BAB 2.

Fantasy Series 3057

JENUH Atrea cuba menggapai apa yang dia lihat pada cermin dalam bilik air itu.  Namun ternyata sukar.  Su membuka pintu kubikel setelah selesai membuang hajat. Atrea kelam-kabut mengemas keadaan dirinya setelah bayangan berupa visi itu menghilang.

Su juga mengeluarkan bedak kompeknya sambil Atrea mengemas beg. Segala barangan peribadi yang dia keluarkan tadi dimasukkan semula.

"Are you done?" Su menyoal sambil memasukkan bedak kompek ke dalam beg.  Atrea mengangguk lalu kedua-duanya berpapasan keluar dari dalam tandas.  

"KAU yakin?" Soal Raja Alex pada Wizard Lumos Ahli Sihir Diraja kerajaan mereka.  Wizard Lumos yang merenung bola kaca bercahaya ungu itu sambil mengangguk.  

"Patik pasti, Tuanku…" Jawab Wizard Lumos lalu mengangkat kedua belah telapak tangannya.  Muncul sesuatu setelah mulutnya berkumat-kamit.

"Kalau Tuanku mahu memastikan kebenarannya. Tuanku gunalah ini bila dia sudah sampai ke situ nanti. Kita akan tunggu di pintu sempadan…" 

"Baiklah. Sudah lama aku menanti ketibaannya…" Jawab Raja Alexander IV teruja.  Wizard Lumos mengangguk dan jari bermain janggut memutihnya.  

"Tapi Tuanku pasti kali ini akan berjaya?" 

"Kenapa? Kau tidak percaya pada firasat beta? Kau pun tahukan jika mahu mewarisi takhta haruslah berkahwin."

"Bukan begitu maksud patik, Tuanku.  Tapi patik risaukan ratu saja.  Dia masih belum tahu tentang rancangan kita ini…"  Raja Alex lantas tersenyum setelah mendengar  ulasan ahli sihir tua itu.

"Perkara itu enteng saja. Kau tidak perlu khuatirkan.  Tahulah aku nanti," jawab Raja Alex yang lebih gemar berbahasa pasar dari istana yang agak protokol.

"Baiklah Tuanku…" Jawab Wizard Lumos menunduk hormat.  Mata kedua-duanya sekali lagi merenung bola  kaca yang sedang memaparkan dunia asing. 

Dunia yang terlalu jauh bezanya dengan dunia mereka.  Bangunan juga tinggi-tinggi.

"ATREA…" 

"Ya?"  Atrea berpusing sambil menjawab.  Senyuman menghilang apabila tiada sesiapa pun di belakangnya.  Yang ada hanyalah meja-meja kosong dan susunan rak-rak buku perpustakaan.

Sememangnya waktu sebegini tidak ramai pelawat. Meja penjaga perpustakaan nun di hadapan sana. 

Atrea kembali semula menekuni buku-buku ilmiah khasnya berkenaan istana-istana lama Inggeris di Zaman Pertengahan dan kekuasaan magika yang ada. 

Di sebelahnya ada beberapa buku novel berkulit tebal mengenai Drakula dongeng atau kenyataan, King Arthur dan temannya Merlin serta sebuah lagi buku sememangnya genre fantasi karya Jk Rowling. 

"Sejarah istana Bran bermula pada abad ke-14, ia paling terkenal sebagai inspirasi untuk istana Dracula dalam novel Bram Stoker yang terkenal.  Terletak di pergunungan Carpathian tinggi di tengah-tengah Transylvania, terletak rumah kisah paling dingin pada abad kesembilan belas.  Adakah anda cukup berani untuk menguji mitos?" Bacanya. 

"Kereta kuda yang ditarik membawa anda dengan pantas melalui Transylvania ketika matahari terbenam ke arah ufuk, menggembala jam kelawar yang membongkok dan serigala melolong. Apabila anda datang di selekoh terakhir di jalan yang dibarisi pokok, anda akan melihat kelibat Istana Bran. Manor puncak gunung yang salah ini adalah rumah untuk malam itu. Kesejukan yang tiba-tiba memenuhi gerabak bukanlah kabus petang, ia adalah ketakutan yang lebih tua daripada hutan yang kini tumbuh di sekitar batu istana. Ini adalah sarang vampira dan anda tidak boleh pergi sehingga subuh… wow…" Su mencelah di tengah-tengah pembacaan Atrea. 

"Memang adventure lah tempat kita nak buat tesis ni." Sahut Su lagi.  Novel Bram Stoker dia buka sepintas lalu. 

"Adventure and quite creepy juga…" Atrea menyahut sementelahan sewaktu dia keseorangan tadi hadirnya pelbagai bisikan.

"Fantasi pun iya juga.  Okay, kau bayangkan… masuk saja di istana tu nanti secara tiba-tiba… ada seekor kuda datang dengan penunggangnya lengkap berpakaian pahlawan Medieval ber armour bagai… And then, dia naikkan topeng besi lalu memaparkan wajahnya yang amat kacak. Bermata biru. Rahangnya … senyumannya … Kemudian dia berkata young lady, would you marry me?" 

"Hahaha… Siapa tak kenal Surya Kencana kaki angau kaki berangan nombor satu.  Apa yang sepatutnya kau kena buat sebelum ke sana kau dah setelkan ke?" Sahut Atrea.

"Sudah mak incik…" Sahutan Su membuatkan kedua-dua rakan itu tertawa. 

"Atrea…" Menguit-guit lagi cuping telinga Atrea.  Dia mahu memusingkan sejenak lehernya ke belakang risau Su berkata apa pula nanti. Akhirnya Atrea mengabaikan bisikan sayup tersebut dengan menulis catatan.

PUTERI XAVIERA merupakan satu-satunya puteri Kerajaan Eutopia.  Dia yang sudah dimandikan serta dipersiapkan dengan gaun kembang yang indah diiringi ke balairung menghadap ayahanda tercintanya Duke Athor V.  

Sampai saja di altar yang sedang diduduki Duke Athor V, Puteri Xaviera berserta dua dayangnya menunduk hormat dengan mengembangkan gaun mereka. Kemudian puteri jelita itu dibawakan naik ke kerusi sebelah kiri ayahandanya.

"Bagaimana persiapan anakanda? Tidak sabar rasanya ayahanda mahu bermenantukan dengan Putera Kaspian Alexander IV itu…" 

"Hampir siap ayahanda…" Jawab Puteri Xaviera juga tersenyum sambil wajah kacak putera mahkota dari Kerajaan Vlad itu hadir di depan mata.

"Baguslah kalau begitu. Lega ayahanda mendengarnya. Oh iya, lagi satu kalau boleh ayahanda mahu jemput pemuzik kali ini bukan dari kalangan raja lah." 

"Tapi kenapa ayahanda?" Soal Puteri Xaviera laju membawa talaan mata ke wajah Duke Athor V. 

"Sengaja. Ayahanda mahu mencari kelainan tapi jangan risau tarian topeng masquarade tetap akan berlangsung.  Anakanda ada tahu mana-mana kumpulan pemuzik jalanan tak? Kawan-kawan anakanda jika ada yang tahu.  Dayang?" 

"Nanti anakanda cuba tanya…" Jawab Puteri Xaviera. 

"Patik juga akan cuba bertanya pada kampung patik. Tak silap patik memang ada anak-anak muda ni suka bermain alat muzik di pentas pasar… boleh ke Tuanku?" 

"Apa salahnya. Lagi seronok. Cuba tanya mereka soal bayaran tidak perlu khuatir…" Ujar Duke Athor V lalu menghulurkan tiga uncang berisi wang emas dalam nilai Pound pada ketua dayang. 

Ketua dayang menunduk hormat lalu naik atas altar dan mengambil uncang tersebut. Puteri Xaviera tersenyum lagi sambil membayangi dirinya dengan Putera Kaspian Alexander IV sedang menari-nari di lantai tari dewan.
Setelah mengambilnya ketua dayang menuruni tiga takah tangga altar untuk ke bawah semula. 

"Mana bonda, ayahanda? Dari pagi tadi anakanda tak nampak dia di halaman? Jika tidak, ada saja bermain dan bercakap dengan bunga-bunganya…" Panjang lebar keterangan puteri jelita dari empayar Eutopia itu.

"Bonda kamu ke rumah Wizard…" Dan jawapan dari pemerintah Kerajaan Eutopia itu mencipta kedutan di lapang dahi Puteri Xaviera. 

"Untuk apa ke rumah Wizard? Wizard yang mana? Bukankah istana kita juga ada Wizard?" 

Duke Athor V terpaksa membisu buat seketika.  Minda berputaran mencari alasan kerana perkara ini adalah rahsia yang tercipta di antara dia dengan isterinya.  Lama mata Puteri Xaviera merenung tingkah gelisah Duke Athor V. 

"Ada apa sebenarnya ayahanda?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience