Nadia menolak troli bersama Alya. Nadia pergi ke arah sayur-sayuran manakala Alya hendak pergi ke tandas. Entah kenapa, Nadia merasakan seperti ada seseorang sedang mengikutnya. Tambahan pula kawasan itu agak sunyi dan jauh dari orang. Nadia berjalan ke arah rak-rak bahagian tin makanan. Diambil barang yang hendak dibelinya. Tiba-tiba seseorang memeluknya. Nadia menjerit seketika namun tangan lelaki itu menutup mulutnya
"Hai sayang...lama tak jumpa..takkan tak kenal aku dah?" Kata Haziq
"Ha..haziq? Apa yang kau nak ha!?" Kata Nadia
"Saja la..rindu..hm wanginya" Haziq menghidu rambut Nadia.
"Setan kau?" Jerit Alya. Mujur Alya sedang mencarinya. Haziq yang dikejutkan dengan suara itu terus melarikan diri
"Alya..laki tu lah yang jerat aku dulu" Kata Nadia termengah-mengah
"Setan! Tunggulah! Nasib baik aku sempat cari kau..kalau tak apa lagi lah" Kata Alya. Mereka terus menghabiskan pencarian bahan-bahan yang ingin dibeli
Seseorang tersenyum sinis. Dilihat kameranya terpampang Haziq sedang memeluk Nadia. Gambar ini akan buatkan mereka terpisah!
"Dapat baby?" Tanya Haziq yang muncul datang dari belakang
"Dapat..good job sayang..nah hadiah" Aina terus memberikan ciuman hangat kepada Haziq. Haziq membalas ciuman itu dengan rakus. Mereka berhenti bercium selepas dua minit.
Nadia bertungkus-lumus menyiapkan makan malam. Malam ini dia membuat spaghetti meatball ja. Mudah dan ringkas.
Nadia merebus spaghetti dan mentoskan. Dipanaskan kuali, dimasukkan minyak zaitun dan Nadia menumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian dimasukkan sos traditional tomato prego dan mencampurkan dengan sikit air. Selepas itu, dimasukkan serbuk pati ayam, cendawan butang, oregano dan Italian herbs. Dikacaunya sebati. Apabila menggelegak, dimasukkan meatball yang telah dikukus tadi, bancuhan tepung gandum (untuk memekatkan kuah), garam secukup rasa, Nadia menutup api dan menaburkan capsicum. Selepas itu, dia meletakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangnya kuah marinara di atasnya. Untuk lebih sedap, Nadia menaburkan parutan cheese, oregano dan Nadia mahu pedas so ditaburnya chilli flakes. Done!
Seterusnya Nadia membuat kek! Selesai membuat kek dia membuat aising. Dicoraknya dan menulis
Selamat Hari Lahir Abang?
Selesai semua, ditilik jam pukul 8 malam. Setengah jam lagi suaminya akan pulang. Sempat lah dia membersihkan diri dahulu.
Adam meregangkan badannya. Sakit sendi terasa dek duduk terlalu lama. Perutnya sudah berbunyi menandakan masa untuk diisi. Dia hendak merasa makanan isterinya,Nadia. Mesti Nadia menyiapkan hidangan makan malam.
Ting ting
Notifikasi dari telefonnya berbunyi. Seseorang nombor tak dikenali menghantarnya imej. Didownload dan apabila dia melihat gambar itu terus darahnya ibarat dipanaskan. Menggelegak! Seorang lelaki yang sama! Memeluk Nadia! What? Angin kemarahan datang! Tiba-tiba Aina masuk ke biliknya
"Hai sayang...erm sayang dah tengok gambar yang entah sapa bagi tu?" Tanya Aina memulakan permainan
"Dah! " Jawab Adam dalam keadaan tiada mood
"Hm..sayang tak rasa ragu-ragu ka dengan kandungan dia?" Tanya Aina
"Maksud baby?" Tanya Adam kembali
"Haih..sayang sure ka anak dalam kandungan perempuan tu..anak sayang? Entah-entah anak lelaki tu..mana la tahu..sayang ada buat DNA test? Ada?" Tanya Aina
"Erk..hm..entah lah..tah la serabut ni" Kata Adam
"Alolo..jangan la macam tu..dah jom balik..baby picitkan di rumah" Kata Aina
Sampai sahaja di rumah, mereka disambut oleh Nadia. Saat Nadia ingin menyalami Adam, Adam terus menarik tangannya.
"A..abang? Kenapa ni? Sayang ada buat salah ka?" Tanya Nadia
Aina dibelakang membuat mimik muka. Bla bla bla bla
"Hm seronok jumpa kekasih tadi? Siap berpelukan lagi" Kata Adam
Nadia terkejut. Macam mana suaminya tahu?
"Terkejut? Terkejut sebab aku tau? For your information..banyak mata-mata dekat luar tu..nah tersebar dah gambar kau jalang" Kata Adam sambil menunjukkan gambar itu
Nadia terketar-ketar hendak mengambil telefon itu. Allah! Dia perlu explain
"Abang...bagi sayang explain" Kata Nadia
"Diam la bodoh! Aku taknak dengar penjelasan dari kau! Gambar tu dah membuktikan yang kau tu JALANG! Hello! Menyesal aku dekatkan diri dengan kau! Entah-entah tu bukan anak aku! Mesti anak orang lain!" Kata Adam
"Astagfirullah! Ni anak abang lah! Jangan memandai-mandai!" Kata Nadia.
"Baiklah..nanti bila dah besar sikit..kita buat DNA test! Biar kita lihat sapa ayah kepada anak tu!" Kata Adam
"Sayang...sudahlah..jangan marah" Kata Aina
"Abang..selamat hari lahir..saya masakkan abang spaghetti meatball dan saya buatkan kek" Kata Nadia
"Pergi matilah kau dengan kek tu" Kata Adam sebelum berjalan ke arah lif
Aina mengambil kek itu lalu membalingnya ke muka Nadia. Habis kotor muka Nadia
"See aku menang! Aku akan make sure Adam bencikan kau" Bisik Aina
"And ini kejutannya" Kata Aina sebelum memanggil Adam semula
"Sayang..happy Birthday!" Kata Aina
"Malas nak sambut..nak tidur" Kata Adam
"Tunggu la jap..baby sure sayang akan suka hadiah ni..sure!" Kata Aina sebelum menghulurkan pregnancy test.
Adam mengambil pregnancy test itu dengan berdebar-debar. Apabila melihat keputusan nya Adam terus tersenyum.
"Ba..by mengandung?" Tanya Adam
"Ye lah..Best? Happy?" Tanya Aina
"Mestilah alhamdulillah..akhirnya ada juga anak tulen sayang" Perli Adam
Nadia menangis dengan memeluk kakinya. Allah. Kau hadirkan sekejap sahaja kebahagian sebelum datang semula kesedihan ni. Sesungguhnya aku tak kuat ya Allah.
Malam itu sekali lagi dia dihantar ke bilik pembantu rumah. Beralaskan tikar mengkuang dan bantal Nadia menyelimutkan dirinya dengan kain batik
Skip
Masa berlalu dengan pantas, dan setiap hari Nadia diseksa oleh mereka berdua. Sesungguhnya dia sudah merana. Nadia hanya diberi makan nasi kosong dengan air garam sahaja. Itupun sehari dua kali...iaitu di pagi dan malam. Sudah la sarat mengandung dia diseksa lagi dengan perlu membersihkan rumah mereka bersendirian. Aina pula ibarat permaisuri..selalu dilayan oleh Adam.
Perut Nadia sudah membesar namun dia langsung tidak pergi klinik untuk check up kerana tidak diizinkan oleh suaminya. Hari itu Adam pulang awal dan mengheret Nadia ke hospital untuk membuat ujian DNA. Nadia berani kerana benar!
"Erm suami kepada Nadia Emelda?" Tanya jururawat itu
Adam terus masuk ke bilik doktor itu
"Baiklah begini. Hm kenapa isteri tuan tidak datang membuat check up setiap bulan? Kalau tuan nak tahu..saya ada berita buruk" Kata doktor itu
"Berita buruk? Apa tu" Tanya Adam
"Hm..besar kemungkinan anak tuan dan puan akan cacat. Ini sebablah kita perlu membuat pemeriksaan supaya kita dapat mencegah ini berlaku. Ini kemungkinan disebabkan zat dan nutrien yang tidak mencukupi. Saya harap tuan dan puan dapat bersabar ya" Kata doktor itu. Nadia sudah menangis-nangis. Ya Allah..banyak dugaan yang kau berikan..aku tak kuat ya Allah. Adam terus mengcengkam tangan Nadia dan keluar dari situ memandangkan mereka masih lagi belum boleh membuat ujian DNA kerana belum cukup 7 bulan lebih.
"Kau dengan anak cacat kau tu elok la bersama. Sorang pelacur sorang cacat. Hm boleh la mengemis tepi jalan" Kata Adam dalam kereta. Entah apa yang dirasuknya,Adam terus mencaci dan menghinanya dan anak Nadia
Sampai sahaja di rumah,Nadia dipaksa membuat kerja rumah. Digagah juga perlahan walaupun letih.
Share this novel