Waktu makan tengah hari tiba dan semua ahli berkumpul untuk makan di tingkat bawah. Chen dan Nadia menghidangkan makanan di atas meja sementara Hakim,Danial dan Adam duduk bersama-sama makanan hasil masakan Hakim iaitu ikan masak tiga rasa dan dipandang enak oleh ahli yang lain. " Hack, nak rasa sikit? " Chen menyoal. " Boleh. " Hakim menghulurkan masakannya dan diambil sedikit bahagian isi ikan oleh Chen. Sementara itu, Adam dan Danial memerhatikan Luke yang sedang menyantap beberapa sushi dan segelas air jus anggur. Danial berbisik pada telinga Adam. " Abang, saya rasa Luke mungkin pilih makanan yang sihat ke, atau makanan mentah macam sushi?"" Entah lah, abang pun keliru tapi kita lihat dulu kalau malam ni Luke ada pergi lagi tak?. " Adam membalas dan mereka menyambung makan." Maaf saya ada masalah pencernaan dan juga alergi pada telur. Saya memang mahu makan tapi tak dapat. " Luke memaklumkan pada semua kerana dia dipandang pelik oleh mereka. Mereka pun menjamu selera dan dalam 15 minit kemudian Luke pergi ke tandas dan diikuti oleh Hakim yang kebetulan perut memulas. "Luke saya nak pergi juga. Tak tahan! " Hakim berlalu pergi dahulu dan diikuti oleh Luke. Di tingkat bawah Luke pergi ke arah sebuah kedai telefon di mana hadapan kedai di pasang dengan kaca gelap pada pintu depan kedai. Dia pergi ke arah belakang kedai dan membuka pintu keluar daripada mall (pintu keluar masuk bagi staff kedai tersebut). Kelihatan sebuah lori berundur mendekati belakang kedai itu dan berhenti. Seorang lelaki pertengahan umur turun dan berjalan ke arah Luke. " Wow, ni kau Luke? Tak sangka kau tampan rupanya tapi aku lebih suka wajah separuh zombi kau. Hahaha." lelaki itu berseloroh. Luke merenung tajam. " Rileks, aku bergurau. Jadi macam mana? Dapat umpan lelaki snipper tu? Bob nak budak-budak tu malam esok juga. Jadi aku dah kumpulkan kerumunan zombi dalam belakang lori ni, jadi kau nak buat apa sekarang? " lelaki itu bertanya. "Malam ni aku dan David akan bunuh Smith sebab dia yang pantau CCTV mall. Pagi keesokannya aku akan buat semua budak-budak tidur di bahagian atas mall dan David akan letakkan sebuah trampoline di luar mall kerana terdapat sebuah kolam renang tertutup mungkin petang nanti. Sebab aku lihat budak-budak ni suka mandi dalam kolam renang tu jadi aku akan umpan supaya mereka boleh lompat sahaja guna trampoline terus terjun ke dalam kolam renang. Pada malam esoknya sewaktu semua ahli dewasa sudah tidur baru aku akan matikan bekalan elektrik satu mall sambil si David akan kunci pintu tangga yang menghubungkan tingkat atas ke bahagian atap. Selepas David sorokkan semua senjata, aku pula akan ajak ahli dewasa lain memeriksa bahagian bawah mall dan masa tu aku sendiri akan serang mereka semua bersama-sama zombi yang David akan lepaskan. Haha,aku tak sangka ketua di sini sangat cuai kerana tidak membuat rondaan hanya kerana sekeliling mall ni berpagar dan dilengkapi kaca kalis peluru. Jika tak dapat tembus kita serang dari dalam. Usai aku bunuh semua termasuk si snipper tu kita beredar daripada sini. " Luke memaklumkan. " Baik aku faham. " lelaki itu memberikan Luke sebuah beg kecil. "Dalam tu ada lapan bom grenade dan macam mana kau nak pastikan budak-budak tu tak mati sedangkan bom ni boleh musnahkan sesiapa dalam radius 20 meter?" lelaki itu menyoal. " Aku akan letupkan mall ni selepas aku berjaya bunuh semua ahli lain dan aku akan buat zombi-zombi ni serang budak-budak tu di atas selepas aku selesai di bawah dan bila mereka terdesak untuk selamatkan diri ( budak-budak) mereka akan teringat terdapat trampoline di bahagian bawah luar mall dan lompat terus masuk ke dalam kolam renang di sebelah mall ni sebab jarak dekat bagi selamatkan diri. Kau bersiap sedia ambil budak-budak ni. Tapi ni rancangan untuk esok kau jangan lupa. Aku akan pastikan mereka selamat sebab aku akan tangkap sendiri budak kacukan tu. Dia berani larikan diri jadi sekarang biar aku sendiri tangkap balik. Kau kata dengan Bob kalau nak juga budak tu tanya ketua. Aku nak kaji budak tu." Luke memberitahu. Lalu lelaki itu membuka pintu belakang lori dan Luke menukarkan badannya menjadi zombi sepenuhnya dan mengarahkan kerumunan zombi itu memasuki kedai telefon. Lalu dia mengunci semula pintu belakang kedai dan keluar daripada kedai itu dengan rupa normal semula serta mengunci pintu kaca hadapan kedai. Setelah itu, Luke beredar masuk ke dalam tandas dan mengintai keberadaan Hakim. Hakim masih lagi menunaikan hajatnya dan dia terdengar bunyi Luke membuka pintu.
Luke pergi ke arah tandas jauh daripada Hakim iaitu tandas di hujung dan membuka mangkuk tandas .Dia terus memuntahkan semua makanan yang telah dimakan. " Tak guna! Aku dapat bertukar jadi normal atau zombi semula setelah dapat makan darah si Adam tu tapi aku tak dapat nak makan makanan biasa. Aku perlukan juga daging mentah. Tak mengapa, malam ni aku dapat makan mereka semua." Luke mengusap perutnya yang agak lapar. Dia tidak mahu turun ke bawah tetapi dia perlu mengumpan si pengintai kerana malam ini rakan sekutunya akan melakukan kerja membunuh dan dia tahu bahawa si pengedap pasti akan melihat jika dia masih turun ke bawah untuk makan daging mentah.Jika mereka berdua (Luke dan David) berjaya membunuh target, mereka akan meneruskan rancangan untuk bawa semua budak ke atas atap keesokannya. Kemudian, apabila ahli dewasa lain mahu memeriksa keberadaan budak-budak dan kerosakan pada bahagian tingkat bawah mall aku akan sekat jalan naik ke eskelator dan masa untuk aku dan rakan zombi beraksi." Luke bermonolog sendirian. Hakim yang lega keluar dan masih melihat Luke tiada dan dia pun berlalu pergi.Mia dan ketiga-tiga anak Chen mengajak Adam dan Danial menyertai mereka untuk mandi di kolam renang bersebelahan mall tersebut. Sementara Luke,Will,Hakim dan Bennet sedang mengangkat sebuah trampoline besar dan mengikuti mereka ke kolam renang. Bersebelahan pusat membeli belah itu terdapat sebuah bangunan yang separuh siap dibina iaitu kolam renang untuk pengunjung secara bayaran. Kelihatan bahagian bumbung hanya siap separuh dan bahagian kolam renang kanak-kanak masih dalam pembinaan begitu juga tempat menukar pakaian yang tidak siap lagi. Mereka meletakkan trampoline itu di tepi bangunan pusat membeli belah. "Aku akan cuba lompat sebab ni idea aku."Luke beredar diikuti oleh tiga anak lelaki Chen,Mia dan Danial untuk naik ke bahagian atap mall. Adam menelan air liur melihat ketinggian daripada atas ke bawah trampoline agak tinggi kerana tiga tingkat. Lalu Luke melambai di atas atap tersebut dan berlari dari belakang lalu terjun dan dia mendarat di atas trampoline dan terpelating masuk terus ke dalam kolam renang dewasa. "Wow,best!" teriak budak-budak yang mengikuti Luke dan mereka menyusul perbuatan Luke. "Haha, mereka tak takut jatuh." Hakim berkata. Will, Bennet dan Hakim mahu juga mencuba tetapi melihat Adam hanya kaku di situ. " Kamu tak mahu main sekali?" Bennet menyoal. Adam dengan muka pucat lesi menggeleng. "Haha,saya gayat dan saya memang tak tahu berenang. Maaf saya trauma dengan air kolam dan laut sebab pernah hampir lemas dulu. "Ouh, kalau macam tu marilah kita pergi ambil makanan daripada Julie bawa ke sini. Nanti kamu ambil raket badminton dan kita main bersama-sama sebab abang pun tak mahu mandi juga." Will berkata dan mengajak Adam beredar. Adam senyum kembali dan beredar mengikuti Luke. Mereka pergi ke arah tingkat bawah untuk berjumpa Julie yang sedang menyiapkan makanan untuk budak-budak tersebut. Apabila melalui sebuah kedai telefon Adam terasa sesuatu yang pelik dan memandang kedai itu agak lama. " Macam ada benda?" Adam menoleh tajam ke arah depan kedai itu. Dia pernah merasai pengalaman ini semasa dia bertemu dengan anjing pelik di kawasan tren dahulu. "Hei, kamu ok? Will menyoal apabila melihat Adam terhenti sebentar. "Yup, saya ok. " Adam mengabaikan perasaan itu. Sebaik sahaja tiba Will berbual dahulu dengan Julie sementara Adam dipanggil oleh Smith masuk ke dalam bilik monitor CCTV mall di berdekatan kawasan itu. "Kamu Adam bukan? abang kepada Danial. Saya nak tunjuk sesuatu." Smith duduk di kerusi itu dan menaip sesuatu pada keyboard dan terpapar video Danial yang berjalan perlahan-lahan memasuki kawasan rak mainan. "Saya agak pelik apabila melihat adik kamu yang curiga pergerakannya dan bila saya lihat oada akhir video saya nampak kelakuan aneh Luke yang sedang makan daging. Saya memang sudah mengesyaki Luke kerana alasannnya yang nampak kamu dari kejuahan dari sekolah ke jambatan amat jauh. Kamu memang tahu ke dia berperangai pelik sebegitu? Dia juga ada masuk ke kedai telefon tetapi tidak pasti apa dibuatnya kerana dia keluar tanpa membawa apa pun?" Smith meluahkan. Adam juga berkerut dahi. " Saya memang tak pasti pak cik Smith?" Adam menggeleng. " Kamu jangan beritahu sesiapa yang saya akan tanya Luke malam ni berkenaan kelakuan pelik dia kerana saya nak bersemuka dengan dia terus." Smith memaklumkan. Adam merasai firasat yang buruk " Mengapa tidak ajar Harry sekali?" dia menyoal. "Takpe biar saya uruskan. Harry terlalu bersimpati pada remaja tu mungkin kerana dia sebaya Will anaknya." Smith menafikan. "Perkara paling utama kamu pastikan Luke tidak tahu yang adik kamu nampak dia. "Smith memberi amaran. "Sekarang saya akan masukkan video ni dalam pendrift dan kamu simpan dahulu. Jika ada apa-apa terjadi pada saya kamu hulurkan pada Harry terus." dia memberikan video itu pada Adam. Adam mengangguk dan dia dipanggil oleh Will untuk beredar. "Hati-hati pak cik Smith." Adam mengingatkan. "Haha, kamu panggil saya pak cik?" Smith terhibur. "Sebab di Malaysia semua kami panggil pak cik kerana kami hormat akan orang yang lebih tua. " Adam memberitahu. Smith mengusap kepala Adam lalu Adam beredar mengikuti Will ke arah kolam renang bersama-sama bekalan makanan dan dua raket badminton.
Share this novel