BAB 10

Other Completed 4897

Amylia melepaskan deraian tawanya setelah mendengar voice note daripada
Shahira. Julia disebelah yang sedang memandu turut tertawa kecil.
Macam-macamlah budak ni! Adehhh!

"Ada ke patut baca cerpen sampai nangis-nangis?" Omel Amylia di sebelah.

"Hahaha! Cerpen tu Lia buat sendiri ke?"soal Julia yang turut terdengar
voice yang didengar Amylia oleh Shahira tadi.

"Erm. Ha ah. Ala masa zaman SPM dulu. Saja cuba nasib,"terang Amylia
bersama ketawa yang masih berbaki.

Sungguh sahabat baiknya yang seorang ini sangatlah kuat berangannya.
Amylia tidak dapat membayangkan jika sepuluh cerita novel romantis
dibacanya dalam keadaan bagaimana. Shahira memang terkenal dengan
sikapnya yang sangat kuat berangan. Pantang ada masa, pasti akan
diluangkan dengan angan-angan mat jeninnya. Shahira..shahira.. Masih dia
teringat semasa hari-hari dia bersama Shahira semasa dia di Alor Star
dulu. Masuk sahaja di dalam kereta tidak lain tidak bukan fikirannya
pasti akan melayang. Entah apa yang diangankan. Sampaikan Amylia
bercakap dengannya pun soalah-olah sedang bercakap dengan tiang besi.
Baran jugalah Amylia pada masa itu. Lepas tu, mulalah nak mintak maaf
bagai. Dia sudah masak benar dengan sikap Shahira yang serba lain macam
itu. Tetapi baginya, sahabatnya yang seorang itu sangat unik. Dia
berharap agar persahabatan yang dibina itu diredhai Allah dan berkekalan
selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience