BAB 3

Humor Series 8150

Malam itu, Waadah Sakinah dan Mikail Irsyad keluar makan malam bersama-sama. 'Haihh, boleh lah jugak aku nak lepaskan rindu yang bertalu-talu ni kat kau, Mika.' bisik Wada di dalam hati. Memang benar, dia tersangat merindui lelaki itu. Satu-satunya lelaki yang berjaya menawan hatinya. Setiap kali terpandangkan wajahnya, pasti hatinya berdegup laju. Kelajuannya itu melebihi kelajuan larian Khairul Hafiz Jantan. Perghh! Penangan cinta lah katakan.

"Awak, saya nak tanya something ni. Awak dengar tak?" soalnya kepada Mika.

"Ishh! Apa?" soal Mika semula. Kasar! Seolah-olah sudah tak tahu cara-cara nak menjaga hati wanita di hadapannya itu lagi.

"Awak dah tak sayangkan saya lagi ke? Saya tengok awak dah tak macam dulu. Awak dah berubah. Awak tak macam mula-mula kita kenal. Kenapa yaa awak? Atau saya seorang je yang rasa macam ni?" tanya Waadah inginkan kepastian.

Entah mengapa hatinya kini kuat mengatakan bahawa sikap lelaki itu sudah berubah. Ya! memang dia sedar akan perubahan layanan Mika terhadapnya. Sudah mula tawar. Tidak semanis dulu.

"Ishhh! Apa yang awak merepek ni! Tanya soalan macam-macam. Dah lah, tak payah fikir bukan-bukan lah. Saya still macam dulu lagi." balasnya sekadar menutupi syak wasangka Waadah.

Lantas Mikail Irsyad berlalu ke tandas tanpa menghiraukan lagi apa yang sedang bermain di benak wanita itu.

Telefon berdering. Datangnya daripada telefon bimbit Mika. Tanpa berfikir panjang lagi, Waadah mencapai telefon bimbit itu dan membaca isi kandungan mesej yang baru sahaja diterima.

Dibukanya aplikasi sembang WhatsApp lelaki itu.
Jantungnya berdebar-debar. Tangannya menggigil.

'Darling, you buat apa tu? I tengah boring ni, I sorang-sorang je kat rumah. You datang lah sini, temankan I, please. I takut lah duduk rumah sorang-sorang macam ni.' -Leuniey

Tanpa disedarinya, air mata berlinangan di pipi. Setelah membaca mesej itu, baru lah dia tahu kenapa lelaki itu sudah mula hilang perhatian buatnya.

Sakitnya Ya Allah! Sakit sangat-sangat. Kenapa orang yang aku percaya dan aku sayang selama ini, tiba-tiba boleh berubah perasaan terhadap aku? Aku terlalu cintakan dia. Aku terlalu sayangkan dia. Setiap hari aku merindukan dia. Setiap hari aku mendoakan dia agar menjadi jodohku. Tetapi, kenapa ini balasannya buatku? Apakah lima tahun mereka menyulam cinta masih belum bisa menguatkan ikatan kasih dan sayang lelaki itu terhadapnya? Kenapa? Kenapa?

Mudah sungguh hatimu berubah. Air mata sudah membasahi bajunya. Pilu. Sedih. Kecewa. Kecewa meratapi rintihan rindu yang dibalas dusta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience