Epilog

Humor Completed 22641

Sewaktu makan malam, Haris turun ke ruang makan. Papa, mama dan Syuhada sudah berada di ruangan itu. Haris memandang Syuhada tidak berkedip. Entah sejak bila, dia mulai menyayangi isterinya itu, dah tak ada perempuan lain yang bertakhta di hatinya sekarang kecuali Syuhada.

Lagipun Syuhadakan dah jadi isterinya yang sah, tak salahkan perasaan sayangnya itu? Syuhada je yang jual mahal, orang dah nak kat dia, dia pulak tak pandang suaminya ni.

Tapi pendek kata, kalau aku jalan dengan Syuhada orang akan cakap pasangan sejoli, bagai pinang dibelah dua.

Haris mengambil tempat duduk di samping tempat duduk Syuhada. Namun setelah menyendukkan nasi, Syuhada pula berpindah tempat duduk dan duduk berhadapan dengan Haris.

“Kenapa duduk situ?” soal Haris marah.

Syuhada melihat ke arah mama dan papa. Terkejut juga dengan pertanyaan Haris yang tiba-tiba itu. Suara lelaki itu juga agak kuat. Bukannya nak cover.

“Bukan awak selalu duduk sini ke?” sambung Haris lagi.

“Saya nak duduk sini” balas Syuhada. Dia tidak mengendahkan marah Haris. Marahnya yang dirasakan tidak masuk akal.Tetapi memang benar Syuhada cuba mengelak daripada Haris. Tidak mahu dia berada sedekat itu dengan Haris.

“Tak pa. Tahulah awak malam nanti.” Haris mengomel sambil tersenyum nakal. Mama dan papa berderai ketawa. Syuhada naik malu dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience