BAB 12

Horror & Thriller Completed 10130

Aishah terjaga. Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. Dia bangun dan keluar dari biliknya. Aishah menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar. Sampai di dapur....

"Aishah!!!"

"Eh, Aina! Kau tak pergi kelas ke hari ni?"

"Aishah! Bila kau balik?"

"Hm.. Tengah malam tadi. Kau takde kelas ke?"

"Takde. Jomla makan. Roti je ada."

"Roti pun roti la. Taz mana?"

"Pergi kelas la. Tak kan nak pergi clubbing pulak pepagi ni. Kelab mana lak bukak pepagi ni."

"Mana la tau."

Aishah menyuap roti ke dalam mulutnya. Selepas itu, dia bertanya.

"Weyh, da pukul berapa ni?"

"11.45"

"Hah?! 11.45?! Aduh.. Aku da lambat.."

Aishah terus berlari ke biliknya, masuk ke dalam bilik air dan mandi cepat-cepat. Setengah jam bersiap, Aishah turun. Aina yang sedang menonton televisyen, pelik melihat Aishah yang terkocoh-kocoh keluar itu.

"Hah?! Nak ke mana pulak tu?"

"Nak keluar jap. Ada hal penting. Maybe aku balik esok kot."

"Laa. Keluar lagi. Kau baru je balik. Aku baru je nak berborak dengan kau."

"Aa... aku ada hal penting la. Sorry eh. Nanti aku balik, kita borak panjang-panjang eh. Bye!"

Aishah masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan bergerak dari situ.

*****

Aishah sampai di kampung Acong. Tujuan utamanya hanyalah untuk mencari Fazil yang dimaksudkan oleh Teha tempoh hari. Aishah memberhentikan keretanya di depan sebuah warung apabila menerima panggilan daripada Acong.

"Hello.."

"Hello.. Hm.. You kat mana?"

"I kat.. Kat kampung you."

"Hah?! Kampung?! You buat apa kat sana?"

"Aa... er.. Panjang ceritanya.."

"Haish... Takpe la.. I pergi sana. You tunggu situ. Nanti I sampai. Aa... You kat mana sekarang?"

"I kat... Warung... Warung Cindai."

"Ouh.. I know that warung. Tunggu. I datang."

Acong menamatkan panggilan.

*****

Hampir sejam menunggu, akhirnya Acong tiba dengan Honda Accordnya. Acong keluar dari kereta dan terus berjalan ke arah Aishah yang sedang bersandar di sisi keretanya. Tanpa membuang masa, dia bertanya.

"Sayang.. You nak buat apa lagi kat kampung ni?"

"Hm. Walaikumsalam.. Kenapa emo sangat ni?"

"I'm sorry. Takde la. Lepas apa yang da jadik, you nak pergi banglo tu lagi ke?"

"Aa... I rasa, I takde cerita apa-apa pun kat you, kan? How do you know apa yang jadik?"

"I terjumpa Ika pagi tadi. Dia cerita sikit. I call you pagi tadi, you tak angkat."

"Hm.. Kita duduk kat warung tu la. Panas la berdiri kat sini je."

Aishah dan Acong jalan beriringan ke arah Warung Cindai. Mereka duduk di meja yang agak jauh daripada orang lain. Selesai memesan minuman, Aishah memulakan perbualan.

"Ada orang mintak tolong dari I."

"Tolong apa? Siapa?"

"Tolong cari Fazil. Teha suruh."

"Hah?!"

Acong terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang Aishah.

"I know you mesti tak percaya apa yang I cakap. It's kind of crazy. Tapi tu la yang jadik semalam. Teha suruh I cari Fazil. Dia kata Fazil still ada kat kampung ni. Dia merayu sangat."

"Eh! You ni demam ke? Tak cukup tidur? Apa you merepek ni? Teha mana ada lagi. Da la. Tak payah mengarut."

Acong membantah. Pekerja warung itu datang membawa minuman mereka.

"Teh ais dua.."

"Terima kasih.."

Aishah mengucapkan terima kasih dan melemparkan senyuman kepada pekerja itu. Setelah pekerja itu berlalu pergi, Aishah terus menceritakan kisah Ieta yang dirasuk semalam. Dia mencerita bagaimana dia boleh berjumpa Teha. Habis Aishah bercerita, Acong seakan tak percaya. Aishah kemudian membalas.

"You tak percaya takpe la. I boleh buat benda ni sorang-sorang. I tak mintak pun you percaya. Plus, I tak suruh pun you datang sini, dengar cerita mengarut ni."

"Eh! Tak! I bukan tak percaya cuma.... Mana nak cari Fazil?"

"Tu la big problem nya sekarang."

Aishah dan Acong diam seketika. Mereka buntu. Tiada satu idea pun yang datang dalam kepala mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Aishah memandang sekeliling. Hanya kelihatan orang kampung yang tidak dikenali. Ketika Aishah menyedut minumannya, datang seorang pakcik tua yang kelihatan serabai, kusut-masai dan tidak terurus. Pakcik tua itu duduk di meja sebelah. Dalam nada yang perlahan, pakcik tua itu mengomel seorang diri. Aishah cuba mendengar setiap butir katanya.

"Aku mintak maaf.. Aku tak sengaja.. Maafkan aku. Aku tak sengaja.."

Ayat yang sama diulang berkali-kali.

"Eh, you! Pakcik ni kenapa? Betul ke tak ni?"

"Erm.. Tak betul kot. I rasa dia mesti kena tekanan perasaan ni. Sebab tu dia jadi macam ni. Kesian.."

"Hm.. Kesian, kan. Entah ada family lagi ke tak ni."

Kemudian, Aishah terdengar orang tua itu bersuara lagi.

"Maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja nak buat kau macam tu. Aku sayang kau lagi.."

Aishah cuba memandang wajah pakcik itu namun tidak nampak dengan jelas. Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya.

"Kesian pulak I tengok pakcik ni."

Pakcik tersebut terus mengomel sendirian. Tak dapat dengar dengan jelas apa yang dikatakan. Tiba-tiba, nadanya bertukar marah.

"Sial kau, Adam!!"

Acong dan Aishah tersentak. Mereka berpandangan.

"Kau da hancurkan hidup aku. Pasal kau, Teha tinggalkan aku! Semua pasal kau! Teha.. Teha!"

Acong dan Aishah mendengar dengan teliti setiap perkataan yang dituturkan orang tua itu. Aishah kemudian berkata kepada Acong.

"Eh, you! Pakcik tu sebut nama..."

"Adam dengan Teha!!"

Acong menyambung. Aishah terus bangun ingin pergi ke arah pakcik itu namun tangannya ditarik Acong.

"No! Nanti dulu."

Acong menghalang. Aishah duduk semula.

"Kenapa you ni. I nak tanya kat pakcik tu. Kot-kot dia kenal Fazil ke."

"Jangan.. Kita tak tau lagi dia ni macam mana. Merbahaya ke.. Tak pun I takut kalau you tanya nanti, dia terus lari. Macam ni. Kita tunggu dia pergi, then kita follow dari belakang. Kalau macam tu, maybe dia tak la perasan sangat."

"Oh, ok!"

"Dik! Kira, dik!"

Acong memanggil pekerja warung tadi.

"Teh ais dua. Tiga ringgit, bang!"

Acong menghulurkan wang. Dia sempat bertanya kat pekerja itu.

"Dik. Kenal tak siapa pakcik tu?"

"Pakcik tu? Oh! Dia ada wayar putus sikit, bang. Dulu dia ada demam panas."

"Dia ada sedara-mara ke kat sini?"

"Entah. Takde pulak dengar dia ada sesiapa kat kampung ni."

"Dia duduk mana eh?"

"Tak tau la, bang. Yang saya tau, orang cakap, bila da petang sikit, dia pergi masuk hutan kat sana tu. Ada yang cakap rumah dia dalam hutan tu."

Pekerja itu menunjukkan hutan yang tak jauh dari warung. Seketika kemudian, pakcik tadi bangun dan berlalu dari situ.

"Aaa.. dik. Terima kasih eh."

Acong berkata lantas menarik tangan Aishah.

"Jom! Follow dia."

Mereka mengikut jejak lelaki tua itu dari jauh.

*****

"You! Kita da jauh ke dalam hutan ni."

"Haa.. Tu la pasal. Habis.. You kata nak tau siapa pakcik tu, kan?"

Acong berkata separuh berbisik.

"Tapi, dia nak pergi mana?? Tak kan la rumah dia kat dalam hutan ni? Jauh ke dalam pulak tu."

"Agaknya la kot."

Tak lama itu, kelihatan sebuah pondok di depan mata mereka. Mereka berpandangan. Mereka menyorok di balik semak sambil mengintai pondok tersebut. Acong berkata perlahan-lahan.

"Ni ke rumah dia?"

"I rasa ye la. Rumah siapa lagi kat dalam hutan kalau bukan dia. Jom masuk dalam. Kita tengok apa kat dalam tu."

Mereka berjalan perlahan-lahan ke belakang pondok itu. Tiba saja di belakang rumah itu, mereka terbau sesuatu yang amat busuk. Acong menegur sambil menutup hidungnya.

"Bau apa ni? Urgh.."

"Ish! Diamlah! Jangan tegur. Tak elok. Kita kat dalam hutan ni."

"Oh.. Lupa. Sorry.. Sorry.. Macam mana nak skodeng dalam? Takde lubang pun."

"Ha ah. Pondok ni nampak je buruk, tapi kayu dia langsung takde lubang."

Sedang mereka leka mencari lubang tiba-tiba satu lengan melilit leher Aishah dari belakang. Aishah terkejut. Dia menjerit.

"Arghhhh!!!"

"Kau siapa?!"

Suara garau lelaki yang mencekik Aishah itu menakutkan Aishah yang sedang sesak nafas akibat cekikan itu. Acong tanpa berfikir panjang, terus berlari mengelilingi pondok itu. Kini, dia berada di belakang lelaki tadi. Dia mencapai kayu yang agak besar di tepinya lantas..

"Hiyarghh!!"

BUKK!

Hentakan yang kuat di kepala menyebabkan lelaki itu rebah. Pengsan. Aishah yang terlepas dari cekikannya jatuh terduduk, mencari udara untuk bernafas semula. Dia terbatuk-batuk.

"You ok tak?"

Acong bertanya penuh risau.

"I ok! I ok!"

Aishah membalas tapi masih dalam keadaan terbatuk-batuk.

"I rasa kita bawak masuk dulu la pakcik ney. Jom!"

Acong berkata lantas mengangkat pakcik tersebut ke dalam pondok itu. Di dalam pondok, Acong meletakkan pakcik itu di atas kerusi. Dia mengikat tangan dan kaki pakcik tua itu sementara Aishah mencari sumber cahaya kerana keadaan di dalam pondok begitu gelap. Aishah menjumpai satu lampu minyak tanah lalu menyalakan api. Dia membawa lampu itu ke arah Acong sambil berkata.

"Urgh... Busuknya rumah ni.."

"Hm.. I rasa bau busuk kat luar tadi datang dari rumah ni laa.."

Acong berkata. Aishah mengeluh sambil berjalan ke arah satu benda yang ditutupi kain. Bau busuk semakin kuat apabila dia mendekati benda itu. Aishah menyelak kain itu dan...

"Arghhh!!!"

Aishah menjerit tatkala melihat sebahagian daripada rangka manusia di sebalik kain tadi. Acong datang ke arah Aishah. Dia juga terkejut dengan penemuan itu.

"Shii! Apa ni?!"

Acong hampir mengeluarkan kata-kata kesat. Pakcik tadi tersedar. Kepalanya terasa pedih. Dia cuba bangun tapi gagal kerana tangan dan kakinya diikat.

"Woi! Siapa ikat aku ni?! Bukak la!!"

Aishah dan Acong hanya diam memerhati. Pakcik tersebut terus menjerit tatkala melihat Acong dan Aishah berdiri berdekatan dengan rangka itu.

"Woi!! Jangan dekat dengan Teha aku!! Tepi! Tepi, sial! Jangan kacau Teha aku!"

Kerusi yang didudukinya terangkat-angkat. Aishah dan Acong berganjak dari situ. Aishah memberanikan diri bersuara.

"Pakcik.. Kitorang bukan nak buat apa-apa kat pakcik.. Kitorang cuma nak tanya...."

"Korang siapa?! Kenapa korang kacau aku?! Kenapa korang datang sini?!"

"Kitorang... Erm... er... Boleh tau nama pakcik siapa?"

"Kenapa korang sibuk pasal aku ni?"

"Er.. Pakcik.. Pakcik ni.. Fazil kan?!"

"Kalau aku Fazil pun apa masalah kau?! Da! Lepaskan aku! Teha.. Tengok dorang ni.. Dorang ikat abang.."

Dia berkata sambil memandang rangka tadi. Acong pula bertanya.

"Pakcik... Er.. Tu Teha ke?"

"Ha ah. Tu Teha aku! Kau sibuk kenapa?!!"

"Oh.. Cantik Teha ni.."

"Eh, you! You pun da sama gila dengan pakcik tu ke?"

Aishah menampar tangan Acong. Acong memandang Aishah lalu berkata.

"Orang macam ni, kita kena tanya dia dengan cara yang lain sikit. Kita tak boleh layan dia macam layan orang biasa. Kena konon-konon kita masuk "dunia" dia."

Acong menerangkan. Aishah sekadar mengangguk.

"Er.. pakcik, umur Teha berapa, pakcik?"

"Hish kau ni! Sibuk nak tau. Teha 21. Apasal?! Da la! Bukak la tali ni.. Tu.. Teha panggil aku tu. Kejap eh sayang.. Kejap lagi abang datang."

"Eh, you! Takkan kita nak biar dia macam ni?"

Aishah bertanya. Acong membalas.

"Ha.. Tu la.. Kita nak buat apa? Report polis?"

Aishah terdiam. Gayanya seakan memikirkan sesuatu. Dia terpandang rangka manusia itu.

"You rasa, tu tulang siapa?"

"I rasa, tu Teha la."

"Tapi Nek Yam tak cerita pun yang Fazil bawak lari Teha?"

"I agak Nek Yam sembunyikan cerita yang sebenar."

Aishah hanya membisu. Keadaan menjadi diam seketika.

"Woi! Bukak la cepat! Tangan aku sakit la, bodoh! Cepat la! Teha da panggil aku tu."

Pakcik tua itu menjerit lagi. Di saat itu, Aishah mendapat idea.

"Hah! I ada idea! Kita bawak pakcik ni ke banglo tu."

"Hah?! Apa kejadahnya nak bawak dia ke sana?"

"Entah. I pun tak tau. Tapi, I rasa macam patut kita bawak dia ke sana."

"Hish!! Sekarang da nak pukul lima. Tak macam da lewat ke nak masuk banglo tu sekarang?"

"Shh.. Dah! Takpe. Kalau you tak nak buat, I boleh buat sorang."

"Haish.. Tak kan you nak buat sorang?"

"Da you banyak cakap. I buat sorang pun boleh."

"Yela.. Yela.. Nak suruh I buat apa?"

"Hm.. Sekarang, you pujuk pakcik ni keluar dari hutan ni. I pergi stanby kereta. Ok!"

"You nak I cakap apa dekat dia ni?"

"You pujuk dia, cakap Teha nak jumpa dia kat rumah. I'll wait you guys kat kereta."

*****

"Kat rumah Teha nanti, pakcik kena jumpa papa dengan mama Teha tau."

Acong berkata sambil berjalan bersebelahan dengan pakcik itu ke arah kereta. Di dalam kereta, Aishah sudah menunggu. Pakcik itu masuk ke dalam kereta sambil membawa sekarung guni yang berisikan sesuatu.

"Dia bawak apa tu?"

Aishah bertanya. Acong menjawab dengan selamba.

"Rangka tadi laa."

Acong kemudian masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu, Aishah pula di sebelah. Di dalam kereta, pakcik itu membebel seorang diri.

"Sayang.. Abang nak jumpa papa dengan mama sayang ni. Erm.. Ni kira papa dengan mama abang jugak laa kan. Hehe.. Nervous la. Macam mana nak cakap dengan diorang? Diorang tu sporting tak?"

Dia diam seketika. Kemudian dia menyambung dialognya.

"Sayang, amacam gaya abang? Ok tak?"

Pakcik itu berkata sambil menghadap guni tadi.

"Kesian pulak I tengok dia i."

Aishah bersimpati. Tak lama itu, Acong memberhentikan kereta di hadapan warung tadi.

"You drive kereta you la. Nanti susah pulak nak patah balik ambil kereta."

"Ok!"

Aishah turun dari kereta Acong. Dia melangkah ke keretanya, menghidupkan enjin dan mengikuti kereta Acong dari belakang.

*****

Ketika hampir sampai di banglo, pakcik tersebut berkata kepada guni yang dipeluknya.

"Alamak.. Seram pulak nak jumpa parents sayang ni."

Acong berkata.

"Pakcik.. Aaa.. Betulkan sikit baju tu. Nak jumpa parents in law ni kena la smart-smart sikit."

"Oh. Ha ah la."

Pakcik itu membetulkan bajunya yang telah lusuh dan terkoyak-koyak itu. Acong hanya senyum memerhati.

"Haa.. Sekarang amacam? Ok?"

"Ok.. Baru la smart.. macam ni baru la parents Teha nak jadikkan menantu."

"Haha.. Aku memang layak jadik menantu diorang. Bukan macam Adam tu, tak layak langsung!"

"Aa.. Jomla, pakcik."

Mereka berjalan menuju ke banglo itu. Sepanjang perjalanan, pakcik itu hanya berborak dengan guni yang dipeluknya. Aishah dan Acong hanya mendengar apa yang dikatakan oleh pakcik itu. Sampai di dalam banglo, Aishah dan Acong pergi ke dapur setelah meninggalkan pakcik tadi di ruang tamu. Acong bertanya kepada Aishah.

"Kita nak buat apa sekarang?"

"Entah. I pun tak tau."

"Da tu, yang you suruh bawak pakcik ni ke banglo ni kenapa?"

"I don't know. Tapi hati I macam suruh sangat-sangat dia datang sini."

Seketika kemudian, kedengaran suara pakcik tadi di ruang tamu.

"Tepi!! Tepi!! Kau siapa?!! Jangan kacau aku!!"

"Teha!! Aku Teha, Fazil! Kau tak ingat aku?!! Perempuan yang kau da bunuh dulu!!"

Acong dan Aishah terkejut mendengar ada suara seorang perempuan dari ruang tamu. Mereka terus berlari ke sana dan hanya mampu terpaku di muka pintu dapur apabila melihat apa yang terjadi di hadapan mereka. Satu lembaga menyerupai seorang perempuan berdiri tegak tidak memijak bumi. Mata lembaga itu tidak lepas memandang Fazil. Acong dan Aishah beku di situ. Mereka seolah-olah dipaksa untuk melihat drama yang berlaku di depan mata mereka. Lembaga itu berkata lagi.

"Aku tau kau kenal aku, Fazil! Aku Teha!! Teha yang kau bunuh dulu!!"

"Tak!! Aku tak kenal kau.... Teha?! Tak.. Kau bukan Teha.. Bukan!! Teha aku ni... Kat sebelah aku ni... Kan, sayang.. Orang ni tak pasal-pasal nak mengaku dia Teha.. Gila agaknya.. Da la muka buruk.. Teha aku muka dia cantik.. Tengok ni!!"

Fazil berkata lantas mengangkat guni tadi. Entah dengan kuasa apa, tiba-tiba, guni tersebut tercampak ke lantai seperti ada seseorang yang menghumbannya. Isi perut guni itu terkeluar dan bertaburan.

"Woi!! Kau ni apasal?! Yang kau campak Teha aku tu kenapa?! Kesian Te..."

Belum sempat Fazil menghabiskan kata-katanya, dia merasakan ada seseorang sedang mencekiknya. Dia mula sukar untuk bernafas dan meronta-ronta minta dilepaskan. Lembaga tadi berkata.

"Fazil!! Sebab kau lah aku jadik macam ni!! Sebab kau hidup aku hancur.. Sebab kau... Hidup Adam hancur!!"

"Aaak... aakk.. Lep.. Lepas lah... Sak... Sakit la, bodoh...!"

"Kau da ada Anis!! Buat apa kau nak kacau aku lagi??!! Kenapa?!!"

Cekikan dilepaskan seperti membenarkan Fazil bercerita.

"Uhuk..! Uhuk..! Sakit la leher abang.."

Fazil memberhentikan kata-katanya. Dia meraba-raba lehernya yang sakit itu. Aishah dan Acong masih tidak dapat berganjak dari tempat mereka berdiri tadi. Mulut mereka pun seperti terkunci.

"Abang mintak maaf.. Abang takde niat pun nak.. Nak bunuh sayang."

Fazil terhenti seketika. Dia tertunduk. Keadaan menjadi sepi seketika.

"Abang... Abang pown tak tau macam mana abang boleh... Boleh bunuh sayang... Adam!! Ni semua salah Adam!! Adam yang menyebabkan abang.. Abang terbunuh sayang.. Abang.. Abang sebenarnya tak boleh tengok sayang dengan lelaki lain. Lagipun sejak akhir-akhir tu, sayang tak pernah jawab kalau abang call. Lepas tu abang nampak sayang keluar dengan lelaki lain, Adam.. Lagi la abang rasa marah.."

"Tapi kau da ada Anis, Fazil! Apa lagi yang kau nak?!!"

"Anis?! Entah lah.. First time abang nampak Anis, abang memang minat kat dia. Abang mengaku, memang abang suka sangat kat dia. Tapi, abang masih ingat.. Abang ada sayang. Abang tak boleh lupakan sayang. Satu hari tu, abang saja kacau Anis.. Abang ingatkan dia tak layan tapi rupa-rupanya, dia bagi respon. Dah dia layan, abang pun kacau-kacau la lagi. Makin hari, kami makin baik. Abang ingatkan nak sembunyikan hubungan tu dari sayang. Tapi akhirnya sayang tau jugak. Abang mengaku abang salah. Abang duakan sayang. Abang betul-betul mintak maaf.."

Fazil mengelap titisan air matanya. Kemudian, dia meneruskan cerita.

"Abang tau masa tu, sayang marah sangat kat abang. Abang tau tapi abang biarkan je. Abang ingatkan abang boleh bahagia dengan Anis. Sebulan kami bersama, baru abang tau siapa Anis yang sebenarnya. Anis sebenarnya cuma nak harta abang je. Dia... Pisau cukur!! Dia cuma nak kikis abang je. Da ramai kena dengan dia. Abang je yang tak sedar. Abang bodoh!! Bodoh!!! Bodoh tinggalkan sayang!!"

Fazil bercerita sambil menampar-nampar mukanya sendiri berulang kali. Seketika kemudian, dia menyambung lagi.

"Abang ingat, abang nak balik pada sayang. Abang tau memang susah bagi sayang nak terima abang balik. Abang paham... Abang cuba pujuk.. Tapi tak boleh jugak. Last-last, abang dapat tau sayang ada hubungan dengan mamat lain. At first, abang tak percaya. Sampai la satu hari tu, abang ingatkan nak jemput sayang kat U, rupanya da ada orang lain yang jemput. Adam!!! Adam yang jemput sayang, kan?!! Abang pun terus follow dari belakang sampai kat rumah. Sejak dari tu, abang marah sangat kat sayang... Abang marah kat Adam.. Puas abang call tapi sayang tak pernah nak angkat. Voicemail abang satu pun sayang tak balas. Pernah sekali tu, abang ingatkan nak jumpa sayang tapi... Huh?! abang tengok sayang tengah date dengan Adam. Lama-lama, abang nekad nak jumpa sayang, nak bincang hal kita. Abang masuk bilik sayang.. Tengok sayang tengah berborak dalam telefon.. Dengan Adam??! Memang mulanya abang nak bincang baik-baik... Tapi... Bila dengar suara Adam yang dalam telefon tu, abang tak fikir apa-apa... Abang fikir nak marah sayang je. Abang tak boleh kawal marah abang masa tu... Tiba-tiba, sayang menjerit kat abang.. Dan tangan abang.. Tangan abang macam gerak sendiri... Abang terkelar muka sayang.. Abang pun tak tau bila masa abang bawak pisau tu."

Dia terhenti lagi dan kemudian menyambung semula.

"Abang menyesal... Abang menyesal... Lepas tu tiba-tiba, Adam pulak sampai. Nampak je Adam, perasaan marah abang makin membuak. Abang tak pikir apa-apa lagi. Abang cuma fikir abang nak bunuh Adam... Dan apa yang abang fikir tu terjadi. Abang tak sangka!! Abang tak tau bila masa tangan abang pegang gunting tu dan... Dan bunuh Adam..."

"Tak guna!!!"

Lembaga tadi yang mengakui dirinya Teha itu mencekik Fazil sekali lagi. Fazil terkapai-kapai.

"Ab... Ab... Abang... Abang mintak... Mintak maaf... To... Tolong.. Tolong lepaskan... Lepaskan abang...!!"

"Teha!!"

Aishah tiba-tiba menjerit namun masih kaku di situ. Teha pula masih mencekik Fazil tanpa menghiraukan Aishah yang memanggilnya.

"Teha! Teha. Dah la tu.. Lepaskan dia..."

"Diam!! Kau jangan campur.. Ni antara aku dan dia..!!"

"Dah la tu!! Dia tak sengaja bunuh kau.. Dia pun tak sengaja bunuh Adam.."

"Diam!! Aku kata diam, diam la!!"

"Teha.. Dia tak sengaja bunuh kau dan Adam. Dia tak dapat kawal marah dia masa tu. Lepaskan dia.."

Cekikan di leher Fazil semakin longgar dan terlepas. Aishah menyambung kata-katanya.

"Ni bukan diri kau yang sebenar. Kau bukan pendendam.. Kau tak macam ni. Maafkan la dia. Ni semua da takdir. Kau dan Adam dah ditakdirkan pergi bersama-sama. Fazil pun da terima balasannya. Dia da gila. Lepaskan la dia."

Aishah mengakhiri kata-katanya. Keadaan menjadi senyap dan kemudian, Teha bersuara.

"Terima kasih, Aishah. Tapi satu lagi aku nak minta tolong daripada kau. Tolong semadikan aku."

Teha kemudian hilang, ghaib. Fazil yang dari tadi tertunduk menangis kini bangun dan tertawa riang sambil berkata.

"Yahoo!!! Aku jumpa Teha!! Jumpa mama papa dia!! Esok aku kahwin dengan dia!! Yeah!! Hehehe... Aku kahwin! Aku kahwin!"

Acong dan Aishah menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Fazil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience