WS 2: Kehidupan Wanita Lorong

Drama Series 56973

"Mona..." pekik seorang lelaki berewajah bengis dengan badan agak tegap, nyaring melaung nama itu. Matanya pula turut melilau ke sana kemari mencari kelibat wanita yang dipanggil tersebut.

"Mona.. mau kau hah?"

Darah panasnya semakin menggelegak apabila bayangan wanita itu masih tidak dikesannya. Biasanya tengah tengah hari begini tiada lain portnya kalau bukan di tempat itu. Tapi hari ini tidak kelihatan pula batang hidungnya.

"Oi... Yang kau terpekik terlolong macam ayam hilang anak tu dah kenapa?" tempelak suara penuh gemalai oleh seseorang yang sedang asyik membancuh minuman di kedai bawah jambatan tersebut. Rimas agaknya dengan suara Razi yang terjerit-jerit sedari tadi.

"Wei bapok, kau boleh diam tak? Aku tengah cari Mona ni."

Razi tidak segan-segan menengkingnya. Jari telunjuk diacu garang pada lelaki lembut berkenaan. Pemilik kedai makanan dan minuman yang menggelar dirinya Jemmy itu cerlungi dengan wajah bengis.

"Kau cari Mona kat sini buat apa? Carilah dekat rumah dia. Memekak pulak kat kedai aku. Menyampah," omel Jemmy.

Razi mengepal genggaman erat lantas diagahkan kepada Jemmy atau nama sebenar Jamal itu. "Kau,, kalau aku letup mulut kau sampai berkicap kau jangan nak salahkan aku eh. Dasar pondan sial."

"Weh, kau pergi bla lah. Nak cari Mona, pergilah cari. Nak ugut ugut orang pulak. Aku simbah kau dengan air panas ni baru tau."

Semakin berasap kepala Razi mendengar omelan lelaki bukan, perempuan pun bukan itu. Ikutkan hati mahu saja dia belasah mulut bechoknya. Namun memandangkan dia perlu mencari Ramona, maka diurungkan saja niatnya itu.

***

"UUH aah, uuh aah. Oohh,, aaauu!"

Suara rintihan di tengah hari buta itu berasal dari sebuah unit yang terletak di tingkat tiga rumah flat murah di kawasan itu. Begitu jelas kedengaran hingga keluar. Razi yang sudah tiba di depan rumah berkenaan semakin menyirap.

Genggamnya diramas erat, sebelum lelaki itu bertindak menerajang pintu grill yang berkunci dari dalam sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

"Bangsat! Dasar pelacur murahan. Aku tengah on nakkan dia, dia pergi layan jantan lain pulak."

Kembali Razi melayangkan penumbuk pada grill tingkap perlahan. Tidak terlalu kuat, sakit nanti tangan. Cukuplah sekadar buat menghasilkan bunyi sedikit riuh sudah puas hatinya.

Matanya kemudian teralih pada tangga. Terjengul di situ sebuah kepala berlapik tudung putih telah menarik perhatiannya. Razi langsung mengubah sasaran.

Senyumnya terukir sebaik wajah itu sudah muncul dari sebalik tangga. Gadis yang masih mengenakan uniform sekolah menengah dengan bag sandang yang tersilang di badan itu ditunggu ketibaannya.

"Tak dapat Mona, aku ratah anak dia pun baek jugak. Dah confirm-confirm dara lagi," gumam Razi yakin.

Nurul Amani sudahpun tiba di lantai itu. Namun dia tidak jadi meneruskan langkahnya. Firasatnya mula mencium bau kurang enak sebaik wajah Razi yang tercongok di depan rumahnya. Mesti ada sesuatu yang tidak baik lelaki ini mahu lakukan.

Namun Amani terpaksa teruskan melangkah mendekati rumah. Wajahnya ditunduk sambil sambil terus melangkah perlahan-lahan. Kedua matanya sedang berwaspada memerhatikan Razi yang makin menyeringai dengan senyum gian ketika melihat ketibaanya.

Sebaik sahaja Amani tiba di depan pintu, kakinya telah ditahan menggunakan kaki oleh lelaki itu. Amani semakin cemas.

"Apa ni abang Razi. Amani nak masuk rumah lah," marah Amani.

Razi semakin memperlebar senyum jahatnya. Muka bengis lekaki itu sedikit didekatkan pada Amani, membuat gadis itu terpaksa melarikan wajahnya.

"Mak kau tengah meman**t kat dalam rumah. Kau nak masuk jugak ke?"

Mendengar Razi memberitahu, Amani yang tadinya mahu melangkah kini terpaksa mengundur semula kakinya. Riak wajahnya juga berubah. Keluhnya kedengaran perlahan.

Jika tahu begitu, sudah tentu tadi dirinya terus ke kedai abang Jemmy saja. Biasanya ibunya akan memaklumkan padanya dari awal pagi lagi jika hari ini ada 'tamu' mahu datang kerumah, supaya gadis itu dapat melepak dulu di luar sehinggalah ibunya selesai melayan tetamunya itu. Tapi hari ini tiada pula Ramona mengabarinya apa-apa.

Razi semakin galak merenung gadis itu. Tangan disilang di dada sambil memerhatikan Amani atas dan bawah.

Amani mula membuka langkah mahu beredar dari situ. Tenungan Razi membuatnya berasa tidak selamat. Amani lalu memilih untuk beredar saja dengan cepat. Sebelum Razi melakukan sesuatu tidak baik pada dirinya.

Namun tanpa dia sangka, tangan Razi terlalu pantas bertindak dengan menyambar pinggangnya dari belakang. Amani menjerit.

Dia bergelut cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Sayang sekali kawasan di tingkat tiga itu agak sunyi. Maka ronta Amani tidak memberi kesan apa-apa untuk menyelamatkannya.

"Lepaslah. Lepaskan..."

Amani masih mencuba mempertahankan dirinya. Lilitan tangan lelaki itu cuba dilerai dengan segenap kudrat yang dia miliki. Walau dia tahu, ianya hanya membuang tenaga sahaja.

"Kau nak pergi mana? Hah? Kau tahu tak, aku tengah sangap ni. Aku datang sini sebab nakkan emak kau. Tapi mak kau pergi meman**t pulak dengan jantan lain. Tiba-tiba kau pulak muncul. Macam rezki je kan! Bodohlah kalau aku lepaskan rezki macam kau ni."

"Abang Razi lepas lah. Amani tak nak."

Walaupun tahu usahanya hanya sia-sia, tapi Amani tetap berusaha. Belitan tangan Razi cuba dirungkai, sehingga tudung di kepalanya hampir tertanggal.

"Razi..."

Terdengar jerkah seorang wanita dari arah belakang. Rangkulan Razi pada Amani serta merta terlerai.

Amani tercungap-cungap membetulkan pernafasan selepas bergelut dengan lelaki itu. Tudung putihnya juga yang telah herot dan menampakkan rambut cuba dibetulkan semula.

Ramona telah berdiri di muka pintu dengan rambut serabai serta hanya berkemban kain batik. Wanita itu berdiri memelototi lelaki yang tak serik-serik mencuba untuk menganggu anaknya itu.

Tidak lama, seorang lelaki berusia sekitar 30an muncul dari dalam rumah sambil membutang baju kemeja yang baru disarungnya. Lelaki itu tiba di sisi Ramona.

"Ok Mona, I balik dulu. Nah upah you. Nanti I datang lagi tau. Muaah, darling," katanya.

Beberapa keping note lelaki itu selitkan di celah dada Ramona sebelum dia mengangkat kaki berlalu meninggalkan mereka.

Ramona hanya melaung ucapan terima kasih apabila lelaki itu terus berlalu tanpa menghiraukan seiapa. Maka Ramona kembali meletakkan pertahatianya pada Razi semula.

"Kau nak apa ni, Razi? Datang memekak, lepas tu kacau anak aku," tempik Ramona.

Wajah ketat yang ditunjuk oleh wanita itu sedikitpun tak membuat Razi gentar. Malah lelaki yang merupakan bapak ayam itu semakin memperlebar senyum sinisnya.

"Aku cuma nak kau lah, apa lagi. Aku tengah on ni. Dah kau layan customer, aku nak try la anak kau," selamba Razi.

"Kau kalau nak aku kau cakap je, yang kau sampai nak try anak aku tu buat apa? Aku dah pesan banyak kali dengan kau kan, Amani kau jangan usik. Kau pekak ke?"

Razi berdecih. "Heh, lepas kau dah kena lanyak dengan jantan lain, terbantut terus selera aku dekat kau, tahu tak?" kata Razi.

Sementara kedua belah matanya sedang tertumpu pada celah dada wanita itu di mana terdapat wang yang pelanggan tadi beri sebagai upahnya.

Tanpa basa basi, tangan Razi pantas menyambar pada celah dada Ramona lalu merampas kesemua jumlah wang hasil kerja wanita itu hari ini.

"Razi, bagi balik duit aku. Bak sini."

Razi hanya perlu mengelak sedikit sahaja apabila Ramona cuba merampas semula wang miliknya. Apalah sangat tenaga wanita itu berbanding Razi. Sedikitpun Razi tidak tergugat.

Maka bertambah lebar senyum sumbing lelaki itu. Wang di tangan dikira dengan muka penuh nafsu. Empat keping note RM50 cukup membuatnya tersenyum lebar hari ini. Wang kertas lalu dihentak ke dahi Ramona apabila wanita itu masih mencuba merampas semula wang miliknya.

"Heh, kalau dapat macam ni kerap sikit kan bagus. Cepat sikit aku kaya," ujar Razi.

Wang di tangan telah membantutkan kemahuannya untuk bersama wanita itu hari ini. Setelah itu, segera kakinya diatur pergi.

"Razi, kau nak bawak kemana duit tu? bagi balik duit aku Razi."

Pekikan Ramona yang mula tersengut-senggut itu tak dihirau lagi oleh Razi. Kakinya terus melangkah meninggalkan Ramona yang telah terjelepok di kaki lima koridor flat tersebut.

"Aku nak guna. Ada baki nanti aku pulang la balik."

Sempat Razi melaung begitu sementara tubuhnya mula hilang dari pandangan.

Ramona masih meringkuk di atas lantai. Tangisnya telah tumpah penuh kekesalan. Wang yang sangat diharapkan hasil kerjanya hari ini lesap begitu saja. Wanita malang itu meraung hiba sehingga suaranya bergema di koridor tingkat tiga tersebut.

"Mommy, jom lah masuk."

Amani menghampiri ibu angkatnya lalu mengusap kedua bahu wanita itu untuk memujuknya masuk ke rumah.

Perlahan-lahan Ramona mengangkat badan yang kemudian dipapah oleh Amani. Ramona pun terpaksa melangkah menyeret kaki yang tak sempat menyarung selipar itu.

***

AIR dari cerek dituang ke dalam cawan. Segelas air masak Amani bawa ke depan tanpa sempat membuka tudung dan uniformnya. Ramona yang sudah direhatkan di sofa kayu lalu itu dihampiri. Air di tangan diberi perlahan.

"Mommy, minum dulu."

Cawan sudah berpindah tangan. Amani lalu mengusap belakang Ramona yang terdedah, cuba menenangkan wanita itu dari tangisnya.

Setelah air diteguk, Ramona mula sedikit stabil. Wajah anaknya lalu ditoleh sayu. "Periksa hari ini macam mana? Ok?" tanya Ramona. Dengan nada serak akibat sisa-sisa tangis yang masih ada.

"Ok mommy. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Besok last paper, mommy doakan Amani berjaya ya."

Ramona cuba zahirkan sebaris senyum manis di antara wajah lesunya. Kepala Amani yang masih terdapat tudung sekolah itu lalu diusap lembut.

"Mestilah mommy doakan. Semoga Amani berjaya, dapat keputusan cemerlang, dapat masuk university, lepas tu boleh tinggalkan tempat ni." Kata-kata penuh harapan tak pernah jemu diucapkan. Meski dia tahu ia amat sukar untuk berbuah menjadi kenyataan.

"Dan bawa mommy keluar dari sini jugak."
Amani turut membalasnya dengan suara yang mula dilitupi getar dalam nadanya.

Ramona mengeluh panjang. Pandangan kosongnya lalu dialih ke arah jendela. "Mommy ni pasrah je, Amani. Kehidupan di sini dah sebati dengan mommy. Ada ke tempat di luar sana yang layak untuk mommy? Mommy tak mahu berangan. Mommy tak layak pun untuk berangan."

"Mommy...."

Amani langsung merempuh tubuh wanita yang masih berbalut kain batik itu. Wajahnya juga telah lenjun oleh air mata yang barusan meletus dari pelupuk matanya.

"Jangan cakap macam tu, mommy. Kalau Amani berjaya keluar dari sini, Amani akan bawa mommy sekali. Amani tak akan biarkan mommy terus terperangkap di dalam dunia hitam ini."

Ramona sungging senyum pahit. Rangkulan Amani tidak dibalasnya. Mulutnya berdecih seolah memperlekeh janji Amani.

"Mommy tak berani berangan terlalu jauh, Amani. Tapi mommy aminkan saja doamu itu. Amani bukan tak tengok sendiri tadi, baru aje mommy dapat duit, terus disambar begitu aje oleh si Razi. Mana mommy nak dapat modal lagi? Asal dapat je dia ambil, dapat je dia ambil. Mommy dah letih Amani." Kesedihan kembali membuak di hati wanita itu. Tangisnya lalu dibiar tumpah di bahu Amani.

Perlahan Amani mengusap belakang Ramona penuh rasa hiba. Direlakan saja bajunya basah oleh air mata wanita itu. Matanya kini telah menerawang jauh hingga ke sudut dinding, manakala akalnya pula mula berputar memikir sesuatu.

Dia harus melakukan sesuatu. Paling tidak, dia mesti membantu ibu angkatnya untuk mendapatkan wang. Dia tidak boleh terus terusan membebankan wanita itu. Sudah tiba masanya untuk dirinya membalas budi.

TO BE CONTINUE...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience