BAB 8

Romance Completed 9492

“Sebenarnya abang dah tau dari awal lagi siapa ‘Farisya’ tu. Cuma abang takde bukti je. Memang pada mulanya abang marah sangat. Tapi selepas tu, setiap hari abang melihat telefon. Sunyi tanpa meseg, takde lagi deringan nada special bila orang tu call.” Cerita Abang Asyraff. Aku cuma diam tidak menyampuk. Lama kami diam seketika, mengimbas kembali apa yang telah aku buat padanya, dan apa yang telah dia lakukan padaku.

“Kita bina bahagia kita bersamanya dalam rumahtangga kita nanti. Lepas ni sayang bersedia tau. Abang nak solat isyak dulu. Lepas tu nanti abang bagi salamnya. Bersedia tau.” Usik Abang Asyraff sambil menyelamatkan diri di dalam bilik air. Termalu aku sendiri. Tersenyum aku sendiri di tepi birai katil.

Siapa sangka, bertahun aku sedih mengenangkan kenangan lama ciptaan aku sendiri, tapi seperti kata suamiku tadi, selepas ini aku ingin bahagia dengan kenangan baru yang bakal aku cipta bersama suamiku pula. Barulah aku merasakan nikmatnya hidup bila mendung terlebih dahulu datang menghadir tapi pelangi pula menjelma diri selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience