Dengan berpakaian santai, berseluar khaki, topi, dan kemeja.. Sangat santai dan bergaya Anya bersama kamera DSLR nya. Zahin hanya tersenyum melihat Anya, ya.. siapa sahaja yang buta menilai kecantikkan Anya. Anya memang cantik, luar dan dalam..
"Amboi.. Zahin, tak berkedip tengok Anya." usik Becky. "Taklah.. cantik. Awak pun cantik hari ni, Becky." kata Zahin. "Kau pun apa kurangnya, segak." kata Becky. "Okay, dah jom." kata Anya. Zahin terdahulu memulakan langkahnya.
"Okay, aku tukar fikiran. Kau nak kahwin dengan Zahin pun aku tak kisah. Aku approve dia sebagai bakal Abang ipar aku." bisik Becky. "Amboi kau. Sejak bilanya aku nak kahwin dengan dia?" soal Anya. "Hehehhe." gelak Becky dan mereka menaiki van ke Kuil Uluwatu.
***
Tidak berhenti kerdipan bunyi kamera DSLR milik Anya, menangkap segala yang unik di kuil ini. Seni bina di sini juga, sangat cantik. Dia melihat Becky dan Zahin duduk di bangku. "Korang berehat ke?" soal Anya.
"A ah.. kalau kau nak jalan lagi, jalan lah.. Zahin, boleh kan temankan aku sekijap? Nanti kita kejar Anya." kata Becky. "Boleh je.. Anya kalau nak jalan dulu, jalan lah.. nanti kami menyusul." kata Zahin. "Okay.. kau rehat dulu ye, aku nak jalan ke sana dulu.." kata Anya.
***
Sedang dia menangkap gambar untuk seni corak yang terdapat di dinding batu, dan ketika ingin melihat kembali gambar yang dia tangkap, tiba-tiba seseorang lelaki terus berdiri di hadapannya.
"Hello, Candy.." bisik suara lelaki tersebut. Terbulat mata Anya melihat lelaki ini dan bagaimana dia tahu dirinya ada di sini sekarang. "Jom.. kita dua je." kata lelaki tu terus memegang pergelangan tangannya. "Wait! Lepaslah. Aku tak cakap pun, aku nak ikut.." namun, terhenti bicara Anya melihatkan wajah Bahr yang seakan marah tu.
"Tapi, persoalan utama.. Macam mana Bahr boleh berada di sini? Dan, bagaimana dia tahu dia berada di sini?" bisik hatinya. "Wear seatbelt Anya." arah Bahr dengan suara bekunya. "Habistu, Becky?" soal Anya, takut-takut. "Becky? Aku tahu apa yang dia akan buat. Jadi, sekarang. ni masa kita dua. Jom!" kata Bahr, memandu keretanya dengan berhati-hati.
***
"Dah, jom Becky.. kita cari Anya. Entah dekat mana dah dia tu." kata Zahin. "Tu, you tak perlu risau. Kita jalan-jalan je, kita jumpa mereka malam ni ye. " senyum Becky. "Mereka?" soal Zahin.
"Ya.. Mereka. Anya dan Bahr." kata Becky. "Bahr? Bahr dekat sini .. Bilanya dia sampai?" soal Zahin, sedikit tidak selesa. Kenapa Bahr berada di sini. "Jangan terkejut tau. Semalam lagi." kata Becky. "Dah.. jom jalan-jalan lagi." kata Becky. Zahin sudah terkejut.
"Kenapa Bahr ada dekat sini? Mungkin sebab Sherry? Ke sebab Anya?" soal Zahin dalam hatinya.
***
Bahr sedang melihat Anya, rindunya dia. Rindu dengan pemilik nama ini, sepatutnya dia menghantar Anya dan Becky dahulu dia lapangan terbang namun penerbangan Sherry lebih awal dan apabila Bahr berlari ke tempat berlepas Anya dan Becky, mereka sudah memasuki kapal.
"Kenapa kau ada dekat sini? Bila lagi kau dekat sini?" soal Anya. "Selepas aku nampak seseorang dengan orang tu, mahu bernanah hati aku. Aku ambil flight petang tu juga , dan aku bermalam dekat sebelah bilik kau dan yang paling penting.. Becky lah yang banyak tolong aku." terang Bahr.
"Kenapa kau jelouse Sherry dengan Zahin ke? Sherry setia lah dengan kau. Jangan risau lah." kata Anya. "Tak, aku tak cemburu pasal tu, aku cemburu pasal kau!" terus terjegil mata Bahr.
"Eh, orang ni.. kau dah kenapa gila? Suka hati aku lah. Aku penat lah nak gaduh pasal Zahin, Bahr. Kita orang kawan, suka hati aku lah." kata Anya. "Tak, tak boleh suka hati. Bukan dengan dia." kata Bahr mencicip kopinya.
"Eh, penat lah nak gaduh.. aku ni nak percutian aku aman dan damai. Hantar aku balik." kata Anya. "Nope.. aku tak benarkan." kata Bahr. "Habistu, kita nak buat apa ?" soal Anya. "Jom, ikut aku pergi suatu tempat." kata Bahr.
"Jangan main gila Bahr. Malam ni aku ada makan malam dengan semua pekerja aku." kata Anya. "Termasuk Zahin ke korang ajak?" soal Bahr. "Yelah." kata Anya. "Aku, kau tak ajak?" soal Bahr. "Yelah. Aku ajak lah ni. Nak ikut tak malam ni?" soal Anya. "Nak, tapi.. jom, kita cipta memori terindah dulu." kata Bahr terus menarik lengan Anya, nasib masih berlapik. Kalau tidak, memang Bahr ni sudah ditumbuknya.
***
"Are you ready, Candy?" soal Bahr. Mereka berada di cerun bukit untuk menikmati flying fox. "You memang gila! You tahu kan, I takut gayat." kata Anya. "Are you believe me Candy?" soal Bahr sambil memandang mata Anya, dalam. "Yes, I believe.." kata Anya.
"So, jom.. let's create a memory." kata Bahr. Dia terus memegang baju lapis Anya dan mereka terjun bersama untuk menikmati flying fox. Melihatkan Anya, hanya dia sahaja yang boleh mencipta kenangan indah dengan Anya. Hanya dia, bukan Zahin, bukan Becky.
"Hanya aku yang boleh buat kau ketawa, menangis, dan gembira. Anya Inayla, my Candy." bisik Bahr, dia tahu Anya tidak akan dengar kerana dia sibuk menjerit gayat, dan Anya sempat memegang baju Bahr. "Kau jahat Bahr Malik!" jerit Anya.
"Aku tak jahat, sayang. Aku hanya inginkan kau gembira dengan aku sahaja." kata Bahr. Berharap agar Anya tidak mendengar kata-kata tersebut.
***
"Jumpa malam ni." kata Bahr. "Okay.." belum sempat Anya ingin menutup, sempat ditahan oleh Bahr. "Kenapa?"soal Anya. "Pakai ni malam ni tau." kata Bahr menyerahkan beg kertas kepada Anya. "Okay ." kata Anya. "Anyway, boleh tak.. aku nak ajak Sherry." kata Bahr.
"Ajak jelah." kata Anya. Terus menutup pintu. Dia terus menghubungi Becky, panggilan dijawab, "Kenapa kau tak bagitahu aku, yang Bahr ada dekat sini?" soal Anya. Becky di hujung talian terus ketawa.
"Aku dah cakap Anya, mesti Abang Bahr tak suka Zahin rapat dengan kau. Sebenarnya..." Becky menyambung ceritanya.
"IMBAS KEMBALI"
"Hello, kau terangkan dekat aku, macam mana Zahin ada dekat situ?" marah Bahr. "Kau ni, nak marah sangat kenapa, biarlah Anya nak rapat dengan sesiapa pun." kata Becky. "Cepat jawab soalan aku!" soal Bahr.
"Zahin ada urusan dekat sini, tu yang terus dia singgah dekat Bali." kata Becky. "Okay. sekarang.. kau wasap aku, korang hotel mana, bilik dia mana. Aku tak kira!" kata Bahr. "Okay.. sabarlah.." kata Becky.
"SEKARANG"
"Macam tulah ceritanya." kata Becky. "Hish.. sengal lah kau ni." kata Anya. "Sorry lah. So, tak nak marah-marah. Jom, kita ready untuk makan malam ni ye." kata Becky.
Bahr menunggu Sherry, "Baby.. you datang juga akhirnya, I miss you." kata Sherry. "I miss you too. Nahh, malam ni jom kita pergi parti mereka Anya nak?" soal Bahr. "Boleh je.. sebab Anya pun ada ajak I." kata Sherry.
"Tak sabar nak jalankan rancangan aku. Kau tunggu Anya Inayla." bisik Sherry.
hehehe.. apa macam ? Bahr dah confess walaupun Anya tak dengar.. ke Anya sebenarnya dengar?? apa lah pula rancangan Sherry tu, tak habis-habis lah.
Share this novel