16

Romance Series 10716

Seawal pagi lagi, Fiona membawa Eldon dan Kana ke Kerry dimana terletaknya rumah ladang peninggalan mendiang orang tua Ed. Ed jarang pulang kesana kerana sibuk membantu Eldon menguruskan hotel.

Tiada sesiapa yang tahu Eldon dan Kana sudah tiada di Kana Hotel pada waktu itu.

Ed sudah bersiap sedia menanti ketibaan kereta polis untuk membawanya ke balai.

Sebelum Eldon dan Kana pergi, dia sempat memeluk dan mencium wajah tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Tak bolehkah jika kami mahu tinggal di sini dan melihat ubahsuai dilakukan?" tanya Atuk Eldon.

"Tak boleh. Keadaan disini akan berhabuk teruk, tidak sesuai jika atuk dan nenek terus tinggal disini" ujar Ed cuba mereka cerita.

"Berapa lama kami harus tinggal di sana?" soal Eldon lagi.

"Ed tak pasti. Ubah suai ini dalam skala yang sangat besar dan mungkin mengambil masa yang lama untuk siap."

Ed menyentuh lembut kedua bahu Atuk Eldon.
"Atuk jangan risau, biar Ed uruskan semuanya disini. Tentang makan minum atuk, Fi yang akan uruskan nanti"

Eldon akhirnya mengangguk setuju.

**

Fea bersandar pada katil. Soal siasatnya semalam berlangsung hampir 2 jam.

Flashback on

Fea bertengkar dengan Ed dan Ed menepis semua makanannya sehingga tumpah, sehinggalah dia tidak sedarkan diri semula. Sedar sahaja, dia sudah berada di hospital.

"Saya sendiri tidak menjangka, dia mengaku pada doktor sebagai suami saya. Kerana takut dia perlakukan yang bukan-bukan, jadi saya terpaksa mengikut rentak lakonannya."

"Kenapa? Bukankah waktu itu Cik Fea ada peluang yang besar untuk meminta pertolongan?"
Fea mengangguk.

"Ya, saya tahu. Saya juga menantikan masa yang sesuai sehinggalah Ed sendiri panggilkan doktor saat saya sudah sedar." Fea memandang Drake.

"Doktor Sofia merupakan harapan saya walaupun saya tidak memberitahu hal yang sebenarnya berlaku." jelas Fea.

"Apa yang Cik Fea lakukan?" soal pegawai polis itu teruja ingin tahu.

Fea tersenyum.
"Saya sedar handfone saya hilang sejak berada di pondok itu lagi. Mungkin Ed yang sembunyikan atau mungkin juga dia sudah membuangnya ke dalam laut, itu saya tak pasti." luah Fea tenang.

"Sewaktu Doktor Sofia masih berada bersama dengan saya di dalam bilik, saya sendiri mengarahkan Ed dan jurujawat tunggu di luar kerana ada hal peribadi berkaitan wanita yang mahu saya soalkan kepada doktor berkaitan kesihatan saya dan saya tak sangka, dia dengan mudahnya percaya dan hanya menurut permintaan saya walaupun pada awalnya dia kelihatan agak ragu-ragu" Fea ketawa geli hati. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia harus ketawa. Mungkin kerana dia sudah menjangka, peluangnya sangat cerah pada saat itu.

"Saya dapat rasakan peluang saya sangat cerah waktu tu. Saya pinjam handfone Doktor Sofia lalu menghubungi Taylor. Saya tak sangka, Taylor sebenarnya sudah berada di Balbriggan." cerita Fea panjang lebar.

"Awak berada disini? Kenapa? Bukankah awak sepatutnya berada di New York?" soal pegawai polis itu kepada Taylor pula.

"Tuan Rey memaklumkan pada saya yang Tuan tidak dapat menghubungi Fea sejak malam 20 haribulan lagi. Kerana risaukan sesuatu berlaku pada Fea, saya putuskan untuk terus ke sini" jawab Taylor membantu memberi keterangan.

Hampir dua jam penerangan di ambil, akhirnya kedua pegawai itu meminta diri untuk pulang.

*

Seperti yang telah dijangka oleh Ed, sebuah kereta polis berhenti tepat di perkarangan Kana Hotel. Dia langsung tidak gentar malah dia terima kesalahannya. Dia akui dia silap membuat tindakkan. Dia tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi. Apa yang berlaku pada Fea semuanya kerana kesalahannya. Fea hampir kehilangan nyawa juga kerana dia. Padahal, dia langsung tidak berniat mahu cederakan Fea. Dia sangat mencintai Fea sejak melihat wajah wanita itu melalui Skype Fiona.

Belum sempat polis masuk, Ed terlebih dahulu keluar dan menyerah diri.

Dari dalam kereta, dia melihat dua orang sahabatnya keluar dan berdiri dihadapan pintu besar hotel.

"Tolong jaga tempat ni sepanjang aku tak ada" itu pesanan terakhirnya kepada Boe dan April. Hanya mereka berdua sahaja harapannya selama dia berada di penjara nanti.

"Kau jangan risau, kami akan jaga tempat ni seperti mana yang kau amanahkan." Boe cuba menyakinkan Ed sambil menepuk bahu lelaki itu.

Ed percaya, kawannya boleh diharap. Selama ini, mereka juga telah banyak membantunya di hotel.

*

Drake menepuk meja dengan kuat. Wajahnya merah menahan marah.

Fea langsung tidak gentar. Dia sudah nekad dengan keputusannya.
"Itu saja cara untuk kita, supaya dapat melabur dengan Kana Hotel. Projek ini tidak boleh berjalan jika Ed belum menurunkan tandatangan."

Drake terdiam.
"Tak ada cara lain ke selain menarik balik dakwaan terhadap dia?"

Fea menggeleng.

Drake menatap ke arah Taylor. Tapi lelaki itu hanya mengisyaratkan supaya Drake menyerah sahaja dengan keputusan Fea.

Awalnya, dia juga tidak bersetuju dengan Fea. Tapi setelah tahu alasan Fea, dia juga tiada bantahan.

*

Pintu besi dibuka. Baru semalam dia dimasukkan ke dalam penjara, hari ini dia dibebaskan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia dibebaskan. Siapa yang telah mengikat jaminnya?

Langkah Ed terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang wanita menunggunya di luar balai polis.

Fea menoleh.

"Fea" suara Ed terkejut.
Dia dipenjarakan kerana wanita ini dan sekarang, dia dibebaskan juga kerana wanita ini.
Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Fea?

Fea menapak menghampiri Ed.
"Selamat untuk kamu, Ed" ujar Fea sambil tersenyum.

Ed masih merenung ke wajah Fea. Dia masih tidak mengerti kenapa dia dibebaskan.

"Mari" ajak Fea ke arah keretanya.

Ed tidak membantah. Dia hanya menurut permintaan wanita itu.

Kedua mereka singgah di sebuah cafe.
Beberapa minit kemudian, kopi yang dipesan tiba.

"Jemput minum" pelawa Fea bersuara lembut.

Ed mencengkam cawan berisi cappuccino yang dipesannya. Di atasnya ada dekorasi seekor angsa. Dia menghirup perlahan sebelum meletakkan kembali cawan di atas meja.

Pandangannya sejak tadi langsung tidak dialihkan dari terus menatap wanita dihadapannya, begitu juga dengan Fea.

"Maafkan saya" suara Ed kesal. Dari riak matanya, jelas menampakkan keikhlasan dari kata-katanya itu.

Fea masih diam mematung. Dia sengaja mahu membiarkan lelaki itu bersuara terlebih dahulu sebelum dia memulakan niat yang sebenarnya.

Kedua tangannya ligat menyentuh cawan berisi cappuccino yang masih panas. Sesekali bola matanya melirik ke arah cawan tersebut sebelum menatap tepat ke wajah Fea semula.

"Awak tak sepatutnya bebaskan saya sebab.." Ed terdiam. Matanya bergetar.
"Maafkan saya. Awak sakit sebab saya. Kalau dari awal saya dengar dulu penjelasan dari awak, semua ini takkan berlaku." luah Ed kesal.

Hujung bibir Fea terangkat perlahan. Bola matanya masih menetap lekat ke wajah tampan Ed.

"Saya bebaskan awak bukan kerana simpati atau kasihankan awak." Fea menegakkan duduknya. Kedua tangannya diangkat lalu diletakkan di atas meja. Dia menyentuh cawan berisi kopi mocha.

"Janji tetap janji. Apa yang saya katakan sebelum ini, akan saya tunaikan. Dan awak.." mata mereka bertatapan sebelum Fea mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Jujur saya katakan, saya akan maafkan awak jika awak turunkan tandatangan dan bersetuju menerima syarikat kami sebagai pelabur rasmi dalam Kana Hotel." Fea meletakkan proposal berserta surat perjanjian yang telah dibuat sebelum ini dihadapan Ed.

Ed mencapai lalu membukanya. Dia menyemak helaian demi helaian tanpa meninggalkan satu pun butiran dan syarat-syarat yang tertulis disitu.

Matanya terhenti pada statement..,
"60/40%? M..maksud?" Ed menatap Fea lekat.

Riak wajah Fea kaku. Wajahnya serius.
"60% akan diambil alih oleh Syarikat Reynard Co Lockwood dan 40% lagi dipegang kekal oleh Kana Hotel" jawab Fea tenang. Tapi Ed sebaliknya.

Matanya menatap tajam kearah Fea. Rahangnya mengeras. Cengkamannya pada proposal yang dipegangnya juga semakin erat sehingga kertas yang disentuhnya renyuk.

Mata Fea jatuh pada proposal yang dipegang Ed.

"Baiklah. Jika awak tidak bersetuju dengan perjanjian ini, maka ianya terbatal. Awak boleh kekal di dalam penjara selama.. mungkin 2 tahun atau 4 tahun. Atuk Eldon dan Nenek Kana boleh terus menetap di Kerry buat selamanya dan...Kana Hotel pulak, awak boleh biarkan ia terbengkalai begitu saja."

Wajah Ed nampak terkejut. Dari mana Fea tahu atuknya sekarang berada di Kerry?

Fea bangun dan mahu melangkah pergi.
Ed jadi serba salah. Tidak! Dia tidak mahu kembali ke dalam jeriji besi itu lagi. Dia juga pernah katakan kepada atuk Eldon, Kana Hotel sekarang berada dalam proses ubah suai. Bila tiba saatnya nanti, sudah pasti atuknya mahu pulang dan mahu lihat sendiri perubahan hotel miliknya itu.

"Nanti dulu!" suara Ed keras dan lantang.

Fea yang sudah berada dihadapan pintu keluar, terhenti. Bukan hanya Fea, tapi kesemua pengunjung disitu turut memandang kearah Ed.

"Saya setuju" jawab Ed lantas mengangkat surat perjanjian itu lalu dihalakan kearah Fea.

Dari tempat Fea berdiri, dia dapat lihat Ed sudah menurunkan tandatangannya disitu.

Pengunjung disitu bertepuk gembira seolah meraikan mereka.

Fea dan Ed terkedu seketika sebelum Fea menghampiri Ed di meja makan semula. Wajah Fea sudah merah padam.

Fea duduk dengan perasaan kesal. Sesekali dia memandang ke sekitar sambil tersenyum sungging lalu menundukkan kepalanya seperti berterima kasih. Langsung tak ubah seperti gelagat orang Korea.

Ed mengulum senyum dengan tindakkan Fea sebelum Fea kemudian mencerlung tajam ke arah Ed.

"Seronok kenakan saya?" sindir Fea geram.

Bersambung..

Fea bukan tamak. Tapi dia sudah dapat menjangkakan, Kana Hotel bakal berdiri setaraf dengan hotel-hotel bertaraf 5 bintang kelak. Pemilik Kana Hotel akan mendapat keuntungan lebih dari sebelum ini walaupun mereka hanya memegang saham sebanyak 40%. Modal yang mereka keluarkan untuk melabur di Kana Hotel bukanlah nilai yang sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience