ZAILANI menjerit apabila telinganya dipulas Sahak. Entah apa salahnya, dia sendiri tak tahu. Tengah syok layan drama bersiri, Sahak datang menyerangnya.
"Apa ni ayah? Sakitlah." Zailani mengosok lembut telinganya sebaik saja terlepas dari menjadi sasaran Sahak.
"Kau tu dah kenapa? Kenapa buat perangai balik. Dah elok keras hari tu. Kau jangan sampai ayah potong anu kau." Zailani terus menekup kemaluannya dengan kedua-dua tapak tangan.
"Apa ayah ni. Tak bercucu nanti baru tahu." Menggeleng Sahak mendengar jawapan Zailani.
Entah apa yang merasuk Zailani buat perangai balik. Sakit kepalanya bila Salmiah mengadu perihal Zailani sebaik saja mereka selesai menunaikan solat Maghrib tadi.
"Kau dah janji nak jaga Juwita yang kau tergedik-gedik kalah pondan balik ni kenapa?" Sahak tak mampu menahan rasa geramnya. Dihambur terus.
"Ayah ni... Zai saja nak usik Ju. Lama dah kan dia tak balik sini. Sebab tu Zai saja buat macam tu. Dah tu dekat tempat kerja pun dia tak nak keluar lunch dah dengan Zai. Yelah.... dia kan CEO. Zai ni kuli je." Sahak mengeluh mendengar jawapan Zailani. Jelas kedengaran Zailani jauh hati dengan Juwita.
"Zai, kau ni lelaki. Tak macho langsung kalau merajuk. Kau yakin Ju tu tak nak lunch dengan kau sebab kau kuli, dia CEO?" Kali ini Zailani terdiam. Sahak geleng kepala. Payah betul anaknya sorang ni.
"Tahu tak Ju tu selalu tak keluar lunch sebab banyak benda nak kena settle. Banyak benda nak kena belajar. Mak tegur sebab nampak badan dia susut. Kau sedap je mengata dia macam tu." Tergeleng-geleng kepala Sahak.
Zailani terdiam. Ye, dia dah lama tak nampak Juwita makan di tempat mereka sering keluar makan. Memang itulah restoran kegemaran Juwita. Mati-mati dia ingat Juwita tu tukar selera besar. Selera VVIP.
"Tak baik buruk sangka. Juwita tu kalau nak menyombong, takdenya dia nak jejak kaki ke sini. Baik dia beli rumah banglo. Ni kau sukati je buruk sangka." Salmiah yang menatang dulang berisi air kopi segera melabuhkan duduk di sebelah Sahak.
"Zai kena pujuk Ju baliklah ni?" Wajah Zailani mencuka. Sahak dan Salmiah ketawa geli hati melihat reaksi Zailani.
"Siapa suruh kau cari pasal? Sekarang rasakanlah," sindir Sahak. Makin masam mencukalah wajah Zailani.
"Yela... esok Zai pujuk Ju balik. Ingat senang ke nak pujuk singa jadian tu?" Buntang mata Sahak dan Salmiah mendengarnya.
"Apa? Singa jadian mana pula kau ni?" Zailani tersengih macam kerang busuk. Kepala yang tidak gatal digaru. Sah kalau cakap kejap lagi, mesti dia kena dengan Salmiah.
"Orang tanya, bantai sengih pulak. Siapa singa jadian?" Salmiah mendesak.
"Ju..." Akhirnya terhambur ketawa Zailani. Geleng kepala Sahak dan Salmiah dibuatnya.
"Tak baik cakap Ju macam tu." Sempat Zailani mengelak apabila Salmiah melemparkan bantal kecil kepadanya.
"Dia tu lagilah. Panggil Zai ni kurita." Zailani tak nak mengalah. Asyik dia je kena.
"Haaa... eloklah tu. Dah kau lembik macam kurita memang patutlah pun." Makin masam muka Zailani.
"Apa ni mak? Zai ni anak mak ke bukan? Asyik menangkan Ju je." Zailani panas hati. Untung betul jadi Juwita. Semua orang sayang.
"Dahla. Zai nak masuk bilik tidur." Zailani merajuk. Sahak dan Salmiah buat tak tahu. Malas mahu melayan rajuk Zailani.
*****
ZAILANI terserempak dengan Juwita di lobi. Tersengih dia melihat Juwita mengenakan suit berwarna merah hati bersama kemeja berwarna putih.
"Good morning sweety," sapa Zailani. Tiada lagi lenggang lenggok yang membuatkan Juwita sakit hati.
"Haaa... elok pula tak tergedik-gedik hari ni."
Zap! Terasa ditampar wajahnya ketika itu. Nampaknya marah Juwita masih tidak hilang. Nampaknya terpaksalah Zailani berkerja keras untuk memujuk Juwita.
"Jumpa lunch nanti." Sempat Zailani berpesan sebelum melangkah keluar dari lift.
Terpinga-pinga Juwita mendengar pesanan Zailani. Dia mengeluh lemah. Entah sempat ke tidak dia keluar lunch nanti. Malas mahu fikir.
Kerja yang melambak perlu diselesaikan segera. Deadline dah semakin hampir. Projek Seri Kayangan dan Seri Idaman tinggal final touch up. Kali ni dia perlu turun ke side untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Masuk saja ke dalam pejabatnya, kelihatan satu banquet coklat terletak cantik di atas meja berserta sekuntum bunga ros.
Im so sorry sayang. Takde niat nak buat Ju marah. Tapi Lan geram sebab Ju tak nak keluar lunch dengan Lan. So hari ni kita lunch sama ye.
I Love you,
Lan
Merah padam wajah Juwita membaca kad ucapan dari Zailani. Matanya dipejam rapat. Sungguhkah apa yang dibaca?
Berulang kali Juwita membaca kad ucapan itu sebelum akhirnya dia tersenyum bahagia.
I love you too... namun kata-kata itu hanya mampu dilontarkan dalam hati. Dia takut untuk mengakui perasaannya ketika itu.
Entah mengapa tak sabar pula dia nak tunggu waktu lunch. Hatinya berbunga bahagia.
Tepat jam 1:00, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Melihat nama yang tertera, Juwita kulum senyum.
"Lan tunggu Ju dekat lobi. Sepuluh minit kalau tak turun jugak, Lan naik heret Ju keluar." Amboi bahasa pun takde yang indah lagi ke? Mati terus senyuman Juwita ketika itu. Sebal pula rasa hatinya.
Namun, dia tetap mencapai tas tangan dan melangkah keluar dari pejabatnya. Sampai saja di bawah, Zailani tersenyum mesra. Juwita masih masam mencuka.
"Sorry. Kalau tak cakap macam tu, Ju mesti tak nak turun. Sibuk sangat dengan kerja." Zailani berterus terang. Entah mengapa, Juwita terus sejuk hati. Jarang sungguh dia berperasaan begitu. Adakah kerana kad ucapan yang dihantar oleh Zailani pagi tadi?
Share this novel