LELAKI itu melepaskan keluhan perlahan apabila jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun Raisa dan Qayyum masih belum pulang. Bunyi enjin kereta di garaj itu menyedarkan lamunan jauhnya itu. Lelaki itu laju bangun dan mengatur langkah kakinya ke muka pintu. Belum sempat pintu diketuk, Aqeef terlebih dahulu membuka pintu.
" Pergi mana? kenapa tak inform nak balik lambat? sengaja nak buat orang susah hati ke? " soal Aqeef.
Raisa hanya diam, kakinya terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dan hanya membiarkan Aqeef yang masih lagi berdiri di muka pintu itu.
Aqeef mengatur langkah kakinya menghampiri Raisa yang hanya mengendahkan panggilannya itu.
" Awak dengar ke tak apa saya cakap ni? apa function telefon awak tu kalau tak reti pakai? " semakin berang lelaki itu apabila wanita itu hanya mengendahkan panggilan telefonnya itu.
" Function telefon? I think you should ask yourself first! Dah lah just stop.. " perlahan kedengaran suara Raisa yang letih seharian pada hari ini.
" apa awak cakap ni? ask myself? awak pergi mana tak reti text ke apa? bagitahu semua dekat mana "
" Text? bukan setakat text Aqeef! saya siap call awak! awak tak angkat. Ke awak sengaja tak nak angkat hah? " Suara wanita itu tenggelam timbul kedengaran.
" And saya tahu awak akan bagi alasan yang sama, awak kerja! kerja! kerja! kadang-kadang saya fikir betul ke awak kerja! " Suara Raisa mula meninggi.
" Entah-entah awak ada perempuan lain dekat luar, perempuan tu kan yang tak bagi awak angkat telefon saya kan! " Ujar Raisa dengan suara yang tinggi.
Aqeef hairan, dia baru teringat yang telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri dan sedang dicas. Aqeef kini memandang ke arah Raisa yang masih lagi berdiri disitu.
Aqeef melepaskan keluhan kasar, rambutnya itu diraup dengan kasar ke belakang. Ini lah antara sebab mengapa dia malas ingin berbual dengan wanita itu. Jika dia tidak mengangkat telefon dikatanya dia ada perempuan lain.
Tak habis-habis cakap perkara yang tidak masuk akal!
" Jawablah kenapa diam! awak memang sengaja kan! if awak ada orang lain cakap dengan saya! "
" Tak payah sembunyi lah! , kalau awak ada perempuan lain awak pergi! dan tinggalkan saya dan Qayyum! "
Aqeef mengeluh perlahan, lelaki itu memandang ke arah anak lelaki itu yang kelihatan terpinga-pinga saat ini. Kepalanya anaknya itu diusap perlahan, wajah Qayyum saat ini kelihatan sayu sahaja.
" Qayyum, dah malam ni. Qayyum pergi mandi and tidur yaa.. Papa nak berbual dengan mama kejap ya " ujar Aqeef dengan lembut.
" Ermmm, okey papa.. " Qayyum terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Aqeef dan Raisa yang masih lagi situasi tegang itu.
" Boleh tak jangan bergaduh depan anak? berapa kali saya nak cakap dengan awak ya Raisa? "
Raisa berdegus.
" Biarlah, biar dia tahu perangai papa yang dia sayang tu macam mana! "
" Perangai apa awak ni, tak habis-habis lah. If ada apa-apa masalah,awak akan cakap saya ni ada perempuan lain. Apa masalah awak sebenarnya ya Raisa! " suara Aqeef kini pula kedengaran sedikit tinggi.
Raisa meraup rambutnya yang panjang itu kebelakang, entah mengapa dia berasa begitu sangsi dengan sikap suaminya itu yang suka meluangkan masa di luar berbanding di rumah.
" And awak kata saya sengaja tak nak angkat? awak cakap apa ni hah. Telefon saya habis bateri jadi salah saya ke? "
" Boleh tak awak jalan kan peranan awak sebagai papa pada Qayyum. Tolonglah ketepikan sekejap je kerja dan fokus pada family kita. "
" Kenapa setiap kali saya nak mintak tolong awak, awak takkan datang? And awak bagilah alasan yang sama alasan bodoh! " Hambur Raisa geram.
" Alasan yang saya tak boleh nak terima, saya dengan Qayyum tadi dah macam apa. Tunggu orang yang takkan datang! And guess? "
" Siapa datang? orang yang tak der apa-apa pertalian dengan kita. Betul lah orang katakan, tak semestinya dia ada hubungan dengan kita "
" Dia yang akan tolong kita,"
" Please lah Aqeef. Please be a good father for Qayyum and please....be a good husband for me walaupun sekali.. " Raisa terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Aqeef yang masih berdiri di ruang tamu itu.
Aqeef mengeluh perlahan, mungkin salahnya juga selalu tiada di saat Raisa dan Qayyum perlukan nya. Dia bukan sengaja tidak ingin mengangkat panggilan telefon daripada isterinya itu. Dan tidak pernah terfikir sekalipun dalam kepalanya yang dia ingin menduakan Raisa.
Walaupun hubungan dia dan Raisa tidak begitu baik, tapi dia tidak akan mengkhianati kepercayaan Raisa terhadapnya. Walaupun berkali-kali Raisa mengatakan bahawa lelaki itu mempunyai wanita lain di luar sana.
PERLAHAN-LAHAN Raisa merebahkan duduknya itu di atas katil, beg tangannya yang berada ditangannya itu diletakkan diatas meja lampu di sebelah. Bingkai gambar perkahwinan Raisa dan Aqeef itu dipandang lama. Dan tanpa sedar air matanya mulai gugur satu persatu membasahi pipinya itu.
" I'm tired.. kisah aku dengan Aqeef akan tamat kalau hanya aku je yang berjuang.. " ujarnya perlahan.
Semakin wanita itu mengelap air matanya itu, semakin laju air matanya itu mengalir membasahi pipinya itu tika ini. Wajah lelaki yang menolongnya petang tadi tiba-tiba sahaja muncul di dalam fikirannya saat itu.
" Kenapa Aqeef tak macam dia? kenapa Aqeef tak boleh jadi macam dia? " soalnya perlahan.
Aqeef yang sedang ingin mengatur langkah kakinya masuk ke dalam bilik, langkahnya itu terhenti apabila dia melihat Raisa yang sedang duduk dihujung katil sambil menangis.
' Dan dia menangis.. kerana aku lagi, kenapa aku sekali lagi buat dia menangis? ' Bisik hatinya perlahan.
" I'm sorry Raisa.. " ujarnya perlahan. Kakinya terus mengatur langkah meninggalkan Raisa sendirian di bilik itu. Biarlah Raisa bersendirian pada saat ini, mungkin ini lebih baik. Lelaki itu melepaskan keluhan berat, dia sendiri tidak tahu sampai bila hubungannya dan Raisa akan begini.
Bunyi deringan telefon bimbitnya itu menyedarkan lamunan lelaki itu, kelihatan nama Aiman yang tertera pada telefon bimbitnya itu. Kawannya itu memang tidak sah kalau tidak menelefonnya pada waktu malam begini.
" Ya.., kenapa Man? " soal Aqeef melalui corong telefon itu.
" Aku dah letak semula fail calon-calon untuk kau interview esok. And semuanya aku dah tapis " ujar Aiman.
Aqeef mengeluh.
" Hurmm.., okey " balasnya terus Aqeef mematikan telefon bimbitnya itu. Tanpa Aiman selesai bercakap.
" Kurang asam betul lah dia ni, suka sangat main letak je telefon. Haihh apa lah yang kering sangat hati dia ni ehh " bebel Aiman sendiri.
Dalam pada masa yang sama Aiman terfikir bagaimanalah Raisa dapat bertahan selama 6 tahun dengan perangai Aqeef yang tidak romantik seperti suami lain. Tapi dia sentiasa berdoa semoga hubungan Aqeef dan Raisa kekal selamanya.
Dia tahu walaupun Aqeef begitu, Aqeef sangat mencintai Raisa walaupun di tidak pernah menunjukkan.
AQEEF yang sedang meneruni anak tangga itu perasan Raisa yang sedang menghidangkan makanan di atas meja, untuk sarapan pagi. Aqeef laju mengatur langkah kakinya ke arah meja makan, lelaki tu melihat wanita itu memasak mi goreng untuk dialas perut pada pagi ini.
" Morning papa.. , " ucap Qayyum sambil mengukir senyuman memandang Aqeef yang baru sahaja turun itu.
Raisa yang sedang membawa teko berisi dengan air kopi itu diletakkan di atas meja dan dituangkan ke dalam gelas milik Aqeef itu. Aqeef mengalihkan pandangannya itu memandang wajah Raisa yang kelihatan sembap, nampaknya semalaman dia menangis kerana Aqeef.
" Duduk lah, saya ambik garpu sekejap " ujar Raisa sambil memandang ke arah Aqeef.
Aqeef terus menarik kerusi yang berada di hadapannya itu dan melabuhkan duduknya itu pada kerusi kayu yang berwarna coklat pokok itu.
Raisa terus meletakkan garpu dan sudu di pinggan lelaki itu, wanita itu terus melabuhkan duduknya berhadapan dengan Aqeef. Dan mula menjamu selera, suasana di meja makan kelihatan sunyi sekali.
" Hari apa awak akan gerak ke Singapura? " soal Raisa memecahkan kesunyian yang sedang melanda itu.
" Rabu " balasnya sepatah.
" Ohh, okey. Awak lunch dekat luar ke atau balik rumah? sebab saya ingatkan saya nak masak sikit untuk makan tengahari " Raisa memandang ke arah suaminya itu.
Jujur dia katakan dia masih marah tentang semalam, namun dia malas ingin berpanjangan. Dan dia mengambil keputusan hanya melupakan sahaja, tapi dalam masa yang sama dia turut bersalah.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin mengawal emosinya apabila bergaduh dengan Aqeef, dia sendiri tidak tahu mengapa apabila dia bergaduh dengan Aqeef pasti dia akan mengatakan Aqeef mempunyai perempuan lain.
" Luar, saya tak pasti balik pukul berapa. Awak tak payah tunggu saya.. " ujarnya lagi.
Raisa hanya mengangguk, perlahan.
" Qayyum cepat, nanti lambat pergi sekolah "
Qayyum mengangguk, sambil menikmati makanan yang dimasak oleh Raisa itu.
HAIYAN membuka peti ais yang berada di hadapannya itu, kotak air berperisa soya itu diambil dan dibawa ke kaunter untuk dibayar. Sedang lelaki itu beratur, anak matanya itu terhenti apabila dia melihat salah seorang pekerja disitu yang sedang menekan pen berkali-kali.
Bunyi pen tekan di tekan berkali-kali, telah menganggu Haiyan saat ini. Haiyan mula menutup kedua belah telinganya itu, tiba-tiba sahaja lelaki itu teringat semula sesuatu yang berkaitan pen tekan itu. Kedua belah tangannya itu saat ini mulai mengigil kesejukan.
IMBAS KEMBALI....
" Arghhhh!!! " Lelaki itu mengerang kesakitan apabila badan lelaki itu ditolak ke dinding dengan kuat. Sudah seperti rutin hariannya, Aqeef akan datang ke kelasnya dan mengheretnya ke belakang untuk memukulnya tanpa sebab yang kukuh. Sebenarnya lelaki itu sengaja ingin mengusik Haiyan.
BUK ! BUK ! BUK !
Beberapa tumbukan padu mula dilayangkan dipipi lelaki itu, cermin mata yang sedang dipakai oleh lelaki itu ditanggalkan oleh Muiz kawan baik Aqeef. Mungkin kata orang sebagai lelaki kita tidak harus takut, tapi kerana perasaan yang begitu takut itu benar-benar membuatkan Haiyan tidak berani.
Ya lah dia cuma pelajar nerd, tidak tahu berlawan ataupun bertumbuk. Kawan pun tiada di sekolah.
" Bak sini rokok tu Haziq! " Arah Aqeef.
Haziq laju mengeluarkan sekotak rokok itu dan menghulurkan satu batang rokok itu kepada Aqeef yang sudah kepanasan itu.
Aqeef menghembuskan asap rokok itu di wajah lelaki itu sambil gelak tawanya bergema memenuhi ruang tandas lama itu.
" Haihh,kenapa lah kau ni membosankan ehh? seronok sangat ke hidup macam ni " soal Aqeef dengan suara yang sinis.
Haiyan memandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan, pandangan yang penuh dengan kebencian yang mendalam dan berapi.
" Apa salah aku dekat kau Aqeef, sedangkan aku tak pernah ganggu kau.. " ujar Haiyan memberanikan dirinya bertanyakan akan soalan itu.
" Salah kau? hurmm.. apa ehh salah kau "
Aqeef laju mencapai beg sekolahnya itu dan membawa keluar sebatang pen. Ditekan pen itu berkali-kali, sambil berfikir untuk menjawab soalan yang di aju oleh Haiyan itu.
" Aduhh susah lah soalan tu Haiyan, hey! Muiz.. Haziq kau ada jawapan tak untuk soalan budak ni? " Soal Aqeef berselang bunyi tawa.
" Tu lah Qeef susah sangat lah soalan dia ni, tapi kalau kitaorang kata pukul kau ni satu kepuasan boleh? Hahahahaha " kini giliran Muiz pula tertawa.
Aqeef dan Haziq turut tertawa mendengar kata-kata daripada kawannya Muiz itu. Malah Haiyan masih lagi diam tidak bersuara.
Aqeef terus bangun daripada bangku yang sedang lelaki itu duduki itu dan mengatur langkah kakinya ke arah Haiyan yang sedang terduduk melutut dihadapannya itu.
" Kau nak tahu jawapan dia? " soal Aqeef sambil memandang tepat ke arah wajah Haiyan.
" Sebab.. aku benci orang yang lemah, orang yang pengecut. Orang yang bodoh! " Pen tekan yang berada ditangannya itu dicucuk ke peha Haiyan itu dengan kuat.
" Arghhhhhhhhhh!!!!! " Haiyan mengerang kesakitan apabila lelaki itu itu mencucuk peha lelaki itu dengan kuat menggunakan pen tekan ditangannya itu.
Suara garau lelaki itu memenuhi ruang tandas itu.
Aqeef hanya tertawa sahaja, semakin lelaki itu suka melihat reaksi Haiyan tika ini. Aqeef terus menarik pen yang hampir sudah separuh memasuki isi lelaki itu.
Darah mulai mengalir perlahan dari peha lelaki itu, Aqeef menayangkan wajah rasa tidak bersalahnya seperti biasa. Baginya apabila dapat menyakitkan Haiyan adalah satu kepuasan baginya.
" Tolonglah aku merayu pada kau Aqeef, aku merayu sangat pada kau. Lepaskan aku. Aku dah tak tahan hidup macam ni " air matanya mulai bertakung pada kelopak matanya itu.
Aqeef menepuk pipi lelaki itu beberapa kali, dia tertawa melihat air mata yang sedang bertakung pada kelopak mata Haiyan.
" Hey kau menangis? hahahaha. Kita ni lelaki tak sepatutnya menangis lah.. kau ni perempuan ke lelaki nak menangis ni? " soal Aqeef dengan sinis.
" Kau tahu tak hidup aku ni tak lengkap rasanya kalau tak pukul kau, terima kasih ehh.. sebab dah buatkan hidup aku tak suram.. " Aqeef mengukir senyuman sinis memandang ke arah Haiyan.
" Mungkin hari ni kau buat orang, hari lain nanti kau akan kena jugak. Kalau bukan kau, keturunan kau Aqeef! " ujar Haiyan dengan suara mendatar.
Aqeef hanya mengukir senyuman mendengar kata-kata daripada Haiyan itu tika ini. Geli hatinya mendengar kata-kata Haiyan.
" Kisah pulak aku? " Aqeef tertawa.
Aqeef terus menunjal kepala lelaki itu dan mengatur langkah kakinya keluar meninggalkan Haiyan yang sedang mengerang kesakitan itu. Muiz dan Haziq yang masih berada situ hanya tertawa melihat wajah Haiyan tika ini.
Haziq laju mencapai baldi air yang digunakan oleh tukang pembersihan sekolah untuk membersihkan tandas itu. Lelaki itu terus menuangkan baldi yang berisi air itu diatas kepala lelaki itu.
Air itu telah menyebabkan seluruh baju lelaki itu basah lencun, bergema tawa Muiz dan Haziq saat ini melihat keadaan Haiyan yang berbau itu. Pedih! Sangat pedih apabila air yang dijirus lelaki itu terkena pada peha lelaki itu yang terluka akibat perbuatan Aqeef.
" Aduh busuknya! bau sampah mana ni? " Ujar Muiz.
" Mungkin kak Kiah lupa nak kutip sampah ni kot hahahah, dah jom lah Muiz " Haziq terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Haiyan yang masih lagi berada disitu.
" Encik.. encik.. Encik " suara itu mematikan lamunan lelaki itu. Penjual itu menghulurkan plastik yang sudah siap diletakkan barang milik Haiyan itu.
" Hah? errk.. berapa? " soal Haiyan lelaki itu meraup wajahnya itu.
" Rm 3.50 sen Encik " ujar penjual itu.
" Ohh, okey sekejap.. " Haiyan terus menghulurkan kepingan wang itu kepada penjual itu. Selesai sahaja membayar, bergegas Haiyan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan supermarket tersebut.
Saat ini jantungnya berdegup begitu kencang, apabila teringat semula sejarah hitam itu. Setiap kali mengingatkan perkara begitu, pasti dia tidak dapat mengawal emosinya itu. Kedua belah tangannya itu saat ini mengigil sendiri. Nafasnya pula saat ini terasa seperti tersekat dan sukar untuk bernafas.
Haiyan memegang dadanya itu yang kini terasa sakit itu, lelaki itu menarik nafasnya perlahan-lahan dan dihembus perlahan. Lama kelamaan, lelaki itu mampu bernafas secara perlahan.
Lelaki ini menjadi sebegini pun antara sebabnya adalah Aqeef, disebabkan dia pernah dibuli secara fizikal dan mental oleh Aqeef lelaki itu pernah mengalami kemurungan yang sangat teruk.
Namun kini lelaki itu sudah pulih, tidak seperti dahulu lagi. Haiyan melihat jam di telefon bimbitnya itu tika ini sudah menunjukkan 8 pagi. Dia harus bergegas ke sesuatu tempat dengan segera.
SEBELUM bergegas ke tempat kerja, Aqeef mengambil keputusan untuk singgah ke kedai roti yang berhampiran tidak jauh dengan pejabatnya itu. Memang sudah rutin baginya untuk membeli roti dan air kopi disini. Sebab itu lah lelaki itu jarang bersarapan di rumah.
Namun disebabkan hari ini dia sudah bersarapan, jadi lelaki itu hanya membeli air kopi sahaja untuk diminum sambil menemu bual pekerja baru yang akan datang untuk interview hari ini.
" Ehh Aqeef... " Suara itu mengejutkan Aqeef yang sedang beratur dihadapan kaunter itu. Lelaki itu memalingkan wajahnya itu memandang seseorang yang kini sedang berdiri disebelahnya itu.
Alangkah terkejutnya Aqeef saat ini apabila yang berdiri dihadapannya saat ini adalah Muiz rakan sekolahnya dahulu. Sudah hampir 10 tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Kali terakhir jumpa pun, pada zaman sekolah menengah dahulu.
" Muiz? uishh lama aku tak jumpa kau.. kau apa khabar sihat? " soal Aqeef sambil mengukir senyuman.
" Macam ni lah aku, sihat je. Kau? wahh bukan main bergaya sekarang.. ohh lupa kau kan memang anak orang kaya " seloroh Muiz.
Aqeef hanya tertawa kecil, sambil menggeleng.
" Ermm, kau duduk dekat sana dulu. Aku nak order air sekejap " ujar Aqeef.
" Hah yer lah " Muiz laju mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Aqeef yang masih lagi sedang beratur itu.
Aqeef menghulurkan sebekas air kopi yang dibeli olehnya itu kepada Muiz. Aqeef terus melabuhkan duduknya berhadapan dengan kawan lamanya itu.
" Kau buat apa sekarang? kerja mana " soal Aqeef memulakan perbualan.
" Aku? aku kerja biasa je. Boleh lah sara anak bini aku kan.. " ujar Muiz sambil menghirup air kopi yang berada dihadapannya itu.
" Suka aku tengok kau dah berjaya, sekarang. Mesti kau ada keluarga yang bahagia kan "
Aqeef hanya sekadar mengukir senyuman.
" Ermmm, Muiz. Kau ingat lagi tentang budak lelaki yang kita pernah buli dulu.. " ujar Aqeef memulakan perbualan yang lebih serius.
Muiz memandang ke arah Aqeef yang sedang memandang tepat ke arahnya itu.
" Mestilah aku ingat, benda kelakar tu kot. Mestilah aku ingat hahahah " berdekah tawa Muiz tika ini.
Manakala Aqeef hanya diam sahaja, baginya tiada apa-apa yang kelakar dan harus diketawakan tentang hal serius sebegini.
" Kelakar? kelakar ke bagi kau sengsarakan hidup orang? " soal Aqeef suaranya kedengaran serius.
Muiz yang sedang tertawa itu terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Aqeef saat ini. Sungguh berbeza sekali sikap Aqeef dahulu berbanding sekarang.
" Hah? kau cakap apa pulak ni "
" Jujur aku cakap dengan kau, yang aku menyesal sangat dengan apa yang aku buat dekat
dia dulu " suaranya kedengaran sedikit tenggelam.
" Kenapa kita kejam sangat ya Muiz? Kenapa kita boleh jadi manusia yang tak der perasaan? "
Muiz melepaskan keluhan perlahan, mendengar kata-kata Aqeef saat itu.
" Kau tak rasa berdosa ke pada dia, setiap hari aku fikir benda ni Muiz. Dah lah aku tak pernah jumpa dia sekalipun "
" Kita dah rosakkan hidup dia Muiz, kau sedar tak Muiz? "
" Aduh kau ni Qeef, sejak bila kau kisah pasal orang lain hah? lagipun buat apa kita nak fikir pasal orang yang tak der kaitan dengan kita? " Muiz langsung tidak bersetuju dengan Aqeef.
" Lantak dia lah hidup dia dah rosak ke, hidup dia malang ke. Benda tu tak der kaitan dengan kita faham! "
" Dah lah, tak payahlah fikir pasal budak bodoh tu. Entah-entah dia dah mati ke kan? " Ujar Muiz berselang bunyi tawa.
Aqeef menggeleng melihat Muiz yang tidak kisah langsung apa yang dibualkan olehnya itu.
" Mana Aqeef yang pentingkan diri? Aqeef yang tak kisah pasal orang lain? Aqeef yang tak der perasaan tu? " soal Muiz lagi cuba menyedarkan lelaki itu.
" Wake up lah Aqeef, "
" Setiap hari aku tak boleh lupakan benda ni Muiz, aku rasa sangat bersalah pada dia. Kau tahu kan dia pindah sekolah pun sebab kita " belum selesai Aqeef selesai bercakap. Kawan baiknya itu memotong.
" Hey dah lah Qeef, berhenti lah fikir pasal budak tu. Serabut betul lah aku bila dengar cerita pasal budak bodoh tu " Muiz geram.
KRING ! KRING ! KRING !
bunyi deringan telefon bimbitnya itu menghentikan perbualan di antara Aqeef dan Muiz itu. Aqeef laju mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam poketnya itu dan terlihat nama yang tertera Aiman. Aqeef melepaskan keluhan perlahan.
" Hello Man, ada apa ni? " soal Aqeef.
" Mana kau ni? dah pukul berapa dah ni. Hari ni kan ada interview lupa ke? " soal Aiman kembali.
Aqeef mengeluh, lelaki itu melihat jam di pergelangan tangannya itu sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Boleh tahan lama lelaki itu berbual dengan Muiz.
" Haih, yer lah. Jap lagi aku sampai.. " Aqeef terus mematikan telefon bimbitnya itu.
" Aku gerak dulu lah Muiz, ni kad aku.. ada masa nanti kita berbual lagi " Aqeef menghulurkan kad yang tertera namanya dan syarikatnya itu kepada Muiz.
" Hurmm.. " balas Muiz acuh tak acuh. Masih geram dengan sikap Aqeef sebentar tadi.
Aqeef laju bangun dari kerusi yang sedang lelaki itu duduki itu dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan kedai itu dengan segera.
" Berlagak baik pulak kau, padahal kau lah kepala setan dulu! Sekarang ni nak berlagak
baik pulak! " ujarnya sendiri.
" Bodoh.. " keluhnya kasar.
AQEEF mengatur langkah kakinya memasuki pejabatnya, Aiman yang perasan akan kehadiran lelaki itu hanya mampu menggelengkan melihat kelakuan lelaki itu yang datang lambat ke pejabat. Nak marah tak boleh, sebab dia boss. Takkan pekerja nak marah boss. Tak pasal-pasal hari ni hari terakhir dia kerja di Syarikat Aqeef.
Kalau Aiman buat sebegitu,memang hari ini adalah hari terakhirnya bekerja.
Sebaik sahaja Aqeef membuka pintu pejabatnya itu, lelaki itu melepaskan keluhannya apabila melihat terdapat begitu banyak sekali fail-fail pekerja yang harus lelaki itu menemu bual sebentar lagi. Ini pasti kerja si Aiman.
" Haihh, budak Aiman ni memang lah " Aqeef berdegus geram. Kod kerja yang sedang dipakai olehnya itu dibuka dan disangkutkan pada kerusinya itu.
Aqeef terus melabuhkan duduknya di kerusi, fail yang berada dihadapannya itu disusun. Bunyi ketukan pintu itu mengejutkan Aqeef yang sedang mengemas mejanya yang sedikit berselerak itu.
" Masuk.. "
Mendengar sahaja kebenaran Aqeef untuk masuk ke dalam biliknya itu, kelihatan kini Nadya membantu peribadi Aqeef itu kini berada dihadapannya saat ini. Dia dapat lihat wajah ketat Aqeef saat ini, mungkin kerana keadaan meja lelaki itu yang sedikit berselerak itu.
" Ermmm, sebelum tu. Encik Aqeef pagi tadi sebelum Encik Aqeef masuk saya dah siap ke.. " belum sempat Nadya selesai bercakap. Lantas lelaki itu memotong.
" Orang yang nak interview dah sampai ke? kalau dah sampai, panggil dia masuk " ujar lelaki itu tanpa memandang Nadya yang berada dihadapannya itu saat ini.
" Err.emm baik Encik Aqeef.. " wanita itu terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan pejabat milik lelaki itu.
Aqeef melepaskan keluhan perlahan, bunyi ketukan pintu itu kini mengejutkan Aqeef yang sedang duduk dikerusi sambil membelek beberapa fail yang berada dihadapannya itu.
TOK ! TOK ! TOK !
" Masuk.. " arah lelaki itu.
Perlahan-lahan daun pintu ditolak oleh lelaki itu, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya masuk ke dalam bilik lelaki itu untuk interview. Kini lelaki itu berdiri dihadapan Aqeef yang masih sibuk memerhatikan fail-fail yang berada diatas meja itu.
" Selamat pagi Encik Aqeef Maleeq.. " ujar lelaki itu. Aqeef yang sedang menulis sesuatu di kertas itu, terhenti apabila dia seperti sangat mengenali suara itu. Suara yang cukup dia kenali.
Perlahan-lahan Aqeef mengangkat wajahnya itu dan di pandang ke hadapan, untuk melihat suara siapakah itu. Dan seperti yang difikirkan di dalam ingatannya itu, benarlah lelaki yang berdiri di hadapannya itu adalah Haiyan.
" Ha..Ha..Haiyan? " nama itu meniti di bibir Aqeef saat ini. Terasa hendak terberhenti jantungnya saat ini apabila melihat Haiyan yang sedang berdiri dihadapannya saat ini.
Haiyan mengukir senyuman memandang Aqeef ketika ini, yang begitu jelas terkejut melihat keberadaanya disini hari ini.
" Kau apa khabar? " soal Haiyan memulakan perbualan.
Entah mengapa saat ini, kelopak mata Aqeef terasa hangat apabila melihat keberadaan Haiyan secara mengejut dihadapannya itu. Siapa sangka selama ini bertahun-tahun lelaki itu mencari Haiyan namun dengan sendiri dia dapat melihat lelaki itu di pejabatnya itu sendiri.
Anak mata Aqeef terhenti apabila melihat garisan parut kecil yang berada di pergelangan tangan Haiyan kerana kelakuannya itu dahulu terhadap lelaki itu.
" Haiyan? "
Share this novel