25

Short Story Completed 49743

"Ya ada apa nak jumpa akak?"

Soal kak Fatimah kepadaku sambil menghirup secawan kopi.

Aku jadi teragak-agak sambil bermain jari. Darah aku mula berderau satu badan dan tubuhku terasa seram sejuk.

Aku takut Kak Siti Fatimah ini kataku gila pula nanti. Aku tersenyum sebelum memulakan bicara.

"Urm, kakak ingat lagi tak lelaki yang jaga saya masa haritu?" Ucapkan memulakan langkah.

Riak wajahnya berkerut memikir sejenak. Setelah beberapa saat dia tersenyum nipis.

"Haa, ingat kenapa dengan dia? Sakit ke?" Soalnya kembali kepada ku.

"Saya nak ajak akak makan sekali dengan kami malam ni. Boleh tak? Jangan risau kakak tak payah bayar cuma datang je." Ucapku dengan lancar namun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Kak Siti Fatimah tersentak setelah mendengar apa yang keluar dari mulut aku ini. Seolah-olah tidak percaya.

"Boleh ke kak? Err..." Soalku setelah terjeda terlalu lama.

"Makan dekat mana? Bila?" Soalnya dengan wajah berkerut.

"Malam ni dalam pukul sepuluh malam kakak jangan risau. Malam ni kakak bagi location lepastu nanti kami ambil kakak. Kakak jangan takut ya. Kami tak buat apa-apa pun. Just keluar pergi makan je, lepastu baliklah. Kakak percaya saya kan?" Soalku dengan sedaya upaya untuk memujuknya.

Kakak Siti Fatimah mula berfikir dalam beberapa saat tidak lama selepas itu dia tersenyum.

Aku mula rasa senang setelah melihat senyumannya itu.

"Ya, kakak percayakan je. Jadi malam ni? Boleh. Nanti kakak share location." ujarnya sambil tersenyum.

Aku dah mula terasa senang setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut kakak Siti Fatimah.

"Kalau tak ada apa-apa jumpa malam ni lah ya, kakak tak boleh lama ni kena buat kerja." Ujarnya setelah lebih kurang 10 minit meluangkan masa dengan ku.

Aku menganggukkan kepala sahaja sambil melihat dia berlalu pergi hilang dari pandangan mata ku ini. Senyuman ku turut mati.

Rasa cemburu dalam hati ini akan aku cuba hapuskan. Aku tak mahu rasa ini memburu hati dan perasaan aku. Aku tak mahu mengikut nafsu, aku harus berkorban demi kebahagian Farish Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience