Bab : 57

Action Completed 53513

Love is all about sacrifices and considerations. Without both of it there is no love but hate.

Semua orang ada pilihan tersendiri. Dan semua orang ada citarasa masing-masing.

Maybe ada sesetengah lebih suka selfish demi menjaga kepentingan diri.

Maybe ada yang lebih ke arah ingin lihat orang lain bahagia dan gembira.

Tidak semua yang terjadi ikut seperti yang kita inginkan sebab takdir sudah tertulis. Tidak kira sekuat mana kita menafikan kenyataan tu, ianya tetap akan terjadi.

10 tahun kemudian....

Semuanya berakhir dengan happy.

Kaden dapat kenaikan pangkat menjadi direktor utama di hospital ayahnya.

Sarah telah mendirikan rumah tangga dengan suami pilihan hatinya dan di kurniakan dua orang anak lelaki dan perempuan.

Pasangan Bernard kini gembira luangkan masa bersama cucu dan menantu pilihan hati anak mereka.

Declan kini menjadi raja dan seorang pemimpin serta ayah kepada dua orang putera kesayangan hasil perkahwinan dengan anak seorang raja dari negeri seberang.

Semuanya kembali kepada sedia kala.

But not mostly....

Krinching!

Pintu kafe terbuka luas sebelum dua orang kanak-kanak berlari masuk ke dalam dengan riang.

"Ayah....! "panggil mereka dengan gembira.

Tersentak lelaki yang sedang berdiri di tepi sebuah meja sewaktu hidangkan menu buat pelanggan di situ.

"Hei pumpkins!" pandang Eden akan anak lelaki dan perempuan yang berusia 7 dan 5 tahun yang sedang berlari ke arahnya.

Dua orang anak itu depakan tangan mahu di peluk. 

Eden tanpa berlengah ikut tunduk bercangkung lantas menyambut dua orang itu ke dalam pelukannya. Tersenyum senang dia setiap kali melihat dua beradik ini.

"Kami lapar.... Menu apa hari ni? " tanya si sulung.

Eden lepaskan pelukan. Dia tatap dua wajah di depannya dengan hati berbunga.

"Roast tofu with cheese." jawab Eden sambil usap pipi si bongsu.

"Yummy.... Nak makan. Kita lapar." sorak si bongsu dengan girang.

Senang melihat reaksi mereka,  Eden capai kedua-dua tangan itu lalu di pimpin ke sebuah meja. Di situ dia dudukkan si bongsu sementara yang sulung uruskan diri sendiri.

"Tunggu sini. Ayah siapkan hidangan untuk kamu. " pesan Eden sewaktu pandang ke anak sulungnya sambil usap kepala si bongsu.

" Okay! " sahut mereka dengan serentak.

Bersama senyuman senang di bibir,  Eden gerak ke pintu belakang yang membawa dia untuk ke dapur. Lantas dia beri arahan pada tukang masak untuk sediakannya.

Seusai itu, Eden kembali keluar dari dapur untuk menyambut pelanggan lain yang mulai beratur di depan kaunter hendak buat pembayaran.

"Terima kasih. Sila datang lagi! " ucap Eden sambil serahkan resit kepada pelanggan terakhir yang membuat bayaran.

Baru dia hendak tunduk memandang mesin duit,  matanya terarah pada bingkai gambar di tepi mesin pesannya. Gambar lama dia bersama dengan wanita yang amat dia cintai dalam dunia ni.

Tapi apakan daya,  manusia merancang Tuhan yang menentukan. Semuanya berubah apabila kemalangan tu terjadi.

Kemalangan yang berlaku pada 9 tahun yang lalu. Kemalangan yang telah meragut kehidupan dia buat sementara waktu.

Semuanya bermula ketika Eden dan Davina sama-sama sibuk hendak buat persiapan perkahwinan mereka berdua. Satu hari ketika Davina dan Eden berjalan seiring di tepi jalan mahu singgah ke butik wedding dress, sesuatu telah menangkap perhatian Davina terlebih dahulu. Eden langsung tak sedar sebab masa tu Eden sedang bercakap melalui telefon.

Masa itu jugala Davina ternampak seorang kanak-kanak dari arah bertentangan di jalan sama dia sedang berdiri mahu melintas. Kebetulan ada lori dari arah yang sama menuju ke kanak-kanak tersebut. Tidak fikir panjang,  Davina lari ke arah kanak-kanak itu dan terpa ia jauh ke seberang dengan lekas. Ekoran tindakannya,  Davina di langgar oleh lori sesaat kemudian kerana tidak sempat mengelak.

Berita itu benar-benar menggemparkan semua kenalan mereka. Ianya begitu tragis. Hingga buatkan Eden tergamam di tempat kejadian. Walaupun 10 tahun berlalu ianya tetap segar di dalam ingatan Eden.

Knock!

Knock!

Ketukan di permukaan kaunter sentakkan Eden dari lamunannya. Dia alihkan mata dari bingkai gambar itu ke depannya serta merta.

"Jauh menung.... "tegur orang di depan kaunter itu dengan nada ceria.

Eden ikut tersenyum. Wajah wanita di depannya di pandang. "Hey honey... saya ingatkan awak hantar anak-anak ke sini je? " tanya dia pada isterinya.

"Saya parkir kereta tadi...itu yang lambat masuk... How your days... "pipi Eden di pegang sebelum satu kucupan hinggap di bibirnya.

"Good...nothing special. Sayang...dah makan? Saya suruh mereka sediakan pesanan lain untuk awak sekali nak? "aju Eden sambil tutup laci mesin duitnya.

"It okay... Saya kenyang lagi."

Eden kemudiannya keluar dari belakang kaunter dan tiba di sisi isterinya sebelum mereka berdua jalan mendekati meja dimana dua orang anak mereka sedang duduk berborak akan sesuatu.

"Ibu tengok abang ni.... Dia cakap kita gemuk.. "cebik si bongsu serta merta lepas perasan ibubapa mereka tiba di meja lalu duduk sama-sama dengan mereka di situ.

"Mana ada...abang cakap pipi awak tu tembam macam bun yang ayah buat.. " bidas si sulung.

"Sama la tu... "

"Sudah la kamu berdua,  itupun nak di balahkan jugak ke? " tegur Eden yang duduk di sebelah anak perempuannya sementara isterinya duduk di kerusi berhadapan dengannya di seberang meja.

Tidak lama kemudian seorang pelayan muncul dengan dulang berisi pesanan bos mereka tadi lantas menghidangkan hidangan itu di hadapan mereka atas meja itu.

"Hai Puan Davina...lama tak nampak. Jumpa jugak hari ni ya? "sapa pelayan itu dengan mesra pada isteri bosnya sambil itu.

"Hai Niki... Ya. Saya sibuk dengan urusan di klinik kebelakangan ni. Baru sekarang ada masa." jawab Davina.

"Selamat menjamu selera"ucap NIki sebelum berlalu pergi meninggalkan keluarga itu untuk menyambung tugasnya yang lain.

"Yeay! makanan! ibu kita nak! " si bongsu dengan tidak sabar hulurkan tangan mahu menggapai pinggan yang jauh darinya itu.

"Tak menyabar la kamu ni.. " seloroh Eden sambil tarik pinggan dekat pada anaknya.

"Makan perlahan-lahan... "pesan Davina sambil serahkan garfu kepada anak sulungnya sambil tu.

Eden pandang Davina. Senyuman sedih terukir di bibir. Namun dia bersyukur. Mungkin hidup ni tak mudah,  tapi dia tahu setiap jerih perih yang di hadapi pasti akan ada ganjarannya.

Selepas kemalangan yang menimpa Davina,  Davina cedera parah dan memerlukan penderma buah pinggang serta merta. Mujur la Eden mempunyai kesesuaian untuk Davina iaitu buah pinggangnya sendiri.

Kemalangan itu buatkan Davina tidak sedarkan diri selama 8 bulan,  terpaksa jalani pemulihan untuk berjalan semula selama 2 tahun. Kesan dari kemalangan tu Davina tak boleh jalankan pembedahan kerana tremor yang dialami pada tangannya.

Maka selepas setahun kemudian mereka pun berkahwin.

Davina kerja sebagai doktor biasa di sebuah klinik swasta.

Eden pula sibuk dengan kerjayanya sebagai pengusaha kafe di sebuah restoran berdekatan dengan pusat bandar.

Dan mereka jalani kehidupan mereka dengan bahagia dan sentosa sehingga la di kurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan.

"Eden? " panggil suara tu lagi.

Eden tersentak. Dia yang tidak sedar sejak tadi termenung memandang wajah tu malu sendiri.  "Ada apa? "

Davina buat muka.  "Awak dah kenapa?  Menung je dari tadi? " tegurnya dengan kening berkerut tak faham.

Lantas Eden menggeleng kepala.  "Tak ada apa-apa. Just thinking... What i gonna do if there is without you in my life? " soalnya dengan senyuman sedih di bibir.

Davina buat muka funny.

"Hahaha.... Ada-ada je la. Saya ada je dekat sini kan... Nak di fikirkan lagi buat apa... Tu hah.. Lap mulut anak tu." Davina suakan tisu ke Eden.

Eden capai tangan Davina sebaliknya bukan tisu tu. Dia bawa ke depan bibir lalu di beri kucupan pada buku ruas tangan Davina. Berterima kasih dalam diam walaupun Davina sedia maklum dengannya.

"Apa awak buat ni...orang pandang la." ujar Davina tersipu malu.

"Biarlah... Isteri saya jugak.. " balas Eden yang kemudiannya capai tisu dengan tangan satu lagi lalu di bawa ke mulut anak perempuannya yang sudah comot bagai nak apa. Sementara sebelah lagi tidak melepaskan tangan Davina.

Davina tersenyum. Dia pandang akan Eden dengan renungan penuh kasih. Bersyukur sebab Eden sentiasa bersama dengan dia hingga ke akhirnya. Tidak terbayang dia sekiranya hidupnya tiada Eden. Suaminya ini adalah segalanya buat dirinya. Ini adalah love without faith dia.

~Tamat~

Share this novel

Mermaid_
2023-08-04 16:17:25 

okay baru ingat nak marah hahahahaha lurveee!

esther marcus
2020-12-28 12:07:27 

huuuuu....ingatkan davina dead...sguh besar dugaan davina..kannn..nasib baik ada eden...the great couple...sesuai sgt...tahniah Tinta


NovelPlus Premium

The best ads free experience