bab 7

Action Series 30099

“MAMAT tu cakap apa dekat kau tadi?” soal Airiel semasa dalam perjalanan pulang. Arwin hanya menggelengkan kepala. Kalau boleh dia tak mahu menceritakan.

“Tak ada apa sampai muka kau berubah tadi? Cuba kau jangan berahsia dengan aku.”

“Betullah… Dia just cakap congrats je sebab queen malam ni.” jawapan Arwin tidak membuatkan Airiel berpuas hati.

“Kalau aku dapat tahu apa kau cakap dengan dia cakap tak sama, siap kau.” bagitahu Airiel sambil mengeluarkan telefon.

“Awak nak buat apa?”

“Call Que…” jawab Airiel dengan nada marah. Arwin sedikit cuak ketika itu. Lalu dia cuba untuk mengambil telefon Airiel.

“Tak payahlah….”

“‘Makin berani kau dengan aku kan?” Arwin baru perasan dia sudah melintas badan suaminya dan cepat-cepat beralih.

“Tak… tak payahlah call Que.”

“Dah kau susah sangat nak bagitahu. Baik aku tanya si Kay.”

‘Ish bila pula diaorang bertukar nombor ni. Susahlah aku macam ni.’

“Fine… Awin bagitahu. Dia cakap awak tak sesuai untuk Awin.” bagitahu Arwin serba salah. Airiel pula memandang isterinya dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu.

“Awin cakaplah.. yang dia siapa nak judge suami Awin. Awin cakap Awin yang tak sesuai untuk awak. Ye lah, Awin duduk rumah awak tu pun macam menumpang kesenangan awak je. Awin ni apa je ada? Harta pun tak ada. Yang Awin ada gelaran isteri ni je lah.” terang Arwin yang tidak langsung memandang Airiel yang sedang merenungnya. Tiada sahutan daripada Airilel membuatkan Arwin memandang suaminya namun Airiel sudah pun bermain dengan telefon. Arwin berasa hampa kerana suaminya tidak mendengar luahan hatinya lalu Arwin hanya memandang ke luar tingkap.

“Bos, Jack bagitahu yang dia nampak cik Stella.” beritahu Sham apabila suasana menjadi sunyi. Arwin mengerutkan dahi.

‘Stella ni siapa pula? Nama macam orang putih.’

“Dekat mana?” soal Airiel kedengaran tegas.

“Dekat klab yang dia selalu pergi tu.” Airiel menepuk tempat duduk depannya kuat. Ternaik bahu Arwin terkejut.

“Dengan jantan tak guna tu lagi? Mana abang dia? Memang tak pandai jaga adik dia ke? Kau call si Fizz suruh kutip budak tu sekarang.”

‘Fizz? Fizz abang Airiel… jadi Stella tu adik dia lah kan. Kenapa dia tak pergi?’

Baik bos.”

“Otak orang-orang kaya semua cetek. Sibuk itu ini anak tak pandai jaga.” bebel Airiel seorang diri. Arwin memilih untuk berdiam. Tidak mahu dengan dia dimarah.

“KAU jaga adik kau baik-baik boleh? Mak kau tu ada nama. Nanti tak pasal-pasal budak tu pun mak kau buang.”

“Kau cakap apa ni ngah? Acu tu pun adik kau lah. Aku tak ada rumah malam tadi, aku kerja.”

“Kerja-kerja… susah sangat suruh mak kau tu pasang spy tengok anak perempuan dia pergi mana.”

“Kenapa kau sendiri yang tak pergi tegur dia? Kau abang dia kan? Kau cakaplah macam mana pun kitaorang ni tetap darah daging kau.” Fizz tidak mahu mengalah. Ada sahaja dia membalas kata-kata adiknya. Arwin yang mendengar kekecohan daripada tadi pergi ke ruang tamu.

“Cukup baik aku dah bagitahu kau adik kau pergi mana… Ni kau tak ada kerja ke? Menempel rumah aku time-time ni. Kau kan busy sangat dengan kerja kau.”

“Aku halfday.”

“Adik kau? Dah angkut dah? Jauhkan la dia berkawan dengan budak tak ada life tu.”

“Siapa? Alif? Aku dah cakap banyak kali ngah… dia tak dengar. Mama pun backup si Alif tu.”

“Sebab tu anak buah dia memanglah… Percaya sangat anak adik dia. Sendiri boleh fikir lah… enjoy sana sini. Suruh mak kau tu fikir pasal anak perempuan dia… silap-silap dapat cucu awal pula.”

“Angah! Kau jaga mulut kau tu… aku lama sabar dengan kau. Dah kalau mama tu sibuk sangat dengan anak dia ni yang keras kepala macam mana dia nak fikir anak dia yang lagi dua orang ni. Macam mana kau cakap dengan aku? Cakaplah!” kali ini Fizz betul-betul sudah naik angin. Kata-kata Airiel itu sangat melampau.

“Selama ni, sikit pun dia tak kesah pasal aku. Apahal sekarang aku dah besar dia sibuk nak tatang aku? Tak payah, aku tahu macam mana nak hidup. Kau boleh cakap macam ni sebab bukan kau yang dia buang. Ni muka ni, muka ni dia buang… umur 8 tahun ni merempat macam tak ada mak bapak kau tahu? Eh kau tak tahu… sebab hidup kau senang daripada dulu. Hidup kau dengan adik kau tak ada sikit pun susah sebab apa ouh pengorbanan seorang mak? Pergi mampuslah.” amuk Airiel sambil ditolak meja lalu pasu di atas meja itu jatuh pecah. Arwin terkejut dan terus ke dapur mengambil penyapu. Segera dia ke depan, Airiel dan Fizz memandangnya.

“Aku ada suruh kau datang sini ke? Pergi dapur!” marah Airiel. Arwin hanya membuat tidak tahu sambil masih lagi menyapu. Airiel mula hilang sabar.

“Eh aku cakap dengan kau ni… Kau pekak ke?”

“Jangan dekat! Nanti kaki awak kena kaca! Cuba kalau marah tu jangan sepak terajang barang. Awin tahu awak ada duit, awak mampu beli tapi tolonglah… Kalau kaca ni masuk dalam kaki sesiapa dalam rumah ni macam mana? Cuba kawal sikit marah awak tu Airiel Zackry… Jangan rosakkan sekeliling awak. Just marah… Now duduk situ diam-diam. Jangan gerak selagi Awin tak siap.” bebel Arwin. Entah mana datang keberanian untuk berkata begitu dia sendiri tidak tahu. Airiel mengeluh kasar dan mengangkat tangan mengalah. Dia terus duduk sambil itu mengangkat kaki dan bersila tanda protes. Arwin tertawa kecil melihat riak bengang suaminya. Suasana sunyi tidak langsung Airiel mahupun Fizz bersuara. Setelah selesai Arwin pergi ke dapur dan keluar semula sambil membawa air yang sudah di buat sejak tadi.

“Nah minum. Sejuk kan hati masing-masing. Bincang elok-elok. Im warning you… jangan pecahkan gelas ni.” beritahu Arwin sambil merenung wajah suaminya. Airiel menjeling sambil mengambil gelas dan meneguk air. Lalu Arwin pun terus masuk ke dapur semula.

“INGAT pesan aku, jangan cakap dengan sesiapa pun. Jangan jauh daripada aku.” kali ini hampir 5 kali Airiel berpesan kepada Arwin.

“Ye awak…. Awin ingat. Just smile kan. Okay Awin ikut.” jawab Arwin sambil memandang suaminya. Lama Airiel merenung isterinya.

“Kenapa? Makeup Awin tak okay ke?”

“Kau memang selalu makeup macam ni?”

“Awin nak makeup macam ni? Awak pun tengok barang makeup Awin tadi macam mana. Nampak baru lagi kan… Tapi itu dah nak 2 tahun Awin guna tau. Awin jaranglah makeup kecuali hari-hari penting macam ni. Tak akan Awin biarkan muka macam selalu, malulah awak nanti. Awin tak nak malukan awak.” Airiel mengangguk setuju dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya.

Selang beberapa minit mereka pun tiba di satu hotel. Arwin memandang sekeliling. Buat pertama kali dia masuk ke tempat semewah itu.

“A… Awin takutlah awak. Orang lain nanti tak pandang rendah dekat awak bawak Awin kat sini? Awin baliklah…”

“Kau jangan nak buat perangai. Ikut ajalah… Kau sibuk orang nak cakap apa buat apa. Dah jom. Senyum.”

“Awak tak senyum pun.” saja Arwin mengusik suaminya namun melihat Airiel menjelingnya membuatkan Arwin mengemam mulut.

Suasana di dalam ruang itu sangat meriah dengan ramai tetamu yang hadir. Melihat pakaian mereka sahaja, Arwin tahu mereka semua karyawan. Semua datang ke arah Airiel untuk menyapa. Arwin ke tepi untuk memberi ruang kepada kenalan suaminya.

“Riel, lama tak jumpa kau. Macam mana sekarang? Makin kaya?” usik lelaki itu.

“Lagi kaya daripada kau.”

“Kau memang tak berubahkan daripada dulu.” kata lelaki itu tertawa sambil memeluk Airiel dan begitu juga Airiel.

“Siapa ni bro? Daripada diri sebelah kau.” tegur lelaki itu sambil memandang Arwin yang nampak anggun.

“Wife aku, Arwin.” beritahu Airiel selamba. Arwin disebelah memandang pelik. Bukankah Airiel tidak mahu sesiapa tahu tentang status mereka?

“Wife? Kau jangan buat main Riel? Ye aku tahu kau tak pernah bawak mana-mana perempuan sebelum ni tapi wife? Sejak bila?” Jelas lelaki itu terkejut. Kata-kata lelaki itu benar-benar menarik minat Arwin.

‘Tak pernah bawak sesiapa? So aku orang pertama?’

“Kau tak payah cakap kuat-kuat. Aku taknak benda ni sesiapa tahu pun.”

“Okay tapi bila? Kau tak ajak aku pun.”

“Dah tiga bulan lebih. Aku nikah dekat pejabat agama je.”

“Apa tadi… Arwin? Arwin dia ada acu pistol dekat awak ke masa nikah haritu?” soal lelaki itu yang masih tidak percaya.

“Cakap baik sikit.”

“Manalah tahu kau ni. Ouh btw nama saya Eriq, kawan baik suami awak.” Eriq memperkenalkan namanya. Arwin hanya tersenyum dan menundukkan sikit kepalanya.

“Kau mesti cakap dekat dia jangan cakap dekat sesiapa kan? Tak apa Arwin, dengan saya awak boleh cakap ikut suka awak. Jangan kesah sangat pasal dia ni.”

“Diamlah kau. Kau duduk sini jaga dia kejap. Kau jangan buat bukan-bukan pula.”

“Apa benda kau ni… Pergilah… Aku jaga dia.”

“Kau duduk sini kejap dengan dia. Jangan pergi mana-mana. Aku kejap je.” Arwin serba salah ketika itu namun lambat-lambat Arwin mengangguk dan Airiel terus berlalu pergi.

“So, korang dah kenal berapa lama?” soal Eriq ingin memulakan perbualan. Dia tidak mahu rasa suasana yang tiba-tiba sunyi.

“3 bulan lebih.” jawab Arwin sedikit ragu-ragu.

“3 bulan lebih? Then korang kahwin 3 bulan lebih? Korang kenal terus kahwin ke macam mana?“ usik Eriq tertawa kecil. Arwin mengangguk dan membuatkan Eriq terkejut.

“Seriuslah for real?”

“Yes for real.” jawab Arwin sambil tersenyum manis.

“So how? Dia treat awak okay?” Arwin berasa serba salah ingin menjawab soalan itu. Eriq yang melihat wajah Arwin tersenyum faham.

“Tak apa, awak boleh percaya saya.”

“Awin rasa awak pun tahu perangai kawan awak maam mana kan… so…”

“Dia tak pernah naik tangan dekat awak kan?” Soalan itu membuatkan Arwin menggelengkan kepala. Sepanjang tiga bulan bersama Airiel, Airiel tidak pernah naikkan tangannya. Eriq yang melihat reaksi Arwin tersenyum lega.

“Itu dah cukup bagi saya. Airiel memang kasar sikit sebab daripada kecik dia memang dengan saya. Kitaorang dua-dua membesar tanpa kasih sayang mak. Sebab tu lah Airiel tu macam tu. Saya lega sebab dia tak pernah naik tangan dengan awak. Do you love him?”

“Why tanya macam tu?”

“Sebab saya nak orang yang dengan dia, ikhlas sayangkan dia, bukannya gilakan harta dia. But saya tengok awak, saya percaya yang awak bukan jenis yang macam tu. Selagi awak isteri dia, awak kena percayakan dia. Maybe slowly dia akan buka hati berlembut dengan awak. Cuma awak kena banyak bersabar.”

“Insya allah.” jawab Arwin sambil tersenyum ikhlas. Matanya tiba-tiba terpandang ke arah suaminya dan ada seorang perempuan bersama dengannya. Pandangan Arwin menarik perhatian Eriq yang turut memandang ke arah sama.

“Tu Erin. Dia memang daripada dulu suka sangat dengan Airiel. Tapi Airiel tak pernah layan dia. Dia memang tak makan saman.” tidak perlu disoal, Eriq sendiri memberitahu hal itu. Arwin mengetap gigi menahan marah. Tangan juga sudah mengumpal menjadi penumbuk apabila melihat perempuan itu memegang lengan suaminya. Eriq yang memandang Arwin seakan tersedar sesuatu.

‘Awal sangat ke aku bagitahu? Mampus aku.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience