan dicipta Zahran.

“Tak.” Ringkas saja jawapan Zahran sebelum dia melangkah ke arah peti sejuk, mengambil sebotol air mineral dan meneguknya.

“Kalau dia datang pun, dia takkan marah kalau nampak I kat sini kan?”

Tiada jawapan daripada Zahran. Dihempaskan tubuhnya ke sofa bersebelahan Arianna. Alat kawalan jauh TV dicapai sebelum tangannya menekan-nekan butang menukar siaran walaupun sebenarnya tidak ada yang mahu ditonton.

“Mempertimbangkan betapa tenangnya dia bila diberitahu I cium you hari tu, I rasa dia tak marah kalau tahu I tidur dengan you semalam kan?"

Masih tiada tanggapan daripada Zahran. Matanya lurus menatap TV yang masih bertukar-tukar siarannya. Laju ibu jarinya menekan butang naik turun pada alat kawalan itu.

“Kenapa lelaki macam tak bersalah bila curang dengan perempuan lain?”

Tiada jawapan.

“Are you unhappy with your wife?”

Diam.

“If you’re unhappy, just leave. But don’t cheat.”

Masih diam.

“Once you’re cheating, you didn’t just cheat on your wife, you cheated on your kids out of their future as a family. Hope you remember that for the rest of your miserable life.”

“So what, if my life is miserable? What does that have to do with you?” Zahran akhirnya bersuara, menatap Arianna dengan mata yang sudah merah. Entah itu kerana marah dengan klausa 'miserable life' yang keluar dari mulut Arianna atau kerana tersinggung dengan tuduhan ayahnya tadi. Mungkin kedua-duanya.

“Because I am the reason of your miserable life.”

“Good that you know. Sebab tu jadi perempuan jangan murah sangat. First, kiss. Then, sleep together. What’s next? You will get naked and seduce me with your body huh?”

Merah wajah Arianna dengan kata-kata Zahran. Apa Zahran fikir dia semurah itu?

“How many men have you kissed and slept with? How many someone’s husbands have you seduced? How many marriages have you destroyed? Because you seem very experienced for such things.”

“Tapi perempuan murah ni jugak yang you ajak ke sini. Kenapa tak bawak isteri you?”

“Perempuan murah memang untuk dibawak ke sana ke sini. What do you expect?”

Arianna senyum sinis. Zahran ternyata bijak mengelak daripada menjawab pertanyaan tentang isterinya.

“How about you? Dah berapa kali you curang dengan isteri you? Dah berapa kali you naik kereta lebih 400 km dengan perempuan lain? Dah berapa kali you bawak perempuan lain naik bot mewah you?”

Tiada jawapan daripada Zahran. Matanya menatap TV namun Arianna tahu perhatiannya bukan di sana.

“Kenapa senyap? Walaupun you tak pernah ambik kesempatan pada I, jangan fikir you lelaki yang baik. A good man will never cheat and
never betray his wife and children. Tak perlu berlagak suci kalau setakat boleh tahan diri daripada buat apa-apa pada I.” Arianna sengaja mencabar Zahran. Dia mahu melihat sejauh mana Zahran mampu menyembunyikan statusnya.

“Aku bukan berlagak suci, tapi aku tak tertarik dengan kau. I have my own standards in choosing women for intimate relationships, and you don't reach even 5% of my standard. Sorry…”

Terhenyak Arianna dengan hati mendongkol geram. Tangannya terkepal dengan bibir diketap erat. Dia yang mahu mencabar Zahran, sekarang dia pula yang rasa tercabar? Zahran tidak tertarik dengannya? Selama 28 tahun usianya, dia sentiasa menjadi perhatian lelaki. Dia melalui setiap harinya dengan pujian ‘cantik’ setiap kali dia melangkah ke majlis rasmi atau menghadiri penggambaran iklan, atau memenuhi jemputan kerusi hadapan untuk pertunjukan fesyen. Tidak pernah ada sesiapa mengatakannya tidak menarik. Jika dia tidak menarik, mengapa dia dipilih untuk menjadi duta lebih dari 10 produk selama lebih 10 tahun dia dalam bidang permodelan, menghiasi lebih 50 muka depan majalah antarabangsa, memperagakan pakaian dari jenama-jenama terkenal dunia di pentas peragaan di empat benua; Eropah, Australia, Asia, dan Amerika Utara,dan sekarang sedang dalam proses mengarang sebuah buku berkaitan modelling dan peragaan. Lalu Zahran mengatakan tidak tertarik kepadanya? Dia benar-benar tidak terima.

Entah syaitan apa yang merasuknya, Arianna menolak tubuh Zahran sehingga lelaki itu yang tidak bersedia dengan serangannya terlentang di sofa. Kemudian dia memanjat tubuh Zahran lalu melekapkan bibirnya ke bibir lelaki itu. Zahran yang awalnya bingung, hanya memerlukan beberapa detik untuk memproses tindakan Arianna dan saat dia menyedarinya, matanya membuntang sempurna. Sorotan matanya seperti mampu menyedut seluruh tubuh Arianna ke dalam pusaran tubuhnya dan mengisarnya lumat sehingga hancur tidak bersisa.

PS Wahida memandang suaminya dengan tatapan yang seketika membuat TS Zahari rasa menyesal memberitahu Zahran seperti menyembunyikan sesuatu.

“Abang call housekeeping department, mintak manager dia datang bawak master key.”

“Eh, tak payahlah. Awak nak serbu bilik Zahran ke? Nak buat apa? Bukan tadi awak yakin yang dia bukan gay?”

PS Wahida tersenyum sambil menggeleng-geleng.

“Abang…Abang…Kenapa abang ni memilih jalan songsang sedangkan jalan yang lurus terbentang depan mata?”

Eh? TS Zahari mengernyit. Dia pula dituduh songsang?

“Kenapa abang terfikir dia simpan lelaki dekat bilik dia? Kenapa abang tak terfikir dia simpan perempuan?”

Bulat mata TS Zahari memandang isterinya sebelum mengangguk-angguk.

“Betul jugak kan?”

“Ha…Instinct ibu tak pernah salah. Call housekeeping department sekarang,” kata PS Wahida dan TS Zahari segera melakukan apa yang disuruh isterinya itu.

“Kalau betullah dia bawak perempuan ke bilik dia, tahulah saya ajar dia nanti. Penat-penat kita bagi dia didikan agama cukup-cukup, panggil ustaz ustazah datang ke rumah mengajar, eh dah besar, dia buat maksiat pulak. Memang nak kena!”

Share this novel

cdk8234ira
2022-04-17 15:49:19 

update lg....


NovelPlus Premium

The best ads free experience