Chapter 3

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.3 Friends

Olyn POV

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali sebelum pandanganku kembali normal. Aku lihat kiri dan kananku. Haih.. Hospital lagi..

"Olyn! Finally , kau bangun!" Aku terkejut melihat Put. Dia berjalan ke sebelahku. "Aku kena bagitahu Olala ni.." katanya dengan gembira. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor entah siapa pun aku tidak tahu.

"What are you doing here , Put?" Pertanyaanku membuat Put memberhentikan dirinya daripada menelefon rakan kami yang lain.

"Aku yang jumpa kau pengsan dekat gelanggang bola keranjang. Dah tiga hari kau tak bangun.." Katanya dengan raut risau. "Macam mana kau boleh pengsan Olyn?"

Patut ke aku bagitahu dia? Aku teringat pesan Cassandra. Tapi aku tetap tak percaya. Aku cuma rasakan yang aku terlalu penat bermain basketball sehingga aku jatuh pengsan. Itu sahaja.

Aku cuba memikirkan scene dimana aku bertemu Cassandra tiga hari lepas hanyalah mimpiku.

"Olyn ," Aku mengeraskan rahangku. "Olala need you.."

"Aku tak perlukan , Olala.." Aku tidak tahu kenapa aku berkata begitu. Mungkin kerana aku ingin Olala menjauhi freak sepertiku ini?

Aku lihat Put menahan marahnya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari wadku.

*
*

Satu jam kemudian..

Pintu wadku terbuka ketika nurse sedang melihat keadaanku. Daripada senyum , aku menjadi masam kembali.

Nurse itu perasan dengan perubahan wajahku. Dia memeriksa nadiku lalu menanda sesuatu di clipboardnya. Dia tersenyum kepadaku.

"Nanti , ada nurse lain yang akan bawakkan makanan untuk adik. Adik jangan tak makan tau.." Nurse bernama Shida itu menepuk-nepuk kepalaku lalu berjalan keluar dari wadku.

Alyn berlari ke sebelahku. "Olyn! Kau okay tak!? Macam mana kau boleh pengsan!? Aku dah cakap kan , jaga kesihatan kau , kurangkan main basketball!" Alyn terlihat betul-betul risau. Aku tidak merespon apa-apa daripada soalannya.

Aku memandang mereka semua. Ainaa dan Nad terlihat annoyed. Aku hanya memasang wajah datarku. Keadaan menjadi canggung.

"Korang buat apa kat sini? Aku tak perlukan koranglah" kataku memecahkan keheninggan. Alyn gasp perlahan. Dia menutup mulutnya dengan kedua tangannya.

"Olyn , sampai hati kau cakap macam tu kat kita orang.." Mata Alyn berkaca. Aku tidak memandangnya. Aku takut aku juga menangis di hadapan mereka.

"Dah lah korang , sia-sia je cakap dengan orang yang tak reti hargai persahabatan macam dia ni" kata Nad. Dia melipat tangan di hadapan dada.

"Nad ," Put menunjukkan isyarat senyap kepada Nad.

"Kesah apa aku.." kata Nad perlahan. Dia memandang tempat lain.

"Olyn , chill lah. Takkan kau nak halau kita orang yang datang dari jauh ni.." Yana tertawa. Aku tahu dia sedang cuba melonggarkan keadaan yang tegang ini. "Cuba kau bagitahu masalah kau , mana tahu kita orang boleh tolong" Dia tersengih.

Aku menarik nafas lalu melepaskannya. Ketika aku membuka mulutku untuk bercakap , Ainaa memotong ucapanku. Wajah annoyednya berubah menjadi risau.

"Olyn , kalau kau ada masalah kewangan , kau bagitahu je kita orang. Kita orang boleh tolong kau. Kita orang akan kumpul duit untuk kau sama-sama" Darahku menggelegak.

"Aha! Korang fikir aku ni apa? Orang yang boleh dibayar untuk jadi kawan korang!? Eh , go fvck lah! Aku masih boleh hidup tanpa Olala! I don't need Olala in my life. I don't need any of you too!" Aku tertawa lirih. Aku tak tahu kenapa aku mengherdik mereka. They didn't deserve it.. Aku rasa ada kekuatan lain yang masuk dalam tubuhku.

"Apa masalah kau ni Olyn!? Kita orang cakap baik-baik kan!? Macam ni kau layan kita orang!? Apa salah kita orang!? Kau cuba cakap!" Put menengkingku. Aku tak menjawab. Aku rasa bersalah tiba-tiba. Tapi egoku tak mahu aku mengalah dan berkawan dengan mereka semula. Aku taknak disebabkan freak macam aku ni , Olala hilang rakan-rakan lain. Aku tak layak jadi member Olala.

"Olyn , We are One , We are Olala.." kata Yaya. Aku mendengar esakkan dari arah Alyn. Air matanya mengalir laju. Aku lihat mata rakanku yang lain sudah berkaca.

"Aku Olala ke? Bukan dah sebulan ke aku tinggalkan Olala?"

Tiba-tiba aku merasakan tapak tangan seseorang sampai di pipiku. Tanganku reflect memegang pipiku dan mataku membulat. Ia mula menjadi kabur kerana air mata. Pipiku juga terasa berperit. Aku mengangkat wajahku , aku ingin lihat siapakah yang berani menamparku begitu kuat.

Alyn memandangku dengan tidak puas hati. Hal itu membuat aku terpana. Dia ke yang tampar aku? Aku mentertawai diriku sendiri. Padan muka kau , Olyn..

"KAU NI BODOH KAU TAHU TAK!? AKU TAK TAHU APA MASALAH KAU , TAPI KAU MEMANG BODOH!" Katanya lalu dia keluar dari wadku dalam keadaan marah. Member Olala yang lain menggelengkan kepala mereka lalu turut mengikut Alyn. Yaya memandangku buat kali terakhir. Dia seperti tidak percaya dengan perubahanku yang mendadak.

Air mataku mengalir dari pelupuk mataku. Aku mengesat bibirku. Cecair merah terlihat ditapak tanganku. Aku mengeluh. Memang aku patut dapat tamparan tu , aku keras kepala sangat.

Aku bangun dan berjalan ke arah bilik air dengan menyeret besi tabung air yang bersambung ke tanganku itu. Aku memandang wajahku di cermin tandas. Ada kesan koyak di bibirku. Aku memercikkan air ke mukaku. Aku memandang wajahku sekali lagi. Keluhan keluar lagi dari mulutku. Aku tak tahu kenapa aku lemah seperti ini. Come on , Olyn! Let's Cheer for your sadness! Aku tertawa hambar.

Air mataku mengalir lagi. Aku mengesatnya dengan kasar. Bodoh!! Fikirku. Aku menarik besi panjang yang mempunyai tabung air tersangkut di bahagian pangkalnya ini dengan kasar. Kuhempas tubuhku ke atas katil.

Ini adalah apa yang aku dapat lepas aku sakitkan hati mereka! Aku memang patut dapat ni! Ta.. Tapi aku just nak protect mereka. Walaupun aku left Olala , tapi aku dah janji pada diri aku untuk perhatikan Olala sentiasa. Aku tak akan benarkan mimpiku menjadi kenyataan.

"Assalamualaikuuuuuuuum!!!!" Pintu wadku terbuka. Aku mengangkat kepalaku. Kepala Kak Qila menjenguk ke dalam wadku. "Eh , ingatkan tidur.." katanya.

Kak Qila membuka pintu dengan besar. Engku melangkah masuk diikuti beberapa rakanku yang lain. Aku lihat separuh daripada squad Kadet Remaja Sekolah yang pernah masuk kawad kaki berada di dalam wadku sekarang.

Mereka semua membawa hadiah masing-masing. Hadiah itu diletakkan di atas katilku. Habis penuh katilku dengan buah tangan dari mereka. Aku ternampak Maira di sebalik kerumunan member KRS. Dia melambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya.

"Tumpang laluuu ~" Maira menyelit-nyelit untuk berdiri di sebelah katilku. "hehehe , hi Olyn" Maira tersengih.

"Hi , Maira" aku tersenyum kepadanya.

"Aku datang sini kejap je. Iman dah tunggu kat depan. Aku nak kasi ni ," Maira meletak sebungkus beg besar di atas kakiku. Aku memandangnya pelik. "Ni dari budak 4RC. Dorang semua wish kau cepat sihat.." katanya.

Aku tersenyum lebar. "Thanks Maira.. Say thanks kat dorang sekali" kataku. Maira mengangguk.

"Bila kau keluar wad , Olyn?" tanya Maira.

Aku mengangkat bahuku. "Aku tak tahu lagi. Maybe dalam dua atau tiga hari lagi kut.." Maira mengangguk lagi.

"Ah , homework kau , kau tak payah risau , Put dah kumpul semua. Cikgu-cikgu pun faham keadaan kau." Maira menepuk tangannya sekali. Mendengar nama Put , aku langsung mencari kelibat Olala di sini. Hasilnya tiada. Olala betul-betul marahkan aku.

"Thanks again , Maira.." Gumam agak sedihku.

"Hmm.. Kalau macam tu , aku balik dulu lah. Nanti Iman marah pulak" katanya. Aku mengangguk.

"Maira ," Maira memandangku. "Be careful" pesanku. Maira mengangguk dan tersenyum. Dia melambaikan tangannya lalu hilang di sebalik pintu.

"How sweet of her.." Kata Faezah. "..and you." sambungnya. Aku chuckled.

"So.. Macam mana korang semua tahu aku dah bangun?" tanyaku. Aku merasa curious.

"Put bagitahu aku , aku ajak semua member KRS lawat kau. Tapi tak semua boleh datang. Memang dari semalam kita orang nak lawat kau , tapi semalam kau still belum bangun. Put kata doktor tak bagi datang ramai-ramai macam ni semalam." Kata Wan. Aku mengangguk.

"Macam mana kau hari ni , Olyn?" Tanya Inder.

"Aku okay , cuma badan rasa penat sikit.." Kataku.

"Tu lah , dah tahu pitam , main jugak bola keranjang tu. Nak sangat berlagak macam lelaki kaaan ~ Kau tu perempuan , cik kak" Kata Engku. Aku tertawa.

"Tak adalah , Engku. Aku dah berhenti main dah masa tu , tapi maybe aku pengsan sebab tak sarapan pagi sebelum aku pergi gelanggang kut"

"Tak mungkin lah cuma sebab tak sarapan , 3 hari Kak Olyn tidur" kata Asyiqin. Aku mengangkat bahuku.

"Mana Put?" tanya Adira.

"Put-"

"Put dah datang tadi dengan Nad , Yana , Yaya , Alyn dan Ainaa." Aku memotong ucapan Yasmin. Mereka mengangguk.

Kami semua berbual untuk 1 jam penuh. Akhirnya mereka meminta izin untuk pulag kerana masing-masing ada kerja untuk dibuat.

"Jaga kesihatan kauuu" Iffa , Wan dan Inder menepuk-nepuk kepalaku seperti aku ini budak kecil. Aku tertawa kecil.

"Alright , mom.." mereka tertawa.

"Bye , Olyn"

"Bye ~" aku melambai tanganku ke arah mereka.

Setelah mereka keluar , aku memandang Ani dan Yasmin. Hanya mereka berdua sahaja yang belum keluar.

Ani sudah ingin keluar tadi , tapi Yasmin menarikkan kembali. Yasmin memberi isyarat mata kepadanya. Ani mengangguk.

"Kenapa?" tanyaku. Yasmin menarik kerusi di sebelah katilku.

"Kita orang nak tahu cerita sebenar , kenapa kau tinggalkan kawan-kawan kau?" Aku mengeraskan rahangku.

Kenapa time macam ni dia nak aku ceritakan kat dia?

"Baliklah , nanti Faezah pelik korang tak ada dengan dia" Aku mengelak untuk menjawab soalannya.

"Aku dah cakap kat dia sebelum masuk dalam wad kau. Dia balik dengan mak dia. Aku dengan Ani dah mintak izin dekat mak kau. Kita orang nak jaga kau hari ni" kata Yasmin. Mataku membulat.

"Korang gila ke?" tanyaku. "Aku bukan budak kecik lah" kataku agak marah.

"Jangan elak soalan kita orang , Olyn. Kenapa kau tinggalkan Olala?" tanya Ani. Aku memandang tempat lain. "Kau ada masalah ke?"

"Korang tak perlu tahu pun lah" kataku. Masih tidak memandang wajah mereka.

"Look at us , Olyn" arah Yasmin. "Kau kawan kita orang , Olala pun kawan kita orang walaupun tak rapat macam kita orang rapat dengan kau and Put."

"Aku tak rapat dengan Put pun lah.." aku dengar Ani bergumam. Aku chuckled.

"Diam Ani" Yasmin hissed pada Ani.

"Okay.."

Nice one , Ani! Sempat lagi aku berfikir seperti itu.

"Olyn , serious." Perhatian Yasmin kembali kepadaku. "Tolong ceritakan dekat kita orang. Kita orang taknak kau simpan sorang-sorang masalah kau.." Dia memang nampak serious sekarang.

"Alright , tapi lepas aku ceritakan semuanya , korang janji yang korang tak akan paksa aku jadi member balik Olala , okay?" Yasmin dan Ani mengangguk.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menceritakan semua mimpiku kepada mereka. Reaksi mereka ada banyak. Pelik , sedih , terkejut dan marah.

Setelah mencerita semua mimpiku , aku cerita pula kepada mereka macam mana aku boleh pengsan. Yasmin dan Ani terkejut.

"Unbelievable.." kata Ani perlahan.

"I know , right?" aku mengesat air mataku. Aku ternampak coklat Kitkat di dalam salah satu beg hadiah tadi. Aku tidak tahu ia dari siapa. Aku membuka bungkusannya dan menyuap ke dalam mulutku. Aku ingin hilangkan rasa sedihku. "Nak?" tanyaku kepada mereka. Ani mengambilnya dengan senang hati manakala Yasmin masih terlihat pelik.

"Kiranya , kalau kau tak selamatkan Olala , Olala akan mati?" tanya Yasmin. Aku mengangguk. "Habis tu kenapa kau keluar dari Olala?"

"Plan aku banyak , Yas. Aku tinggalkan Olala sebab aku nak hubungan Olala ni renggang sikit. Biar ada jarak. Nanti tak adalah 'Isabella' tu nak hancurkan hubungan kita orang. Hubungan Olala ni rapat sangat.." Yasmin mengangguk.

"Lagipun , kalau aku keluar Olala , aku rasa tak ada apa-apa kesan untuk dorang" kataku perlahan. "Aku tak penting pun dalam Olala"

"Kalau kau tak penting , Olala tak akan kecoh macam sekarang." Kata Ani. "Kau tahu , dekat sekolah dorang dah tak friendly lagi" sambungnya.

Aku mengeluh.

"Tak apa Olyn , kita orang akan tolong kau perhatikan Olala dari jauh" Yasmin menepuk bahuku. Aku tersenyum. "Luka kat bibir kau tu kenapa?" tanya Yasmin tiba-tiba. Ani mengamati luka di bibirku.

"Erm.. Alyn tampar aku tadi ," kataku. Mata Yasmin dan ani terbeliak.

"Alyn? Yang baik and innocent tu kan?" aku mengangguk. "Apa yang kau buat sampai dia tampar kau?" Tanya Yasmin.

"Aku cuma cakap 'aku Olala ke? Bukannya dah sebulan aku tinggalkan Olala?' lepas Yaya cakap 'We are One , We are Olala' dekat aku." Yasmin dan Ani menggeleng.

"Bagi aku , kau memang patut dapat penampar tu. Dorang suruh kau cerita , tapi kau degil" Ani mengangkat bahunya.

"Salah ke kalau aku nak protect dorang?" tanyaku.

"Tak salah , tapi sekurang-kurangnya bagitahu lah masalah kau" katanya.

"Kalau kau kat tempat aku , kau mimpi Yasmin mati. Then ada something jahat yang memang nak bunuh Yasmin. Kau cerita kat Yasmin , and kau rasa Yasmin percaya?" aku mengangkat kening kiriku. Mataku sudah berkaca.

Ani nampak tak yakin. "Kau tak ada dekat tempat aku , Ani.." Ani menunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience