BAB 2

Drama Completed 83021

Permulaan hari pertama yang agak baik bagi Violet Arianna. Ternyata semua tenaga kerja belakang tabir sangat mesra dan menyambut kehadirannya dengan baik. Hari pertama kerja, dia kena interview suami sendiri dalam studio. Bagaimana perasaannya? Sukar diterangkan! Ketika dia sedang disiapkan di dalam bilik tatarias, tangannya menggeletar waktu menghafal skrip, peluh sejuk merembes keluar..

"Ari!! Get ready now..Tuan Haqq akan sampai anytime now!" Kepala Darlia Aleeya terjungkit di sebalik daun pintu, memberikan Peringatan mesranya.

Violet Arianna bingkas bangun, sempat dia tarik nafas dalam-dalam lalu hembus. Kemudian, dia melangkah dengan penuh yakin menuju ke studio rakaman.

"Kenalkan, ni Darren Aryaz, sutradara terbaik alaf ini. Darren, ni Ari, atau nama glamer di layar..Purple Aria..Pengacara terbaru Bayu Kinabalu!"

Violet Arianna senyum kecil sambil menundukkan kepala, tanda hormat pada lelaki bertopi hitam yang dipakai terbalik dan berambut lurus panjang paras bahu. Darren Aryaz merenung Arianna seketika, kemudian dia tunduk semula, kembali tekun melihat skrin di depannya. Macam tak sudi jer bertegur sapa mamat ni..Arianna menggerutu dalam hati.

"Everyone..bersedia di posisi masing-masing! Caleeb Haqqan is on the way." Jeritan nyaring Darlia menyebabkan suasana di dalam studio mulai kelihatan sibuk.

Violet Arianna melabuhkan punggung di kerusi belakang. Di depannya, deretan kamera, tripod dan lampu memenuhi ruang, semua fokus ke depan di mana pentas utama rakaman berada. Satu set perabot cantik tersusun kemas, dilengkapi sistem lampu dan mikrofon canggih. Violet Arianna menilik skrip di tangan sementara menunggu kemunculan Caleeb Haqqan, sambil sekali sekala melirik ke arah Darren Aryaz dan krew-krewnya sedang sibuk memeriksa peralatan.

"Welcome, Tuan Haqq! Terima kasih kerana sudi menerima undangan Bayu Kinabalu..We're honoured to have you here.." Kemunculan Darlia Aleeya mengiringi Caleeb Haqqan dan pembantu peribadinya masuk ke dalam bilik studio mengubah iklim dalam bilik tersebut.

Semua yang berada di situ berdiri lalu menundukkan kepala ke arah Haqq, seolah dia itu dewa. Violet Arianna yang masih selamba duduk bersilang kaki hanya memerhati dengan riak cuak. Berlagak!! Arianna membuang wajah.

"Where's Purple Aria?" Darlia bertanya.

Violet Arianna bingkas bangun lalu menghampiri mereka. Dia tersenyum kecil mendengar nama samaran yang dia sendiri pilih. Itu syarat utamanya untuk melibatkan diri dalam dunia glamour itu, dia tidak akan guna nama sebenar, dia punya sebab tertentu.

"Hello there, Mr Caleeb Haqqan. I'm the host today, Purple Aria." Violet Arianna sengaja berdiri betul-betul di hadapan Caleeb Haqqan, mahu menguji sama ada lelaki itu betul-betul tidak cam dirinya atau cuma pura-pura!

Haqq terkesima seketika. Bulat matanya merenung gadis di depannya. Dari sudut pandangan mata lelakinya, dia beranggapan perempuan itu tanpa segan silu mahu menggodanya..well, who can resist makhluk Tuhan paling sempurna di muka bumi rite? Haqq dengan gaya penuh macho menyeka beberapa helai rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. Biar gadis di depan semakin terpesona!

"Good, I like pretty girl!" Jawab Haqq bersahaja sambil meneliti Violet Arianna dari hujung rambut ke hujung kaki. Riak wajah selamba Arianna buat Haqq gigit bibir, no feeling ke minah ni?!! sebal!

Arianna tenung wajah kacak Haqq dengan dahi sedikit berkerut. Dari dulu sampai sekarang, Haqq tetap tak berubah. Perasan nak mampus!! Yang berubah ialah cara Haqq renung Arianna sekarang..berbeza! Haqq...betul tak cam dirinya?!! Nak ketawa ke nak nangis ni?

"Darlia!! Someone's outside, katanya dia teman wanita tuan Haqq!"

Seorang kru produksi menjerit dari arah pintu. Bola mata Arianna dan Darlia automatik bertaut. Darlia membuka mulut tanpa suara, 'perempuan jalang'..itu yang dituturkan oleh Dahlia. Arianna tersengih kecil lalu geleng kepala..

"Haqq darling, Belle kebetulan ada penggambaran dekat-dekat sini so selesai kerja Belle terus singgah. You tak kisahkan?" Tanpa segan silu, gadis berambut perang celup dengan pakaian singkat dan ketat meluru lalu memeluk Caleeb Haqqan.

Berbulu mata semua orang yang ada di situ. Masing-masing melarikan bola mata, termasuklah Violet Arianna.

"Cik Isabelle, maaf tapi penggambaran akan dimulakan sikit masa lagi. Cik boleh duduk di bahagian penonton ya." Darlia Aleeya mencelah sambil mengerling jam.

Isabella melonggarkan pelukan lalu menjeling tajam pada Darlia.

"Darling..Belle nak temankan you kat pentas, bolehkan? Kita dah nak kahwin pun. Apa salahnya you kenalkan Belle dalam siaran live tu?"

Oh my! Mengada betul!! Arianna mencebik, meluat melihat aksi terlebih Isabelle.

"I'll move first!" Arianna segera beredar dengan wajah cuak, nak muntah pun ada.

Pergelangan tangannya disambar tiba-tiba. Arianna meneleng kepala. Isabelle! Apa perempuan ni mahu darinya?

"God!! It's you!! H..how c..come?!!" Tergagap-gagap Isabelle bersuara.

Finally, someone recognised her! Arianna mengomel dalam hati. Caleeb Haqqan merenung silih berganti pada Isabelle dan Arianna dengan riak wajah hairan.

"Belle! You know her?" Haqq bertanya pantas.

Isabelle merenung Haqq dengan mata terbuntang luas.

"Haqq..you tak kenal dia ni?"

Haqq dengan selamba menggeleng. Isabelle menangkup mulut yang hampir ternganga luas. Arianna tersenyum sinis. Dia hanya memerhati tingkah Isabelle, si pelakon hebat yang sangat busuk hatinya! nak tengok sejauh mana gadis itu akan bertindak, dia pasti terdesak saat ini. Dan yang pasti, dia akan halang sedaya upaya Haqq dari mendekati perempuan selain dirinya..itulah sikap seorang Isabelle..memang bertepatan sikapnya dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Siapa dia Belle?" Tanya Haqq sedikit hairan.

Isabelle cepat-cepat geleng. Riak wajahnya kembali tenang, seolah tiada apa-apa berlaku. Hebat sungguh!

"Takdelah darling, I salah orang kot. I think I need a restlah darl..sejak akhir-akhir ni badan aku cepat letih, aku risau..takut trauma dan depression aku kembali.."

Violet Arianna cepat-cepat beredar, semakin menyampah menonton drama penuh kepura-puraan Isabelle. Trauma? Depression? Atas perkara yang bukan dia lakukan? Go to hell!! Hanya Caleeb Haqqan yang bodoh tu mempercayai gadis plastik tu!

Tidak lama kemudian, Haqq menyusuri Arianna. Mereka mengambil tempat masing-masing, duduk berhadapan menghala ke lensa kamera. Kelihatan Darren Aryaz dan kru-kru yang lain sudah bersedia di tempat masing-masing. Lampu on air marak, merah menyala! Darren mengangkat tangan.

"Ready! Lights! Camera! Aaanndd....Action!!"
Jerit Darren Aryaz, jelas dan lantang.

Lensa kamera difokus ke pentas, lebih tepat pada wajah Violet Arianna.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali kita di dalam program Tokoh Cemerlang bersama saya, Purple Aria. Hari ini kita sangat-sangat bertuah ya, kerana tokoh yang bakal bersama kita ini bukan calang-calang orangnya..Merupakan pewaris tunggal Agaras Empire Co., yang mana setakat ini sudah membuka cawangan di luar negara. Bukan itu sahaja, baru-baru ini beliau telah dianugerahkan tokoh usahawan paling berjaya. Tahniah dan selamat datang ke studio, Encik Caleeb Haqqan."

"Sama-sama Cik Aria."

"Pasti ramai yang ingin mengetahui siapa sebenarnya Caleeb Haqqan, terutamanya gadis-gadis di luar sana tu. Boleh ceritakan sikit tentang diri Encik Haqq?"

"Tiada yang menarik tentang diri seorang Haqq Cik Aria. Hanya manusia bernasib baik, dilahirkan sebagai makhluk paling sempurna dan punya segala-gala hahaha.."

Violet Arianna sedaya upaya memaniskan wajah, walhal dalam hati mencanak sumpah seranahnya pada lelaki temberang nak mampus itu!

"Bagaimana pula dengan kisah cinta Encik Haqq? Pasti ramai penonton yang ingin tahu."

"Aku manusia biasa, jatuh cinta itu normal bukan? Cuma buat masa sekarang aku taknak fikir pasal cinta. Aku masih muda, tak perlu terburu-buru.."

"Encik Haqq..Sekadar bertanya, suatu waktu dahulu pernah ada khabar angin mengatakan Encik Haqq melangsungkan perkahwinan. Boleh Encik jelaskan?" Berubah terus wajah penuh riak Haqq. Padan muka! Ini tiada dalam skrip sebenarnya, saja nak kenakan lelaki itu.

"What the hell Ari?!! Berani kau buat skrip sendiri?!!" Suara Darren bergema di airpods yang terletak kemas di telinga Arianna. Mengamuk benar tuan pengarah hehe..

Arianna buat-buat tak dengar, dengan selamba dia merenung tajam pada Caleeb Haqqan yang turut merenungnya. Mata lelaki itu mengecil.

"Tak penting untuk aku jelaskan, dah namanya khabar angin bukan?"

"Ya betul, Encik Haqq. Khabar angin tak perlu ambil pusing bukan? Jadi betullah Encik Haqq seorang usahawan berjaya yang masih berstatus bujang?"

Caleeb Haqqan tidak menjawab, badan sasa itu disandarkan pada penyandar sofa. Hanya bola matanya dipaku tajam pada Arianna.

"Tapi Encik Haqq, banyak sebenarnya khabar angin tentang encik ni. Encik Haqq dan Isabelle, pelakon terkenal tanah air sering dikaitkan sedang hangat bercinta. Betulke? Khabar angin mengatakan Encik Haqq dan Isabelle rapat sejak kecil. Isabelle pernah menyelamatkan encik Haqq ketika lemas di kolam renang. Hairan juga bagaimana Isabelle mampu melakukannya. Bukankah Isabelle lemah dan sering sakit? Satu lagi, Isabelle takut air dan tidak pandai berenang.."

"Prepare for iklan..in three..two...one...cuttttt!!!"

Violet Arianna tersenyum puas. Dia buat-buat tak nampak renungan penuh percikan api kemarahan Caleeb Haqqan padanya. Itu baru sikit Haqq! Cuma sekecil kuman berbanding perbuatan lelaki itu padanya sejak mereka kecil hinggalah dewasa.

"Ari!!! follow the script demmitt!!! Are you out of your mind?!! Hari pertama kau dah menyusahkan aku pehal?!! Kau buat hal lagi aku sendiri naik atas cekik kau sampai mampus, kau faham tak?!!" Kedengaran suara Darren Aryaz menengking di corong speaker airpods.

Violet Arianna mengherot bibir penuh sebal..Tak guna mamat pengarah ni!

"Back on air..in three..two..one...action!!!"

"Kembali semula ke studio bersama saya, Purple Aria dan tetamu jemputan pada hari ini, Encik Caleeb Haqqan. So, pasti ramai muda mudi di luar sana yang ingin tahu, apakah rahsia kejayaan encik Haqq? Boleh ceritakan?"

"Satu saja nasihat saya..JANGAN MENYIBUK! tumpukan sepenuh perhatian pada diri sendiri dahulu. Jaga pagar rumah sendiri, Jangan sibuk mengintai pagar orang lain!"

"Nasihat yang sangat baik, terima kasih. Tapi, perbuatan encik sebaliknya, bukankah begitu? Seperti peribahasa melayu monyet betina di hutan dibelai-belai, bini di rumah kedinginan, tak gitu?"

"Maksud cik Aria?!" Naik seoktaf suara Haqq.

"Encik Haqq, ramai nak tahu ni..Siapakah pendorong utama di sebalik kejayaan Encik selama ini? Umum mengetahui, di sebalik gahnya seorang lelaki, pasti ada seseorang yang menjadi tulang belakangnya bukan? Boleh Encik ceritakan?" Arianna terus menyerang, tanpa memberi kesempatan pada Haqq.

Bukan dia tidak lihat bertapa tegangnya wajah Haqq ketika itu. Arianna buat wajah selamba.

"Keluarga of course!"

"Selain keluarga? Mustahil tak ada kan, kekasih hati for example?..kawan baik? Musuh?"

"Hanya keluarga!"

Arianna memaniskan wajah walau dalam hati mati-mati dia mentertawakan wajah kelat Haqq.

"Baiklah, kita sudah hampir di penghujung rancangan. Any last words for you fans out there, Mr Haqq?"

"Dare me, and I'll hunt you like a crazy beast!"

Violet Arianna mengoyakkan senyuman lebar.

"Well, that's so you Mr Caleeb Haqqan... Terima kasih kerana sudi bersama-sama kami hari ini. Assalamualaikum.."

"In three..two...one...Cuttttt!!!"

Violet Arianna bingkas bangun.Tidak mahu berlama-lama di situ. Belum sempat Haqq menerpa, Darlia Aleeya sudah menarik Arianna menuju ke belakang.

Caleeb Haqqan tercengat kaku di kedudukannya. Mata tidak berkalih merenung Arianna sehingga kelibat gadis itu hilang di sebalik dinding. Tanpa sedar, jemari dikepal erat.

"Tuan!" Hakim Danial berlari anak menghampiri.

"Botak!! Siasat siapa pengacara celupar itu!! Aku nak maklumat terperinci mengenai gadis itu, faham!! Tak guna, berani dia kenakan aku?!! Dia belum kenal siapa Caleeb Haqqan!!"

Hakim Danial hanya mengangguk tanpa suara.

"By the way, kau sudah uruskan hal aku dengan si Bulat tu ke?"

"Err..belum tuan, tuan tak bagi lagi aku nama cik puan..Nak urus camna kalau tuan cuma bagitau namanya Bulat je?"

"Aku tak pernah ambil kisah nama betul perempuan tu..Nama dia tu lebih kurang je macam bunyi bulat, tapi aku tak ingat! Kau pegi cek di pendaftaran. Lagi cepat lagi bagus, faham?!!"

"Baik tuan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience