Hai...Morning..Sapa Azhar setelah melihat Munirah turun ke bawah untuk sarapan pagi bersamanya. Ini adalah kali pertama mereka berdua kembali menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri. Munirah hanya memberikan senyuman kelat sahaja kepada Azhar. Keadaan begini buat dirinya menjadi kekok dan segan ke atas semua layanan baik Azhar terhadapnya. Munirah tahu dirinya belum bersedia lagi untuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri di usia yg masih muda ini. Dia tidak mempunyai apa-apa persediaan pun untuk berumah tangga malah hanya Azhar sahaja yg selalu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yg mithali kepada Munirah. Munirah melabuhkan punggungnya di sebelah Azhar setelah Azhar menarik itu kerusi di tepinya. Asyik sahaja tangan Azhar mencedok nasi ke dalam pinggan Munirah dan pelbagai jenis lauk-pauk yg lain. Dia senang sangat membuat semua ini kepada Munirah sendiri.
Cikgu masak semua ini?? Tanya Munirah selepas Azhar menyuruhnya untuk merasai masakan itu. Sebelum ini Munirah hanya banyak makan bubur sahaja tetapi kali ini barulah dia boleh makan makanan yg lain seperti biasa.
Uhum...Saya dah biasa masak..hala maklumlah saya tinggal sorang je dalam rumah ni dulu. Saya tahu perbezaan umur kita 13 tahun. boleh awak cuba panggil saya gelaran lain selain cikgu?? Bukan apa..saya takut nanti pelik pula orang lain mendengarnya. Kita sudah pun menikah. Tapi saya tak paksa awak..ambil lah banyak mana masa yg awak perlukan. saya tak kisah. Jawab Azhar sambil itu cuba membuat diri Munirah rasa sedikit selesa dengan layanannya ini.
Ermm..baiklah..saya akan cuba. btw, sedap masakan awak ini.. terima kasih. Sepatutnya saya yg masak tapi saya sendiri pun tak pandai masak. Ujar Munirah seronok saja menikmati suapan nasi ke dalam mulutnya itu. Sejak dari dulu lagi Munirah tidak pernah masuk ke dapur. Puan Ruziah saja yg akan menyediakan semua masakan. Munirah hanya akan menolong sedikit banyak kerja mengemas rumah sahaja. Di sebabkan itulah dia sudah biasa di manjai sejak dari kecil lagi walaupun dirinya anak sulung.
Ehh tak ape..jangan risau. Saya boleh buat semua ini. Awak bukannya orang gaji dalam rumah ini. Awak isteri saya. Awak dah banyak tolong kemaskan rumah itu pun saya dah syukur sangat. Makanlah lagi.. Balas Azhar gembiranya apabila Munirah sudah mula berbicara dengannya seperti biasa saja. Dia tidak pernah nampak langsung kekurangan diri Munirah di hadapannya. Biarlah dia menggunakan kelebihannya untuk menjaga Munirah. Dengan cara inilah mereka berdua akan saling melengkapi antara satu sama lain. Azhar tidak kisah apa yg orang lain akan katakan kepada dirinya yg penting baginya adalah beri satu kebahagian semula buat Munirah. Hati kecil Munirah layak disayangi dan dihargai oleh semua orang.
Keadaan menjadi sunyi sepi sahaja apabila Azhar meminta izin untuk keluar sebentar pergi ke Maktab bagi menyelesaikan tugasnya kembali masuk mengajar seperti biasa. Azhar sudah mengajak Munirah untuk mengikutinya sekali tetapi Munirah menolaknya kerana dia tidak mahu menganggu Azhar. Munirah lebih suka berada di rumah sahaja. Munirah akan meluangkan masanya di tepi kolam ikan itu sahaja. "Umi..abah..Mika..apa yg kamu semua lakukan sekarang..Semuanya sihat?? Irah..rindukan semua orang..Kenapa abah halau Irah...benci sangat ke Irah di mata semua orang. Jijik sangat ke diri Irah ini sampaikan semua orang sudah tidak mahu berjumpa dengan Irah..Kenapa Umi dan Abah sanggup lepaskan Irah ke tangan orang lain..kenapa..Sudah 5 bulan lebih Irah tersiksa hidup macam ini umi..abah..Sampai bila Irah mahu teruskan hidup begini. Apa salah Irah.." Tersedu sedan Munirah menangis sendiri di situ. Hatinya rasa sangat kosong dan semakin lama jiwanya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Kesakitan di lubuk hatinya lebih dalam berbanding menyakiti dirinya itu. Aku bukan tidak boleh menerima kenyataan tetapi semua ini bukan salah aku. Banyak mana pun aku telah berusaha semua salah sahaja di mata semua orang. Diri aku bagaikan boneka yg tidak bernyawa ingin mencari satu kepercayaan di dalam hati kedua ibu bapa ku sendiri. Aku mengalah..biarlah takdir aku ditentukan oleh yg maha esa. Hanya akan ada jasad yg sudah tidak berjiwa mengantikan diri aku sekarang. Yaa..dulu orang memanggil diri 'Munirah' sekarang..hanya dengan panggilan 'Safiyah' mendampingi diriku. Aku jadi begini disebabkan oleh semua orang di samping aku. Disebabkan ketidakpercayaan mereka kepada aku, Kini tiada lagi perempuan selembut Munirah wujud di dunia ini.
Assalamualaikum..Azhar sihat?? Mana Munirah?? Tanya Walid selepas melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kebetulan dia melalui jalan ke rumah anak keduanya ini. Dia sudah lama tidak nampak kelibat anak dan menantunya setelah Azhar kembali bertugas semula sebagai seorang tenaga pengajar.
Waalaikumsalam..sihat alhamdulilah..Irah ada saja dalam bilik tu. Kebetulan tadi kami baru pulang dari institut memandu. Syukur alhamdulilah Munirah sudah mendapat lesen L kategori DA. Bukan apa Azhar tidak mahu dia memandu secara manual nanti. Kata Azhar senangnya apabila Munirah sendiri yg mahu mengambil lesen memandu kereta. Dia tidak mahu menyusahkan Azhar selalu. Pada mulanya Munirah hanya ingin membawa motosikal sahaja tetapi Azhar sendiri tidak mengizinkannya kerana takut Munirah akan terbiasa membawa motosikal. Ada sahaja jawapan yg tidak munasabah Azhar berikan kepada Munirah. Azhar beruntung sudah memiliki dua buah kereta iaitu kereta Honda Civic baru miliknya dan juga sebuah kereta perodua Myvi sebagai kereta simpanan sahaja. Azhar juga mempunyai Sebuah motosikal honda dash sejak dari zaman dia belajar lagi. Hanya bekerja sebagai seorang guru saja Azhar sudah mampu memiliki segalanya tanpa ada berutang sedikit pun. Azhar sudah biasa belajar menabung sejak di bangku sekolah lagi. Dirinya banyak sahaja kesamaan dengan Munirah. Disebabkan itulah dia mahu sangat melihat Munirah kembali tersenyum dan bahagia seperti biasa.
Alhamdulilah..baguslah tu. Nanti tidaklah Munirah rasa bosan asyik terperap sahaja dalam rumah. Boleh juga dia keluar berjalan. Sebenarnya.. Walid datang ke sini ingin bertanya kamu sesuatu. Tentang jawatan kosong Hq dekat Pusat Rawatan Darussyifa' itu.. Kamu nak tak gantikan sekejap. Tak de sapa nak uruskan ni. Azman sudah pulang ke Johor. Azfar tu kamu fahamlah..walid tak harapkannya langsung. Kata Haji Darus berharap sangat Azhar dapat menerima jawatan itu. Dia bukan memaksa anaknya ini tetapi seseorang perlu uruskan bahagian Hq. Sudah lama pusat rawatan Darussyifa' ditubuhkan oleh Haji Darus. Perkembangannya sangat baik dan mendapat anjuran pelbagai jenis pihak. Kerja di bahagian Hq tidaklah terlalu banyak kerja yg perlu dilakukan. Azhar hanya perlu datang bila perlu sahaja di Pusat rawatan itu.
Ermm..bukan Azhar nak tolak walid tapi tu la..Tak kan nak abaikan Munirah. Nanti kalau Azhar sibuk sangat siapa mahu jaga Munirah. Dia masih perlukan ruang dan masa untuk bersama Azhar. Azhar tidak mahu abaikan tanggungjawab Azhar terhadapnya. Azhar harap walid fahamlah maksud Azhar ini. Jawab Azhar lembutnya dan tidak mahu mengecewakan walidnya itu. Dia berharap sangat walid akan faham apa yg mahu dia fokuskan sekarang. Dia tidak mahu disebabkan terlalu kuat bekerja diri Munirah akan terabai lagi.
Tak apalah..jangan rasa bersalah Walid faham..kamu mahukan yg terbaik untuk Munirah. Dia masih perlukan perhatian daripada kamu. Kamu adalah suami yg baik untuknya. Jagalah Munirah sebagai mana kamu jaga diri kamu selama ini. Ujar Walid bangga apa yg didengarnya itu. Azhar tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya setelah bergelar suami. Dia selalu sahaja akan mencari masa untuk bersama Munirah walaupun dirinya sibuk bekerja.
Ermm..maaflah kalau saya menyampuk cakap Walid dan..abang..tapi bolehkan kalau saya mahu bekerja dengan walid?? Bersuara Munirah setelah meneruni anak tangga itu. Sudah lama dia mendengar percakapan mereka berdua. Dia tidak mahu disebabkan dirinya Azhar dan walid berselisihan faham antara satu sama lain. Dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Sudah tiba masanya dia berdikari seperti anak remaja di luar sana. Sampai bila dia mahu menjadi beban dan menyusahkan diri Azhar.
Tidak..Saya tak akan izinkan Munirah bekerja. Saya masih lagi mampu bekerja dan menyara diri kita berdua. Berapa kali saya nak cakap dengan awak supaya awak faham sikit. Azhar sendiri yg menjawab soalan Munirah itu. Dia terkejut apabila Munirah betul memanggil dirinya dengan gelaran 'abang' hanya di depan walid sahaja. Pada masa yg sama dia juga tidak suka kalau Munirah mahu bekerja tetapi tidak mahu sambung belajar seperti budak yg lain. Entah kenapa dia begitu marah kalau Munirah tidak suka mendengar percakapannya sejak dua tiga hari ini. Akan ada sahaja jawapan melenting yg Munirah katakan kepadanya.
Azhar... Kata Walid cuba untuk menenangkan keadaan anaknya itu. Dia tidak tahu apa yg telah mereka berdua bincangkan tetapi dia tidak mahu Azhar selalu mengkongkong hidup Munirah. Biarlah Munirah cuba merasai selesa apa yg dirinya suka lakukan. Munirah betul mahu bekerja dengan walid?? Munirah sudah biasa bekerja sebelum ini di mana-mana ke?? Tanya walid lembutnya dengan Munirah. Dia mahu sangat berbual dengan menantunya itu. Walaupun ini bukanlah menantu pilihan tetapi Dia tahu Munirah lebih dari layak menjadi menantunya berbanding para wanita di luar sana lagi. Munirah memandang lama wajah Azhar sebelum menjawab pertanyaan Walid itu. Dia tidak mahu Azhar memarahi dirinya tentang hal ini lagi.
Pernah..Munirah biasa kerja di sebuah pasaraya semasa habis sekolah. Munirah kerja di bahagian cashier. Munirah juga biasa jadi agent di bahagian Hq keluaran barang tapi yg kecil-kecil sajalah. Munirah suka lakukan kerja yg berkenaan kiraan. Jawab Munirah seronoknya memberitahu semua itu kepada Walid. Sudah lama dia ingin bekerja semula. Dia mahu mengumpul duit poket sendiri. Cukuplah selama ini Azhar sahaja selalu memberi duit kepadanya. Sampai bila dia mahu bergantung kepada Azhar sahaja. Azhar yg mendengar semua itu turut terkejut apa yg Munirah katakan. Jadi selama ini Munirah sudah biasa bekerja disebakan itulah dia tidak mahu sambung belajar lagi. Dilupakan segala impiannya dan lebih suka membuat kerja untuk sara hidup. Pemikiran Munirah sangatlah luar biasa sekali walaupun baru di tingkat dewasa. Perit macam mana pun hidup yg Munirah lalui dia masih lagi kuat mencari rezeki sendiri.
Baiklah..kalau macam itu. Munirah kena berbincang dan mendapat keizinan daripada suami dahulu. Walid akan menunggu keputusannya nanti. Azhar..walid nak minta diri dulu. Dah nak maghrib ni..Berbincang dengan baik tau. Kamu jangan nak marahkan menantu walid pula nanti. Kalau Munirah ada beritahu yg kamu marahkan dia siap kamu nanti. Balas Walid sambil berpesan sedikit kepada Azhar. Kelihatan Walid mula menyukai diri Munirah. Dia berharap sangat Azhar dapat memahami apa yg Munirah suka lakukan sekarang. Dia tidak mahu Azhar terus memaksa diri Munirah lakukan benda yg dia sendiri tidak suka. Munirah terus tersenyum gembira apabila Walid berkata begitu kepadanya. Walid adalah seorang bapa yg sangat baik hati dan juga memahami dirinya. Hatinya mula terasa sebak kerana abahnya juga begitu kalau semua ini tidak akan berlaku. Ditempis laju perasaan itu kerana tidak mahu mengingati orang yg telah membuang dirinya ini.
Hai..belum tidur lagi ke ?? Tegur Azhar setelah melihat Munirah sedang membelek album gambar seni milik Azhar. Dia sangat teruja melihat segala lukisan milik Azhar itu. Sesungguh lukisan itu sangat cantik dan halus sekali setiap sentuhannya. Munirah mula berminat untuk melukis semula. Jika hendak dibandingkan lukisannnya mestilah lukisan Cikgu Azhar lebih berbakat lagi.
Huh?? Ermm..belum. Tengok album ini. Cikgu..ehh awak memang suka melukis ke?? Cantik sangat semua lukisan ini. Tanya Munirah semula selepas Azhar mengeluarkan album yg lain juga di dalam laci mejanya itu. Mereka berdua duduk di dalam bilik yg Azhar telah menjadikan sebagai studio seni. Munirah mahu membersih rumah dan terjumpa bilik ini tetapi berkunci disebabkan itu dia bertanya kepada Azhar tentang hal ini. Sekarang Azhar sudah tidak menguncinya lagi. Dibiarkan Munirah datang dan melepak sahaja di sini. Suasana bilik ini dihiasi segala potrait yg dilukis oleh air tangan Azhar. Azhar adalah seorang yg kreatif dan bercita-cita tinggi. Jika berkelapangan Azhar akan melukis dan menghasilkan sebuah potrait baharu. Dia mahu berkongsi semua ini dengan Munirah kerana dia tahu Munirah juga gemar melukis sepertinya. Apa salahnya mereka berdua berkongsi hobi yg samakan.
Haah..ada masa saja saya akan buat semua ini..Awak juga apa kurangnya..saya tengok semua lukisan awak tu cantik. Awak ada bakat Munirah. Apa kata awak melukis lagi..Nanti saya akan siapkan sebuah album lukisan hasil karya awak. Kata Azhar sambil memandang wajah manis milik Munirah itu. Dia benar-benar maksudkan semua ini kepada Munirah. Dia mahu Munirah kembali mengejar hobinya ini.
Tak apalah..saya tak lah berbakat macam awak..semua tu sekadar suka-suka saja. balas Munirah terus beralihkan pandangannya ke arah lain. Malu rasanya bila Azhar suka menatap wajahnya lama sekali. Rambutnya dibetulkan ke belakang sedikit. Dia sudah biasa tidak bertudung di hadapan Azhar. Inilah yg Azhar mahukan kerana mereka berdua sudah pun sah menjadi suami isteri. Tiada apa yg salah dan berdosa lagi di depan mereka berdua.
Macam nilah..kalau saya benarkan awak bekerja dengan walid..awak janji dengan saya yg awak akan melukis semula?? Awak akan buat hobi awak ini semula jika ada waktu?? boleh?? Ujar Azhar memberikan sedikit candangan itu kepada Munirah. Sudah lama dia memikirkan hal ini. Dia mahu Munirah melakukan apa saja yg dia sendiri suka.
Betul ke ni?? Awak tak tipu saya?? Jadi saya boleh bekerja dengan walid?? Soal Munirah semangatnya kepada Azhar. Sudah lama dia menunggu Azhar berbincang hal itu dengannya. Dia menarik tangan Azhar kerana masih tidak percaya apa yg Azhar katakan itu.
Ermm...saya benarkan awak bekerja. Tapi dengan satu syarat..Sentiasa ada dengan walid tau. Saya akan pergi hantar dan ambil awak pulang dari tempat kerja. Nanri saya akan maklumkan kepada walid. Saya rasa minggu depan awak dah boleh mula bekerja. Nanti kita keluar beli pakaian baru. Kata Azhar gembira melihat Munirah tersenyum begitu lagi. Sudah lama dia mahu melihat Munirah jadi dirinya semula. Azhar mencuit sedikit pipi gebu milik Munirah itu. Geram saja dia melihat pipi tembam itu sudah kembali tersenyum. Ketawa Munirah kerana masih seronok dengan keputusan Azhar ini. Tidak tahu kenapa dirinya sudah berasa selesa Azhar melayanannya sebegini. Belum pernah ada lelaki yg melayannya sebaik Azhar. Walaupun dirinya banyak kekurangan tetapi Azhar selalu saja melengkapi dirnya dengan sempurna sekali. Adakah Azhar adalah lelaki yg terbaik untuknya meneruskan hidup bersamanya? Entah dia sendiri pun tiada jawapan.
Share this novel