Bab 7

Romance Series 106380

ZAITUN menahan rasa di hati apabila melihat Juwita begitu. Masih berbekas kesan tapak tangan di pipi Juwita. Hati ibu mana yang tidak luruh.

Dia sendiri tidak pernah lempang Juwita. Apatah lagi arwah suaminya yang sangat menjaga anak-anak perempuan mereka. Jangankan lempang, jentik pun tak pernah.

"Ibu tak faham apa lagi dorang nak?" Zaitun meluahkan ketidak puasan hatinya.

"Ju tak tahu ibu. Ju dah mengelak selama ni. Ju pun tak sangka jumpa diorang kat taman tu." Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua.

Trauma lalu masih belum hilang. Kini, hadir semula mereka setelah setahun lebih Juwita menjauhkan diri.

Zailani yang melihat air mata Juwita tersentuh. Entah apa lagi yang pernah dilalui gadis itu sehingga merubah perwatakkannya.

"Terima kasih, Zai sebab selamatkan Ju. Kalau Zai tak ada, mak cik tak tahulah apa yang akan jadi." Zailani tersenyum.

"Kebetulan Zai pun ada dekat situ. Zai minta diri dulu ye. Zai dah janji nak keluar dengan ayah. Ju jaga diri. Lepas ni tak ada siapa teman joging, ajak aku tau." Zailani segera berlalu meninggalkan mereka.

Sepanjang langkah kaki diatur menuju pulang ke rumah, Zailani tak habis fikir kenapa Juwita boleh bertemu dan bercinta dengan lelaki seperti itu.

Mujur saja dia cepat tersedar. Andai kata dia terus hanyut dalam cinta lelaki itu, entah apa lagi yang mampu lelaki itu lakukan padanya.

"Jauh nau mengelamun tu. Rumah sendiri pun boleh terbabas ke?" Satu suara menegur Zailani. Terkulat-kulat dia dibuatnya.

"Ala... kantoi pula. Baru nak ngorat anak Pak Cik Leman tu." Buntang mata Sahak mendengarnya.

"Eh Zai... kau jangan buat pasal ye. Ayah perhambat kau dengan batang paip ni nak?" Zailani ketawa mengekek.

"Apa salahnya ayah. Muda trang tang tang lagi tu." Makin galak Zailani mengusik. Suka benar dia melihat Sahak begitu.

"Tak hingin ayah, Zai oiii... budak lagi tu. Jangan cari pasal ye. Ketiak pun tak berbulu lagi." Makin galak Zailani ketawa.

"Apa bendalah cakap pasal ketiak tak berbulu. Ketiak ayah pun tak berbulu. Dah ayah cukurkan, mana nak berbulu." Makin buntang mata Sahak dengan ragam anak tunggalnya itu.

"Zai, kau masuk sekarang sebelum ayah tibai kau dengan batang paip ni." Sahak bercekak pinggang. Tersengih Zailani melangkah masuk.

"Dulu ayah suruh nikah dengan anak Mak Cik Bedah kau tak nak. Sibuk ajak pindah sini balik," bebel Sahak. Zailani mengeluh.

"Ayah, nikan rumah kita. Wajarlah Zai ajak ayah pindah sini balik. Lagipun, sini tempat Zai membesar." Sahak tersenum seribu makna.

"Kamu ingat ayah nak percaya alasan kamu tu? Mesti ada sebab lain kenapa kamu nak balik sini, kan? Kalau tak, takkanlah beriya sangat." Sahak tak puas hati. Macam mana pun, dia mesti cari tahu sebab musabab kenapa Zailani beriya minta mereka berpindah semula ke sini.

Padahal dalam perancangan dia mahu beli rumah di Kuantan. Tapi mengenangkan Zailani berkeras untuk pulang ke Melaka, terpaksalah dilupakan hasratnya itu.

"Ayah memang nak duduk Kuantan ke? Ayah jangan ingat Zai tak tahu pasal ayah dengan anak dara tua taman sebelah tu ye. Kalau mak tahu, macam mana?" Sahak ketawa besar. Bukan main marah lagi dia ketika itu.

"Zai, kamu jangan nak melalut ye. Ayah tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Mak pun tahu pasal tu. Niat ayah cuma nak bantu dia je. Tak lebih dari tu. Zai, mak kamu tu dah cukup sempurna bagi ayah. Ayah tak perlukan yang kedua mahupun ketiga. Cukup mak kamu sorang je." Zailani terdiam.

Benarkah selama ini dia telah tersalah anggap pada ayahnya? Dia perlu cari tahu juga hal ini. Dia tak mahu ibunya terluka. Dia sayangkan keluarganya.

"Sudah tu, pergi siap cepat. Kata nak teman ayah pergi kedai perabot. Lambat nanti kedai tutup." Zailani tersengih sebelum segera melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mak!" Zailani berlari menyorok disebalik pintu bilik air. Bergegas Faridah menuju ke dapur. Hampir gugur jantungnya mendengar jeritan Zailani.

"Kenapa? Kenapa?" soal Faridah kelam kabut. 

"Mak... Tolong Zai, mak." Pucat lesi wajah Zailani disebalik pintu bilik air itu.

"Kenapa ni, Zai? Buat terkejut mak je tahu." Geram pula Faridah dengan perangai Zailani.

"Tu mak... Tu... tu..." Faridah memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Zailani.

"La... Lipas je pun." Faridah acuh tak acuh.

"Mak, binatang tu memang lipas mak. Tapi kalau dia dah terbang, nama dia dah tukar jadi khinzir. Tolonglah Zai, mak. Zai nak cepat ni. Kang ayah marah Zai." Faridah tarik muka. Malas mahu melayan. Dia segera berpusing untuk melangkah ke ruang tamu. Namun baru beberapa langkah, Zailani kembali menjerit.

"Mak... Tolong Zai, mak. Mak jangan tinggalkan Zai. Mak tak sayang Zai ke?" Faridah menggeleng. Zailani mula buat ayat sentap pula untuk memerangkap naluri keibuannya.

"Apalah kecoh-kecoh ni? Sampai ke depan dengar." Buntang mata Sahak melihat Zailani yang masih berada dibalik pintu bilik air.

"Kau tak siap lagi?" Faridah tahan ketawa apabila melihat Sahak mula bercekak pinggang.

"Ayah, mak dah tak sayang Zai. Ayah tolong Zai ye," rayu Zailani. Berkerut dahi Sahak dibuatnya.

"Sejak bila pula mak kau tak sayang kau ni?" soal Sahak. Faridah hanya tersenyum sumbing memandang Sahak.

"Baru je. Ayah tolonglah buang binatang tu." Zailani menunding sekali lagi ke arah lipas yang berada berhampiran dengannya.

"Ya Allah... dengan lipas pun kau takut sampai macam ni sekali?" Sahak segera mencapai penyapu lalu melibas lipas itu keluar. Namun dia salah percaturan apabila lipas itu terbang dan hinggap di kepala Zailani.

"Mak... ada khinzir." Kecohlah satu rumah itu dengan ragam Zailani yang terlalu fobia dengan lipas. Bertempiaranlah dia berlari menyelamatkan diri sambil menepis lipas yang berada di kepalanya. Sahak dan Faridah hanya mampu ketawa melihat gelagat Zailani.

"Umur nak masuk tiga puluh pun penakut lipas lagi." Terlepas jua keluhan dari bibir Faridah.

"Sabarlah Dah. Abang harap satu hari nanti dia kembali macam dulu. Jangan putus berdoa ye." Sahak mengusap lembut bahu isterinya. Faridah tersenyum nipis. Doanya tak pernah putus buat anak mereka.

Itulah satu-satunya permata hati dan juga harta dunia akhirat mereka. Semoga saja Zailani tidak terpesong lari dari fitrah. Itu juga salah satu doa yang sering dipanjatkan buat Zailani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience