Episode 10

Adventure Series 25852

Episode 10 -Eyka_aqua

Di padang sekolah..

"Baiklah, hari ini kita akan buat latihan otot.. semua pelajar lari 10 pusingan!" jerit cikgu Mar.

"Ehhhh??" semua merunggut.

"Apa eh-eh?"

"Malaslah cikgu!" sepakat kelas A001 menjerit.

"Apa kamu kata??" cikgu Mar menahan geram.

"Buat sekarang! Atau saya..." sambung cikgu Mar sambil mengeluarkan batu sebesar gegemannya dan melambung ke udara.

Separuh dari pelajar A001 sudah menjalankan latihan hanya separuh lagi masih melengahkan masa. Mereka mengabaikan arahan cikgu Mar.

"Hujan batu." cuaca tiba-tiba menjadi mendung dan muncul batu kecil di atas kepala mereka yang ingkar arahan.

"Aw!! Aw!!! Aw!!!! Sakit....!!" Semua pertempiaran lari mengelilingi padang.

"Harap sahaja kelas pandai.. moral hampeh!" kata cikgu Mar sambil mengeleng kepala.

Maka bermulalah aktiviti yang menyakitkan bagi kelas A001 selama 4 jam bersama cikgu Mar yang sasa.

Rehat antara subjek..

Sabrina ketika itu. Perjalanan ke bilik persalinan.

"Fuh! penatnya~" sambil mengelap mukanya yang berpeluh.

"Kan? Cikgu Mar macam raksasa langsung tak beri kita ruang untuk rehat." rungut Ria, kawan rapat Sabrina.

"Tahu tak apa. Macam nak lucut kaki aku rasa." sambung Jee.

"Ada ke patut dia suruh kita perempuan ni jalan itik!" Bebel Jee.

"Oklah tu dari dia suruh lompat macam monyet. Dah lah palang antara palang jauh!" pintas Ria.

Sabrina hanya mendengar rungutan kawannya itu.

"Tapi budak laki yang kenakan?" tanya Sabrina.

"Aah!" serentak mereka menjawab.

"Tapi tengok budak lelaki main hanya separuh yang lepas." kata Jee sambil mendongak ke atas seoleh-oleh mengingat sesuatu.

"Betul-betul!" Ria mengiakan kata-kata Jee.

"Tapi kau tau tadi Arsh dengan Las memang gempak giler!" Jee berkata dengan teruja.

Imbas kembali ke masa latihan otot.

"PREWIIITTT! Baiklah pelajar perempuan sila buat latihan otot kaki dan jantung manakala pelajar lelaki latihan lompatan dan otot lengan!" jerit cikgu Mar.

Maka pelajar lelaki dan perempuan berpisah semasa aktviti otot. Pelajar lelaki berada di bahagian utara padang dan perempuan dibahagian selatan padang. Luas padang adalah 5 kilometer

"Baiklah pelajar perempuan! Buat lompat bintang 1000 Kali!" jerit cikgu Mar.

"EH?!!" serentak mereka terkejut.

"Sekarang!!! Atau saya suruh kamu lari 5 pusingan lagi? Tambah dengan 2pusing larian berpagar??" ugut cikgu Mar.

"EEEEEEEEEEEEHHHHHHHHHH??!" Sekali lagi mereka terkejut dengan kata-kata cikgu Mar.

"Ada bantahan??" Tiada yang menyahut. Cikgu Mar mempamerkan senyuman kecil menandakan dia menang dengan pelajar perempuan.

"Baik! Mulakan!" Semua mulakan lompat bintang sebanyak 1000 kali.

"Saya akan pasang sihir pemerhati sementara saya ke bahagian lelaki. Sesiapa yang berhenti buat saya akan paksa lari 5pusingan bersertakan 2pusingan larian berpagar!!" Cikgu Mar memberi amaran.

"Faham?!" Tiada sahutan.

"SAYA TANYA FAHAM KE TAK?!" Muncul batu sebesar gengaman tangan Cikgu Mar.

"Faham! " Jawab pelajar perempuan serentak.

Sebaik sahaja mereka menyahut, cikgu Mar hilangkan diri mengunakan pentagramnya.

Dibahagian lelaki.

"Kali ni semua kena buat lompatan antara palang ni!" Cikgu Mar menunjukkan palang-palang yang diperkatakan olehnya.

"Jarak antara palang ni adalah 5 meter! kamu perlu melompat tanpa menjejakkan kaki ke tanah sehingga palang terakhir! Buat sampai boleh! Setiap orang akan ada barisan mereka. Faham?!" Jelas Cikgu Mar.

Semua mengangguk.

"Baiklah saya perlukan voluntee!" kata cikgu Bess. Semua menyepi.

"Baiklah kalau macam tu saya akan pilih secara rawak." Kata cikgu Mar sambil mengusap dagunya.

"Baiklah kamu!" semua cuba menumpu perhatian kepada arah yang ditunjuk oleh cikgu Mar.

"Kamu.. ya kamu yang pakai penutup mulut.. siapa nama kamu?" tanya cikgu Mar. Semua tertumpu ke Las.

"Nama saya Las." Sahut Las.

"Baiklah kamu. Sila kehadapan." pinta cikgu Mar.

Las kehadapan. Berdiri di dilingkungan 10 meter dengan palang.

"Kamu perlu lari dan melompat ke palang. Faham?" Jelas cikgu Mar. Las mengangguk tanda memahami.

"Tapi tak salah kalau kamu gagal untuk cubaan pertama ni.."

"Cikgu sila mulakan." Las memintas ayat cikgu Mar. Cikgu Mar terpinga.

"Periiwwwttt." Sebaik sahaja wisel berbunyi terus Las berlari.

Las berlari bagaikan angin dan sampai sahaja garisan di tanda untuk melompat terus Las melonjakkan badannya dan mengapai tangan di palang pertama.

Las terus menghayut badannya dengan laju sehingga berpusing 360 darjah mengikut palang dan melepaskan tangan dari palang pertama, kemudian mengapai palang kedua dan membuat aksi yang sama sehingga palang terakhir. Semasa palang terakhir Las hanya mengunakan sebelah tangan kanannya dan menghanyutkan badan sehingga sudut 90 darjah dan melepaskan tangannya.

Las berpusing sebanyak 3 kali dan mendarat dengan cantik. Semua terpegun dengan aksi Las.

Las kembali tempat permulaan. Arsh menepuk tangan termasuklah semua pelajar lelaki dan cikgu Mar sekali.

"Aaaa..rrr..hhh.. kamu memang...aaa.. hebat.." Cikgu Mar gagap kerana terpegun dengan lompatan yang dilakukan oleh Las sebentar tadi.

Cikgu Mar melihat jam masanya dan ternyata hanya 45 saat sahaja aksi tersebut dilakukan oleh Las sebentar tadi.

"4...45 SAAT?!" Jerit cikgu Mar.

"Wooooo!! Cayalah Las!! Gempak der!!" Semua pelajar bersorak dan ada yang bersiul.

Masa kembali ke waktu rehat antara subjek.

"Arsh dengan Las lah!!!" Jerit sekumpulan pelajar dihadapan mereka menjerit.

Sabrina dan kawan-kawannya tersedar dari lamunan mengalihkan pandangan ke arah kanan. Kawasan yang diduduk oleh Arsh dan Las ketika itu adalah kawasan rekreasi mini kerana terletak diantara diantara dua bangunan yang hampir rapat satu sama lain. Keluasan kawasan hanyalah 380 cm luas dan lebar.

Kedudukan Sabrina dengan kawan-kawannya disebalik tiang koridor yang besar mampu menyembunyikan mereka dari pandangan.

Arsh dan Las melepak di kolam air pancut sambil menyejukkan badan dengan senaman ringan.

Sabrina tersenyum.

"Apa agaknya mereka sembangkan." Dia bermonolog.

"Kau perasan tak bila tengok diaorang berdua tu nampak tenang je kan?" kata Jee.

"Aah. Aku setuju." Ria mengiakan apa yang diperkatakan oleh Jee. Sabrina hanya menjeling sebentar dan kembali menyambung pandangannya pada Arsh dan Las.

"Mereka nampak seksi kot! KYAAA!!!" salah seorang seorang dari sekumpulan pelajar tadi menjerit diikuti pelajar lain yang berada disekeliling kawasan.

"Bising betul!" Ujar Ria dengan geram.

"Tapi diaorang memang seksi pun! Lebih-lebih lagi lepas berpeluh begitu. Gila kau tak seksi. Seksa aku tengok kehenseman plus keseksian pada mata aku ni!" Jee membuat aksi gedik dengan menjatuhkan diri dihadapan Ria sambil mengangkat tangan kanannya ke dada dan tangan kirinya ke dahi.

"Hoi!" Mereka ketawa dengan reaksi Ria.

"Oh ya!" Sabrina teringat sesuatu.

"Kenapa?" Serentak Jee dan Ria menanya.

"Korang balik kelas dulu. Nanti aku menyusur." Kata Sabrina sambil berlalu pergi dari situ.

"Eh! Sabrina! Sekejap!" Serentak Ria dan Jee menjerit dan akhirnya mereka menggeleng dengan telatah Sabrina.

"Jomlah balik ke kelas." ajak Jee.

"Jom." sahut Ria.

Tanpa mereka sedar telatah mereka diperhati oleh Arsh dan Las.

Sementara itu, Las dan Arsh di kolam air pancut.

"Arghhh!" Arsh mengeliat.

Las hanya mengelap wajahnya.

"Penat betul! 4 jam latihan otot tanpa henti." ujar Arsh.

Las hanya ketawa kecil.

"Tadi lompatan kau memang cantik kot! Dah berapa lama kau latih?? Jujur aku cakap aku sendiri tak lepas nak buat lompatan macam kau buat tu."

"Itu benda biasa jelah Arsh. Aku belajar dari kecik lagi lompatan tu. Malah aku penah buat latihan palang jaraknya jauh dari tu dalam 20 meter jaraknya. Ada palangnya rendah dengan tinggi." Jelas Las sambil merengangkan otot kaki.

"Mak ai.. siapa yang ajar?" tanya Arsh.

"Ayah kandung aku." jawab Las.

"Dia dekat mana sekarang?"

"Dia dah meninggal. Sekarang aku tinggal dengan ayah tiri aku."

"Oh.. maaf." Arsh bersimpati.

"Tak apa."

Mereka terdengar seseorang sedang menjerit nama Sabrina. Terus mereka menjeling kearah tersebut. Ternyata Sabrina sedang berlari meninggalkan dua orang gadis dibelakangnya.

"Sekejap lagi teman aku jumpa cikgu Bess." Arsh memecah sunyi antara mereka.

"Buat apa?" Tanya Las yang sudah duduk di penjuru kolam air pancut.

"Aku tak tau sampai sekarang aku pengguna elemen apa."

"Ya tak ya jugak. Baru aku ingat dah dekat dua bulan cikgu Bess pegang batu kau."

"Sepatutnya kita dah dapat misi kan?" Tanya Arsh.

"Sepatutnya kita dah dapat. Ni dah nak masuk bulan kedua musim panas."

Perbualan mereka tergendala apabila muncul dua botol mineral di tangan mereka.

"Eh? Dari siapa ni?" serentak mereka menanya.

Muncul nota kecil di sisi Las.

"Nota?" Kata Las sambil mengambil nota kecil tersebut.

"Hurmm? Dari siapa?"

"Sabrina."

"Tak sangka dia dah pandai guna pentagram penghantaran. Sedangkan semalam dia masih tak reti guna." puji Las sambil membuka penutup botol lalu meneguk air tersebut.

Arsh tersenyum. Gelagat Arsh disedari Las.

"Kau dah kenapa?"

"Tak ada apa." jawab Arsh sambil menyimpan nota kecil tadi ke dalam poket.

"Dah jom tukar pakaian. Dah nak mula subjek sastera." kata Arsh.

"Arghhh lemah betul aku dengar."

"Hahahaha. Habislah tidur lagilah jawabnya kau nanti." Arsh ketawa sambil menepuk belakang Las.

"Apa boleh buat mengantuk dengar puisi dengan syair bagai tu." kata Las sambil meramas rambutnya.

Las berlalu pergi dan Arsh mengambil ke sempatan membuka nota kecil tadi semula.

"Saya dah berjaya buat pentagram penghantaran. Hohoho.. korang tadi memang nampak hensem masa buat latihan otot. Lagi satu korang mesti tak sedarkan, korang nampak seksi dekat mata perempuan dengan peluh yang menitis di muka korang. SAYA BUKAN GATAL EH! Musim panas boleh buat korang dehidrasi jadi ambik air ni dan tingkatkan tenaga korang! -Sabrina"

"Pfft. ada-ada jelah Sabrina ni." Asrh tersenyum kecil dan menyimpan semula nota tersebut dan mengejar pergerakan Las yang sudah jauh dihadapan.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience