BAB 9

Romance Series 25069

Ketika hendak menuju ke kelas...aku terserempak dengan Erdina di depan cafe itu.Aku kemudian cuba untuk berpalingkan wajah daripada si Erdina tu daripada terperasan aku disini.

"Aish...asal perempuan tu ada kat sini...takkanlah dia student kat sini juga...ke..dia pensyarah?" Aku tertanya-tanya. "Weh kau kenapa?" Fatin menegur aku dengan kuat ketika aku sedang mengelamun seorang diri, "EH..OHH AHHH!" Aku terperanjat. "Eh..awak kalau tegur saya ataupun orang lain..cuba perlahankan sikit suara tu!" Aku berbisik kepada Fatin yang sedang berdiri di belakang aku, "Akak memang,selalu macam tu..suara tu tak boleh nak perlahankan sikit volume dia..." Fatimah mengeluh dalam masa yang sama dia menyindir kakaknya itu.

"Ihhh korang diam sikit!" Ayu berbisik kepada kedua-dua adik kembar itu, "Asal kau dok tengok perempuan tu?" Fatin menyoal dengan muka yang berkerut. "Tu sepupu Pensyarah Khalif." Ayu berkata sambil teringat-ingat akan peristiwa yang berlaku pagi tadi. "Hah sepupu? cantiknya dia!" Fatimah berkata lalu memandang ke arah Erdina.

"Tulahh cantik kan! aku rasa macam dia sesuai pulak jadi girlfriend Pensyarah Khalif!" Fatin berkata..manakala aku yang mendengarnya terasa panas hati lalu aku memandang ke arah Fatin, "Awak suka dia dengan Pensyarah Khalif ke?" Aku bertanya dengan muka yang berkerut. "Ehhh taklahh..aku suka kalau aku yang jadi girlfriend MR.PERFECT!" Fatin dengan selamba jawab sambil tersengih seperti kerang busuk!

"Mr.PERFECT?" Aku bertanya, "Yelahhh Pensyarah Khalif kan "PERFECT" so siapa yang dapat dia..untunglah!" Fatin ketawa kecil. Fatimah hanya tersengih melihat gelagat kakaknya yang tidak matang.Manakala aku yang masih memerhatikan Erdina dengan wajah yang menyampah.

"Kau pandang perempuan tu macam lain jer..." Fatimah memandang aku dengan wajah yang curiga, "Mana tak lainnya..aku pelik lah,kenapa dia ada dekat sini!" "Eleh...kau cakap macam seolah-olah kau pernah jumpa dia sebelum ni,aku tengok kau macam geram je dekat perempuan tu."

Fatin memandang aku, "Kau pernah jumpa dia ke?" Fatin bertanya lalu memegang bahu aku. "Pernah..." Aku berkata sambil merenung ke lantai, "Ooo,patutlah tiba-tiba kau ngintip dia..kau pernah jumpa dia sebelum ni." Fatimah menyambung. "Haihh..dah lah, jom masuk kelas..nanti kita lambat!" Aku pergi sambil menarik tangan Fatin dan Fatimah, aku tidak mahu mereka bertanya apa-apa lagi yang berkaitan dengan Erdina, cukuplah aku mendengar namanya..hati aku terasa amat sakit apabila melihat dan mendengar namanya disebut oleh Fatin dan Fatimah. "Ya allah...kau lindungi lah rumahtangga ku daripada segala bala, kau kuatkan lah iman aku ketika aku menempuhi ujian mu ya allah." Aku berbisik di dalam hati.

EXCUSE ME, SAPE JE YANG SUKA RUMAHTANGGA DIA HANCUR. SETAHU AKU, SYAITAN JE YANG SUKA.

Akhirnya..bab 9 dh keluar..maaf ye kalau dh lama tk update, biasalah..busy skit ngan sekolah...btw enjoy guys! ~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience