Bab 6

Fantasy Series 2417

Lif bernombor 8 terbuka, kelihatan beberapa orang keluar daripada lif tersebut dan antaranya Aqalili yang tampak riang sambil memeluk buku failnya.

Serentak beberapa lif diruangan lif itu terbuka yang mengakibatkan kawasan tersebut sesak dengan orang yang melangkah masuk dan keluar dari lif.

Tiba-tiba kedengaran suara Aqalili menjerit kerana bahunya di langgar kuat olih seseorang. Berpusing dia dan mula hendak tersembam jatuh ke lantai.

Sesaat sebelum jatuh, Aqalili merasakan yang pinggangnya dipaut dari belakang olih seseorang dan terus badannya jatuh diampu olih seorang pemuda.

Bila mula bertentangan mata, Aqalili tergamam seketika betapa melihat pemuda dihadapannya begitu kacak raut wajahnya.

"Sorry, saya terpaksa paut awak begini takut kamu jatuh atas lantai nanti" beritahu pemuda tersebut.

Aqalili terkejut dari tergamamnya pabila di maklumkan pemuda tersebut akan situasinya dan dengan segera memperbetulkan dirinya untuk kembali tegak.

"Oh ok ok...terima kasih, agaknya buta kut pakai nak langgar orang je" balas Aqalili sambil merungut dan tunduk mengambil buku failnya yang terjatuh tadi.

"Awak marah saya ke?" kata pemuda di hadapannya.

"Eh, tak...saya tak maksudkan awak, saya marah orang yang langgar saya tadi." ujar Aqalili memandang pada pemuda tersebut.

"Oh ye ke?... Kamu ok kan? Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu ye?" beritahu pemuda kepada Aqalili.

"Saya ok, terima kasih ye, terima kasih selamatkan saya." bersungguh Aqalili menyatakan terima kasihnya pada pemuda tersebut.

Setelah memastikan keadaan Aqalili dalam baik, pemuda tersebut bergegas menuju ke lif yang terbuka sambil tersenyum padanya.
" Ok bye... " dan Aqalili menjawap hanya dengan lambaian sambil tersenyum memandang pemuda tersebut bergerak ke lif hingga tertutup pintu lif tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience