BAB 4

Humor Series 8150

Selepas terjadinya memori hitam yang menghantui dirinya itu, hidupnya seakan-akan sudah tidak terurus. Waadah Sakinah yang dahulunya seorang yang periang, kini sudah berubah menjadi seorang yang banyak memendam perasaan dan suka bersendirian. Entah mengapa, dia masih sukar untuk melenyapkan wajah lelaki yang mengisi hatinya selama lima tahun itu daripada ingatannya. Sangat sukar. Lima tahun menuai kasih, bukanlah masa yang singkat. Dalam tempoh itu, banyak kenangan manis tercipta bersamanya. Ahh, pedih sekali rasa ini.

Hati Puan Siti Maryam turut merintih melihatkan keadaan anak kesayangannya itu. Yalah, hati ibu mana yang tidak tersentuh setiap kali melihat anaknya bermuram duka. Kerana seorang yang bernama lelaki, kini keceriaan yang selalu terpamer di wajah anaknya suatu ketika dahulu sudah hilang. Hilang bertukar kepada wajah yang selalu meratapi kesedihan dan kekecewaan. Sungguh, dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan yang dialami anaknya itu.

"Sayang, sudah-sudah lah tu. Wada kena percaya pada takdir Allah yaa, sayang. Jangan lah menangis lagi. Mak tak nak tengok anak mak terus-terusan macam ni. Mak nak balik anak mak yang dulu. Yang selalu happy go lucky. Please, sayang. Kalau Wada terus macam ni, nanti kesihatan Wada akan terjejas. Terimalah kenyataan yang dia bukan jodoh terbaik untuk Wada. Mak yakin In shaa Allah suatu hari nanti Wada akan temui lelaki yang benar-benar ikhlas sayangkan Wada. Jangan macam ni lagi, sayang." Sungguh dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Air matanya juga turut mengalir mengenangkan nasib yang menimpa anaknya kini.

"Mak, Wada tak tahu nak buat macam mana lagi mak. Wada dah cuba untuk lupakan dia, tapi tetap tak boleh. Susah sangat. Wada dah buang semua hadiah-hadiah pemberian dia, also dah delete semua gambar-gambar kami berdua. Tapi, kenapa Wada masih ingatkan dia lagi, mak? Wada tak tahu macam mana lagi nak buat. Setiap kali Wada cuba untuk lupakan dia, pasti ada je kenangan yang membuatkan Wada teringatkan dia balik. Ingatan Wada masih kuat tentang dia, mak. I'm not strong enough to face all of this. Wada masih sayangkan dia lagi, mak." ujarnya teresak-esak menahan sendu tangisnya dalam pelukan erat ibunya itu. Sunggug sakit rasa ini. Entah harus bagaimana lagi untuk dia bisa melupakan lelaki itu. Ya Allah!

"Wada. Listen to me, sayang. Wada mesti kuatkan semangat. Wada harus percaya pada takdir, sayang. Jangan macam ni lagi. Walaupun Wada dah kehilangan dia, tapi Wada kena ingat yang Wada masih ada mak ayah, ada abang-abang, ada family yang selalu support Wada. Dan yang paling penting, Wada masih ada Allah SWT. Wada boleh luahkan segala isi hati Wada kepada Dia, sayang. In shaa Allah, hati Wada akan tenang."

Dua anak-beranak itu saling berpelukan. Ibunya menepuk-nepuk belakang badan anaknya. Memberikan kekuatan dan tidak mahu anaknya itu terus menangis lagi.

Allahuakhbar. Ya Allah, kau kembalikanlah senyuman dan keceriaan di wajah anakku kembali, Ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience