BAB 2

Romance Completed 42886

"Marry me." balas Ariana Atilia yakin.

Adi Ashraf bangun berdiri tanda tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu. Dia salah dengar ke atau perempuan dihadapannya mahu bergurau sekarang ni?

"Kau...kau dah gila ke apa hah?" soal Adi Ashraf kepada Ariana Atilia.

Gadis itu hanya ketawa halus melihat reaksi muka Adi Ashraf. Ha taupun kau terkejut. Kau panggil nama aku kuat-kuat tadi kau ingat aku tak terkejut ke?

Ha sekarang rasakan!

"Sekarang kau nak kata aku gila pulak?" balas Ariana Atilia cuba menguji lelaki itu.

Adi Ashraf terdiam. Soalan itu dihiraukan begitu sahaja. Dia cuba menilik seketika gadis itu atas bawah. Fikirannya mula bercelaru. Perempuan ni psiko ke?

"I'm not that crazy." balas Adi Ashraf perlahan. Seolah-olah tak mahu didengari oleh gadis itu. Dia mengeleng kepala secara tak sedar.

Ariana Atilia menahan diri daripada menghamburkan tawa melihat keadaan lelaki dihadapannya. Apa ingat dia tak dengar ke apa yang lelaki tu cakap?

Dasar telinga lintah!

"Aku tak pernah cakap kau gila." celah Ariana Atilia secara tiba-tiba. Dia tersenyum sinis.

Adi Ashraf memberikan jelingan tajam kepada gadis itu. Rasa geram mula bertandang dalam dirinya. Perempuan ni memang tak reti nak tutup mulut ke? Ada jugak kena heret keluar dari sini kang. Sabar. Sabar.

"Jadi kau nak cakap kau yang gila?" perli Adi Ashraf tepat pada muka Ariana Atilia. Lelaki itu tersenyum kepuasan.

Padan muka kau!

Ariana Atilia hanya tayang muka bosan. Langsung tak terasa dengan perlian lelaki dihadapannya. Jam di tangan ditilik sekali sekala. Nampaknya dia hanya membuang masa di situ. Wajahnya mempamerkan riak muka yang sukar ditafsirkan.

Dia mula melangkah mendekati pintu keluar. Lelaki itu hanya tersenyum bangga. Akhirnya, keluar juga perempuan tu daripada pejabat dia. Harap selepas ini mereka takkan berjumpa lagi.

Walaupun dari sudut hatinya, dia terasa bersalah kerana mungkin kata-katanya sebentar tadi mengguris hati gadis itu. Sampai terdiam Ariana Atilia dibuatnya. Terselit juga rasa bangga kerana berjaya membuatkan gadis itu meninggalkan pejabatnya.

Namun, malangnya semua itu hanya seketika. Tanpa dia sedari, Ariana Atilia telah mendekati dirinya sehinggakan nafas gadis itu mengenai lehernya. Adi Ashraf terdiam membatu.

"Gilakan kau? Yes, I am." bisik Ariana Atilia perlahan pada telinga lelaki itu sebelum berlalu keluar.

Adi Ashraf menarik nafas panjang akibat tindakan berani gadis itu. Dia nyaris mengeluarkan kata-kata kesat. Kedengaran jantungnya berdegup laju.

Gila! Sah, perempuan tu gila!

Atau lebih tepat lagi, dia gilakan kau, Adi Ashraf. Mindanya sempat memerli dirinya pada saat itu.

Belum sempat dia menenangkan diri, pintunya dibuka tanpa amaran menyerlahkan Ariana Atilia bersama sebuah senyuman. Dia segera berpura-pura menyibukkan diri.

Apa lagi perempuan ni nak? Soalnya di dalam hati. Tak sanggup dia melayan perempuan gila itu lebih lama lagi.

"Jangan rindu aku." pesan Ariana Atilia buat kali terakhir. Matanya dikenyit sebelum beredar dari situ.

Adi Ashraf meraup muka. Tak tahu mahu berikan reaksi apa kepada gadis itu. Sebaik bayangan Ariana Atilia hilang dari pandangan, dia melepaskan nafas lega.

Kalau difikirkan balik, itu antara perbualan yang paling lama dia pernah ada dengan perempuan setakat ini. Layanan dia terhadap perempuan masih sama tiada yang berbeza.

Cuma kali ini, dia rasa tercabar apabila Ariana Atilia langsung tidak menunjukkan sebarang rasa takut terhadap dirinya. Sehinggakan berani mempermainkan lelaki itu. Tidak lupa juga apabila dia mula rasa serba salah apabila dia melukakan hati gadis itu tanpa sengaja.

Sedangkan dia tak pernah kisah untuk menjaga hati sesiapa selama ini. Dia sendiri tak tahu jika kehadiran gadis itu pada hari ini mula mengubah dirinya. Jika itu benar, dia takkan benarkan perkara itu terjadi. Dia takkan biarkan Ariana Atilia masuk dalam kehidupannya lagi.

??????

Akid Ahnaf melepaskan nafas lega. Akhirnya, selesai juga segala urusan dia untuk sepanjang hari ini. Kakinya melangkah laju menuju ke dalam pejabat milik Adi Ashraf.

Itu telah menjadi kebiasaan untuk dia melepak di situ apabila dia tidak sibuk. Walaupun telah berulang kali dihalau oleh Adi Ashraf, dia tetap keras kepala. Alasannya hanya satu.

Salah ke seorang adik nak lepak dengan abang sendiri?

Tangannya pantas mengetuk pintu beberapa kali sebelum memboloskan diri ke dalam tanpa menunggu keizinan daripada tuan punya bilik. Adi Ashraf mengalihkan pandangan ke arah dirinya.

"Tahu pulak kau ketuk pintu." perli Adi Ashraf sebelum kembali mengalihkan pandangan terhadap kertas kerja yang perlu diperiksa olehnya sebentar tadi.

Akid Ahnaf angkat bahu tanda tak tahu mengapa dia buat begitu. Mungkin sebab dia dah malas mahu mendengar abangnya memperli dirinya atau hanya mahu berubah menjadi adik yang mendengar kata?

Ceh, lambat lagi.

"So, apa perempuan tu nak?" soal Akid Ahnaf mahukan kepastian. Dia cuba memulakan perbualan antara mereka. Tiba-tiba, tekaknya terasa haus.

Matanya mengerling secawan kopi yang masih panas milik Adi Ashraf. Tanpa lelaki itu sedari, dia mengambil cawan tersebut lalu menghirup sedikit. Adi Ashraf menjeling tajam melihat perbuatan adik pungutnya.

"What? Sharing is caring." balas Akid Ahnaf selamba. Dahinya terkerut menahan kepahitan kopi tersebut. Terasa hilang sedikit dahaganya sebentar tadi. Dia menghirup sedikit lagi.

"Dia ajak aku kahwin." jawab Adi Ashraf tanpa perasaan kepada adiknya. Matanya masih ralit memeriksa kertas kerja tersebut dengan teliti.

Akid Ahnaf membeliakkan mata mendengar jawapan daripada mulut abangnya. Terbatuk-batuk dia dibuatnya dengan nada yang digunakan oleh lelaki itu. Tekaknya terasa pedih akibat tersedak.

Dia lebih risaukan keadaan abangnya daripada dirinya sekarang ni. Macam mana lelaki itu langsung tak terkesan dengan kata-katanya sendiri? Dia tak tahu sama ada Adi Ashraf sebenarnya manusia atau hanya mayat hidup tanpa perasaan.

"Kau dah kenapa? Pucat semacam. Muka aku nampak macam hantu ke? Nah, ambik air ni. Aku tak nak pulak kau mati tersedak dalam pejabat aku ni." tegur Adi Ashraf sambil menyuakan sebotol air mineral kepada Akid Ahnaf.

Botol tersebut bertukar tangan. Akid Ahnaf segera meneguk air tersebut dengan rakus. Belakang tangannya digunakan untuk mengelap mulut. Adi Ahnaf menunjukkan riak muka geli.

"Kau gila ke, abang? Kau jawab apa? Kau setuju? Kau setuju kahwin dengan perempuan tu? Maksudnya, tak lama lagi aku dapat kakak ipar? Macam tu? Kau dah-" kata-kata Akid Ahnaf segera dipotong oleh Adi Ashraf.

"Ada nampak muka aku macam nak kahwin ke sekarang ni, Akid? Jangan merepek boleh tak? Aku takkan pernah setuju nak kahwin dengan perempuan gila macam tu." balas Adi Ashraf serius.

"Halah, kau ni. Mana tahu ada jodoh. Baru nak merasa ada kakak ipar. Bosan aku ada abang tak ada perasaan macam kau. Gila-gila dia pun, dia gilakan kau kan? Bukannya gilakan orang lain." kata Akid Ahnaf selamba. Sempat juga dia memerli lelaki itu.

"Malas aku layan kau. Carilah jodoh kau dulu. Jangan sibuk hal aku." jawab Adi Ashraf tak puas hati.

Akid Ahnaf menghamburkan tawa. Seronok betul dia apabila berjaya menyakitkan hati lelaki itu. Rindu sungguh dia kepada perasaan ini.

"Yelah, aku keluar dulu nak cari jodoh. Kau tu bila lagi?" balas Akid Ahnaf sebelum melarikan diri. Adi Ashraf menjuling mata ke atas. Muak dengan sifat kebudak-budakan adiknya.

"Jodoh aku yang akan cari aku sendiri." kata Adi Ashraf perlahan. Secara tiba-tiba, wajah Ariana Atilia muncul di fikiran.

Dia mula tertanya-tanya apa yang sebenarnya telah berlaku kepada dirinya. Hatinya dapat merasakan ada sesuatu tak kena pada gadis itu. Sama ada itu hanya perasaannya sahaja atau sememangnya ada sesuatu yang dia perlu ambil tahu.

Akhirnya, dia bercadang untuk mengupah seorang penyiasat persendirian bagi menyiasat latar belakang gadis misteri itu. Hanya itu sahaja caranya.

Siapa kau sebenarnya, Ariana Atilia.

??????

"Ya Allah, penatnya hari ni." keluh Ariana Atilia dalam kepenatan. Punggungnya dilabuhkan di sofa yang terletak diruang tamu rumahnya.

Kepalanya disandarkan pada bahu kerusi tersebut. Terasa lenguh seluruh tubuh badan gadis itu apabila seharian berjalan. Badannya terasa melekit kerana bermandikan peluh.

Tudung yang dililit di kepalanya telah lama dibuka. Membebaskan rambut ikal mayang miliknya. Tangannya pantas menurunkan  suhu penghawa dingin mahu menyejukkan tubuhnya yang sudah seperti cacing kepanasan. Dia menghela nafas lega.

Jus oren sejuk yang terletak diatas meja diteguk perlahan. Sensasi dingin jus tersebut melegakan tekaknya yang kehausan. Matanya tertutup menikmati rasa masam manis jus tersebut yang mengenai deria rasanya. Mindanya terasa tenang pada ketika itu.

Segala yang berlaku pada hari ini membuatkan dia melupakan segala kepenatan yang dialami sebentar tadi. Hasil usaha dirinya selama ini mula membuahkan hasil. Dia mengharapkan segalanya berjalan lancar. Akhirnya, dia dapat melelapkan mata dengan tenang pada malam ini. Mungkin juga untuk malam-malam yang akan datang.

Semuanya disebabkan oleh seorang lelaki. Lelaki yang langsung tak mengenali dirinya. Namun, lelaki itu jugalah yang mampu menjadikan hidupnya lebih tenang. Sebagai balasan, dia berjanji pada dirinya sendiri untuk membahagiakan lelaki itu sepanjang hidupnya.

Demi kau, Adi Ashraf.

-To be continued..-

                          

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience