(sessantaquattro)

Other Series 152486

"You better give me some good news this time Sheng." Dom duduk di kerusi kerjanya sambil menatap mereka dingin.

Cincin silver nikahnya bersama Aleena dipusing-pusingkan. Menahan rasa yang membuak dalam dirinya.

Sungguh dia sudah kembali ke dirinya yang asal, jauh terpesong dari-Nya. Hanya kerana disebabkan seorang wanita bergelar isteri.

Jika kali ini masih tiada berita atau sebarang perkembangan mengenai Aleena daripada Sheng, memang dia tak akan benarkan sesiapa keluar hidup-hidup dari bilik itu.

Sebab itu juga Dom menyuruh Zen menunggunya di luar saja. Sheng dan tiga orang lagi pengikutnya mula menghadap Dom.

"We're unable to find the main centre of their hideout. However we managed to track down Javier's subord area." Sheng memulakan katanya gemuruh.

Dom menyandarkan dirinya di kerusi dan merengus perlahan, memandang tepat ke arah mata Sheng.

Lelaki itu sudah kecut perut, Sheng tahu laporannya itu tak mencukupi, dia sudah berusaha mengerahkan semua anak buahnya mencari Aleena di sekitar Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur, namun hanya laporan itu saja yang mereka temui.

Lama Dom mendiamkan diri bagai memikirkan sesuatu sambil menatap Sheng.

"Give me details about them and their place." Dom memberi arahan.

Tanpa menunggu lama, mereka terus memberi perincian yang dimahukan Dom mengenai tempat persembunyian anak buah Javier itu.

Dom meminta photo antara anak buah Javier yang berpangkat. Dan salah seorang orang bawahan Sheng menberikan gambar-gambar yang berjaya ditangkap.

"That guy is Razo's assistant, his name is Cleo Dwen. 34 years old and a mix of Italian-American. He was Josephine Marco successor after his death."

Hazim, salah seorang anak buah Sheng menerangkan ringkas seraya menyerahkan maklumat biodata lelaki itu.

Dom mengambilnya dan meneliti satu per satu lembaran kertas maklumat diri anak-anak buah Javier daripada Italy.

Lebih tepat lagi, orang bawaan Martin.

"Pretty well.. I'll take in charge from here." Dom mengangguk perlahan sebelum dia meletakkan kembali kertas-kertas maklumat diri itu di atas meja.

"And one more thing Sheng.. find the traitor and bring him to me. I'll give you just a week." tuturnya dingin sambil menongkat dagu di kedua tangannya yang bercantum.
Serius.

"As your please." Sheng menundukkan sedikit kepalanya, hormat diikuti tiga orang lagi anak buahnya yang ada.

"You may leave." Dom menghalau perlahan. Dia kembali menatap senarai anak-anak buah Javier yang ada. Tekun.

Selepas keluar saja Sheng dan beberapa orang lagi lelaki tadi, Zen masuk ke dalam bilik dan berdiri bersebelahan meja kerja Dom. Statik.

Suasana diam tanpa sebarang bicara dalam 10 minit sebelum Dom mula berkata,

"Make me the perfect camouflage for this surprise Zen.. I'll be Lucyfer Tolardo and you'll be Cleo Dwen.." Maklumat diri orang berkenaan dan wajahnya diserahkan pada Zen.

Lelaki itu menyambut hormat dan melihat sekilas kertas tersebut. Dom memilih Lucyfer sebagai penyamarannya. Seorang lelaki pure italian dan berumur dalam lingkungan awal 40an.

Nampaknya kini, hanya ada Dom dan Zen saja tanpa bantuan luar untuk menyelamatkan Aleena dan membunuh yang lain.

Mampukah mereka?

Zen mencuri pandang mayat hidup di sebelahnya, langsung tiada kebahagiaan di wajahnya. Beku.

Dingin.

Mati.

Sinar bahagianya hilang pada saat si isteri diculik, dan jika apa-apa terjadi padanya, akan dia berikan kepada semua yang terlibat karma mereka.

"Out Zen. I want to be alone." suara Dom memecah kesunyian. Lelaki itu mula memejamkan mata sambil duduk bersandar, tegak.

"Si Dom." tak mahu menunggu lama dan membangkitkan amarah lelaki itu, dia pantas berlalu keluar.

Zen menunggu di luar bilik, tak lama..

"Argghhhhh!!!! I'll kill you! I'll fucking kill you! What I do to you..? Why must her..? Why don't you take me..? She's innocent.."

Suara Dom sayup-sayup kedengaran daripada biliknya, ada kalanya dia marah, ketawa dan tertutur sayu bagaikan orang hilang pertimbangan.

Zen hanya mampu memejamkan matanya, beranggapan bagai tiada apa yang berlaku. Dia tak mahu memikirkan Aleena.

Sungguh, Aleena bagaikan kakak kepada dia. Ahli keluarganya juga. Kehilangan Aleena amat besar bagi dia juga selain Dom.

Tangan mengeluarkan loketnya, hadiah pemberian Aleena sebelum ini, untuk hari jadinya pada hari ini.

Isi dalamnya dilihat.

FLSBCK

"Zen.. come here." Aleena yang rehat di ruang menepuk sofa di sebelahnya, mengarahkan lelaki itu duduk di sebelahnya.

Zen hanya tersenyum nipis mendekati Aleena dengan gelengan.

"Yes signora?" dia berdiri sambil bertanya tapi Aleena pantas menariknya duduk bersama.

Memandangkan Aleena banyak meluangkan masa bersama Zen, hubungan mereka amat akrab.

"Saya ada sesuatu untuk awak..pejam mata dulu." Aleena mengarah manja. Zen ketawa kecil tapi masih mengikut kata-kata Aleena.

"Ta-da!" sebuah kotak putih merah dikeluarkan entah dari mana. Zen membuka mata dan kerutan di dahinya mula terukir.

"Signora?" Wajah ceria Aleena yang berambut panjang kehitaman itu ditatap musykil.

'Present for me? Why?'

"Ini... hadiah hari jadi awak la.. Cuba awak buka. Cepatlah.." gesa Aleena teruja. Senyumannya tak lekang di bibir.

Teragak-agak, Zen membukanya juga. Sesuatu dikeluarkan dari dalam kotak, sebuah rantai loket berwarna silver.

Dia pantas kembali memandang Aleena. Ingin tahu.

"Ini....hadiah hari jadi awak!! Suka tak?" Aleena memegang lengan Zen bertanya. Tak pernah-pernah lagi dia terima hadiah atau pemberian hari jadi sepanjang hari lahirnya seumur hidup. Ini yang pertama..

"Of course signora.. You don't have to do this actually.. But thanks a lot." waktu itu, bertambah-tambah sayangnya pada insan bernama Aleena Humairah.

Bagi Zen, dia bagaikan seorang ibu.. seorang kakak dan lampu kegembiraan Zen dalam kelam hidupnya.

"Sama-sama kasih! Walaupun hari jadi awak bukan hari ni tapi.. saya tetap nak berika jugak, manalah tahu nanti tak sempat ke.. By thd way, selamat hari jadi Zenny.." lengan Zen dipeluk dari sisi sebelum mengucup lembut pipi si adik.

Tiba-tiba ada satu tangan melingkari lehernya dan Aleena, lihat saja pada tatu tak bewarna di tangan kanan itu, Zen tergamam.

'Am I in a trouble right now..? I hope not.' desis hati kecilnya.

"Kenapa tak ada orang beritahu saya tentabg hari jadi Zen hmmm?" Dom bertanya ramah, Aleena yang ketawa kecil memandangnya sambil mendongak sedikit dikucup Dom di bahagian dahinya.

"I lost my whole family before because of my mistake, but now.. I've a new one. Three of you including the baby."

Kata-kata Dom membuatkan Zen terkaku. Dia menoleh pandang pada Aleena di sebelahnya kerana takut mahu memandang Dom di belakangnya.

Bimbang bukan itu maksud sebenarnya..

"Yes Zen.. You're part of this family.." tutur Aleena lembut sambil menepuk perlahan tangan kasar Zen di dalam genggamannya.

"I.. don't..get it.. why I'm.." tak sempat dia bertutur, jari runcing Aleena naik ke bibirnya sambil menggeleng kepala.

"Don't say like that again.. Saya sayangkan awak Zen.. Kami sayangkan awak.." dia bertutur lagi, menangkas kata-kata Zen sebelum kembali pandang pada Dom di sebelah.

"Yes you are. Come here." tak terjangka dek Zen. Buat pertama kalinya, Dom memeluknya.

Aleena yang turut sama dipeluk Dom ketawa melihat reaksi terkejut Zen. Comel.

"I'll protect you.. all of you.. " ujarnya bagaikan berbisik sebelum mata biru lelaki itu bertembung dengan mata coklat Zen. Dalam.

"And I hope you do the same." tersenyum manis lelaki itu padanya.

Hati Zen berbunga indah, hari terbaik dalam hidupnya. Dom yang dahulunya pembunuh yang tak punya belas kasihan kini berubah. Ditambah lagi dengan hadirnya Aleena dalam kehidupan mereka.

Ya.. inilah keluarga barunya.

END FLSBCK.

Tanpa sedar, buat pertama kalinya sepanjang 10 tahun.. air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya sambil tangan memegang loket yang terbuka.

Terdapat gambarnya bersama Dom dan Aleena dan gambarnya berduaan bersama gadis itu yang memeluk lengannya dari tepi.

Gembira.

Hangat.

Mewarnai hidupnya.

'I'll help Dom find you signora.. even if it cost my life, I'm willing to. For you and Dom..'

Share this novel

Mrs. Danish
2021-11-08 08:28:18 

ahhhh.....so sad.....

Mimie Harmiza
2020-06-25 09:45:49 

sedih ..hmmm.morning hans


NovelPlus Premium

The best ads free experience