BAB 18

Family Completed 4130

Masih dia teringat kata-kata ketua kumpulan itu.

"Cik Nora tu adalah gadis yang aku suka bonggok. Aku memang pantang kalau ada yang cuba bercakap dengan dia."

Belum sempat dia membalas, mereka sudah menghentam dirinya habis-habisan ibarat tidak ada hari esok.

Dia rasa dayus kerana tidak pernah melawan. Dia lemah. Dia rasa dialah lelaki yang patut hilang dimuka bumi ini. Malah Cik Nora pernah menyaksikan keadaan dirinya selepas dihentam oleh mereka semua. Tuala satin yang terlepas dari poketnya dicapai oleh Cik Nora. Selepas menyapu tuala itu untuk menghilangkan debu-debu tanah, dia duduk mencangkung menghadap Muaz. Dia cuba menolong dirinya untuk duduk di atas tanah itu.

"Awak tak apa-apa?"

Buat kesekian kalinya, air mata jantan Muaz keluar di hadapan gadis itu. Malu? Tidak ada lagi perasaan malu bila sudah berhadapan dengan keadaan sebegini rupa. Muaz hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tanpa membalas kata-kata, Muaz cuba untuk berdiri dalam keadaannya yang lemah. Bila Muaz hendak rebah, Cik Nora cuba menolong dirinya supaya badannya dapat berdiri dalam keadaan stabil.

Dia merentap lengannya daripada dipegang oleh Cik Nora. Dia perlu melarikan atau lagi tepat lagi menjauhkan diri daripada gadis ini. Gara-gara dialah, perkara ini terjadi. Bukan mahu mengelak, kalau sudah badannya hari-hari dijadikan punching bag, bagaimana dia mahu bertahan. Apatah lagi klien-kliennya sudah berfikiran serong sekarang terhadapnya.

"Muaz!"

Bila gadis itu menyebut namanya, hati Muaz berdetak. Bagaimana Cik Nora tahu namanya? Sedangkan dia tidak pernah memberitahu namanya kepada gadis itu. namun panggilan itu hanya dibiarkan sepi sahaja.

Dengan berjalan tempang, Muaz meninggalkan tempat itu. Dia mahu pulang ke rumahnya. Tinggal pula seorang diri, hati mana yang tidak sedih. Kalau ibunya di Johor tahu keadaan dirinya begini, sumpah dia akan dilarang untuk pindah rumah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience