BAB 49

Romance Completed 11647

Aku menelan air liur. Sejak tadi tekakku terasa mual dan kepalaku terasa pening. Sebelah tanganku bertindak memicit kepalaku manakala sebelah lagi mengurut dadaku.

Mungkin menyedari keadaan ku, Hamka bertanya, "Sayang, kenapa ni? Nampak pucat je. Jom ke klinik." Pujuk Hamka sambil tersenyum. Aku sakit sakit pun boleh dia tersenyum?

Kalau diikutkan hati, malas sebenarnya untuk ke klinik. Tapi oleh kerana Hamka bersungguh sungguh memujukku, aku tidak sampai hati untuk menolak. Aku tahu senyuman Hamka sebentar tadi ada maksudnya. Aku tidak mahu terlalu berharap kerana kata kata doktor masih bermain main di mindaku. Ditambah pula dengan sepakan daripada Jay di bahagian perut, bertambah teruklah keadaanku.

Selepas memakai pakaian yang sesuai, Hamka memapahku untuk ke KPJ Specialist. Entah mengapa, dia tidak mahu melepaskan pegangannya pada tanganku. Hanya sesekali tangannya dijauhkan dari tanganku, itupun kerana hendak menukar gear. Aku tidak kisah, malah hatiku lebih berbunga bunga menerima layanan Hamka seperti ini.

Aku dapat mengagak Hamka melayanku seperti ini kerana dia terlalu berharap untuk mendengar khabar gembira daripada doktor. Khabar tentang cahaya mata kami. Walaupun aku mempunyai tanda tanda kehamilan, hatiku kuat mengatakan bahawa aku tidak mengandung. Tapi aku tidak sampai hati hendak mengatakan perkara yang sebenarnya.

"Sayang, mengelamun apa lagi tu? Jom, kita dah sampai." Hamka membukakan pintu di bahagian tempat duduk penumpang buatku. Sebelah tangannya memegang tanganku manakala sebelah lagi dilingkarkan di pinggangku. Aku melentokkan kepalaku di bahunya. Tidak kisahlah ada orang hendak meluat atau apa, yang penting aku bahagia dengan insan di sebelahku ini.

"Abang, sayang cintakan abang." Ujarku ikhlas. Ya, aku betul betul ikhlas dengan pengakuanku. Tiada keraguan. Benih cinta yang telah lama tersemai di dalam diriku sudah mula membesar dan menguntumkan bunga. Lingkaran pada pinggangku dieratkan.

"Abang pun cintakan sayang." Satu kucupan dihadiahkan di dahiku. Seperti biasa, aku akan terasa selamat apabila bibirnya disinggahnya di situ.

Aku masuk menemui doktor apabila giliranku sudah tiba. Keputusan daripada ujian kehamilan yang dilakukan oleh doktor sebentar tadi benar benar mengecewakan aku. Tapi aku tahu, Hamka pasti akan lebih kecewa daripadaku. Semasa kaki hendak melangkah keluar dari bilik rawatan, aku mengetap bibir cuba menahan sebak di dada. Air mata sudah mula bertakung di kelopak mata.

Apabila pintu dibuka, wajah gembira Hamka terus memecahkan empangan air mataku. Dalam pandangan yang kabur, aku dapat melihat Hamka berlari ke arahku sebelum aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat. Semua perkahwinan inginkan cahaya mata, tapi apa gunanya perkahwinan kami jika sudah genap dua tahun aku masih belum mampu mengurniakan zuriat buatnya.

"Abang, sayang minta maaf." Aku berkata dalam esakan. Tersekat sekat bicara yang keluat dari bibirku.

Hamka menggosok belakangku dengan lembut. "Tak apa sayang. Abang tak kisah, abang tetap cintakan sayang walau apa yang berlaku." Sedikit sebanyak pujukannya berjaya melegakan hatiku. Aku mengaku, mudah sekali aku tunduk pada pujukannya.

Aku mengajaknya untuk pulang ke rumah. Tidak betah rasanya berlama lamaan di luar rumah. Rupanya sakitku adalah kerana migrainku yang sudah lama tidak menyerang, ditambah lagi dengan penyakit darah rendah yang dihidapiku.

"Abang, sayang benarkan abang berkahwin dengan perempuan lain." Entah mengapa ayat bodoh itu yang keluar dari bibirku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Riak wajah Hamka jelas menunjukkan reaksi terkejut.

Kepalanya dieleng eleng sebelum menjawab, "Tak boleh sayang, abang cintakan sayang sampai abang hembuskan nafas yang terakhir. Nanti kat syurga kit buat anak banyak banyak tau?"

Kata kata Hamka sekali lagi berjaya memujukku. Aku tersenyum mendengar gurauannya. Aku mengucup lembut pipinya. Baru saja dia hendak membalas kucupanku, telingaku dapat menangkap bunyi hon yang begitu kuat. Aku mengalihkan pandang ke depan. Sebuah treler meluncur laju ke arah kereta kami sebelum semuanya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience