SETELAH mendengar cerita daripada Natrah, Eirfan bersetuju untuk campur tangan secara senyap-senyap. Pengalaman yang dimiliki Natrah belum cukup untuk memberikan hasil yang memuaskan. Dia risau sekiranya Ehsan hanya berniat untuk mempermalukan Natrah. Bukan sehari dua dia mengenali lelaki itu.
"Dahlah. Jangan nangis macam ni. Tak mau tak mau" Eirfan memujuk seakan Natrah itu budak kecil sahaja lagaknya. Kepala itu diusap lembut.
"Saya rasa, riwayat saya bakal tamat tak lama lagi" Natrah kembali mengongoi saat kelibat Ehsan hampir melewati mereka.
"Cepat!! Sembunyi belakang saya" gesa Eirfan, sekadar ingin bergurau sahaja. Namun dia benar-benar tidak menyangka Natrah akur pada usikannya. Benar-benar dia bersandar pada belakang Eirfan yang sasa itu.
Jelingan tajam Ehsan membuatkan perut Natrah kecut secara mendadak. Jantung pula terus berhenti mengepam darah. Wajah pucat jelas kelihatan.
"Nak masuk dalam baju saya tak? Muat ni. Bahkan muat 3 orang lagi Natrah ni..." Galak Eirfan mengusik setelah Ehsan berlalu.
Wajah Natrah kemerahan. Laju saja tangannya mencubit pinggang lelaki itu. Hampehh betullah!!
"Pertama kali saya tengok awak takut macam ni. Rasanya aura kak Bihah tak sebesar aura Ehsan kan?"
"Eirfannnn...." Natrah jengil matanya.
Eirfan menyudahkan tawanya. Dia boleh nampak ketakutan pada wajah itu. Dan dia tidak salahkan Natrah kerana dia tahu persis Ehsan itu orangnya macam mana. Serius dan serius memanjang!
"Siapa-siapa yang kahwin dengan dia mesti malang!" tutur Natrah, spontan.
Wajah Natrah ,Eirfan pandang lama. Terjongket-jongket keningnya menanti bicara selanjutnya.
"Apa?" tanya Natrah. Mendatar.
"Malang? Kenapa pulak? Bahagia apa kalau kahwin dengan Ehsan. Hari-hari kena mandi dengan kemewahan! Tak payah nak kerja keras cari duit. Semuanya dah tersedia di depan mata" Eirfan menyahut. Serius saja bunyinya.
"Memanglah hari-hari mandi dengan kemewahan. Tapi sampai bila? Setahun? Dua tahun? 10 tahun?"
Natrah boleh agak, dengan sikap yang ditonjolkan oleh Ehsan, tidak mustahil semudahnya dia menemui pasangan hidup. Sehati sejiwa pulak tu! Kerana dia yakin seratus peratus Ehsan tidak mempunyai kriteria sebagai lelaki idaman. Dan bagi dia, Ehsan tidak akan pernah memasuki senarai dalam lelaki idamannya! Never! Nehi!!
"Jangan cakap macam tu! Nanti ditakdirkan awak kahwin dengan dia, baru padan dengan muka tu" sakat Eirfan diiringi gelak tawanya. Tapi hatinya mula bercambah sesuatu perasaan yang dia sendiri tidak pasti.
Lama Natrah merenung wajah Eirfan. Sehingga Eirfan kehilangan kata-kata sudahnya. Salah cakap ke?!
"Baik saya kahwin dengan awak dari kahwin dengan dia!"
Kata-kata Natrah dicerna sebaik mungkin. Berkali-kali dia flash back kata-kata tersebut. Tanpa sedar, dia senyum dalam diam.
Mengucapkan perkataan itu cukup membuatkan wajah Natrah berbahang. Ohh god!! Apa yang aku merepek ni?! Lariii....
"Ara!" panggil Eirfan dari jauh. Sekejap saja tubuh itu sudah menjauh darinya.
TAK menunggu lama, Natrah segera memulakan tugasan 'maut' yang diberikan Ehsan kepadanya. Dia ingin membuktikan kepada Ehsan bakat dan kemampuan yang dia punya. Takkan sesekali dia membiarkan Ehsan mengalahkannya.
Duduk berteleku di kerusi itu membuak-buakkan begitu banyak idea. Dan segala idea itu dia pindahkan ke atas sekeping kertas putih yang panjang. Dia mula melakar apa yang dirasakannya logik dan sesuai. Dia pandang sekeliling. Suasana sepi dan lenggang. Yalah, kebanyakan dari mereka sudah memulakan kerja masing-masing. Maklum sajalah, projek kali ini untungnya jutaan. Dan kepalanya pula tak lain tak bukan Ehsan sendiri! Berani nak duduk goyang kaki jadi mem besar, memang nak makan samanlah gamaknya!
Dari duduk, dia berdiri pula. Cuba membayangkan rupa dan keadaan tempat perkahwinan yang bakal diadakan itu. Setelah berjaya yakin dengan imaginasinya, cepat-cepat dia melakar di atas kertas.
Gelagat dan perilaku Natrah mendapat perhatian Ehsan dari jauh. Lama dia perhatikan gadis itu. Sejak bertemu Natrah pertama kali, dia boleh tahu kecekalan dan kekuatan gadis itu bagaimana. Dan dalam diam dia sangat mengagumi sifat gadis itu. Cuma itulah... Sikap jantan Natrah itu yang dia tidak tahan.
"Lawa, cantik. Babyface sangat. Tapi jantan berwajahkan perempuan!" komen Ehsan sambil tergelak kecil.
"Aku nak tengok sehebat mana kemampuan kau " Senyum sinis menghiasi wajahnya.
"KAU nak tidur sini ke Ara?" tegur Hasma tatkala dia melihat Natrah tiada tanda-tanda hendak angkat kaki. Dia dan Azizah sudah berdiri di hadapannya.
"Ha ah. Ni kan rumah nombor dua aku" Selamba saja jawapan Natrah itu. Dia masih ralit dengan lakarannya.
"Hampehlah perempuan ni!" gerutu Azizah pula. Sempat juga dia panjangkan leher melihat hasil kerja Natrah itu. Not bad! Dia puji dalam diam. Tak boleh puji depan-depan, karang melambung tinggi pulak si pokok Ara ni!
"Dah pukul 5.08 minit ni. Betul ke kau tak nak balik?" Hasma tanya lagi. Inginkan kepastian.
"Yeeee. Aku masih nak siapkan kerja aku ni"
"Tak takut hantu ke?" sakat Azizah pula sambil buat aksi menakutkan.
"Aku rasa kan, antara encik Ehsan dengan hantu, kau lebih takut siapa?"
Azizah telan liur. "Soalan yang memang kau dah tahu jawapannya!"
"Dah tu tanya lagi buat apa?"
"Yelah mak encik!! Ehh jomlah Hasma! Lama-lama kat sini, buatnya encik Ehsan suruh kita OT jugak, eee tak nak aku!"
Natrah hanya tergelak. Malas dia nak layan dua badak tu! Nanti kerja ke mana, dia ke mana. Haaaa naya kauu nak jawab dengan encik Ehsan!
"ARA mana?" Pertanyaan itu Eirfan ajukan kepada Hasma dan Azizah tatkala mereka berpampasan di park lot. Dari tadi dia menunggu kelibat Natrah tetapi gadis itu tidak kunjung tiba.
'Ara? Telinga aku salah dengar ke? Tak biasa-biasanya dia panggil Natrah macam tu!' Azizah sentuh telinganya ,kot-kotlah dia yang tersalah dengar!
"Dia masih kat atas. Dengar-dengar, dia nak tidur situ" jawab Hasma sambi tergelak dengan jenaka sendiri.
"Laaa kenapa pulak?"
"Dia nak siapkan kerja dia. Dateline yang encik Ehsan bagi kan cuma dua minggu je. Tu yang dia tak ingat nak balik rumah tu" sambung Hasma lagi.
"Ohh ye ye" Eirfan teringat lagi siang tadi gadis itu meraung menangis macam betul-betul tengah tunggu hukuman gantung saja. Bezanya yang ini hukuman dari Ehsan! Eirfan tergelak sendiri.
"Encik Eirfan okey ke? Risau pulak saya kot-kot encik kena sampuk!" tanya Azizah pula.
"Ya, saya okey. Haaa takpelah. Nanti saya pergi jenguk Ara kat atas. Terima kasih. Baik-baik memandu tu" pesan Eirfan sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.
"Hang tampaq aku sat. Kat sini" Azizah menunjukkan pipi kanannya. Hasma apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Ambik kau jahhh!! Sekali Hasma bagi, dua sekali!
"Nak aku buat yang sebelah lagi ke?" Hasma sudah bersiap-siaga dengan tangannya.
"Cukuplah.." Azizah menggosok pipinya. Berasa jugak si beras 10kg ni tampar dia! Sakit na...
"Dah kau ni kenapa pulak nak mintak penampar?" Hasma kehairanan.
"Taklah. Aku rasa macam pekak atau diawang-awangan. Kau tak dengar ke encik Eirfan panggil Ara tadi? Tak biasa-biasanya dia panggil Ara macam tu"
Hasma mengangkat kening. Ye ke? Dia tak perasan pulak.
"Apa yang pelik? Lagilah pelik kalau dia panggil sayang. Haaa tu baru boleh kau kata pelik. Dah jomm!!"
"SAYA taulah, awak pekerja cemerlang terbilang lagi gemilang! Tapi takkan dah lupa alamat rumah sendiri sampai nak bermalam di sini kot?"
Natrah dongak kepala. Tengok-tengok saja si Eirfan sudah terpacak di hadapannya. Masuk macam pencuri. Tak tinggal bunyi langsung! Ke dia yang terlalu sibuk sampaikan tak perasan lelaki itu di situ?
"Dah awak jadikan rumah saya tu rumah awak. Ada baiknya saya menyewa kat sini!" sindir Natrah pula.
Tergelak Eirfan dengan ayat spontan Natrah itu. Dia sudah menghenyak punggung di sebelah Natrah.
"Tu kerusi sayalah!" Marah Natrah apabila Eirfan selamba saja merebut kerusinya. Dalam banyak-banyak meja kerusi kat sini, yang dia punya jugak kena rembat!
"Tumpang duduk pun tak boleh. Kedekutnyalah dia ni!" rungut Eirfan. Namun tidak ada tanda dia akan bangkit dari duduknya.
Natrah menepuk dahi. Lantak kaulah! Yang penting, beberapa bahagian kerjanya sudah hampir selesai. Selepas ini, bolehlah dia pulang dan berehat seketika kerana keesokannya dia bakalan berhadapan dengan perkara dan orang yang sama lagi. Huhh!
"Dah call kak Bihah ke? Bagitau yang awak balik lewat? Nanti tak pasal-pasal dia ingat awak kahwin lari dengan saya" Jenaka Eirfan disambut dengan jelingan dari Natrah.
"Oppss!! Ada orang angin tak baik.. Okay..." Eirfan angkat tangan sebagai tanda menyerah.
"Awak kan ,kalau satu hari tak kacau saya memang tak sah kan?" rungut Natrah tapi tangan dia sibuk mengemas meja dan perkakas kerjanya. Dia ingin segera pulang dan berehat. Malas rasanya hendak meladeni perangai Eirfan itu. Dia penat!
"Betullah tu! Kalau tak kacau awak satu hari, hidup saya rasa tak lengkap"
"Yelah. Yelah" Natrah mengalah. Semakin banyak dia bercakap, semakin panjang pula hujah Eirfan.
Eirfan pamer senyum kemenangan. "Dah belum call kak Bihah?"
"Sudah tuanku! Tadi patik ada menelefon memberitahu akan perkara ini. Puas hatikah tuanku dengan jawapan patik?"
Gelak tawa Eirfan pecah lagi. Gaya dan mimik muka Natrah benar-benar melucukan.
"Dahlah! Saya nak balik!"
"Saya hantarkan"
"Bagus jugak! Tak perlulah saya penatkan kaki berdiri tunggu bas. Boleh jugak saya tidur dalam kereta" Natrah tayang senyum besar sampai ke telinga.
"Amboi!! Awak ingat saya driver awak ke?"
"Aikkk bukan betul ke? Sebab awak tunggu saya dari tadi. Lepas tu pagi-pagi lagi dah terpacak depan rumah saya macam Statue of America. Kalau bukan driver apa lagi?"
"Future husband kot!" Laju saja ayat itu dia ungkapkan. Ada tawa kecil di hujung bicaranya.
Kata-kata Eirfan menyebabkan Natrah terdiam sesudahnya. Emosi yang sedang kepenatan tidak mahu ditambah dengan perkara yang bukan-bukan. Jenuh dia memikirkannya nanti!
TEMPOH dua minggu yang diberikan oleh Ehsan sudah sampai ke titik pengakhiran. Kertas kerja dan lakaran yang disiapkan selama tempoh itu sudah bersedia untuk diserahkan kepada Ehsan. Natrah hanya mampu berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Jika tidak, habislah usahanya selama ini. Lagipula, dia juga tidak mahu usaha yang dicurahkan oleh Eirfan selama membantunya sia-sia.
Sungguh dia tidak menyangka lelaki seperti Eirfan sangat bijak dan mempunyai idea yang berbeza darinya. Mereka berkongsi idea dan pandangan masing-masing mengenai projek ini. But of course, perkara itu mereka rahsiakan dari sesiapa terutama sekali dari yang terhormat Ehsan itu. Jika Ehsan mengetahuinya, habislah segala usaha mereka!
"Haaaa macam mana? Apa komen encik bos awak?" tanya Eirfan tidak sabar. Saat itu, mereka sedang duduk di kantin.
"No comment!" sahut Natrah. Riak wajahnya agak kecewa. Tadi sewaktu menghantar kertas kerjanya kepada Ehsan, lelaki itu hanya mengangguk kepala tanpa sebarang kata-kata. Kemudian, dia diarahkan keluar dari bilik Ehsan.
"Kenapa pulak no comment? Takkan dia tak komen apa-apa?" Eirfan pelik. Apa yang bermain di fikiran Ehsan sebenarnya?
"Entahlah! Saya nak tahu apa feedback dia. Tapi dia..." Natrah buat aksi mengunci mulut. Penat bukan main lagi. Selama mengerjakan projek itu, dia sanggup bersengkang mata untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tetapi reaksi yang ditunjukkan oleh Ehsan pula mengecewakan!
"Well, maybe dia terkesima sangat tengok hasil tu sampai tak mampu nak kata apa-apa. Speechless!" Jawapan Eirfan mengundang tawa Natrah.
"Hope so" Itulah harapan dia. Kalau tidak, dia benar-benar kecewa dan putus semangat. Apalagi orang seperti Ehsan sangat mementingkan kesempurnaan.
"Don't worry too much" Kepala Natrah diusap lembut.
Natrah mengangguk laju. Entah kenapa setiap kali Eirfan memperlakukannya seperti itu, hatinya yang walang berubah tenang. Seakan ada kuasa magis yang Eirfan taburkan ke atas dirinya. Mujur ada Eirfan. Dia bersyukur sangat kerana lelaki itu gah berdiri di sisinya, memberi kekuatan kepadanya.
KEADAAN sekeliling sangat bising dan masing-masing pula sibuk dengan tugasan yang diberikan. Sungguhpun tarikh projek tersebut tinggal dua bulan lagi, namun dek kerana sifat Ehsan yang inginkan kesempurnaan, maka semuanya dikerjakan dengan teliti. Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan kerana itu adalah perkara terakhir yang dia impikan.
Melihat hasil kerja Natrah, hatinya mula berasa was-was. Dekorasi dan hiasan yang dilakarkan sama sekali berbeza dengan apa yang difikirkannya. Wajahnya yang ketat dan mata yang tak berkedip dari tadi mencari-cari kelibat gadis itu.
Dan dia dapat melihat Natrah sedang meniup belon di pintu gerbang utama. Azizah dan Hasma juga ada di situ. Panas dek hasil kerja yang tidak memuaskan, nama Natrah dipanggil dua kali. Keadaan sekeliling mula sepi kerana suara garau itu mulai memenuhi ruang.
"Alamakkk!! Apa kau dah buat Ara?" Azizah kecut perut ketika melihat raut wajah Ehsan yang ketat dan bengis itu.
Natrah telan liur sambil perlahan-lahan mendekati Ehsan. Jantungnya tak habis-habis berdegup kencang. Apa lagi ni?! Dia mulai risaukan kertas kerjanya yang kini berada dalam tangan Ehsan. Something wrong ke?
Semua mata mula melekat ke arah mereka. Masing-masing sudah mampu menebak apa yang bakalan berlaku. Jika raut wajah Ehsan seperti itu, maka tidak perlu lagilah berteka-teki. Memang ada yang tidak kena.
"En...encik Ehsan.." Natrah sudah berdiri di hadapan Ehsan. Menggigil seluruh badan dengan aura hitam yang Ehsan bebaskan itu. Eirfann, where are you?? Dia mula memanggil nama lelaki itu.
"What's this??" Lakaran yang Natrah siapkan, dia campak betul-betul tepat mengenai wajah gadis itu.
"Itu ke yang awak panggil perfection? I don't think so! Buruk, sama macam wajah awak jugak!" Ehsan menghambur kemarahan.
Natrah sedaya upaya menahan air mata daripada gugur. Pertama kali dia rasa terhina ,oleh seorang lelaki pulak tu! Lebih memalukan, ianya berlaku di hadapan orang ramai.
"Where did you learn art? Haaa?? This is not an art! It's a rubbish!"
Kata-kata kesat Ehsan mengguris sekeping hati Natrah. Dia pandang lukisan yang Ehsan campakkan ke lantai. Berkecai, renyuk, remuk. Seperti itu juga hatinya saat ini!
"Ini ke hasil kerja jutaan ringgit? I don't think so! Kalau saya present hasil kerja ni pada client saya, I don't think that they will like it. Dua minggu awak buat apa je? Takat kerja macam ni. Rubbish!"
Sungguh, Natrah tidak sanggup untuk terus mendengar lagi. Bahkan berdiri di situ saja cukup membuatkan dirinya terasa kerdil. Malu benar dia. Apatah lagi setelah dia melihat ada beberapa orang saling berbisik. Ya Allah, mana nak letak muka?!
"Now, go!! I don't want to see your face. And I hate it when people crying in front of me!"
Natrah berlari dalam tangisan. Tiba di pintu utama, dia terserempak dengan Eirfan yang sudah mati senyumannya. Eirfan ingin bersuara namun Natrah pantas melarikan diri.
"Ara!!" Langkah kakinya mengejar gadis itu dari arah belakang.
"TAK sangkakan, dia baru je masuk kerja. Dah kena herdik macam tu. Kalau aku, malulah" komen seorang perempuan berbaju oren.
"Itulah, kalau dah tahu tak mampu nak buat, kenapa setuju jugak? Kan dan kena dengan encik Ehsan!" sahut perempuan yang blonde hair pula.
"Hello, this is office hour. Kalau rasa nak membawang, jangan kat sini. Kalau rasa nak bergosip, do it after office hour!" Marah Eirfan saat kedua gadis itu melewatinya yang dari tadi setia berdiri di hadapan tandas perempuan.
"So..sorry encik Eirfan!" ucap perempuan blonde hair itu. Mereka berdua bergegas meninggalkan Eirfan di situ. Tidak jadi pula hendak ke tandas apabila disergah oleh Eirfan.
Bunyi esakan Natrah membuatkan sekeping hati Eirfan mampu bernafas lega. Dia lihat Natrah berjalan keluar sambil tak henti-henti mengelap air mata dengan tisu.
"Eirfann!!" Natrah terjerit kecil. Sebetulnya lebih kepada terkejut. Tidak menyangka akan ketemu Eirfan di situ.
"Are you okay?"
"Hmm hmmm" gumam Natrah sambil mengangguk. Matanya masih berkaca dek tangisannya tadi.
"Awak buat apa kat sini? Depan toilet perempuan ni?"
"Tunggu awak"
"Kenapa pulak?" Natrah kembang kecup dengan jawapan Eirfan namun seboleh mungkin dia menahan segala rasa itu.
"Yelah. Manalah tahu, awak buat bukan-bukan ke kat dalam kan.. "
"Ehh hello!! Saya masih ada iman lagilah. Fikiran masih waras lagi, masih tahu nak bezakan baik buruk sesuatu"
"Ye ye. Takdelah. Saya tunggu awak sebab nak pastikan awak okey. I heard and saw everything happened"
Anak mata Natrah ditatap lama. Cuba menyalurkan seluruh kekuatan melalui pandangan itu. Dia tahu Natrah kuat. Tetapi kadang kala yang kuat juga mampu tersungkur.
Pandangan Eirfan kepadanya amatlah sukar untuk ditafsirkan. Dia lega kerana Eirfan masih sudi mengambil berat akan dirinya. Namun dia betul-betul malu dengan peristiwa tadi. Rasa macam nak letak bedak 100 inci, biar rasa malu tadi berterbangan entah ke mana.
"Saya okey. Yahhh saya okey" ujar Natrah seraya melarikan pandangannya. Dia rasa lain macam pulak ditenung sebegitu oleh Eirfan. Fuhh... Apa ni??
"Glad to hear that" Kepala Natrah diusap dengan senyuman merekah di wajah.
Ada hati sedang berkembang dengan mekarnya. Ada hati sedang berkhayalkan masa depan indah. Dan ada hati sedang merasa bahagia kerana merasakan kalau bahagian yang terobek itu seakan sudah kembali bercantum.
Inikah cinta?
Natrah dan Eirfan masih saling berpandangan kemudian senyum dan....gelak keduanya meletus!
Share this novel