we r not coming 2moro- -temankan atuk ye.it’sokay- -taklah atuk nak ajar Akram sendiri n I guess u r fired:(- -I get it. n pesan kat dia belajar rajin2 taw- -ok we’ll find time later to thank u ok- -ok;p- Sayu hati aku membaca pesanan dari Nash. Baru empat hari bersama aku dah rasa rindu. Entah aku rindukan Akram ataupun Nash, tidak dapat aku mengerti. Cepat-cepat aku memujuk hati sendiri. Mungkin sebab aku kurang ikhlas semasa mula-mula hendak nak mengajar Akram ataupun mungkin sebab aku lebih beriya nak jumpa Nash dari Akram yang menyebabkan Allah tarik balik nikmat ni. Mungkin ada hikmah dari sini. Menitis airmata aku. Perlahan aku menyeka air mata dan cepat-cepat membasuh muka.
“inilah peluang baik untuk melupakan mereka”
Fara hampa sambil merenung skrin latop. Selalunya Akram akan berkonsi gambar mengaji ataupun apa-cerita terbaru mengenai pelajaran agamanya dengan Atuk.Sudah 3 hari Akram sepi daripada berita.Setia Fara merenung handphone. Hatinya kuat mengatakan Akram tidak begitu mudah untuk melupakannya. Berbunga kecil hati Mira apabila terpapar nombor Akram.
“Assalamualaikum Akak.Sorry lama tak update, but tonight news memang best sangat-sangatla sensasi. The best in universe tahu!”
“Waalaikumussalam. Apa ceritanya?”
“Hari ni Nash kena rotan sebab dia tertidur sampai terlepas Asar.Hahaha, dah 3 hari tahu dia grounded.Atuk tak bagi dia keluar rumah sampailah dia dapat hafal semua bacaan dalam solat. Kesian dia.”
“Tak sakit ke kena rotan?” Kesian pula ku mengenangkan nasib Nash
“Worst!Nash menangis akak,tapi Atuk cakap kalau tak sembahyang memang wajib kena rotan”
“iye. Suruhlaa Nash hafal rajin-rajin ok”
“Amboi Akak. Sukanya kau gelakkan aku.Tak baik tau” Berdebar pula bila Nash merampas telefon dari Akram. Rindunya aku dengan suara lelaki ini.
“Sssa..siapa yang cakap aku ni baik? Aku jahat tau”
“hiihihi.Kenapa kau gagap.nervous ke cakap dengan aku?
“Taklah. Awak pergilah sambung hafal. Saya malas la nak layan awak”
“Tapi saya suka layan awak” Kelu aku apabila diusik begitu. Sudahnya kami berdua membatu seketika.
“Hello.yuhuuu.Dah-dah jangan berangan.Esok pagi-pagi siap tau. Aku ambil kau keluar dengan Akram sekali”
“Boleh ke? Tak kena grounded?”
“Tak payah laa risau hal aku.Jangan lambat, aku malas nak tunggu engkau bersiap” Aku tersenyum meleret. Tak sabar menanti esok. Sudah 2 minggu kami tidak berjumpa. Entah-entah Nash akan kembali sombong denganku seperti kali pertama berkenalan.Isy, biarlah, asalkan boleh menatap wajah kacak yang aku rindu itupun sudah memadai.Aku melompat keriangan menuju ke almari untuk memilih pakaian untuk dipakai esok hari.
Share this novel