Bab 4

Horror & Thriller Completed 869

Wana terkejut kerana beliau tidak pernah melihat makhluk seperti itu. Rupanya amat menyeramkan hingga Wana menggigil ketakutan. Wana tidak tahu untuk berbuat apa lagi disebabkan menanggung kesakitan disamping menanggung ketakutan. Makhluk tersebut kelihatan begitu lahap menjilat darah Wana dengan lidahnya yang panjang, Matanya yang merah, Telinganya yang panjang dan berkepala botak. Wana memanggil jururawat kerana tidak tahan lagi menahan kesakitan tersebut. Jururawat tersebut membawa Wana ke bilik rawatan. Wana ditinggalkan berseorangan di bilik tersebut. Tidak seorang pun yang mampu menolong Wana pada waktu itu. Wana dibiarkan keseorangan di waktu cemas itu.


Beberapa jam kemudian, Wana merasakan dirinya kesejukan dan matanya mula menjadi kabur. Beberapa minit kemudian, Wana merasakan seseorang menyentuhnya sambil membaca sesuatu dan menyapukan air ke mukanya. "Doktor!Doktor! "Kedengaran suara ibu mertua Wana sedang memanggil Doktor. Doktor pun datang tergesa-gesa dengan melihat keadaan Wana yang tenat itu. Doktor pun memarahi jururawat yang berada di situ kerana membiarkan pesakit tenat itu keseorangan. Ibu Mertua Wana memarahi Doktor kerana membiarkan menantunya itu keseorangan dalam keadaan tenat. Wana kelihatan seperti tidak bernyawa, kemudian Doktor terpaksa menarik janin itu keluar dengan segera. Akhirnya Wana selamat dari situasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience