Rate

Part 2- Instafamous

Romance Completed 740650

Terima kasih kepada yang sudi singgah membaca novel Sayangku Laila ini. PinkRose selaku penulis cerita ini minta maaf banyak-banyak jika terdapat banyak kesalahan penyusunan kata dan kalimat. Sesungguhnya saya masih noob, terutama ketika menghasilkan karya ini yang lengkap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2021. PinkRose tak danlah nak edit atau perbaiki macam novel Nikah Gantung tu. Jadi, korang baca jelah apa adanya macam ni ya. Hehehe!

"DOCTOR HAFIZ nak buat live malam ni? wei..." jerit gadis bernama Natasya dengan bunyi begitu teruja. Dia juga telah menunjukkan skrin telefon bimbit miliknya pada Laila, selaku rakan serumahnya.

Terpapar disitu, laman sosial Instagram milik seorang pengguna bernama @hafiz_dr. Laila kerutkan wajah tanda pelik. Namun dia cuba juga untuk membawa mukanya meninjau pada screen telifon milik Tasya itu. Mulutnya masih terkumat kamit apabila giginya beradu kencang bagi menghancurkan kekacang di dalam rongga itu supaya lumat dan mudah dicerna kedalam tenggorokan.

"Mana?" Soalnya ringkas sambil tidak berhenti mengunyah. Kembali Laila kerutkan muka setelah dia selesai memeriksa.

"Dah tu kau nak buat apa kalau dia live pun?" tambah Laila.

Menguncup mata Tasya dengan soalan rakan serumahnya itu. Sementara tangannya telah mencelah masuk ke dalam bungkusan plastik berisi kekacang yang berada di dalam pelukan Laila.

"Kau ni.. Takde perasaan eh? Instafamous ni." jelasnya bersungguh-sungguh. Beberapa biji kekacang juga telah disumbat kedalam rongga di bawah hidungnya.

"Lantak ar instafamous pun. Aku kesah ape?" selamba Laila, sambil menjauhkan pembungkus kacang dari Tasya.

"Weh, bak sini kacang tu."

"Ish, nak beli ar sendiri."

"Kedekut! Bak la..."

Buat seketika pergelutan berlaku berebut kekacang sedang berlangsung. Keduanya masing-masing tidak mahu mengalah. Tasya cuba mencapai, dan Laila pula menjauhkan.

Sehinggalah... GEDEBUK!
Smartphone kepunyaan Tasya terjatuh ke lantai.

"Alamak. Handphone aku." keluh wanita itu. Sementara kedua tangannya telah memgang kepala. Segera tlifon bimbit itu di capainya dan belek depan dan belakang.

"Haa, tulah. Kebas kacang orang lagi." bidas Laila.

"Huhh, nasib baik jatuh kat karpet. Kalau tak, habis hancur muka Dr. Hafiz aku ni. Auwhhh"

Screen tlifon yang memaparkan wajah tampan Dr. Hafiz sebagai penghias screen itu di usap dan dicium beberapa kali.

Laila di tempatnya telah mengherot bibir melihat tingkah housemate-nya itu. Annoying doh, perangai minah ni, kutuknya.

"Ceh. Perasannya kau." getus Laila tanpa perasaan.

"Biar ar! Kau tu takde crush memanglah kau cakap mcm tu." balas Tasya pula.

"Eleh. Crush je nak buat apa? Bukan orang tu kenal kau pun."

"Eh kitorang saling kenallah! Errrk, dalam IG je. Hehehe" Tasya tersengih persis kerang busuk.

Sementara Laila kembali membuat tampang menyampah selepas mendengar tutur rakannya itu. Dahla gedik, perasan pulak tu. Macam manalah aku boleh kawan dengan dia ni?

"Eh tapi, aku tahu hospital tempat dia bertugas." jerit Tasya perlahan.

"Kat mana?" Eleh, nak tahu jugak rupanya.

"Hospital pakar Nurul Huda. Takdelah jauh dari tempat kerja kita."

"Eh, tu bukan hospital panel kita ke?"

"Haa, tahu pun kau. Sebab tu aku rajin follow update terbaru Dr. Hafiz ni. Nanti kalau aku sakit, adalah peluang aku nak jumpa dia. Ahahahaha" ucap Tasya lagi, yang disudahi dengan tawa besar kegirangan.

Haish, makin geram pula Laila dengan minah senget ni. Segenggam kacang di tangannya lalu sumbatkan saja kedalam mulut Tasya tanpa sebarang amaran.

"Nah, amek. Gelaklah kau. Ape yang seronok sangat entah.?"

"Umpp.. woiii,, kejam ko eh."

"Dalah, aku nak mandi. Layanlah Dr. Hafiz kau tu." Laia bingkas dari sofa dan membiarkan Tasya menghabiskan kunyahannya.

"Woi, kau dah sumbat mulut orang, lepastu kau nak blah gitu je?" marahnya.

"Aku nak mandilah. Malas aku layan kau."

"Kau nak gi mane?"

"Nak keluar jap. Siar-siar kat tasik ke. Takkan hujung minggu nak terperap aje kat rumah.?"

"Weh, nak ikut."

"Nak ikut gi lah siap."

"Yay! Ok jap. Tunggu tau, aku nak mandi.
Bye, Dr. Hafiz ku... Muuuaahh"

Sekali lagi Laila menyingsing bibir atas. Naik geleman melihat gelagat rakannya yang geletis macam ulat bulu itu. Eeww, tak habis-habis lagi minah ni!

***

SETELAH hampir setengah jam berperang dengan urusan masing-masing, kedua wanita itu akhirnya keluar juga dari bilik.

Tasya menilik Laila atas bawah, terasa pelik melihat pakaian yang dikenakan oleh rakannya itu. "Kau pakai baju mcm tu je, Lela?" tegurnya bilamana hanya seluar trek hitam dengan T-shirt kolar warna jingga yang melekat di badan Laila itu telah mengundang rasa janggal di mata Tasya.

"Yelah, nak pergi taman kan? Bukan nak pergi dating." jawap Laila selamba dengan memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar.

"Haih, kau ni. Kot iya pun pakailah cun-cun sikit. Manalah tahu kita jumpa balak handsome ke kat sana, haa."

"Haa, itu kau. Aku nak jenjalan je. Makan aiskrem, rojak. Dapnyer!"

"Kau ni makan je tahu. Badan sekeping jugak."

"Bila nak habis kau membebel ni? Aku gerak dulu la kalau mcm tu."

"Eh, ok ok. Hahaha. Jom-jom"

Puas bertekak, tombol pintu pun di pulas kasar akhirnya oleh Laila yang tidak tahan mendengar celoteh housemate-nya itu.

Selepas selesai mengunci pintu, kedua mereka pun berjalan menyusuri beranda menuju lift yang berjarak empat rumah dari unit appartmen yang mereka tempati.

Tombol G di tekan. Pintu lift pun mula terkuak perlahan. Kedua-duanya masuk bersamaan kedalam perut lift dan membiarkan lift membawa tubuh mereka turun dari tingkat 11 itu.

Keluar dari lift, mereka berjalan kaki menuju taman tasik yang terletak tidak jauh dari pangsapuri tempat mereka menyewa tersebut.

Beberapa pemuda yang melepak sambil bermain gitar di bawah rumah flat itu menegur Laila ala-ala menggoda manja, siap pickup line sekali.
Namun, wanita itu sedikit pun tak menghiraukan teguran yang baginya sangat annoying tersebut.

Lain halnya dengan Tasya. Gadis yang lebih muda lima tahun dari Laila itu justeru seronok kena kacau oleh budak-budak gitar tersebut.
Makin disakat, makin melayanlah dia. Dasar genit! Nasib baik kau kawan aku. Desis Laila.

      Selepas 15minit berjalan kaki, mereka pun tiba ditempat yang dituju.

Lalila segera membuat regangan badan dengan mendepakan kedua tangan, lalu membongkokkan badan beberapa kali. Dan selanjutnya memecut langkahnya mengitari taman yang berlantaikan rumput menghijau itu.

Suara riuh kanak-kanak yang bermain di playground sambil meniup bebola sabun yang ada dijual oleh peniaga kakilima di sekitar taman tersebut turut memeriahkan suasana di petang itu.

"Weh, Lela. Apasal kau jogging pulak? Kata nak lepak je?"
Tasya berusaha mengejar Laila dengan kasut tumit dan miniskirt yang di pakainya.

"Sukahati akulah. Aku kejap lagi nak makan rojak. Kena la excercise dulu." Jawap Laila selamba tanpa menghentikan larian kecilnya.

"Weh, gila ke? Aku dah la pakai mcm ni.!"
Terkial-kial Tasya mengejar pergerakan Laila dengan pakaian yang kenakannya itu.

"Haa, tulah, gedik lagi. Pergi taman mcm nak pergi dating. Padan muka kau. Hahaha"
Tawa kecil terhambur dari mulut Laila sambil terus menghayun kakinya lebih laju.

"Weh, dahlah. Kau jogging la sorang-sorang. Aku nak duduk sini je."
Kerusi taman akhirnya menjadi tempat Tasya melabuhkan punggung. Tidak sanggup dirinya hendak mengejar Laila dengan pakaian begitu. Mahu tercabut kakinya nanti.

"Baik aku tengok Insta je dari kejar si Lela tu." Gumamnya seorang diri sambil mengeluarkan telifon bimbit dari beg kecil yang bersilang di bahunya. Aplikasi Instagram menjadi sasaran pertama jarinya menyentuh skrin.

Dengan tak semena-mena, matanya terbeliak tiba-tiba. Wajah tampan idamannya terpapar di feeds beserta satu captions.

'Get some rest after work the whole day. How about your weekend's?'

Gambar yang di post 5minit yang lalu itu telah mendapat lebih kurang 3000 like dari pengikut yang sememang menggilainya. Tasya juga tidak ketinggalan menekan double tap pada gambar itu untuk menhadiahkan satu like.

Ruangan komen pula menjadi sasaran selanjutnya untuk dia meninggalkan kata-kata berbau pujian.

Namun, belum dia sempat membuka ruangan komen, tumpuannya telah teralih pada lokasi yang dikongsikan oleh pengguna IG itu.

"Wait, what? Tempat ni.... Tasik Cempaka Bangi?? AAAAAAAAAAAAA his here. Omy God. Lelaaaaaaaaaa..."
Gadis itu tiba-tiba menjerit bagai histeria. Begitu teruja dirinya apabila mengetahui lokasi pemuda idamannya itu tidak jauh dari tempatnya berada.
Terpekiklah dia memanggil Laila yang sedang asyik berjogging di hujung sana.

Laila pun segera berlari mendapatkan sahabatnya itu. Risau kalau-kalau sesuatu terjadi padanya.
"Tasya. Pahal kau?" Tanyanya sambil berlari anak.

"Weh, sini sini." Panggil Tasya yang menggelupur bagai beruk kena cili.

"Ape diye?"

"Kau tengok ni.."
Dengan penuh teruja, Skrin telifon di dekatkan ke wajah Laila.

Sementara Laila hanya membuat tampang selenga cuba mendapatkan apa yang Tasya maksudkan itu.
"Erk... Mende? Sebab mamat tu je kau menjerit panggil aku tengah jogging?"

"Kau tengok la location dia wei." Tidak puas-puas Tasya menunjukan pada kawannya yang kurang mahu mengambil tahu itu.

Laila cuba mengecilkan mata untuk melihat lebih jelas. Kerana cuaca petang yang agak menyilaukan membuatkan matanya sukar melihat dengan betul.

"Kat mana ni?" Soalnya kemudian.

"Kat sini la.. kat taman ni."

"Yeke?"

"Haah. Weh jom cari dia."

Menjegil Laila dibuatnya. Muka Tasya ditoleh segera.
"Hah?? Cari dia? Tak nak aku."

"Ala jom la. Lela, teman la aku. Aku nak sangat doh jompa dia." Rengek Tasya merayu.

"Kau yang nak jumpa. Pergi la cari."

"Ala, taknak la sorang-sorang. Segan. Kau teman la jom" Beriya-iya Tasya cuba memujuk. Merengek dan merayu, agar Laila sudi mahu meneman dirinya mencari lokasi dimana Doctor Hafiz itu berada.

"Ish. Kau nih. Yela yelah.!"
Walau dengan kening berkerut, Laila akhirnya akur dan bersedia meneman Tasya mencari lokasi sang pujaan hati.
Aku jugak jadi mangsa. Huh!

***

LELAKI itu duduk bersilang kaki di kerusi taman bersama senaskah buku yang sentiasa menjadi penemannya setiap masa. Sesekali kelihatan dia membetulkan cermin mata tika ianya sedang ralit melahap huruf-huruf pada setiap lembar muka surat buku di tangan.

Meski sedang bersantai, namun sebagai seorang bergelar Doctor, dia tetap akan membuat ulang kaji bagi menyegarkan semula ilmu diminda. Dan ianya juga bertujuan untuk menaikan kharismanya sebagi seorang yang berilmu.

"Hai, Doctor."

Tiba-tiba terdengar teguran genit dari arah samping, membuatnya laju menoleh serta merta.

"Oh, hai! Iya?" Sapanya seraya memerhati pada sosok yang baru tiba itu. Dua orang gadis telah berdiri dihadapannya, dengan kedua-duanya menunjukkan tampang berbeza.

"Wahh, tak sangka dapat jumpa Doctor Hafiz kat sini. AAAAAAAAA."
Ungkapan penuh excited bagai mahu menerkam itu membuatkan Hafiz sedikit meringis risau. Namun lekas-lekas dia mengubah tampang menjadi biasa seolah dirinya tidak keberatan sama sekali.

"Erk, eh. Yea! May i help you?"
Balasnya yang kini telah berdiri bagi mensejajarkan kedudukan dengan kedua tetamunya itu.

"Ah, nothing! I kebetulan tengok ig Doctor tadi, kebetulan pulak location dekat sini. So nak la jumpa dengan Doctor pujaan ramai ni. Hihihi."
Bersama tawa kecil di hujung bicara, ungkapan Tasya penuh kegedik-gedikan telah membuat Laila disebelah mencerlung jengkel padanya. Cover la sikit Cik kak oiii!

Hafiz sekali lagi membetulkan cermin mata serta menutup buku yang di pegang bagi melayan kedua tetamunya itu. Senyuman ramah tak lupa diberi. Itu adalah trade mark dirinya sebagai pujaan wanita. Cehh!

"Oh, jadi ni follower ig la ni?"
Tanyanya santai dan bersahaja. Dan hanya dijawab dengan anggukan laju oleh Tasya.

"Oh, baiklah! Ni dari mana ni? Apa nama?"
Hafiz pun mula melontarkan soalan.

"Nama i Tasya. Kitorang duduk tak jauh dari sini."

"Oh, @tasya_cute tu ke?"
Teka Hafiz, membuatkan Tasya membuntang matanya dengan mulut ternganga.

"Whoaa, Doctor kenal i? Omygosh!"
Teriaknya bagi membalas kata-kata Hafiz.

"Aah, kenal-kenal! Selalu komen dan like kan."
Sedikit sengihan kelat Hafiz lemparkan untuk menyudahi kata. Cukupla tuh untuk sekadar melayan peminat, kan!

Sementara Tasya pula, sungguh gadis itu tidak menyangka yang Hafiz dapat mengecam dirinya. Mulalah timbul rasa perasan di hati gadis itu. Iyalah, Doctor instafamous pujaan ramai kot. Dah tentulah beribu followers dia. Dalam banyak-banyak, dia boleh mengecam dirinya? Gila tak seronok?!

"Eh, sorang jeke yang kenalkan diri?"
Hafiz kembali melemparkan soalan, memandangkan seorang lagi hanya berdiri mematung di samping Tasya. Maka dia pun bertanya. Mana tahu nak mengayat dirinya jugak kan. Bukan apa, boleh tahan jugak rupa awek tu. Cute!

Wajah tanpa riak dengan pandangan mata dibawa menjauh hingga kehujung taman itu mula memberi respon apabila ditegur sedemikian.
"Ermm, saya temankan je!"

Hanya sepenggal jawapan dari mulutnya, sebelum gadis itu kembali membuang pandangan dengan kedua tangan disumbat kedalam kocek seluar, bagai tiada perasaan.

Agak hairan jugalah Hafiz dibuatnya. Jarang sekali ada gadis yang bersikap acuh tak acuh begitu bila berdepan dengan dirinya. Kebanyakan, gadis-gadis yang dia jumpa rata-rata akan menggelupur teruja hanya dengan sekali lontaran senyum olehnya. Namun tidak pada gadis ini. Dia seolah tidak hairan pun melihat dirinya.

Apa ingat semua perempuan berselera sama ke, Doc? Mentang mentang dirinya kacak, menyangka semua wanita akan tergila-gilakan dia? Sori la Doctor!

"Aah, dia memang macam tu, Doc. Dia ni anti social sikit." Tegas Tasya memberi tahu akan housematenya itu. Dan Hafiz hanya mengangguk faham.

"Eh, Tasya. Kau dah ok kan? Aku nak gi lori rojak tu kejap."
Ujar Laila seraya memberi isyarat menunjuk pada sebuah lori foodtruck di hujung sana yang telah mencuri perhatiannya sedari tadi lagi.

"Eh, kau nak gi mana? Jangan la tinggal aku." Pinta Tasya, tidak mahu ditinggal.

"Ala, kau sembang jela! Aku nak makan rojak cendol ni." Laila masih berkeras mahu menuju ke tempat yang telah membuat kelenjar air liurnya kecur itu.

"Minat makan rojak cendol ke?"
Sebuah teguran suara garau menengahi perbincangan kedua gadis itu. Membuat keduanya memusing pandangan kearah si pemilik suara secara serentak.

"Tak elok tau makan selalu. Sesekala boleh la!"
Sambungnya lagi. Padahal tiada siapa tanya pun.

Aahh, tiber! Taulah Doctor. Kat taman pun nak cakap pasal kesihatan bagai ke?!
Laila hanya menghadiahkan sengihan tidak ikhlas bagi membalas syarahan percuma dari sang Doctor tersebut.

"Entahnye si Laila ni. Tak habis-habis rojak, cendol. Tak elok tau. Doctor yang kata, bukan aku!" Sampuk Tasya pula.

Tiber pulak si Tasya ni memihak Doctor tu dah kenapa? Nak aja dia libaskan sikunya pada muka minah ni. Aku housemate kau ke, dia housemate kau?

"Hek eleh. Tiber! Pape jelah! Mintak diri dulu, k bye!"
Laila sikit pun tak menghiraukan kata-kata Tasya mahupun Hafiz. Dia tetap meneruskan langkahnya yang sempat terbantut tanpa menoleh lagi. Pekikan Tasya yang memintanya untuk tunggu juga diabaikan.

Tekak aku ini dah tak tahan nak melantak tahu tak? Kau gi lah layan Doctor Hafiz kau tu.

Kini, hanya Hafiz dan Tasya yang ditinggal ditempat itu serta berdiri berhadapan mencipta suasan gugup. Namun akhirnya, Hafiz kembali duduk dan sambung membaca.

Tasya pula telah tersengih tawar seorang diri. Apasal tiba-tiba jadi awkward pulak ni? Sumpah, ini tak best. Menyesal pulak aku biarkan si Lela pergi sendiri. Bisik hati Tasya, sebelum dirinya memutuskan untuk turut mengikut jejak Laila.

"Lela... Tunggu aku..."
                     
TBC

Share this novel

Alya
2022-12-26 23:36:50 

sedap nya novel ni

dmtesakun 03
2022-12-21 11:30:35 

hvvhv


NovelPlus Premium

The best ads free experience