`Kerja ni nak buat macam mana? 'soal Hafi usai kami habis makan. `Tulah kau.. Sapa suruh tak datang'. Balas Khairul. Aku hanya tersenyum. `Aku tanya elok-elok kan khairul'. Balas Hafi. `Yelah.. Yelah.. Rilek la.. Aku bergurau je'.balas Khairul.`Dahlah.. Kalau aku tengok aje.. Sampai bila korang takkan habis' ujarku. Mereka hanya tersengih. Aku pantas mengambil tugasan Hafi yang berada di tangannya. Pantas aku menyelak buku itu satu per satu. Mata aku bulat apabila melihat Hafi baru menulis sikit sahaja! Aku memandang Hafi. Hafi yang faham akan pandangan itu, tersengih memandangku. Aku hanya mengelenggkan kepala. `Tolonglah ajar aku'. Mohon Hafi. Dia masih memandangku. Pantas aku mencapai pensel aku dalam kotak pensel aku lalu aku menulis sesuatu dalam buku aku. Lama jugak aku menulis. Mereka yang pelik melihat kelakuanku hanya memandang antara satu sama lain. Khairul menyiku lengan Hafi. Hafi memandang dan menjengketkan bahu tanda tidak tahu. Dia memalingkan semula mukanya ke arah Qilla. Siap! Aku pantas mengoyakkan kertas itu lalu aku menghulurkan kertas itu kepada Hafi. Hafi pantas mengambil kertas itu. Dia membulat memandangku setelah melihat isi kertas itu. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. `Jangan tak siap pulak. Aku dah tolong dah'. Ujarku. `Thanks!! Thanks Qilla!! Thanks!! 'ucap Hafi girang. Aku meletakkan jari telunjukku di hidung. Hafi pantas menutup mulut. Aku hanya tersenyum. Aku memalingkan muka ke arah Hana dan Khairul. Baru aku perasan mereka hanya buat kerja mereka sendiri! Aku senyum memandang mereka. Hafi yang melihat Qilla senyum menjadi pelik, lantas dia memalingkan mukanya ke arah Hana dan Khairul. Dia pun turut tersenyum. Dia melihat mereka berdua agak duduk rapat kerana membincangkan kerja. Hafi mendekatkan mukanya telingaku. `Qilla.. Jom kita bincang tempat lain. Biar mereka berdua mereka berbincang sesama mereka'.ujar Hafi. Aku memandangnya yang tersenyum memandangku. Aku membalas senyuman itu lantas aku mengangguk. Kami bangun perlahan-lahan lalu kami duduk di tempat yang jauh sedikit dari mereka berdua. Khairul yang lihat pantas tersenyum. Thanks Qilla! Hafi! Korang memang best! Ujar Khairul dalam hati. Dia memandang Hana yang sedang ralit menerangkan tentang tugasan. Hana yang perasan dirinya diperhatikan pantas mengangkat mukanya. Dia terpana seketika. Mata mereka bertaut lama. Khairul mendekatkan wajahnya ke wajah Hana. Dia merenung ke dalam mata Hana. Hana bagaikan dipukau. Dia tidak sedar bila muka Khairul rapat dengannya. `Hana'. Panggil Khairul. Hana yang bagai baru tersedar terkejut bila melihat wajahnya amat rapat dengan wajah Khairul. Pantas dia menjarakkan mukanya. Khairul tersenyum. Dengan pantas dia berdiri dan sepantas itu juga dia mencapai tangan Hana lalu menariknya keluar dari kedai. Hana yang terkejut tanpa dapat dikawal, dia turut ikut. `Khai.. Khai.. Lepaskan tangan aku'.pinta Hana. Khairul tidak memperdulikannya malah terus menarik tangan Hana dan menyuruh Hana masuk ke dalam kereta. Hana hanya menurut. Khairul masuk ke dalam kereta. Dia memandang Hana yang sedang menurut tangannya. Merah! Kuat sangat ke aku cengkam tangannya? Fikir Khairul. `Hana'. Panggilnya lembut. Hana mengangkat wajahnya. `Kita nak ke mana ni Khai? Kau nak bawak aku ke mana? Si Qilla dengan Hafi macam mana? Takkan nak tinggalkan mereka? 'soal Hana. Matanya mula berkaca. Mungkin sakit dengan cengkaman Khairul tadi. Khairul masih memandangnya. `Hana.. Aku mintak maaf sebab pegang tangan kau tadi.. Kau jangan risau.. Tadi sebenarnya Hafi Ada bawak kereta dia. Kau jangan risau. Aku nak bawak kau gi pantai. Ada perkara yang aku nak bincangkan dengan kau. Penting sangat'. Balas Khairul. Hana hanya menundukkan kepalanya. Khairul mula memandu kereta. Sepanjang perjalanan, mereka hanya senyap. Sebaik sahaja sampai, Hana terus keluar dari kereta tanpa menunggu Khairul. Khairul pantas keluar. Hana pantas berlari tanpa hala tuju. `Hana!! 'panggil Khairul. Dia pantas mengejar Hana.`Hana!!' jeritnya lagi. Hana terus melarikan diri. Khairul berlari sekuat hati mengejar Hana. ` Hana Qelisha!! 'jerit Khairul lagi. `Please berhenti!!' jeritnya lagi. Hana tidak menghiraukan jeritan Khairul. Dia sendiri tidak tahu kenapa kena lari daripada Khairul. Khairul berlari sekuat hati dan sepantas itu dia menyambar tangan Hana lalu menariknya ke belakang. Hana terdorong ke belakang. `Hana.. Please.. Berhenti.. Dengar dulu penjelasan aku'. Rayu Khairul. Hana cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Khairul. Dia tak mahu lemah. Dia tak mahu lemah di hadapan Khairul. `Hana..'Khairul sudah melutut di hadapan Hana. Hana terkaku. `Please.. Dengar dulu penjelasan aku'. Rayunya lagi. `Ye.. Ye.. Bangunlah.. Malulah orang tengok! 'ujar Hana. Khairul berdiri lalu mendekatkan dirinya dengan Hana. Khairul merenung ke dalam mata Hana. Dia masih mengenggam erat tangan Hana walaupun Hana berulang kali cuba melepaskan. `Hana'. Panggilnya lagi. Hana cuba untuk tenang. Dia membalas renungan Khairul itu. `Khai.. Kau taukan yang aku masih tak sihat.. Tapi kenapa kau bawak aku ke sini'. Ujar Hana. `Maafkan aku.. Ni memang tempat aku melepaskan geram.. Aku.. Aku.. Ada sesuatu nak bagitau kau.. 'ujar Khairul. `Cakaplah.. Tapi sebelum kau cakap.. Please lepaskan tangan aku'. Pinta Hana. Khairul melepaskan tangannya perlahan-lahan. `So?'soal Hana. `Hana.. Aku.. Aku.. Aku jujur sayangkan kau.. Aku jujur cintakan kau Hana.. Takkan kau tak perasan semua ni.. Kau mesti perasankan? Dan aku yakin.. Kau ada perasaan yang sama pada aku.. Please Hana.. Bagi aku peluang untuk buktikan.. Aku tak boleh kehilangan kau'. Ujar Khairul. Dia memandang Hana. Hana diam seribu bahasa. `Hana.. Please.. Say something.. 'pinta Khairul. Dia menghembus nafas. Dia mula mendekatkan dirinya dengan Khairul. Dia memandang ke dalam mata Khairul. Khairul membalasnya. `Khai.. Kau taukan kisah keluargaku.. Aku.. Aku tak nak.. Aku tak nak kau menderita Khai bila kau hidup bersama aku.. Please.. Khai.. Please faham '. Balas Hana. `Tapi kau sayang dan cintakan akukan?' soal Khairul. Hana mengangguk perlahan. Dia tunduk. Khairul tersenyum. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Hana. `Hana.. Pandang aku.. Please.. Pandang aku'. Rayu Khairul. Hana perlahan-lahan mengangkat mukanya. `Kita cuba dulu Hana.. Aku tak kisah dari mana asal usul keluarga kau. Aku terima. Please.. Bagi aku peluang.. Aku janji.. Aku takkan persiakan kau.. Please.. Kasi aku peluang.. Kasi aku peluang untuk bahagiakan kau..Aku betul-betul sayang dan cintakan kau hana'. Ujar Khairul. Hana dapat merasakan tangannya makin digenggam erat. Dia merenung Khairul. Mencari keihklasan. Ya.. Dia tahu Khairul ikhlas. Tapi dia masih berasa takut. `Khai.. Bagi aku masa.. Bagi aku masa.. Untuk fikirkan semua ni'. Balas Hana. Khairul yang mendengar melepaskan tangannya perlahan-lahan. Kecewa! Ya. Dia kecewa! `Ambiklah masa yang kau nak Hana.. Aku sanggup.. Aku sanggup tunggu.. Tapi aku nak ingatkan kau sekali lagi.. Aku ikhlas'. Balasnya. Hana mengangguk. `Thanks Khai sebab faham aku'. Balas Hana. Khairul tersenyum walaupun senyuman itu pahit. Hana tahu itu. Hana sedar bahawa dia telah mengecewakan Khairul. Maafkan aku Khai.. Ucap Hana dalam hati. `Jom.. Aku hantar kau balik'. Ajak Khairul. Mereka berjalan beriringan. Hana masuk ke dalam kereta begitu juga Khairul. Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap. Ketika sampai, Hana memandang khairul. `Thanks Khai.. Jumpa esok'. Ujar Hana. Khairul hanya mengangguk. Hana keluar dari kereta lalu terus menuju ke tangga untuk masuk ke bilik. Namun dia terlebih dahulu menyembunyikan dirinya di sebalik dinding. Khairul yang fikir Hana sudah pergi, dia pantas menghentak streng berulang kali. Melepaskan geram. `Kenapa Hana.. Kenapa?? Kenapa kau buat aku macam ni?? Kenapa.. Aku ikhlas Hana.. Terlalu ikhlas.. Tapi takpe.. Aku janji.. Aku akan tunggu kau'. Ujar Khairul sambil mula teresak. Setelah lega, barulah dia memulakan pemanduannya semula. Hana yang melihat dari tadi hanya menangis. Dia tahu. Khairul kecewa! Tanpa menunggu dia terus menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik. Hana menangis semahu-mahunya. Dia menyembamkan mukanya pada bantal. Tiba-tiba terasa bahunya dipegang. Pantas Hana berpaling.
Share this novel