OLB 2 : I WANT YOU

Romance Completed 18684

Keesokan harinya.

Dimitri Rune membuat keputusan untuk pergi ke suatu tempat, melawat seseorang. Dia meletakkan keretanya agak jauh dari sebuah kawasan perkuburan yang agak lenggang. Dia membawa sejambak bunga orkid putih bercampur dengan warna merah. Dia berjalan perlahan-lahan dan memasuki pintu gerbang perkuburan itu. Langkahnya terhenti bila

dia ternampak sepasang suami isteri yang baru sahaja selesai melawat kubur seseorang. 

Mata Dimitri Rune terbeliak apabila dia kenal pasangan suami isteri itu. Apa lagi, mengelabah Dimitri Rune mencari persembunyian tak jauh dari sana. Dia bersembunyi di antara dua pokok besar, bersebelahan dengan kubur lama. Beberapa minit kemudian,  Dimitri Rune  merasa seram sejuk apabila dia merasa bahu belakangnya disentuh dan diraba sesuatu.

Dimitri Rune mengeletar apabila tapak tangan itu menjalar ke tangannya hingga ke pegangan tapak tangannya yang memegang bunga itu dengan kuat. Dia berpeluh dan menutup mata apabila dia terdengar

seseorang berbisik di telinganya dengan dekat.

“Kenapa kau tidak mahu berjumpa dengan aku….” Ucap suara itu dengan perlahan seolah-olah mahu menangis, suara dalam kesedihan.

“Ma…maafkann…aku… Bukan aku…tak mahuu….” Suara  Dimitri Rune bergetar sambil menutup mata dan dia perlahan-lahan menoleh ke belakang. Dia membuka mata perlahan-lahan.

Apabila kedua-dua matanya terbuka luas, mukanya tiba-tiba merah padam menahan malu. Dia melihat rupa-rupanya Victoria Skye yang mengganggunya. 

Victoria Skye ketawa besar sambil dilihat dan dijeling oleh Dimitri Rune  yang menahan marah berbaur malu. Kemudian Victoria Skye  diam dan memandang Christian dengan renungan yang tajam.

“Sekarang aku dah dapat tangkap kau. Kali ni kau tak boleh terlepas dari aku. Kalau tak, aku akan beritahu pasangan suami isteri itu yang kau menghendap mereka dan bersembunyi dari mereka!” kata  Victoria Skye dengan geram sambil menunjuk ke arah pasangan itu yang masih

berada di Kawasan tempat parking kereta di Kawasan perkuburan itu.

“How do you know I'm here??” soal Dimitri Rune dengan keras.

“Naluri aku sangat kuat. Aku tahu di mana dan siapa orang yang tak kotakan janji dia.. Jangan salahkan driver kau. Dia tak tahu apa-apa.” Jawab  Victoria Skye dengan wajah yang serius. Matanya terpandang ke arah bunga yang lelaki sedang pegang itu.

“Do you know them?” soal  Dimitri Rune sambil melihat ke arah pasangan itu.

“Yeah. Jiran sebelah aku. Dan kau pula? Nak melawat siapa?” soal   Victoria Skye .  

 Dimitri Rune berdehem melihat bunga orkid itu. Sikit lagi dia nak buang dan pukul Victoria Skye guna bunga itu.

“Tiada kaitan dengan kau. Kau tu kenapa masih ada disini??” soal  Dimitri Rune balik.

 “Kali pertama, di hotel. Kedua, taman rekreasi, Ketiga, di Kawasan perkuburan ini, kau tak boleh lari dari aku dan kotakan janji kau. Bahwa kau nak jumpa aku. Bukan bagi ini!” balas Victoria Skye  sambil menunjukkan sampul surat putih itu.

“Not enough? You got the watch and money. What else do you want? Kau ingat aku ni sugar daddy kau ke??” marah Dimitri Rune dengan tiba-tiba. Niatnya mahu melawat kubur seseorang, terbantut.

Victoria Skye menelan air liur. Dia terasa kecewa apabila dianggap sebegitu. Dengan perasaan kecewa, sedih, marah dan sebagainya.

Victoria Skye membuka jam tangan di pergelangan tangannya, dan memberi balik kepada  Dimitri Rune. Manakala cek bernilai satu juta ringgit malaysia itu, dia koyakkan dan lempar tepat di wajah Dimitri Rune.

“I’m sorry because I tried being slut, bitch, in front of you when we’re in the hotel for the last 2 days. Aku rasa jijik dengan diri sendiri, mencari makan dengan duit yang haram. Terima kasih sebab memberi aku duit hanya kerana ciuman yang tidak bermakna kepada kau!” ucap Victoria Skye

kemudian melangkah pergi dari situ. Air matanya berlinang.

Dimitri Rune menghela nafas yang berat. Apakah dia terlalu kejam dengan memberi duit?

“Hey wait!”  Dimitri Rune memanggilnya.

“Jangan risau! Aku takkan beritahu mereka. Mereka sudah pergi.” Jawab   Victoria Skye   menunjukkan pasangan itu sudah pergi dengan kereta mereka. Dia meneruskan langkahnya.

“Hey   Victoria Skye!” panggil Dimitri Rune lagi, kali ini membuat langkah   Victoria Skye berhenti.

Jantungnya berdegup dengan kencang apabila lelaki itu memanggilnya dengan suara yang garau.

“What??” soal  Victoria Skye dengan kasar apabila dia menoleh ke belakang.

 Dimitri Rune  memberi bunga orkid itu kepadanya. “Kalau kau tak nak semua tu, aku bagi kau ini.” Jawab   Dimitri Rune bersahaja.   

Victoria Skye merenung bunga itu. Tanpa menunggu dengan lama,

 Dimitri Rune mengambil tapak tangan perempuan itu untuk memegang bunga orkid itu.

“Aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku. And aku minta maaf sebab cium kau hari tu kerana kepentingan diri sendiri. Aku harap, lepas ni, kita takkan berjumpa lagi.” Ucap  Dimitri Rune . 

Victoria Skye terdiam di saat dia mengambil bunga itu. Dia tunduk kepalanya. Baru sahaja hendak merasa gembira apabila lelaki itu memanggil namanya dan memberi bunga itu kepadanya. Tetapi, lelaki itu tetap tidak mahu bertemu dengannya lagi.

“Baiklah. Aku pergi dulu. By the way, nama aku  Dimitri Rune. Take care, Vanessa.” Ucap Dimitri Rune. 

Tanpa menunggu respon  Dimitri Rune, dia berlalu pergi situ meninggalkan

Victoria Skye di Kawasan perkuburan itu keseorangan.

Victoria Skye diam memandang bunga orkid putih merah itu, membuat dia menangis apabila teringat seseorang yang dia sangat sayangi.

Dimitri Rune terdiam di saat memandu laju kereta sportnya itu. Biasanya dia akan memasang radio tetapi kenapa perasaannya terganggu setelah pulang dari Kawasan perkuburan itu sejam yang lalu. Bahkan dia meninggalkan perempuan itu keseorangan di sana.  Dimitri Rune mengeluh berat lalu membuat pusingan U-turn dan kembali ke Kawasan perkuburan itu. 

Setelah meletakkan kereta, Dimitri Rune melewati gate perkuburan itu dan mengetahui Victoria Skye sudah tiada di sana. Namun pandangannya terkunci apabila mengenali bunga orkid yang dia beri kepada Victoria Skye, terletak elok di atas sebuah kubur yang cantik dan kemas dengan batu nisan yang agak lama.

Dimitri Rune mendekati kubur itu, melihat dan membaca nama mendiang. Saat Dimitri Rune melihat, jantungnya berdegup dengan kencang, dia hampir sesak nafas dan terduduk di depan kubur itu. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Saat itu, dia melihat terdapat satu keping surat yang ditimbus dengan tanah, bertulis...

‘I really miss you sister; I want to be with you because no one accepts me in this world. Wait for me ya, sister… I’m going to be reunited with you. I love you so much…Sister ADRIELLA….’

Dimitri Rune mengamati kertas itu. Terdapat satu ayat di belakang kertas itu, tapi di garis dengan tanda ‘X’ besar bertulis, 

‘Thanks for the kiss that full of passion.’’

Tapak tangan Dimitri Rune menggeletar. Dia mengambil kertas itu dan pergi dari situ. Dimitri Rune mengesat air matanya dan memandu dengan laju. Sambil itu, matanya meliar mencari kelibat tuan punya kertas itu, namun tiada kelibat perempuan itu. 

Dalam pikirannya, Victoria Skye langsung tidak menyerupai Adriella.  Dimitri Rune memberhentikan keretanya di tepi jalan secara tiba-tiba sehinggakan kereta di belakangnya hon keretanya, hampir melanggar belakang keretanya. Christian merasa geram dan kesal lalu menumbuk steering kereta. Dia baru mengetahui bahawa, dia perlu mencari   Victoria Skye sebelum perempuan itu mengikut jejaka Adrille, kekasih yang dia paling cintai seumur hidupnya sebelum kekasihnya itu meninggal dunia.

-

Beberapa hari kemudian, Dimitri Rune   duduk di dalam rumah dengan keadaan yang tidak terurus kerana banyak berfikir. Datang Izack dengan sopan.

“Saya masih tidak jumpa dia, Tuan Dimitri…” katanya sambil tunduk kepala.

Dimitri Rune angkat kepala dan memandangnya. “Cari dia sampai dapat!” jerit Dimitri Rune.

 Kedua-dua matanya sudah merah hitam seperti memakan dadah. Mungkin kerana tidak tidur beberapa hari ini.

Dia mengarahkan Izack untuk mencari kelibat  Victoria Skye tanpa sebab kerana khuatir perempuan itu membuat perkara yang tidak sewajarnya.

“What is this all about, Rune??” tegur Dahlia Riri tiba-tiba. Kemudian Izack berterus terang kepadanya. Dahlia Riri angguk kepala dan menyuruh Izack pergi.

“This is not your fault. You can’t find that girl. Maybe dia berpindah atau….” Kata-kata Dahlia Riri terhenti apabila Dimitri Rune bersuara.

“Hati aku berkata dia masih ada di bandar ini! I need to find her now before something happens to her just like I did to Adriella.” Jawab Dimitri Rune lalu  mengambil kunci keretanya, dengan tubuh badan yang sakit dan tak terdaya, dia pengsan di depan Dahlia Riri .

_

3 hari kemudian.

 Dimitri Rune tersedar dari tidur. Dia bangun dari tidur dan melihat

terdapat makanan di meja sebelahnya. Matanya yang masih

mamai memandang sekeliling. Dia dapat mengecam tempat itu. Di sebuah hospital. 

Di tangan kirinya dicucuk oleh jarum, disambungkan dengan air drip kantung yang digantungkan.  Dimitri Rune mencabut jarum itu dan bangun dari katil walaupun dirinya belum sihat sepenuhnya, dia keluar dari bilik itu secara senyap dan berhati-hati. Baginya, dia tiada masa untuk berehat dan harus mencari Victoria Skye. 

Apabila dia melalui tandas hospital itu, dia melihat wajahnya di cermin. Mukanya yang kelihatan tidak terurus sejak dia keluar dari penjara. Namun nasibnya baik kerana di dalam penjara, dia menjalani latihan ahli bina badan. Yang dahulunya badan dia sado tapi kurus. Tapi sekarang tidak lagi.

Dimitri Rune menempah teksi dan pergi ke bandar di mana dia pernah meluangkan masa bersama Adriella ketika dahulu. Wajah Christian berubah apabila melihat restoran yang pernah dia dan Adriella bertemu. Entah kenapa perasaan dia terhadap Adriella sangat kuat. 

Tiba-tiba pandangan Christian teralih apabila dia melihat seorang perempuan yang dia kenal masuk ke dalam sebuah kedai pakaian berjenama.

“Victoria??” bisiknya sendirian. 

 Dimitri Rune berlari menuju ke arah sebuah kedai pakaian tak

jauh darinya. Apabila dia sampai, dari luar kaca kedai itu,  Dimitri Rune memandang ke arah Victoria Skye yang memakai pakaian beruniform sambil melayan pelanggan yang datang. 

Perasaannya bercampur baur melihat  Victoria Skye yang sentiasa tersenyum. Tanpa disangka, Victoria Skye yang berada di dalam kedai, terpandang ke arah luar dan sekaligus memandang  Dimitri Rune di luar kedai. 

Tingkah lakunya diperhati oleh pemilik kedai itu, seorang lelaki fashionable, keluar dari kedai dan mendekatinya Dimitri Rune.

“Hello Sir? Do you want to come in or not?” soal lelaki itu, merasa khuatir dengan tingkah laku Dimitri Rune yang seperti seorang pengemis.

Dimitri Rune tidak pasti apa yang dia mahu katakan. Pandangannya tidak teralih apabila memandang Victoria Skye. Pemilik kedai itu berdiri di depannya apabila perasan apa yang dia lihat.

“You need to go from here. Before I call the cops. You look suspicious looking at my worker.” Ujar lelaki itu lagi. 

Dimitri Rune memandang tepat ke arah lelaki itu.

“How much?” Dimitri Rune bersuara akhirnya.

“What??”

“This shop.” Jawab Dimitri Rune  sambil meraba poket jaket sejuknya.

Lelaki itu merasa marah.

“Are you insane! I'm calling cops!” ujar lelaki itu memberi amaran. Tapi panggilannya dihalang apabila   Victoria Skye  keluar dari kedai dan menghalangnya.

 “Bos! Relax! I know this guy. Please, let me handle it.” Ujar  Victoria Skye dengan wajah yang kelam kabut. 

Lelaki yang dipanggil Bos itu, mengerutkan dahinya. 

“Are you sure? This guy looks criminal. You look at his clothes! His face.” Kata lelaki itu lagi.

Victoria Skye menggeleng kepala menindakkan kenyataan itu.

“What’s your name?” soal  Dimitri Rune kepada lelaki itu.

“I’m Nicholas Dave. I’m the owner of this shop. Who are you? How do you know my worker?”

Dimitri Rune melihat Nicholas Dave seperti sama seusianya. Kemudian dia tiba-tiba menarik tangan Vanessa dan memeluk bahunya, membuat  Victoria Skye terkejut.

“I’m her boyfriend.” Jawab Dimitri Rune  dengan senyuman yang dipenuhi oleh misai dan jambangnya. Victoria Skye  memandang ke arah Dimitri Rune dengan mata yang terbeliak.

Manakala Nicholas Dave  memandang ke arah mereka dengan mata yang dikecilkan. Dia tidak percaya  Dimitri Rune yang agak berumur seperti  dirinya, boleh menjadikan Victoria Skye sebagai teman wanita. Sedangkan  Victoria Skye baru sahaja berumur 22 tahun. Terdapat perasaan cemburu singgah di hatinya.

Continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience