Dua Puluh Satu

Other Completed 44787

Cinta bersiap menanti abangnya datang menjemputnya.

"Nanti Cinta call akak tau." Kata Dinda.

"Ye tapi janji tau jangan bagitau Abang sebab Cinta ke Sabah." Kata Cinta memohon.

"Ye Cinta akak ni jangan risau. Promise." Kata Dinda.

"Thanks Kak. Cinta minta Akak jagakan Abang Thariq dan Hilal." Kata Cinta lalu memeluk kakak Iparnya.

"Dont worry tau. Trust me. Yang penting Cinta lulus dengan membawa sijil seorang pilot wanita macam Abang dia." Kata Dinda.

"Promise Sis." Kata Cinta.

Dia melambaikan tangannya pada Dinda apabila dia naik kedalam Ford milik tentera yang dipandu oleh Abangnya Ghaffar.

"Ramainya." Kata Cinta apabila melihat Thariq bersama Eddie dan Al ada dikeruai belakang.

Thariq tahu Cinta tidak mendengar apa yang dikatakan HyQarl sebelum dia balik semalam.

"Balik nanti bawakan Abang Ed calon boleh?" Tanya Eddie pada Cinta.

"Boleh. Abang Ed nak calon macam mana?" Tanya Cinta.

"Nak yang macam Cinta." Kata Eddie.

"Betul. Abag Al pun nak. Taknak perfect tapi cukup membuat Abang Al bahagia macam Cinta." Kata Al lagi.

"Susah tu nak cari kalau nak macam Cinta?" Kata Cinta.

"Love jangan nak bukan-bukan." Thariq mula bersuara.

Cinta terkekeh ketawa. Dia tahu Abangnya berat untuk melepaskannya jauh dari dia dan Hilal.

Namun apa kan daya. Begini cara untuk Cinta memperbaiki kelemahannya, membuang titik hitam dalam kisah hidupnya.

HyQarl mundarandir diruang menunggu menanti Cinta. Namun masih sama belum ada muncul.

Dan apabila dia melihat Ford milik tentera yang dibawa oleh Panglima Ghaffar parking disisi parking Airport.

Cinta turun dengan dua yang menjaganya didepan. Eddie dan Al berjalan didepan Cinta dan Panglima Ghaffar serta Thariq yang berada disisi Cinta.

"Sayang?" HyQarl mendekati mereka hendak bertemu dengan bekas isterinya.

Cinta melihat HyQarl yang mula menapak kearah mereka bersembunyi dibelakang Thariq.

Eddie dan Al menghalang HyQarl dari menemui Cinta yang bersembunyi dibelakang Thariq.

"Kau nak aku keluarkan waran ke?" Tanya Thariq.

"Dia dan aku akan rujuk semula." Kata HyQarl.

"Kau dah macam orang gila talak Qarl." Kata Ghaffar.

Disisi lain, Sarah dan Luthfi baru saja sampai selepas Aidil menghantar mereka.

"Papa. Aunty Cinta." Kata Sarah.

Luthfi melihat didepannya. Gadis itu nampak sedang ketakutan dengan lelaki didepannya.

"Ok Baiklah. Sarah pernah cakapkan nak Papa cari Mama baru untuk Sarah?" Kata Luthfi.

Sarah menganggukkan kepalanya.

"Sekarang masa ni. Bantu Papa dapatka Aunty Cinta." Kata Luthfi.

"Beres." Kata Sarah yang mula berjalan beriringan dengan Papa Saudaranya.

Luthfi mendekati Cinta yang sedang bersembunyi dibelakang Thariq lalu menarik jemari Cinta. Cantik berpaut diatara jemarinya dan cinta.

"Sorry Mama, Sarah dan Papa lambat." Kata Sarah mulai lakonannya.

"Sorry Dear, B lambat sampai. Sarah lewat bangun." Kata Luthfi mula mendekatkan pipinya ke pipi Cinta.

Bertemu diantara pipi mereka, Semua mata terpana melihat adegan itu.

"Luth dan sarah nak selamatkan awak dari lelaki itu." Bisik Luthfi.

"Hahh takpe B. Sayang faham. Sarah lambat ke Sayang." lalu bercangkung didepan budak perempuan itu.

"Sarah rindu Mama." Kata Sarah lagi lalu mengucup pipi Cinta yang membuatkan ia Kecanduan setiap hari.

"Kau!!" Herdik HyQarl.

"Kenapa?" Tanya Luthfi.

"Kau takde hak nak sentuh dia. Dia aku yang punya." Kata HyQarl.

"Itu dulu not now." Kata Luthfi.

"Jom Sayang." Kata Luthfi.

"Ermm." Kata Cinta. Walaupun baru kalini dia bertemu dengan Papa Saudara Sarah tapi dia merasa selamat disisi lelaki ini.

"Kau jangan sentuh dia!" Tengkimg HyQarl. Bergema suaranya satu Airport. Semua pengunjung melihat kearah mereka.

"Cinta hanya untuk seorang Luthfi bukan untuk lelaki bernama HyQarl." Kata Luthfi.

"Abang Cinta mohon ampun dan maaf tau jika Cinta ada salah pada Abang. Tolong jagakan Hilal." Kata Cinta mengucup kedua tangan Thariq lalu memeluknya erat.

"Love janji tak lama kan." Kata Thariq.

"Hermm." Hanya itu yang mampu dia cakap. Sebak untuk meninggalkan Abang dan Adiknya Hilal.

Luthfi menghulur salam pada Thariq lalu memeluknya.

"Thanks bantu aku dan Cinta saat kami buntu." Bisik Thariq.

"Jangan risau." Kata Luthfi.

Dia mula meminpin jemari itu semula dan Cinta melambaikan tangan pada mereka lalu menghilang diruang menunggu.

"Jangan jauh." Kata Luthfi mula melihat Ipad ditangannya.

"Kenapa?" Tanya Cinta.

"Aku takut dia ada dan ikut ke Sabah." Kata Luthfi.

"Hah?" Cinta mula ketakutan kembali. Dia duduk disisi Luthfi dekat.

"Ma. Kenapa pucat ni?" Tanya Sarah.

"Tt... tak." Kata Cinta. Namun sebaliknya.

Panggilan ke Sabah kini dipanggil. Akhirnya mereka masuk kedalam pesawat. Cinta mencari kerusi diatas nombornya.

Dia duduk dihujung tepi tingkap. Tak disangka meeka duduk satu seat sebelah menyebelah.

"Ehh Mama?" Sarah gembira apabila dia duduk disebelah Cinta.

"Thanks tau sebab sudi bantu Cinta tadi." Kata Cinta pada Aarah dan Luthfi.

Luthfi hanya diam tanpa berkata. Dia mula memasangkan seat belt pada Sarah.

"Takpe kan Sarah panggi awak Mama?" Kata Luthfi akhirnya.

"Cinta tak kisah." kata Cinta.

"Yeaaayyy Sarah dah ada Mama." Kata Sarah.

"Ye Sayang." Kata Cinta mengusap lembut kepala Sarah.

Pesawat bertolak meninggalkan negeri mereka. Cintaasih sama macam tadi mengusap lembut kepala Sarah hingga Sarah terlena.

Begitu juga dengannya. Cinta terlelap kerana dia terlalu mengantuk sebab HyQarl semalam.

Luthfi melihat keduanya terlena. Luthfi tidak mahu mengganggu. Lalu membiarkan mereka lelap.

Hingga kapal hemdak mendarat barulah mereka terbangun.

"Seronok tidur?" Tanya Luthfi pada Sarah.

"Seronok." Kata Sarah.

Sampai di airport Sabah, Cinta memberitahu mereka bahawa dia harus terbang ke Sandakan lagi.

Terlihat wajah Sarah berubah sedih apabila dia nak berpisah dengan Cinta disini.

"Kenapa ni?" Cinta bercangkung didepan Sarah.

"Mama taknak duduk dengan Sarah dan Papa ke?" Tanya Sarah.

"Sayang. Mama kesini atas satu tujuan. Mama nak tamatkan latihan Mama."Kata Cinta.

"Mama tak sayangkan Sarah." Kata Sarah lagi.

Luthfi dapat melihat Sarah terlalu sayangkan Cinta.

"Sayang Mama tak boleh nangis." Cinta mengeluarkan Pen dan kertas dari sling bagnya dan sebotol perfume 3ml dan menyerahkan pada Sarah.

"Jika Sarah rindukan Mama, Ciumlah bauan tu. Wangian tu Mama buat sendiri. Ni nombor phone Mama. Bila nak tengok wajah Mama, Sayang Video call Mama." Kata Cinta memujuk Sarah.

Panggilan pesawat yang akan dinaiki telah dipanggil. Cinta mengucup kedua Pipi Sarah serta unun-ubunnya.

"Andai ada jodoh, Mama akan jumpa Sarah lagi nanti." Kata Cinta.

"Hati-Hati ditempat orang." Kata Luthfi akhirnya.

"Ermm. Awak berdua hati-hati. Bye Sayang." Cinta melambaikan tangannya laluasuk kedalam pintu yang membawanya ke dalam pesawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience