Bab 55

Romance Series 80702

NAFAS panjang di hela dan melepaskan bunyi decitan bila memikirkan masalah yang melanda sekarang ini. Anak lelakinya itu hanya di biarkan membisu seketika.

"Macam mana boleh jadi sampai tahap ni ? I thought you professional, tak perlu sampai bertunang. ini melibatkan hati dan perasaan. Iq tak kesian dekat Jihan ke ?".

"Iq terpaksa ami. Lagipun between both us yang bertunang ni ada agreement. Kami dah sepakat untuk tak akan ada perasaan terhadap masing-masing. It's just for works benefits."

"Iq yakin la tak ada perasaan kat dia tu, tapi Qisya ? hati manusia berubah-rubah Iq. Jihan macam mana ?".

"No ami. Sebab tu Iq nak bertunang je. Jihan masih yang utama pada Iq."

"I don't care how you gonna do and till when it's going...but....ami tak nak menantu yang lain selain Jihan. Mark that !".

Tuan Syed Iqwal melepaskan nafas lega. Ibunya tidak memaksa untuk membatalkan rancangannya itu. Mungkin terlihat kejam pada si isteri tetapi percayakan dirinya yang harus berusaha keras demi mencapai misi untuk keselesaan dan keamanan hidup bersama. Sampai bila dia tidak boleh menggunakan nama ayah sendiri di hujung namanya ? dia mahu bebas menggunakan nama Syed Iqwal bin Syed Ibrahim bukannya syed Mustaza tanpa ada rasa berselindung di balik kegusaran takut di hidu oleh Megat Rusydi tentang kewujudannya yang belum mati gara-gara rancangan jahat lelaki itu.

Tanpa sedar genggaman buku lima terbentuk dek emosi.

"MINUM ni dulu, hilangkan stress kau tu."
Susu kopi yang di letakkan oleh Hawa itu di pandang lama. Walaupun menjadi kesukaannya, namun kali ini bagai tidak berminat dengan kopi susu dutch lady itu hanya kerana ketiadaan mood memikirkan tindakan Tuan Syed Iqwal yang bakal memadukannya nanti.

Pia menepuk bahu Hawa.

Bahasa isyarat Pia : Aku punya mana ? nak jugak !

Bahasa isyarat Hawa : Kau pergilah ambik sendiri. Aku tengah nak pujuk Jihan ni. Poh !

Pia mencebik merajuk. Lalu dia bangun untuk ambil sendiri air kotak di peti ais sana.

Pap ! sekeping note rm 5 di letakkan di atas meja panjang itu di atas pembelian tersebut.

Kalau 7 eleven ni bapak Hawa yang punya memang tak aku nak bayar. air kotak itu di sedut laju. Dahaga.

"Kau jangan la pikirkan sangat Jihan. Kau tahu kan yang Tuan Syed tu bertunang atas sebab apa. Bukan dia saja-saja." Hawa menggosok bahu Nurjihan lembut.

Pia hanya memasang telinga di sisi.

"Macam mana kau yakin sangat untuk cakap macam tu ?" Tanya Nurjihan tanpa memandang Hawa.

"Kalau dia nak curang tanpa sebab, takkan la dia nak ambil keturunan Megat Rusydi tu jugak padahal ramai je perempuan lain dekat luar sana. Kau ni fikir sikit."

"Memangnya aku tak fikir ke ? bertunang tau ? Sesaja je bertunang. Lepas ni apa kahwin ? Banyak lagi cara lain."

"Okay look. aku bukan nak sebelahkan Tuan Syed. Tapi buat masa ni kau bertahan dulu. Mungkin dah tak ada cara lain di sebabkan Megat Haider dah tahu kewujudan Karlisa. Sekarang ni masa untuk dia bertindak pula tanpa melibatkan risiko pada kau."

Jeda...tiada respond dari Nurjihan.

"Kau bertahan la dulu. Baru bertunang Jihan. Belum kahwin lagi. Kita tengok keadaan macam mana nanti. Kau tu kena kuat."

"Kenapa dia tak buat benda ni dari dulu je kan senang ? time aku dah boleh terima dia, dah sayang dia...aku kena hadap benda macam ni pula." Kedua-dua tangannya meramas rambut di kepala. Terasa berat kepalanya asyik berfikir.

Bahasa isyarat Pia : Betul cakap Hawa tu. Tuan Syed kalau nak cari bini lagi mesti macam kitaorang ni Young and fresh. Bukan macam Qisya tu nak masuk 4 series dah.

Nurjihan menjeling. "Kau ni kan Pia.. bisu-bisu pun menyakitkan hati ek ?."

Terkejut Pia bila lengannya di tampar oleh Hawa.

Bahasa isyarat Hawa : Cari pasal kau ni !

Berada di dalam keadaan ini, Hawa juga tidak berani bersuara lebih-lebih. Jadi geng Pia la berisyarat bagai.

Bahasa isyarat Pia : Nak gurau pun tak boleh ! macam ni la, kalau kata diorang jadi kahwin..kita sendiri yang akan gagalkan majlis kahwin tu. Amacam ?! Dah la rilek laa. senyum sikit."

Akhirnya Nurjihan tersenyum. Reda sebentar galau di hati.

"Jasmine tak ikut korang ?". Nurjihan Kembali bersuara.

"Tak, dia tak berapa sihat. Demam. Aku dah bagi dia makan ubat tadi. Tidur la kot."

"Macam mana boleh demam pulak dah ?."

"Tak tahu la aku..Tapi kerap juga aku dengar dia nangis malam-malam. Kerap juga tu demam sekarang ni. Nak kata kena hujan tak ada la pula."

"Nangis ?"

Hawa mengganguk. "Kadang aku kesian juga. Dia tercari-cari lagi Tuan Syed. Bila kita nak bagitahu dia ?."

Nurjihan melepaskan nafas berat. "Aku bukan tak nak bagitahu dia lagi...tapi, aku takut aku pula yang di kurung oleh Tuan Syed. Benjamin dah pernah warning aku haritu."

"Kau berkawan dengan Jasmine aka Bellinda kau tak kisah, tapi Qisya kau panas pula ek ?."

"Aku bukan apa, bila aku tengok Jasmine tu hati aku rasa lembut. Aku tak tahu kenapa, walaupun dia tu adalah masa silam Tuan Syed."

"Kau ni ada penyakit kecelaruan hati ni."

Terangkat kedua-dua kening Nurjihan.

Dah jadi doktor pulak si Hawa ni.....

Hati, sesuatu yang tidak boleh di kawal. Hanya firasat yang menuntun bersama detakkan jantung.

TOPI keselamatan itu di bawanya sebelum beredar keluar ke tapak projek. Tiba-tiba terasa sesatu yang tidak sekata pada permukaan lantai yang di tutupi karpet yang berwarna biru itu.

Megat Haider sangat berasa sangsi, dia kembali ke arah meja kerjanya dan membuka laci paling bawah untuk mengambil beberapa alat yang di perlukan untuk membuka karpet itu.

Mata pisau kecil itu di lakarkan berbentuk U untuk mengintai apa yang ada di balik karpet tersebut. Sungguh dia kehairanan melihatkan papan yang sengaja di pisahkan itu di kunci rapi bersama skru pada empat penjuru kepingan tersebut. Dengan penuh kesabaran dia cuba melonggarkan skru tersebut satu persatu.

Alangkah terkejutnya bila dia mendapati terdapat sekeping dokumen berwarna putih yang di lipat menjadi kecil itu kelihatan usang berada di dalam plastik. Di capai dokumen tersebut dan kembali ke tempat duduknya.

Rupanya di dalam dokumen tersebut dia melihatkan ada beberapa keping gambar dan beberapa helaian kertas.

Mengamati gambar yang pertama itu kelihatan gambar seorang budak lelaki bersama seorang lelaki dewasa, mungkin ayah kepada budak lelaki itu. Gambar kedua pula menunjukkan gambar tiga orang budak lelaki bersama-sama tersenyum ke arah kamera.

Eh ! dia cukup kenal dengan kedua-dua budak lelaki itu. Satu adalah gambarnya sendiri semasa kecil dan seorang lagi adalah gambar abangnya iaitu Megat Hanif. Tapi yang seorang lagi ni ? .....

Imbas kembali 25 TAHUN yang lalu ...

Langkah kakinya yang sederhana laju itu cuba di kawal mengikuti pergerakkan kaki si ayah yang laju di hadapannya. Di lihat rumah agam yang cantik ini tersangat besar di matanya. Inilah rumah yang paling cantik yang pernah dia lihat dahulu.

"Papa, rumah kawan papa ke ni ? cantik la papa. Mesti banyak mainan kan ?." Tanya Megat Haider polos memandang ayahnya yang tersenyum melihat dirinya yang kuat berceloteh.

"Iye, rumah kawan papa. Mesti la cantik. Rumah orang kaya ni. Nanti kalau kita dah kaya papa ada duit lebih kita buat rumah besar macam ni tau." Sungguh-sungguh Megat Rusydi berjanji kepada anak bongsunya itu.

"Ehh Rusydi, mari-mari masuk. Sorry lambat, aku baru balik dari jumpa Dato' Jalil tadi." Sapaan dari Syed Ibrahim itu memintas angan-angan yang sedang di layari oleh mereka.

"Takpa Im, aku pun baru sampai je ni." Jawab Megat Rusydi sambil menyambut huluran tangan Syed Ibrahim.

"Lama betul tak jumpa kau ye. Kau apa khabar?" Tanya Syed Ibrahim.

"Aku sihat je. Macam kau tengok sekarang ni."

"Bagus-bagus..apa hajat kau datang ni Rusydi. Aku tak sabar ni nak tahu. Dari hari tu kau berahsia cakap bila dah jumpa baru nak bagitahu."

Megat Rusydi melepaskan nafas berat. Berat mulut untuk berkata.

"Aku sebenarnya...segan pulak nak cakap. Haih.."

Ketawa Syed Ibrahim ternanti apa yang bakal di katakan.

"Kau ni...cakaplah kenapa ? berdebar pulak aku rasa ni."

"Errr sebenarnya..." kata-katanya Megat Rusydi termati bila dia melihat seorang budak lelaki memakai baju sekolah masuk ke dalam rumah.

"Er....Iq mari sini kejap."

Budak lelaki itu berjalan dengan sopan menuju ke arah ruang tamu bila di panggil oleh ayahnya.

Syed Ibrahim memegang kedua-dua bahu anaknya dan tersenyum.

"Iq...boleh tolong bawakkan adik-adik ni pergi main dengan Iq kat luar boleh tak ? papa ada hal sikit nak bercakap dengan kawan papa ni."

Budak lelaki itu menggangguk. Beg sekolah di letakkan di tepi tangga dan dia berjalan semula ke arah Megat Haider dan Megat Hanif.

"Jom, kita pergi main dekat luar nak tak ?". Tanya budak lelaki itu.

Megat Haider dan Megat Hanif memandang ayah mereka.

"Pegilah. Kawan baik-baik tau. Tak nak gaduh-gaduh. Dengar cakap abang Iq tu."
Kata Megat Rusydi memberi izin kepada kedua-dua anaknya itu..

"Yeahh". Terdengar sorakan riang dari Megat Haider.

"Ouh ya berbalik pada tadi. kau nak cakap apa ?" Tanya Syed Ibrahim kembali menyambung kata yang terputus di tengah jalan.

"Ouh.. aku sebenarnya dah kena buang kerja di sebabkan keadaan ekonomi sekarang. Aku terpilih untuk di berhentikan. Jadi aku ingat nak minta tolong kau, kalau-kalau ada kerja kosong."

"Lah, ye ke..nasib baik kau cari aku cepat. Aku pun memang tengah cari pekerja ni. Kau kerja je dengan aku dulu nanti bisnes aku dah makin bertambah cawangan aku naikkan pangkat kau. Okay tak ?".

Megat Rusydi melepaskan nafas lega lalu dia memeluk Syed Ibrahim. Sungguh dia terharu.

Kereta jentera mainan itu di sorong riang oleh Megat Haider. Dia begitu teruja bila terlalu banyak mainan di rumah itu.

"Umur kau berapa ?". Tanya budak lelaki itu ke arah Megat Haider.

"4 tahun. Abang ?".

"10 tahun."

"Best tak sekolah ?." Megat Haider memandang baju sekolah putih yang di pakai oleh budak lelaki itu. Rasa teringin untuk dia bersekolah.

"Best..ada kawan ramai...Cikgu pun baik. Kau tak sekolah ?".

Megat Haider tertunduk ke tanah.

"Ayah cakap nanti sekolah. sekarang tak boleh lagi. Ayah tak ada duit nak bayar yuran sekolah."

"Tak apalah. Nanti datang rumah abang lagi, kita belajar sama-sama. abang ajar kau."

" Okey abang Iq." Megat Haider sangat seronok berbual dengan anak kepada Syed Ibrahim itu. Di pandang abangnya yang duduk di kerusi sana tidak mahu menyertai mereka.

"Abang saya tu sombong sikit. Dia tak nak cakap dengan orang." Jawab Megat Haider bila dia memahami pandangan budak lelaki di hadapannya itu ralit memandang Megat Hanif di sana.

Tamat imbasan kembali.

"Abang Iq ?"

Di buka pula beberapa helai kertas yang bersama gambar itu tadi.

Membulat matanya melihatkan segala dokumen penyerahan syarikat dan harta serta penukaran nama syarikat. Terbukti, Syarikat ini bukanlah milik ayahnya dari awal. Ia milik yang lain ! Apa yang di ceritakan padanya sebelum ini semua hanya rekaan semata-mata tentang kejayaan ayahnya.

Dan...
Tersandar lemah dia kebelakang bila dia mengingati yang selama ini pandangan dan bentuk sepasang mata yang galak budak lelaki itu sama persis dengan pandangan mata Syed Iqwal sewaktu dia mengamati betul-betul pandangan Syed Iqwal di majlis tunang tempoh hari.

Dahulu perkenalan demi perkenalan dia tertanya-tanya siapa nama penuh Abang Iq. Iqram ? Iqbal ?

tidak ... rupanya Iqwal ! Syed Iqwal.

Bukan ke....dia dah mati terlibat dengan kemalangan dulu ?

Arghh !!! sungguh payah otaknya hendak mencerna segala yang terpampang sekarang ini.
Pasti ada yang terjadi di sebaliknya !

Kini dia tahu apa niat sebenarnya lelaki itu. Di sangkakan hanya seorang pesaing perniagaan yang biasa. Rupanya persaing yang bermotifkan dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience