BAB 5

Romance Completed 7963

Tenangnya berada di kampong. Rasa aman dan damai je berbanding berada di Bandar. Lega rasanya dah dapat balik ke rumah sendiri.

“ akak!” laungan Asyraf buat aku naik ke dalam rumah.

“ pe hal. Panggil macam panggil binatang je.” Ujarku tak puas hati. Dia tersengih.

“sorrylah. Tak sengaja. Mak suruh akak bersiap.” Aku mengerutkan dahi.

“ for what?” Asyraf hanya menjongketkan bahu.

Asyraf merupakan adik aku yang bongsu. Umurnya tahun ini dah mencecah 17 tahun. Kami hanya dua beradik je. Ayahku pun telah lama meninggal. Tinggal aku, Asyraf dan mak aku je. Rasa sedih dan sunyilah bila ayah tak de. Sebab ayah penghibur kami.

Tapi kalau tanpa Asyraf lagi kami sunyi. Dia persis ikut perangai ayahnya. Syukur sebab dapat adik macam Asyraf tu.

“ akak! Sempat lagi dia mengelamun ke tempat lain. Nanti kalau mak marah jangan salahkan orang ye..”

Aku mencebik.

“ tahulah. Sudahlah. Akak pergi siap.”

*****

“ kita ada di mana ni mak?” soalku apabila berada di rumah yang aku tidak kenali dan tak tahu menahu langsung.

“ ini rumah kawan lama mak. Mak ajak kamu datang sebab nak kamu kenal-kenal.” Jelas mak.

Owh… itu rupanya. Tapi kalau tak ajak aku pun tak boleh ke.. dahlah tak boleh buat apa-apa. Hanya mendengar je apa yang mereka bualkan. Boringlah. Dahlah Asyraf tak ikut. Budak ni pun satu. Sengaja nak biarkan akak dia duduk sorang-sorang melayan perasaan. Huhu…

“ hai…” aku tersentak. Siapa tu?

Aku menoleh ke belakang. Ya Allah..

“ Adham?” dia tersenyum.

“ ingat lagi rupanya. Ingatkan sudah lupa. Jom keluar. Kelihatan ibu kita seronok berbual tu.” Aku memandang mak. Ternyata betul. Sampai anak kawan dia ada pun tak sedar. Jadi aku menurut je kata Adham.

“ tak sangka awak anak kawan mak saya.” Ujarku.

“ saya pun. Tapi saya tahu lebih awal dari awak.” Ujarnya sambil tersenyum.

“ jadi tujuan awak datang ke U tu?” dia mengangguk.

“ ya.. untuk mencari awak. Untuk mencari cinta sejati awak.”

Cinta sejati? Cinta sejati siapa?

“ cinta sejati awak.” Aku tersentak. Macam tahu-tahu je apa yang sedang aku fikirkan. Eh? Aku salah dengar ke tadi. Cinta sejati aku?

“ maksud awak?” soalku.

“ maksud saya ialah saya nak cari cinta sejati awak. Nak awak mencintai saya seperti mana saya cintai awak. Faham?” aku terlopong. Ada ke begitu?

“ boleh ke? Saya ni erti cinta pun tak tahu inikan pula nak jatuh cinta dekat awak. Pleaselah…” ujarku selamba.

“ pasti boleh. Saya akan buat awak jatuh cinta juga. Tengoklah nanti.” Aku senyum sinis.

“ okey.. no problem.” Aku masuk kembali ke dalam rumah. Malas nak layan orang lelaki ni. Tambah-tambah mamat macam tu. Huh! Jatuh cinta? Pleaselah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience