"Huarghhh!"nguap Eden seluasnya sewaktu berdiri di rel besi dek cabin menghadap pemandangan laut. Baru terjaga dari lenanya yang panjang.
Anak rambutnya berterbangan ke merata arah dibuat tiupan angin yang menyapa wajahnya saat ini. Terang cahaya matahari tengah hari buatkan dia yang kenakan cermin mata hitam pun masih silau. Walaupun dah bertahun lama menjadi tentera laut, dia masih tak biasa dengan keadaan panas dan silau macam ni. Mujurla kulitnya ini mudah hangus mudah pulih semula. Kalau tidak mahunya rupa dia tak ubah seperti roti baru keluar dari pemanggang sepanjang masa.
"Hai handsome?Seorang je?"tak semena seorang wanita muncul di sisi Eden.
Eden tersentak, dia palingkan kepala untuk pandang orang di sebelahnya.
Seksi. Tidak mengenakan pakaian kecuali bra di badan dan selendang yang tak habis tutup bahagian bawah badan. Mendedahkan susuk tubuh berlekuk miliknya. Rambut mengurai yang beralun itu berterbangan ke belakang.
Tapi sekejap, dia keudian pandang ke depan semula."Sorry...not interested."ucap Eden acuh tak acuh.
"Alah...jangan la jual mahal...kita kenal-kenal je pun.."kata wanita itu lagi sambil melurutkan jari berkuku panjangnya ke lengan berotot Eden dan bertatu itu.
Eden tak terkutik, dia malah anjak ke tepi nak jarakkan diri. Dia belum mahu pergi dari situ kerana ingin mengambil angin. Minah rambut karat ni agaknya tak faham bahasa mungkin sebab tetap berdegil mahu berkenalan dengan dia. Jangan sampai dia humbam ke air laut ni kang!
Masih tidak mahu mengalah, wanita itu bersikap lebih berani lagi. Dia menyandarkan badannya ke Eden. "Mari la...saya boleh kenalkan awak pada kawan-kawan saya yang lain jugak...."ajaknya lagi.
Keluhan panjang lepas dari mulut Eden. Memang ada yang kena maki jugak akhirnya ni. Niatnya mahu meninggikan suara. Sekali tu ada yang meninggikan suara terlebih dahulu dari arah belakang.
"TIDAK!!!Arghh!Angin tak guna!Topi aku!"jerit suara tu.
Terkejut dengan suara yang tidak asing buat telinganya, kepala Eden cepat-cepat berpaling. Lantas ternampak akan Davina sudah pun melungkup atas lantai mahu mengejar topi putih yang berguling-guling di tiup angin.
Davina cepat-cepat bangun dari situ lalu tunduk bongkok mahu mengutip topi itu tapi tak sempat sehingga la ia berguling melepasi rel besi di situ sebelum mendarat atas air laut. "Arghh!Damn you stupid hat!"laungnya sewaktu tergantung di rel besi dengan tangan menghulur ke bawah seakan mahu mencapai topi yang sudah 'selamat' di laut Mediterranean itu.
Kening Eden terangkat sebelah melihatkan kerenah Davina.
"Crazy bitch..."getus wanita di sebelah Eden tak lama kemudian dengan nada sinis. Tapi dia senyum balik lepas fokusnya kembali semula ke Eden. "So?Awak nak join?"dia peluk lengan tu.
Eden pandang akan tangan yang memeluk lengannya. Senyuman plastik terukir di bibir sejurus akal bijaknya terlintas satu idea.. "Maaf...saya rasa isteri saya takkan suka kalau dia nampak kita macam ni.."beritahunya sambil menarik tangan lepas darinya. Lantak la situ. Dah perempuan ni degil sangat kan.
Kening wanita itu berkerut. "Isteri?"dia lirik akan Eden dari atas ke bawah. Tak mungkin la lelaki depan dia ni dah berkahwin. "Tipu..kalau betul mana isteri awak?"balahnya yang masih tak mahu lepaskan lelaki berkualiti seperti daging stik gred AAA premium ni.
Eden palingkan kepala lalu tunjuk ke arah dimana Davina sedang berdiri menghadap laut tidak jauh dari tempat mereka. "Itu,.."tunjuknya setelah itu.
Wanita di depan Eden berdengus tak percaya. "Oh really..kalau macam tu panggil dia.Buktikan dia adalah isteri awak. Kalau bukan awak kena ikut saya tak kira apa sekalipun sebabnya."desak wanita itu lagi.
Eden jungkit bahu tanda tak kisah lantas melaung. Fine. "Davina!"panggilnya.
Melompat Davina dekat situ kerana terkejut dengan laungan itu. Dia yang turut mengenakan cermin mata hitam itu tunding jari ke dadanya sendiri nak dapatkan kepastian.
"Ke sini sekejap.."panggil Eden melambai tangan suruh mendekat.
Wanita di depan Eden silangkan tangan dan pandang penuh curiga akan Davina semasa Davina mendekati mereka.
Sampai saja Davina di sisi Eden, dia lirik akan wanita di depan Eden atas ke bawah lalu ke Eden pula. "Ada apa ni?"tanya dia dengan perasaan menggerutu. Asal Eden ada dengan perempuan jugak ni?Untung betul jadi lelaki buffy ni kan. Mana-mana wanita akan keliling.
"Sayang...can you tell this women to back off cause I already have you as mine?"minta Eden dengan suara menggoda mesra sambil lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Davina.
What the f*ck! Davina pandang terkejut ke Eden. Mujur dia tak makan atau minum sekarang ni. Kalau tidak mahunya dia tersedak dan tercekik sekarang jugak. Sayang?Dah kenapa dengan Eden ni? "Apa yang-"
Eden tarik Davina rapat ke badannya lalu dia bisik ke telinga tu. "Better kau cakap something atau aku akan susahkan kau sepanjang perjalanan kau atas kapal ni.."ugutnya dengan perlahan.
Luas terbutang mata Davina sewaktu menahan nafasnya. Air liur di telan dengan susah payah taktala dia rasakan cengkaman kuat jari jemari Eden pada pinggangnya ketika itu. Hish!Dia pulak yang kena!
"Boleh saya tahu apa urusan cik dengan te-"mula Davina tapi Eden terus potong.
"Suami.."bisik Eden laju-laju sebelum Davina teruskan kata.
Heh?Suami?Melebih dah ni!Davina pandang 'WTF' ke Eden. Makin melemak betul anak orang ni!
Wanita tadi berdengus tak percaya. Sah-sah la Eden hanya gunakan Davina sebagai alasan."So?Awak berdua bukan suami isteri kan?"ujar wanita itu. "Times up...awak kena ikut saya."dia capai tangan Eden. Mahu menarik lelaki tu pergi dari situ.
Secara automatik Davina pukul tangan wanita tu cepat-cepat dan pegang Eden dengan defence postur. "Eh...sesuka hati nak pegang-pegang laki orang ni kenapa?Desperate sangat pergi la cari orang lain sana. Kalau kau tak nak mulut kau tu aku jahit dengan benang bedah aku better kau berhambus."marahnya dengan mata menjegil bulat. Amboi-amboi sesedap cukup rasa eh nak paksa orang!Ingat diri tu siapa.
Eden yang lihat hanya tersengih senang. Dia tak turunkan tangan dari pinggang Davina mahupun tarik tangan yang sedang di pegang oleh Davina. Kisah jugak rupanya Davina pada dia ya?
Terkejut wanita tu bila Davina dengan garang bercakap dengan dia begitu. "Hak alah...over pulak."kata dia sebelum berpaling dari situ dengan jelingan tak suka ke Davina.
Sambil buat muka tak sukanya, Davina jeling saja ke wanita tu sehingga kelibat itu tidak kelihatan lagi. Setelah itu dia jeling ke Eden semula. Geram betul dia menengokkan Eden. Besar macam anak badak pun tak reti nak reject perempuan macam mana. Tunjuk la perangai menjengkelkan yang sama macam Eden perlakukan dia!
"Apa jeling-jeling?Ingat aku nak tergoda ke?Juling baru tahu.."komen Eden selepas nampak akan renungan yang di lemparkan oleh Davina yang seperti mahu membaham dia bulat-bulat.
"Aku jeling kau la!Dah besar kedabak macam bapak orang pun tak reti nak reject perempuan. Asal kau tak tunjuk je perangai menjengkelkan kau tu dekat dia macam mana kau layan aku...Ceh..suami konon. Perangai menyakitkan hati berangan nak jadi suami aku."cebik Davina dengan jengkel.
Eden ketawa sewaktu betulkan cermin mata hitam di wajahnya sebelum larikan rambut ke celah jari jemari.
Davina pandang pelik. Malas nak mempedulikan Eden, tanpa tunggu atau pamitan dia terus menjauh. Lama-lama dengan Eden hanya buatkan darah dia berderau je.
"Davina..."panggil Eden lepas tu. Dia perhatikan Davina yang sudah jauh lima langkah dari dia.
Mulanya Davina tak nak berpaling, tapi hati dia suruh, jadi badan dia pun gerak menghadap Eden semula. "What!"sambutnya dengan marah.
"Sini sekejap.."panggil Eden.
"Cakap je la!Bukannya aku jauh mana dari kau.." sentap Davina lagi, keningnya mencerlung marah. Masih marah dengan Eden sebab layan dia acuh tak acuh.
"Ya sudah...kalau tak nak.."rajuk Eden yang mahu bergerak pergi dari situ.
Hish!Davina pandang geram ke Eden. Apa aje yang Eden nakkan lagi ni. Ada-ada je la! Dengan perasaan rela terpaksanya, Davina jalan menghentak kaki untuk mendapatkan Eden. "Apa?'"sapanya selepas berdiri dekat belakang Eden.
Bersama senyuman meleret di bibir, Eden berpaling, lantas berdiri menghadap Davina. "Kau nak tebus salah kau dekat aku kan?"tanya dia. "Well...aku akan maafkan kau dan treat kau elok-elok kalau kau turuti syarat yang aku tetapkan ni."
Davina buat muka.
Hak-alah!Siap bersyarat pulak. Kedekut!Itu pun nak berkira dengan dia ke! "Apa syaratnya?"tanya Davina dengan nada tak puas hati.
Eden tunduk menyondong ke depan Davina lalu beri senyuman devious dia. "Jadi kuli aku sampai kapal ni tiba di mainland..then..aku akan pertimbangkan permohonan maaf kau. Dan terima kau balik."
Mulut Davina ternganga tak percaya sebaik mendengarnya.
Hah!Apa dia!Kuli!?
Share this novel
sj je ko kan eden...ckp je la syg kat davina...ni nak susahkan davina...davina tu nak release tension laaaa...jpa declan & eden...buatkan davina ..hmmm...rasanya tercekik..kot..